Friday, September 14, 2012

Apa Kata Mereka

Salam kejayaan.
Lihatlah, apa kata mereka tentang ATM dan apa yang mereka perolehi
pada Bonus Night selasa lalu.
Mari kita ikut mereka.

SSM Siti Hazirawati.
Seronok sangat buat business dengan ATM ni.
Tak sangka, hanya asalnya nak pakai PB, boleh turut serta join secara tidak sengaja.
Lebih mengujakan dalam masa tiga bulan saja secara part time,
saya dapat menyimpan sejumlah lebih RM10 000.
Syukur alhamdulillah.
Terima kasih kepada mentor saya CDM Roshila.
SSM Johari(jika tak silap)
Seronok juga bersama ATM ni.
Dalam masa dua bulan, saving saya dah bertambah sejumlah RM14 000.
Saya akan terus berusaha.
Terima kasih kepada ATM dan semua mentor di sini.

SM Lan.
Saya sebenarnya tak suka dengan MLM.
Tapi saya join selepas berjaya diyakinkan tentang ATM.
Tak sangka, bulan pertama saya memperolehi RM6500.
Banyak tu.
Saya tak pernah pegang wang banyak sejumlah itu.
Terima kasih ATM.

Inilah peluang yang terbaik untuk anda.
Bersama ATM, anda disediakan dengan 5 item untuk menjadi usahawan terbilang.
1. Ilmu
2. Sistem
3. Strategi
4. Mentor
5. Modal

Hubungi saya untuk keterangan lanjut
016 2212181.
Mentor kejayaan anda.

Thursday, September 13, 2012

Ramai Nak Pakai PB

Salam perjuangan.

Aku datang ke pejabat SUHAKAM dua hari lepas.
Bantu SM Elza untuk kembangkan networknya.
Alhamdulillah, dah tiga kali sampai ke sini untuk demo dan pakaikan PB.
Waa...baguslah semua positif.

PB Elza yang dia ambik pun dah luak dah.
Dan ramai lagi yang nak pakai.
Lebih menarik, ramai yang nak buat business.
Alhamdulillah netwoek SM Elza pun dah berkembang di sini.
Insyaallah Elza akan naik SSM bulan pertama.
Wow...jika mahu semuanya boleh.
Tahniah Elza....anak murid aku ni,
kini jadi business partner lak.
Mana tahan, tengok cikgu je yang berjaya.
Anak murid mesti follow gak.
Dan berkongsi dengan Siti Zaihan pegawai di sana.
Minat berniaga, buat macam2.
Berniaga handbag dari oversea...Guccila, LV la, Coach la.
Bila aku share tentang ATM, terus jatuh cinta.
Suka juga dgn PB.

Terus join ATM, dan isi borang dana.
Tahniah, excited.
Semalam aku datang lagi, collect dokumen dan terus hantar ke BR.
Insyaallah G10.
Lepas tu terus fitting PB.
Suka sangat.
Terus nampak perbezaan kontur badannya.
Biarpun Zaihan kurus, tetapi tetap perlu menggunakan PB.
Tahniah Zaihan.
Selamat datang ke Akademi Taipan Malaysia.

Syarat kenalah konsisten memakainya.
Hari2 kena pakai.
8 jam sehari sekurang2nya, barulah berkesan.
Jangan pulak beli simpan je dalam almari.
Sangkut je kat hanger.

Banyak lagi staf kat sini nak pakai PB.
Insyaallah akan berkembang biak di sini.
Jumpa lagi.

Sesiapa nakminta demo PB kat ofis atau rumah mereka.
boleh call aku ya 016  2212181


Wednesday, September 12, 2012

Jamuan Raya CDM Kartini/CDM Kamarudin

Suasana rumah terbuka
CDM Kartini dan CDM Kamarudin Ahad lalu di padang USJ 9.
Tahun ni berpindah lokasi nampaknya.
Selalunya kat padang depan rumah mereka.
Tapi tak boleh jadi. Pindah lokasi lebih baik untuk keharmonian ketika menjamu selera...he he he.

Lega, sempatlah merasa semua hidangan, taklah berebut2 dan beratur panjang seperti tahun lalu.
Lebih damai dan membahagiakan.
Terima kasih tuan rumah, pasangan CDM hebat Taipan yang sentiasa bermurah hati
mengadakan jamuan seperti ini saban tahun.
Moga bertambah rezeki mereka suami isteri.
Macam2 store disediakan.
Ini store apam balik.
Ada store satay, store mee goreng, char kueh teow goreng, store kambing bakar,
kuis muih dan sebagainya.
Semuanya menyelerakan.
Semuanya sedap.
Store char kueh teow goreng.
Sedap.
Biskut raya pun masih banyak.
Puding, dan kuih muih lain pun masih penuh.
tetamu lebih suka yang basah berbanding yang kering.
Yg ni sekadar melengkapkan jamuan dan hidangan raya.
Tapi aku rasa semuanya.
Paling menarik selera.
Kambing bakar...wow sedap sangat.
Dua ekor disediakan...licin gak.
Sempatlah makan sepuasnya.
Tahun lepas, tengok tulang je yg tinggal.
Kali ni lega, taklah beratur panjang.
Tak lah berebut dgn penduduk rumah flat macam tahun2 lalu.

Bagus gakberpindah lokasi ni.
Special hanya untuk warga Taipan dan kenalan tuan rumah.
Orang yang tak dijemput takkan datang singgah.
itu bezanya dengan majlis tahun lalu.
Kambing bakar ni betul2 menyelerakan.
Membangkitkan nafsu makan.
Lupa diet hari tu.
Lupa pada target nak turunkan berat badan...he he he.
Tak pa, lepas tu makanlah garam buluh.
PB kan ada.

Semua puji kata sedap.
makan sampai puas.
CDM Kuyah, CDM Haryati, CDM Inda, CDM Hasmidar, DDM Ita dan
lain2 sedang menjamu selera.
Sambil makan2.
Bergambar lagi, snap lagi dengan tuan rumah CDM Kartini.
Merapatkan silaturrahim.
menjalinkan kemesraan.
Sambil  cerita niaga, tetap agenda utama.
Tetamu dari utara pun ada.
CDM Rizal bersama rakan niaganya yg baru.
SSM Basith, SSM Amzar dan Faris.
turut sama CDM Jai dan CDM Dzul.
DDM Siti Shafinaz pun ada bersama.
CDM Inda senyuman menawan...hari tu jadi pembantu tuan rumah.
membantu apa yang patut untuk melicinkan majlis.
Tahniah Inda.
CDM Ah Hock pun ada.
TQ datang berkunjung.
Tuan rumah tentu bangga meraikan kehadiran CDM Otai ini.
Datang sambil menjenguk anak2 buah di Taipan.
CDM Inda, DDM Nik Hasni, CDM Kuyah,
Aimi dan CDM Roshila.
SM Elza nadiah dan SM Pn Noor Azizah dari SUHAKAM turut serta.
Ahli baru, SM baru.
Elza ni anak murid aku dan juga Cikgu Kartini di SMK Seri Indah dulu.
Dah jadi rakan kongsi lak.
Pn Noor Azizah boss Elza di SUHAKAM.
Tahniah...selamat datang ke ATM.
Tahniah.
Insyaallah, terus memantap bersama ATM.
Lepas ni ATM pasti melonjak.
dengan lonjakan yang lebih dahsyat.
Dengan suara yang lebih gemilang.
Dengan pencapaian yang lebih hebat.
Tahun 2013 begitu bersinar untuk ATM.
Gandingan ini tetap bersedia menyahut cabaran yang lebih besar demi meletakkan ATM
di mercu paling tinggi  bersama warganya di seluruh Malaysia.

Bertuahlah kami, kerana mendapat sentuhan ilmu daripada
CDM Ah Hock yang sudah 20 tahun bersama Hai O.
Bukan calang2 pengalamannya.
Lebih bertuah seluruh warga ATM.
Bersedialah untuk menjadi bertambah kaya dan berjaya.
Aminnn.

DDM Din dan rakan kongsinya dari utara.
Selepas majlis anugerah tak terus pulang ke Penang.
berjumpa lagi dengan mentor2 ATM di KL pula.
berguru, belajar dan bertanya untuk terus menjana jaya bersama ATM.
Duduk makan sambil mendapat ilmu, motivasi dan strategi serta skil.
Bertanya danberbincang dengan otai ATM yang 12 tahun berniaga MLM.
Dapat ilmu, dapat semangat dapat motivasi.
Tak semestinya dalam kelas sahaja.
DDM Ita Johari.
Makin berat nampaknya.
Dah tak larat dah.
Tahniah Ita, terus percaya kepada Taipan.

Tahniah tuan rumah berdua.
Syukur dapat berkongsi rezeki dengan rakan kongsi dan teman taulan.
Semoga rezeki CDM berdua berlipat ganda.
terima kasih daun keladi.
Tahun depan mesti buat lagi.


Tuesday, September 11, 2012

Tetamu Dari Utara

Tetamu dari utara.
TQ kerana sudi bertandang ke rumah kami.
Pertama kali mereka sampai ke sini selepas Majlis Anugerah SM SSM di PGRM.

Beberapa nama yang aku ingat.
DSM Shukri Paktam, SSM Mohd Mazlan, DSM Yazid Saad, Asyraf, Hezri, Azuan, Azmi,Amir dan lain2.
Mereka mandi, solat dan makan di sini.

Syukurlah, rumah ni sentiasa dikunjungi tetamu.
memang dah niat waktu beli rumah ni dulu, aku mahu
rumah ini sentiasa dikunjungi tetamu.
Alhamdulillah, saban masa ada saja tetamu datang sama ada keluarga, kaum kerabat
ataupun rakan kongsi ATM, termasuk juga jiran tetangga dan sahabat2 lain.
Menjamu selera sambing bincang niaga.
mereka semuanya masih muda2 belia.
Ada antaranya macampangkat anak dengan aku.
Tetapi aku tabik dengan semangat mereka, kemahuan mereka, impian mereka
untuk belajar dan mengubah hidup bersama Taipan.

Belajarlah, bergurulah,
Jangan patah semangat dengan cabaran besar atau kecil sekalipun.
Jangan hanya benda remeh temeh, kita nak berhenti berniaga.
Jangan hanya benda2 kecil, kita nak mengalah.
Rezeki kita luas dengan Hai O.
Rezeki kita akan melimpah ruah dengan ATM.
Ada CDM dalam Hai O, punya simpanan belasan juta dalam Tabung Haji.
Mereka buat saja, bukannya buat sekejap kemudian berhenti.

Tak perlu bimbang apa2.
Kita ada pelbagai strategi.
Mantaplah dengan apa yang kita suka.
G15, G10, G5, G3 sekalipun semuanya business.
Tak boleh G15, kita buat G10.
tak boleh G10, kita buat G5 atau G3.
Kalau dah banyak G3, banyak juga volumenya.
Besar juga bonusnya.
Boleh juga ubah kehidupan kita dan keluarga.
Yang penting kita terus buat dan berusaha.
Belajar, belajar dan terus belajar.
Jangan fikir aku terlalu jauh jaraknya dengan anda.
Walaupun dah 10 tahun dan anda baru setahun jagung, tak ada penghalang.
oleh duduk, boleh berjumpa, boleh bersembang, boleh bertanya, boleh telefon.
Jangan segan jangan malu.
Tugas kami menjayakan anda semua.
Walaupun entah berapa level, kadang2 berbelas tingkat antara aku dan rakan kongsi ini.
Kejayaan anda adalah komitmen kami.
Itu ikrar aku dalam diri sejak dulu.

Semua tentang business.
Semua tentang kejayaan.
Semua tentang kemenangan.
Semua tentang LOPA.
Semua tentang duit duit duit.
Semua tentang car fund.
Semua tentang wawasan.
Semua tentang maintain.
Cerita2 negatif, gosiip, buruk sangka tak ada dalam perbincangan dan sembang kami.
Ini satu team lagi tetamu dari utara.
petang Ahad, selepas open house jamuan raya rumah CDM Kartini dan CDM Kamarudin.
terima kasih sudi datang.
Ini bukan open house.
Sentiasa terbuka.
Boleh datang2 bila2 masa.
Yang penting call dulu, nak buat itik golek...he he he.

DDM Shukri, DSM Wawa, DDM Din dan lain2.
Aku siapkan meehoon goreng special, fruits coctail, ayam goreng, keropok goreng dan buah2an.
Alhamdulillah, berbahagi rezeki.
Makan2 sambil snap snap gambar.
Senyum ya, nak masuk blog ni.
CDM Hasmidar, Syed dan Hadif pun ada sama.
TQ sudi datang As.
Ini team yang seterusnya.
CDM Rizal, SSM cikgu Basith, SSM cikgu Amzar, Farid dan beberapa yg lain.
Meriah sakan rumah kami.
seronoknya berjumpa, bersembang dan beraya sambil cerita niaga.
CDM Jai, CDM Haryati serta geng PD sampai tak lama selepas tu.
Makan lagi.
Makan makan, jangan segan jangan silu.
Kaum ibu dan bakal ibu.
He he he
Terima kasih sudi datang.
lain kali boleh datang lagi.
Mereka nak balik terus ke PD selepas tu.
Sebelum bertolak pulang.
Dengarnya CDM Rizal nak singgap Ipoh, demo lagi.
G15 lagi bersama SSM Cikgu Basith.
Bergambar lagi, posingg lagi.
TQ semua.
Tetamu datang membawa kebaikan.
Tetamu datang membawa rezeki.
Mereka pulang membawa kenangan.
Mereka pulang membawa silaturrahim yg suci.

Kepimpinan

Bersama otai Hai O.
CDM AH HOCK
Sabtu lalu di PGRM.
Lama tak bersembang dengan pemimpin hebat ini.

Duduk saja, aku terus termotivasi.
Sekejap saja berjumpa, terus dapat ilmu.
Bersembang saja, terus dapat semangat dan kekuatan.

Setiap patah yang kata ibarat emas yang sangat tinggi nilainya.
Setiap tutur bicara yang ku dengar, ibarat ilmu yang tiada tolok bandingnya.
Buat bekal dalam perjuangan.
Buat senjata menempuh kejayaan yang lebih gemilang.


"U dah jadi otai dalam Taipan.
U dan CDM Kartini benteng untuk Taipan.
Business Taipan adalah membina leadership.
Bina kepimpinan.
Orang baru belajar berniaga.
Kita kena belajar ilmu kepimpinan.
Baru Taipan boleh berniaga lama dan terus besar."
Terngiang2 pesanan CDM Ah Hock Sabtu lalu.

"Marilah CDM, kita minum2, sembang2 niaga., ajak abe sekali"
Kata CDM Ah Hock.
Ya boleh2, pasti boleh.
Nanti saya pakat dengan upline saya.
Kata aku sebelum berpisah dengan CDM Otai ini.
TQ CDM Ah Hock.

Dekatlah Dengan Mentor Anda

Tahniah
anak2 muda utara
diketuai oleh DSM Paktam.
Menghadiri Majlis Anugerah SM SSM di PGRM
Sabtu lalu 8 Sept.
Tahniah, hebat.

menghadiri majlis anugerah sebegini memang penting.
Kita melihat besarnya majlis anugerah.
Kita melihat ramainya orang berniaga.
Kita melihat ramainya yang naik pentas menerima anugerah.
Kita melihat ramainya orang datang dari seluruh negara.
Kita berjumpa dengan pelbgai golongan dan taraf hidup pengedar2 Hai O.
Dari yang sekolah tak tinggi kepada yang bertaraf profesional, masih buat business ni.
Kita juga berpeluang berjumpa dengan otai2 Hai O.
Berjumpa otai2  dalam ATM sendiri.

Yang lebih penting ialah untuk meraikan SM SSM baru.
Tahniah.
Inilah tapak permulaan untuk anda terus mendaki tangga jaya.
Sebelum naik ke tingkat 20, mesti naik lif dulu di level G.
Sebelum sampai ke tangga paling tinggi, pijak dulu anak tangga yang pertama.

Sebelum naik CDM, kena naik SM SSM dulu.
Sebelum menjadi tinggi, belajar dulu berpangkat SM yang dibayar bonus 21%.
Atau SSM dengan 26%.
Pegang yang rendah dulu.
Rasa yang kecil dulu.
Lepas tu baru naik DSM.
Naik pula DDM sehingga naik CDM.
Semua orang bermula dengan pangkat rendah dulu.

Kemudian teruslah gigih membina kejayaan dan melangkah
tangga demi tangga sehingga CDM.
Sepanjang nak sampai ke puncak, jangan tak tahu bahawa pasti ada liku, ranjau dan onak
yang menanti.
Dalam dunia MLM, biasalah cabarannya ialah orang tak mahu, orang tak nampak apa yang kita dah nampak.
Itu pentingnya membawa mereka ke BOP/meeting dan kelas.
biar prospek nampak sebagaimana kita nampak.
Cabaran paling besar ialah orang tak mahu.
Itu saja.
Apa peduli dengan orang tak mahu selagi kita mahu.

Kadang2, upline yang bawa kita tu yang tak mahu dulu.
Itupun cabaran juga untuk kita.
Mereka nak stop berniaga.
Hilang excited.
Hilang ghairah dan semangat.
Sebahagiannya tak tahan cabaran.
Atau hilang arah tujuan.
Putus asa.
Jumpa benda/MLM lain pun ramai.
Atau memang dah habis rezeki kot dengan Hai O.

Kita ni jangan begitu.
Dah ada mentor, dah ada kumpulan hebat, syarikat yg kukuh, business yang halal dan jelas
kesahihannya, punya pula teamwork yang sedang menjadi2....
maka teruslah.

Bila datang majlis anugerah macam ni, impian kembali segar.
Harapan kembali indah.
Cita2 kembali mengujakan.
Teruskan langkah.
Berusaha dan berdoalah.
Carilah ilmu, jangan tinggalkan mentor anda.
Keraplah berhubung dengan mentor.
Dunia tanpa sempadan.
Dgn FB, internet, HP, watsapp, semua ada.
Jangan jadikan jarak sebagai alasan.

Semoga terus suksess.
Selamat maju jaya.

HP no saya  016 2212181.
Bila2 masa boleh call.
Jika saya tak jawab, itu bermakna saya sedang sibuk, mungkin sedang berdemo, sedang bagi talk, sedang solat
atau sebab2 lain.
Jangan risau, saya pasti akan menelefon anda selepas itu.
Jumpa lagi.




Monday, September 10, 2012

Penuh

Salam.
Maaf tak sempat nak update blog ni.
Jadual padat.

Sabtu pagi2 ke UiTM Shah Alam,
Urusan pendaftaran Aimi.
Jam 7 pagi aku dah keluar.
Lama gak, jam 11.30 pagi baru selesai.
Lepas tu bersarapan di Restoran Cili Merah Seksyen 9 Shah Alam.

Balik rumah, terus bersiap ke PGRM
untuk hari Anugerah SM SSM.
Habis, jam 7 petang baru tiba di rumah.

Selepas itu meraikan tetamu2 daripada utara.
Ramai gak, anak2 muda yang datang ke PGRM.
Mandi, solat dan makan di rumah ni.
Mulanya nak bermalam di sini, tetapi perancangan Allah jua yg terjadi.
mereka bergerak pulang selepas sembang niga.
Satu group bertolak jam 1 pagi.
Itu group DSM Paktam.

Group Lan pula sambung sembang sampai jam 2 pagi.
Selepas tu mereka pula bertolak.
Hasrat nak ke TTC untuk BOP dan beraya sambil makan
kambing bakar di majlis jamuan raya CDM Kartini dan CDM Kamarudin
tidak kesampaian.

Tak apa.
Ilmu dan ada.
Mentor dan strategi dan tahu.
Bertindaklah untuk berjaya.
jangan mengalah dengan cabaran.
Inilah liku2 cabaran yg akan ditempuhi, jika mahu berjaya.
Allah tidak memberikan kejayaan bagai bola datang bergolek.
Allah tidak memberikan kemenangan bagai kertas melayang2.
semuanya perlu diusahakan.
Cabaran dan ujian datang sekadar untuk memantapkan daya juang kita.
Teruskan.
ATM tetap bersama anda semua.
Saya bersama anda.
masih ada CDM Kartini, CDM Kamarudin, CDM Hasmidar, CDM  Fitri,
CDM Ayu, DDM Lan dan semua pemimpin yg lain.
Teruslah. Mari bersama2 kita berjaya.


Semoga mereka selamat sampai ke destinasi impian mereka.
Tidak berhenti di pertengahan jalan.
yg hilang tetap akan hilang.
Itu pilihan sendiri.

Banyak gambar nak update.
Banyak lagi cerita nak kongsi.
Tapi keterbatasan waktu nampaknya.
Tak sempat...ngeh ngeh ngeh atau alasan je??


Pagi2 ni dah keluar jam 7 pagi.
Terus ke Sunway damansara hantar sekolah Irah dan Aisyah.
Kemudian terus ke Maju Tower untuk demo membantu rakan kongsi baru.
Wow...mantap.
LOPA masih ada.

Lepas tu aku ke HQ.
Jam 2 ni ada demo lagi.
malam pun ada.
Nak jumpa prospek ramai2, kongsikan tentang ATM.
Hantar barang, cerita peluang dan berkongsi lagi.
Jumpa anda lagi.

Ooooppp sebelum terlupa.
BONUS NIGHT
malam besok ya...tema kita PURPLE.

Friday, September 7, 2012

Jamuan Raya Azmi Associates

Azmi  & Associates
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2012.
Di Royale Chulan Hotel Jalan Conlay KL.

Aku menghadirinya beberapa hari lalu.
Ramainya orang.
Ramainya pelanggan.
Ramainya jemputan dan tetamu.


Kami datang sebagai keluarga.
Adik beradik.
Bawa ma dan Aimi sekali.
Kami sampai dah lewat petang.
Aku ada demo dulu sebelum tu di Cheras.
Jam 8 malam, tetamu dah berkurang sedikit.
Baru nak snap gambar.
Makanan semua sedap2.

Bersama kakak ipar...Datin Latifah Tahar.
Lebih mesra dengan panggilan kak Shawa sahaja sejak dulu.
Juga ma dan Mirah, anak kedua abang Mi dan Kak Shawa.
Orang  berniaga.
Aku kagum dengan kejayaan abang kedua...
Dato' Azmi Mohd Ali membangunkan Azmi & Associates.
Bermula seoarang, kini sangat suksess.

Aku difahamkan oleh Siti, sekretary abg Mi bahawa kos untuk majlis ini
menghampiri RM40 000.
Wow...banyaknya.
Wang buat wang.
Setiap perbelanjaan mesti ada pulangannya keuntungan.

Kerja kerasnya aku kagumi.
Rajinnya memang tiada tandingan.
Bersungguh2nya tiada yg boleh lawan.
Komitmen dan pengorbananya membangunkan syarikat lawyernya sendiri.
Sehingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Patutlah dia berjaya.

Sangat baik dan pemurah orangnya.
Sering menghantarnya stafnya menunaikan umrah.
Tetapi sangat tegas dengan pekerjanya.
Ini semua info daripada staf dan lawyer2 di syarikat abg Mi.
Ohhh...banyak yang aku tak tau.
Kata Siti...Dato' tak mau kebaikan dan kerja kebajikannya diwar2kan.
Menutup kebaikan bagai menutup kejahatan.
Jangan orang tahu.
Cukuplah Allah saja yang tahu.
Alhamdulillah...Hebat.

Thursday, September 6, 2012

Pencen Kubur


Jika anda nak ambil mana2 ilmu/tips/ motivasi/kata2 semangat/
pengalaman/gambar
yg saya kongsikan di blog ini atau ruang FB saya
untuk anda gunakan tujuan berkongsi dengan orang lain,
maka ambil sajalah.
Tak perlu mohon izin.

Semua ilmu adalah daripada Allah SWT.
Semua kejayaan dan kehebatan adalah anugerah daripada Allah SWT.
Semua nikmat adalah anugerah Allah SWT.

Itu semua adalah pencen kubur untuk saya.
Semoga semua ilmu yang dimanfaatkan akan
berpanjangan sehingga ke alam barzakh.
Amin

Doanya Mustajab

Terima kasih ma.
Sudi datang ke KL selama lhampir dua minggu untuk bersama anak2 dan cucu2 di sini.
Semalam dah balik ke Kelantan.
Sayang, aku ke utara semalam. tak dapat bersama menghantarnya ke airport.
Selalunya aku yang hantar.

Tetapi hari ni, pagi2 aku dah call ma.
Alhamdulillah.
Doanya setiap masa mengiringi kejayaan anak2nya seramai 11 orang.
Doanya sangat mustajab.
Doanya sangat mujarab.
Doanya sangat dimakbulkan.
Amin, berikan kesihatan yang baik untuk bonda.
Agar keberkatan doanya terus mengalir kepada anak cucunya.



Garam Buluh

Garam Buluh.
Badan rasa sihat dan bertenaga sejak mengamalkan meminum garam buluh ini.
Pembuangan cukup selesa.
Nikmatnya tidak terperi.
Hanya yang meminum garam buluh saja yang tahu nikmat itu.

Rasa garam buluh awalnya memang tidak sedap.
Masinnya mak ooiii...tidak terperi.
Mula2 terpaksa menggunakan jus orenge bersama garam buluh.
Kini aku lebih selesa meminumnya menggunakan air bio aura sahaja.
Syukurlah.

Kini aku mengamalkan tiga sachet sehari.
1 untuk sarapan pagi.
Satu untuk tengah hari.
Satu untuk malam sebelum tidur.

Cubalah.
Untuk badan yg lebih sihat dan bertenaga.
satu sachet percuma untuk anda.
Call 016 2212181

Snap Snap Di Safira

Maaf aku bukan pakar motivasi, sekadar memberi inspirasi.
Aku bukan orang yg hebat, sekadar berkongsi manfaat.
CDM Hasmidar, SSM Rehan dan DSM Ina Azrina
Tahniah CDM Rizal.
Bersama rakan niaga barunya.
Bersama Elly dan suaminya SM Mohamad  Azahar.
Orang baru...tahniah.
Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
Ohhh ini rupanya Hamidah Othman.
Selalu gak dok respond dlm FB.
Baru kini jumpa dgn tuan punya nama.
Tahniah Pn Hamidah...sekali melangkah teruslah melangkah.
Laluilah liku2 indah dalam perjaungan bersama ATM.

Selepasi duduk bincang2 niaga, snap lagi.
Buat kenangan.
tahniah semua yg hadir, sanggup tunggu sampai ke hujungnya.
Selepas BOP, bincang lagi, tanya lagi, kongsi lagi.
Alhamdulillah, sokong menyokong, saling menjayakan, saling berkongsi, saling memberi.
DM Farah, DSM Suriati, SSM Rehan dan CDM Hasmidar.
DDM Lan dan rakan kongsinya.
Selesai di safira, kami bergerak ke Makbul.
Sembang niaga lagi.
Sembang semangat lagi.
Sembang strategi lagi.
LOPA lagi, Korea lagi...wow.
Semangat, excited...meletups lagi.


Alhamdulillah, jam 1.45 tgh malam kami bertolak pulang ke KL.
Misi utara untuk hari ini berjaya.
Moga diberikan kesihatan yg baik
Untuk aku terus bersama warga ATM seluruh Malaysia.

Laju CDM Hasmidar memandu, terus2an tanpa henti.
Jam 5 pagi, aku tiba di rumah.
Terima kasih kat en suami, setia menemani dan mengambil ku di tol.
Sampai di rumah, kami dan anak2 terus bersahur.
Memburu kelebihan Syawal.
Moga diberkati usaha2 ini.