Tuesday, September 21, 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Awal Penubuhannya  Tahun 2006
Konvensyen CDM Pada Januari 2010
           
          Akademi Taipan 181 dilancarkan penubuhannya secara rasmi pada 6 Julai 2010 bertempat di Mines Resort Seri Kembangan Selangor. Majlis pelancaran yang gilang gemilang ini dihadiri lebih 700 orang tetamu. AT 181 pada mulanya dikenali sebagai Kumpulan Taipan 181, diasaskankan oleh tiga orang serikandi hebat iaitu CDM Kartini Mat Yaakob, CDM Faridah Mohd Ali dan CDM Julianie Mohd Bastamam selain CDM Kamaruddin Mamat. Bermula pada awal tahun 2006 sebagai kumpulan kecil, ia hanya mula melangkah dengan menjalankan operasinya di sebuah center yang terletak di USJ 9 yang dikenali juga sebagai Taipan.

          AT 181 menjadikan Hai O Marketing Sdn Bhd sebagai platform untuk menjana pendapatan dan mengubah kehidupan. AT 181 ditubuhkan sebagai suatu wadah untuk melatih dan membimbing usahawan-usahawan berbilang bangsa yang menjadi ahli kepada akademi ini. Ketika memulakan platform sebagai kumpulan Taipan 181, ia hanya mempunyai empat orang pemimpin tertinggi berpangkat Crown Diamond Manager dengan jualan kumpulan tak sampai pun 300,000PV,  tetapi setelah berjuang hampir lima tahun, kumpulan ini telah mempunyai hampir 90 orang CDM dan sebahagian besar daripadanya telah bersama AT 181 secara sepenuh masa. Kumpulan ini juga pernah mencapai jualan kumpulan sehingga RM17 juta sebulan. Luar biasa!!

          Mempunyai slogan hebat 'Setiap Jengkal Tanah Ada Taipan 181, kumpulan ini yang pada mulanya hanya berpaksi di USJ 9, KL dan Selangor tetapi kini telah berkembang di seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak termasuk ke Indonesia. Dan hampir di setiap negeri telah melahirkan pemimpin tertinggi berpangkat CDM.

           Dengan motto yang hebat, 'Bersama Dan Bersatu', AT 181 terus mengorak langkah menyusun strategi berjuang dan berkorban atas kepentingan kumpulan tanpa menonjolkan kehebatan peribadi. Tiada agenda peribadi di dalam AT 181 kecuali untuk sama-sama mencapai matlamat kumpulan. Dengan bersandarkan kekuatan syarikat Hai O Marketing, AT 181 terus melangkah jauh dengan bergerak dengan satu matlamat, satu wawasan, satu strategi, satu suara, satu impian dan satu kumpulan.' Bersatu Teguh Bercerai Roboh'  menjadi kata azimat buat panduan warga AT 181. Setiap pemimpin menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk AT 181. Setiap orang bekerja  sebagai satu team yang mantap dan padu.

          Secara ringkasnya AT 181 dibina dengan mempunyai matlamat yang sangat jelas:

1. Membimbing dan melatih usahawan-usahawan yang menjadi warga AT 181 secara sistematik sehingga melahirkan pemimpin-peminpin hebat yang berjaya memacu ekonomi diri dan keluarga sehingga meletakkan mereka sebarisan, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan usahawan dalam bidang lain di Malaysia.

2. Mempunyai modul-modul latihan yang tersusun dan seragam yang akan diberikan melalui Business Talk, Table Talk, Meeting, Kelas Pengukuhan, Road Show, Seminar, Bengkel Sehari, Latihan Dalam Kumpulan dan seumpamanya.

3. Melahirkan pemimpin-peminpin pelapis muda  sehingga berpangkat CDM yang berketrampilan, berilmu, berwawasan, tahan cabaran dan berdaya saing melalui kerja-kerja 'dublikasi' di dalam MLM.

4. AT 181 mempunyai matlamat jelas untuk mejayakan seramai mungkin warganya sehingga mampu bergelar jutawan MLM tanpa mengira warna kulit, anutan agama, bangsa dan kaum.

5. AT 181 berhasrat untuk menubuhkan setiap negeri dengan 'center'nya sendiri dan ini dilakukan melalui misi menjaya dan melahirkan CDM di setiap negeri. Misi ini hampir terlaksana apabila AT 181 telah membuktikan kejayaan tersebut di setiap negeri.

6. Semua pelaksanaan program, aktiviti dan gerak kerja di dalam AT 181 dibincang dan diputuskan oleh CDM COMITEE yang dianggotai oleh CDM Senior di dalam AT 181 terdiri daripada CDM Kartini Mat Yaakob, CDM Kamaruddin Mamat, CDM Faridah Mohd Ali, CDM Julianie Mohd Bastamam, CDM T. Puziah Tg Chik, CDM Julianah Munaf, CDM Siti Rozana Rozar, CDM Siti Rohani Ahmad Zahari dan CDM Roshila Mohd Saufi. CDM Comitee akan mengadakan menyuaratnya sebulan sekali.

7. Sementara di setiap negeri pula, AT 181 mempunyai comiteenya sendiri yang dianggotai oleh pemimpin tertinggi negeri.

8. AT 181 mempunyai Tabung Kewangan Pusat dan negeri di mana setiap CDM menyumbang sebanyak RM300 sebulan untuk menampung semua aktiviti mingguan, bulanan dan tahunannya.

9. AT 181 telah menubuhkan Yayasan Taipan sebagai platform untuk menyalurkan sumbangan dan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat luar. Sehingga ini, Yayasan Taipan telah memilih Baitul Kaseh yang terletak di Bukit Rahman Putra sebagai Projek Anak Angkat kepada yayasan ini.

10. AT 181 meletakkan matlamat dan visi yang lebih murni untuk melahirkan usahawan-usahawan hebat yang bukan hanya berjaya di dunia tetapi juga di akhirat.

11.AT 181 sedang berusaha untuk menubuhkan Koperasi Taipan 181 yang akan menjadi koperasi penggerak untuk mengembangkan sayap perniagaannya.

12. AT 181 bersedia untuk mengharungi cabaran dan ujian yang lebih besar bagi mendepani gelanggang juangnya. Dan ini mampu dilaksanakan melalui ' Bersama Dan Bersatu' yang diterapkan sejak awal kepada setiap warganya.

13. AT 181 akan terus berusaha untuk memantapkan sistem latihan, bimbingan dan sekolahnya dan suatu hari nanti akan menjadi sebuah Open University Taipan 181 yang akan melahirkan graduan-graduan yang setanding dengan graduan daripada universiti tempatan ataupun luar negara.

          Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama. Ayuh Warga AT 181, menari rentak yang sama, menyanyi dengan lagu yang serupa, berdendang dengan irama yang tidak berbeza dalam menuju visi dan misi AT 181. Segalanya mungkin. Dan sekalung penghargaan, seuntai kasih serta segunung budi selaut bakti untuk pemimpin-pemimpin hebat serta seluruh warganya yang telah sama-sama berkorban masa, tenaga dan segalanya demi menjayakan AT 181. Salam

Sembang-Sembang

                                           CDMFaridah@gmail.com

Motivasi Harian

Jadilah seperti lilin yang boleh menerangi sekeliling,
Jangan  jadi seperti duri yang menyucuk orang lain

Monday, September 20, 2010

SEMINAR AROMA TERAPI MINDA

Program 21 Ogos 2010 di KL
Ketahui tips menjadi hebat dengan menguasai minda anda
 ANDA BOLEH MENJADI SANGAT HEBAT DENGAN MENGUASAI KEHEBATAN MINDA ANDA. BAGAIMANA CARANYA? HADIRI DUA PROGRAM HEBAT ANJURAN AKADEMI TAIPAN 181.   TARIKH     : 25 SEPT 2010
TEMPAT     : HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN
MASA         : 9 PAGI HINGGA 1 TGHARI

TARIKH     : 2 OKTOBER 2010
TEMPAT     : SAFIRA CLUB, SEBERANG JAYA PENANG
MASA        : 9 PAGI HINGGA 1 TGHARI

|MASUK ADALAH PERCUMA. DOOR GIFT BERNILAI LEBIH RM200 UNTUK YANG HADIR
SILA HUBUNGI SAYA FARIDAH 016 2212181

Minda Kaya VS Minda Miskin

Minda kaya fikirkan yang besar tetapi minda miskin fikirkan yang kecil

Minda kaya melihat dua pilihan tetapi minda miskin hanya melihat satu pilihan

Minda kaya melihat orang kaya dengan inspirasi tetapi minda miskin melihat orang kaya dengan iri hati dan dengki

Minda kaya melihat cabaran dan masalah sebagai batu loncatan, tetapi minda miskin melihat masalah atau cabaran sebagai batu bebanan yang mnghempap badan.

Minda kaya akan fokus kepada peluang tetapi minda miskin akan fokus kepada halangan

Minda kaya akan bergaul sesama minda kaya tetapi minda miskin akan bergaul sesama minda miskin.

Gerakkan minda kaya kita, pasti tak berhenti kekayaan datang kepada kita.

Bagaimana Bertahan?

         "Masih buat Hai O atau dah buat yang lain"? Banyak soalan seperti itu singgah diutarakan oleh kawan-kawan lama bila sesekali berjumpa. Ketika perjumpaan Reunion pada Hari Raya yang lalu pun, ada kawan-kawan yang membangkitkan soalan itu kepada ku. "Ya tak mungkin berubah atau beralih arah. Kami sudah hampir lapan tahun bersama syarikat ini, pahit manis suka duka berjuang dalam perniagaan ini, dan tak mungkin berpaling kepada yang lain". Jawab ku pantas. "Eh! macam mana kau boleh bertahan sedemikian lama? Ramai kawan-kawan aku yang dulu buat Hai O, tapi aku tengok dia orang semua pun dah kantoi, dulu pakai Wish tapi dah jual rasanya". Katanya lagi.

          Aku tersenyum. Banyak sekali pandangan dan kata-kata sinis seperti itu kedengaran. Jika ditanya aku, bagaimana aku boleh bertahan sedemikian lama, maka inilah jawapannya.

1. Impian mesti cukup besar.
2. Matlamat mestilah sangat jelas
3. Kemahuan untuk berjaya mesti datang dari dalam diri, bukan kerana orang lain.
4. Mesti keluar daripada zon selesa. Kejayaan tak mungkin hadir dalam keadaan serba selesa.
5. Bersedia untuk menempuh kegagalan sebelum kejayaan datang. Ramai orang mahu berjaya tetapi tidak mahu menempuh kegagalan.
6. Mesti mempunyai mentor yang betul, rapat dengan mentor dan setiap hari mesti berhubung dengan mentor.
7. Wajib menghadiri Meeting/kelas/Business talk anjuran AT181
8. Mesti menghadirkan diri semua seminar dan program yang dianjurkan oleh AT 181
9. Mesti menghadirkan diri semua program yang dianjurkan oleh syarikat seperti Hari Anugerah SM SSM, Diamond Night dan seumpamanya.
10. Fokus hanya kepada AT 181 sahaja.
11. Jangan sekali2 memberi peluang kepada MLM/syarikat lain untuk bercerita kehebatan atau peluang yang ada dalam MLM/syarikat lain. Ringkasnya tutup pintu hati anda kepada yang lain sekiranya anda benar-benar yakin kepada Hai O.
12. Bertukarlah sepenuhnya kepada produk keluaran Hai O dan bukan sekadar menjadikan syarikat ini untuk menjana pendapatan sahaja.
13. Nak berjaya mesti mencari ilmu, nak bertahan juga dengan adanya ilmu.
14. Bekerja sebagai satu pasukan, bukannya berseorangan. bekerjalah dengan semua upline dan semua downline kita. Kejayaan downline adalah kejayaan kita. Kita tak mungkin berjaya sekiranya downline tidak berjaya.
15. Padamkan istilah 'PUTUS ASA' dalam kamus hidup anda.
16. Ketahanan anda akan kekal sampai bila-bila selagi anda berpegang kepada impian anda dan terus beusaha untuk mencapainya.

Saya bersyukur impian saya tak pernah padam, semangat saya tak pernah luntur, harapan saya tak pernah kendur, matlamat saya tak pernah gugur. Ini menjadikan ketahanan saya bersam Hai O dan AT 181 seteguh Gunung Tahan, sekuat Gunung Kinabalu dan mantap seumpama Gunung Everest. Salam ketahanan.
         

Motivasi Harian

Menggenggam Janji, Menyimpul Kasih.
Janji ialah suatu komitmen. Komitmen bahawa ia bukan sekadar kata-kata. Komitmen yang membuktikan nilai suatu kepercayaan. Baik kecil mahupun besar, genggamlah janji anda seerat mungkin.Agar tiada insan yang ternanti-nanti.

Sunday, September 19, 2010

Saturday, September 18, 2010

Motivasi Harian

Apakah rahsia kejayaan orang2 yang hebat?
1. Anda harus mempunyai matlamat yang sangat jelas
2. Anda harus percaya kepada diri anda sendiri
3. Anda perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat anda

Friday, September 17, 2010

Motivasi Harian

Tidak ada satu kejayaan pun yang akan dicapai
dengan sikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh
































Thursday, September 16, 2010

Motivasi Harian

Tidak ada seorang manusiapun yang menjadi
terbaik dengan secara kebetulan

Wednesday, September 15, 2010

Apa Yang Susahnya?

          Salam...Ramai mengeluh "susah-susah" tapi ramai yang tak sedar jika selalu disebut susah, ia akan menjadi lebih susah. Jika kita fikir susah, pasti ia susah. Walaupun tidak mudah, kita tetap kena fikir mudah, kena sebut senang kerana ia sebenarnya akan melekat menjadi minda bawah sedar kita. Kebanyakan orang kita, mahu hidup senang tapi asyik sebut susah. Sudahnya, sampai bila2pun susah tak senang2 sampai mati. Kenapa jadi macam tu? Asyik sebut susah, kan kata2 itu satu doa. Itulah pasal, sapa suruh sebut susah?

         Sebenarnya apa yang susahnya buat berniaga ni? Jika susah sangat, kenapa pula orang lain boleh hidup senang lenang sejak bersama AT 181. Ramai pulak tu!!! semua bangsa kita, dah gitu terpampang di depan mata yang dapat pendapatan puluhan ribu sebulan, pendapatan bulanan mereka mengalahkan CEO2 popular, yang boleh beli kereta mewah macam kereta menteri, yang beli rumah berharga ratusan ribu, yang boleh pergi melancong percuma ke luar negara, yang berhenti kerja menjadi kerjaya dengan AT 181 pun ramai...

          Habis macam mana mereka buat?? Aku tengok senang je mereka mendaki puncak kejayaan hidup. Selalu kita bertanya diri kita, kadang kala kita bertanya sendiri tuan punya badan, maklum mereka semua boleh ditemui dengan mudahnya dalam AT 181. Bukannya perlu protokol macam menteri walaupun kereta mereka macam kereta menteri. Tanya je mesti mereka bagi tau, baik2 pulak dia orang ni. Nak makan satu meja pun boleh, nak bertepuk bertampar boleh, nak bergurau senda boleh, nak bersembang dua tiga jam pun boleh. Pendek kata tak ada sombong langsung, kaya duit, kaya ilmu, kaya pengalaman lak tu.

          Jika tanya saya, senang je jawapannya. "Jika tak buat Hai O, hidup lagi susah. Baik buat Hai O, susahnya tak adalah sesusah mana. Senang cakap, "senang je". Eh mudahnya kak Faridah ni bercakap, dia bolehlah cakap sebab dia dah berjaya, aku ni baru nak bermula. Ya itulah jawapannya. Ringkasnya yang susah tu apa?

1. Orang tak mahu tapi kita mahu, dulu kita pun tak mahu
2. Orang tak nampak tapi kita dah nampak, dulu kita pun tak nampak.
3. Orang tak tahu, tapi kita dah tahu, dulu kita pun tak tahu
4. Orang tak ada impian, tapi kita dah ada impian, dulu kita pun tak ada impian.
5. Orang tak bersemangat, tapi kita sentiasa bersemangat, dulu kita pun tak bersemangat.

 Itu je yang susahnya. Rupanya tak adalah susah sangat. Jika nak senang, kita kena sebut senang. Senangkan! Salam jumpa lagi.

Hasil Yang Baik Bermula Dari Tempat Yang Baik

          Salam, apa khabar sahabat2 lama dan baru? Di mana anda hari ini? Masih sakan beraya? Kami sudah kembali ke KL. Anak ke tiga, Irah akan menduduki UPSR minggu depan. Hari ni dah mula belajar seperti biasa. Biasanya ada van datang ambil, tetapi sebelum raya van tersebut terlibat dengan kemalangan, jadi untuk sementara terpaksalah kami menghantar dan mengambilnya sendiri ke sekolahnya di USJ 25.

          Sebagai ibu, aku sentiasa mendoakan anak2. Ingat, doa ibu sangat mustajab. Inilah anugerah Allah kepada ibu2, bersusah payah mengandung, melahir, menjaga dan mendidik anak2. Jangan mengeluh walaupun penat. Saya bersyukur Allah memberi pinjam rahim yang sihat dan subur, diberi peluang kita mengandungkan zuriat yang menjadi khalifah pilihan Allah. Dipinjamkan kepada kita rumahtangga untuk kita mendidik anak sebagai harta yang tidak ternilai. Merekalah yang akan mendoakan kita setelah kita tiada nanti, merekalah yang akan menjadi benteng kita di akhirat nanti.

         Didiklah mereka dengan sempurna, bersabarlah dengan karenah mereka, banyaklah bersyukur kerana Allah memilih kita memiliki cahayamata yang sempurna. Belajarlah menjadi ibu yang baik. Rapatlah dengan anak2. Banyaklah mendengar cerita mereka, keluhan mereka, apa keinginan mereka. Jangan kita sahaja yang mahu bercakap, Jangan kita sahaja yang mahu anak2 mendengar cakap kita tetapi kita langsung tak memberi peluang mereka meluahkan apa yang ada dalam dada mereka. Biar dada dan fikiran mereka kosong sebaik semuanya dicurahkan kepada kita. Bila fikiran mereka dah kosong, mereka akan ke sekolah  dan semua yang diajar oleh guru akan diterima penuh. Ini pun salah satu tips mudah mendapat anak2 yang berjaya dalam pelajaran.

         Ajak anak2 bersolat berjemaah jika sempat, paling tidak maghrib dan isyak. Solat Suboh pun boleh. Ajak mereka sama2 berpuasa enam di bulan Syawal. Anak tidak suka jika kita berleter, jadi janganlah berleter. Jika ada yang tak kena, panggil mereka sorang2 masuk bilik dan bagi tahu mereka dengan baik. Pasti mereka boleh menerimanya berbanding kita marah2, herdik dan tengking mereka. Ada waktu melilih air mata anak2 bila aku panggil mereka masuk bilik memberitahu kenapa mereka  tak patut buat sesuatu yang aku tak suka. Barangkali tersentuh di hati mereka.

         Aku bersyukur dan bertuah sekali, sejak bersama perniagaan ini, anak2 ku makin bijak dan matang. Walaupun aku agak sibuk, tetapi mereka memahami. Tetapi masaku masih fleksibel bukan terikat jam 8 hingga 5 seperti orang lain. Ketika orang lain sibuk nak ke pejabat, aku masih menemani anak2 bersarapan sebelum mereka ke sekolah. Ketika orang lain bersesak dengan jem, aku menemani anak2 di halaman rumah sementara van sekolah sampai. Anak2 pula mendapat pendidikan yang sempurna,  kemudahan sekolah yang selesa, guru2 yang baik, kawan2 sekolah yang positif, pemakanan di sekolah dijaga sempurna, solat dan ibadah dititik beratkan, pengajian Al Quran, akhlak yang sangat diutamakan. Setahun sekali, menjalani kem bahasa Arab di negara Yaman selama dua minggu dengan kos RM7500, ku sediakan juga insurans lengkap untuk mereka. Inilah hasilnya bersama AT 181.

          Jangan pula kita suruh anak belajar pandai2 tetapi bila anak dah dapat peluang, kita pula miskin tak berduit nak menghantar anak belajar di kolej atau universiti pilihan mereka. Tentu anak2 akan kecewa dengan kita. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah, limpahan rezeki dari berniaga ini saya berikan kepada anak2. Dulu waktu jadi cikgu lain, walaupun saya cikgu cemerlang tetapi pendidikan terbaik tak mampu saya sediakan untuk mereka. Semuanya perlukan wang. Terima kasih kepada mentor hebat saya CDM Kartini dan CDM Kamaruddin yang menghulur peluang ini untuk kami. Doa dimurahkan rezeki disampaikan melalui dua insan hebat ini.

         Susah ketika mula2 berniaga memang ada. Perit getir hidup, jika tak buat lagilah banyak. Baik aku buat! Susah tak ada wang lagi lah susah berbanding susah ketika ada wang yang banyak. Ada wang atau tak ada wang, cabaran hidup tetap ada. Jadi apa nak takut dengan kesusahan ketika bermula?? Jangan tanya orang lain susah atau senang nak buat Hai O? Baik bertanya kepada yang dah berjaya, tanya pada saya, tanya kepada mentor2 yang ramai dalam AT 181. Semuanya diberi bimbingan percuma.

       Nak berjaya kena masuk sekolah. Nak pandai kena masuk tiusyen. Nak hebat kena berguru. Nak cemerlang kena ada mentor. Nak bertahan kena bergayut pada yang kuat bertahan. Inilah semuanya ada dalam AT 181. Nak hasil yang baik mesti berada dalam kelompok yang baik!

     

Motivasi Harian

Hanya saya yang boleh membuat perbezaan
dalam hidup saya. Tidak ada orang lain
yang boleh melakukannya untuk saya

Tuesday, September 14, 2010

Plan B Untuk Tambah Fulus

         Laporan TV3 pada hari raya pertama, seluruh negara menyambutnya sederhana. Mungkin juga kerana faktor cuaca. Di sana sini hujan turun pada sebelah petang. Ya, kami di Melor pun hujan turun dengan sangat lebat. Hari raya kedua dan ketiga pun sama, hujan lebat dan angin kencang menyebabkan rancangan nak beraya ke rumah saudara mara dan rakan2 terbantut. Semua memerap di rumah je. Jika nak berjalan, mesti keluar pagi2.

         Tambahan pula kat Kelantan, jangan cakapla kalau musim raya. Dikhabarkan 650 000 kenderaan persendirian dari luar masuk ke negeri ini sempena raya kali ini. Kesesakannya luar biasa, apa lagi hujan lebat pula, dari Machang ke Tanah Merah yang biasanya hanya mengambil masa 25 minit perjalanan dengan kereta, tersangkut hampir 4 jam. Pakai baju raya berkilat labuci penuh atas dan bawah tapi dalam jiwa bergelora...sabarlah banyak2.

          Soal fulus juga menjadi faktor yang menyebabkan raya kali ini tak berapa mulus.kenaikan harga barang keperluan yang melonjak setiap masa menyebabkan kuasa membeli semakin kurang. Dulu beli baju raya dua tiga pasang, kali ini sepasang je. Ada juga yang memakai baju lama tak kurang hanya beli untuk anak2 sahaja. Dulu beli kuih raya bukan main banyak penuh meja, sekarang ala kadar sekadar melengkapkan syarat sahaja. Banyak peniaga juga turut mengeluh, jualan tak seperti tahun2 sebelum ini.

          "Poket meleset"...keluh seorang kenalan. Nilai wang semakin berkurangan. Memanglah kakitangan awam dapat 'duit raya' tetapi itu hanya sebahagian kecil sahaja. Tanpa fulus yang melimpah, raya hanyalah takbir yang sayu dan pilu.

          Sama ada setuju atau pun tidak, kita kena akui bahawa nilai wang semakin menurun. Duit raya jika RM1 bagai tak dipandang langsung. Peminta sedekah pun tak mahu yang kecil, apa lagi anak-anak kita. Paling sedikitpun mesti RM5. Nak kata boros tidak juga, memang gaji kita kecil walaupun bunyi beribu. Tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, basic mesti RM5 ribu pendapatan isi rumah. Itu belum selesa lagi malahan masih 'terseksa'. Nak atau tak nak, mesti cari plan B sebagai pendapatan kedua. macam2 boleh buat jika kita sanggup berusaha.

          Kita sangat bertuah, ketika orang lain tercari2 peluang apa nak buat, peluang itu dah ada dalam genggaman kita. Ketika orang lain masih menadah tangan berdoa supaya didatangkan ruang mencari rezeki lebih, kita dah berada di dalamnya. Ketika orang lain masih terkial2 hala tuju nak buat apa, kita dah nampak terang dan jelas. Ketika orang lain masih mencari mentor dan penasihat untuk membimbing mereka, rupa2nya kita sudah mempunyai mentor yang betul untuk menunjuk ajar kita. Ketika orang lain masih pening kepala mencari perniagaan apa nak diceburi yang modal kecil tapi untungnya besar, nah!!! rupanya dah terbentang di depan mata. ketika orang lain membayar ribuan ringgit mencari ilmu untuk berjaya, AT 181 memberikan ilmu secara percuma untuk kita. Apa lagi yang kurang dengan AT 181?

          Beruntungnya kita berada dalam kelompok yang betul, group yang betul, syarikat yang betul, strategi yang betul, mentor yang betul, bimbingan yang betul, produk yang betul....Apa tunggu lagi??? Buatlah betul2.

          Jika masih ada yang merasa susah nak buat dan berjaya dalam AT 181, cubalah gi tanya yang buat busines lain tu susahnya, senangnya, peritnya, modalnya, masanya, cabarannya, pulangannya, untungnya, jaminannya, bimbingannya, mentornya dan bla.. bla.. bla... Tanyalah yang buka restoran, yang buka butik, yang berniaga pasar siang atau pasar malam, yang buka kedai buku, yang buka farmasi, yang buka kedai kain, yang berniaga tudung, yang buka kedai dobi, yang buka francais, yang berniaga air tebu atau jambu, yang buka klinik, yang buka kedai perabot, yang buka kedai elektrik, yang jadi perunding, yang buat insuran, yang buka tadika, yang buat nursery, yang berniaga tender, yang jadi kontraktor atau apa saja perniagaan lain...Susah atau senang??? Jawapannya "tidak ada senang datang dengan senang".

          Memang, nak berjaya susah tetapi KEJAYAAN BERSAMA AT 181 TIDAK MUSTAHIL. Jika orang lain boleh, aku pasti boleh!! Lagi mudah sebab diberi bimbingan percuma, tak perlu memohon lesen, tak perlu bayar deposit sewa kedai, tak perlu pekarja apa lagi membayar sewa tapak atau lot kedai, tak perlu juga nak mengampu bodek seperti perniagaan lain. Masa pula fleksibel, sejam atau dua jam sehari mengikut kemahuan sendiri. Konsepnya pun sangat mudah...'menjayakan orang lain sebelum diri sendiri berjaya'. Bukti kejayaan pula terbentang di depan mata. Antara mahu atau tidak saja. Tanyalah diri sendiri apa yang kita mahukan dalam perniagaan ini??

Motivasi Harian

Sesungguhnya mulut kita ini
selalu merosakkan diri kita sendiri

Terkejut....Demikian Kesudahannya

Pengajaran untuk kita semua
           Sejak subuh semalam, berita gempar di seluruh negara apabila usaha mengesan kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, wanita jutawan kosmetik, akhirnya menemukan mayat pengasas dan pakar kosmetik itu berserta tiga yang lain yang turut hilang bersama beliau. Menurut polis, mereka dibunuh, mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat berhampiran Pantai Morib.

          Beliau seorang wanita hebat. Sosilawati bangkit dari sebuah keruntuhan dan kegagalan. Pernah  menjadi penoreh getah, kerani dan jurujual produk kecantikan orang lain dari rumah ke rumah sebelum memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Tiada alasan yang mampu diberi oleh wanita gigih ini. Selepas kegagalan rumahtangganya, beliau bangkit bermula sambil membela enam orang anak kecil. Tanpa pendidikan tinggi, tanpa pengalaman dan tanpa sijil berjela, beliau hanya mempunyai impian untuk berjaya mengubah nasib diri dan keluarga. Berkat kegigihan, ketabahan da keikhlasan, beliau berjaya membina rangkaian perniagaan kosmetiknya dengan nilai ratusan jutaan ringgit.

          Difahamkan, bangunan baru empat tingkat yang dinamakan Wisma NV bernilai RM15 juta di Cyberjaya telah dibuka awal tahun ini sebagai mercu tanda kejayaan dan kebanggaan sempena genapnya 15 tahun NV berada di pasaran. Datuk Sosilawati dikatakan mempunyai nilai kekayaan RM100 juta.

         Emosi kita diheret pilu dengan kejadian tragis ini. Dalam suasana meriahnya aidilfitri, simpati masyarakat terhadap kejadian maha dahsyat terhadap wanita hebat ini menghiris hati manusia yang normal. Begitu juga kepada tiga lagi mangsa yang turut dibunuh kejam itu.  Kesudahan hidup yang begitu tragis...Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Apapun marilah kita berdoa agar mereka mendapat gantian terbaik di sisi Allah atas apa yang berlaku. Al Fatihah

Monday, September 13, 2010

Program Aroma Terapi Minda Kota Bharu

Anda Mampu Menjadi  Sangat Hebat Dengan
Mnguasai Kehebatan Minda Anda
Tarikh    : 18 September 2010 Sabtu
Tempat   : Sutera Inn Kota Bharu, Kelantan
Masa      : 9 Pagi Hingga 1 Tengahari
Masuk adalah Percuma
Ada 'DOOR GIFT' bagi terapi yang kali pertama hadir
Bernilai Lebih RM200, sila hubungi saya 016 2212181
Berpeluang Melancong ke PERTH secara Percuma
Program Hebat Dijayakan Oleh Akademi Taipan 181
Hidangan ringan disediakan. Sila hadir beramai-ramai.

Pertemuan Nan Indah

Hampir 45 orang hadir...sungguh bermakna
            Kali ke 7 sejak 1988, pertemuan pagi semalam menghimpunkan hampir 45 orang rakan2 termasuk keluarga dari SRK Sri Suria dan Sek Men Dato' Mahmud Paduka Raja yang lahir tahun 1966, 1965 dan 1967. Terima kasih kepada Saudara Zuraimi Ismail yang sejak dahulu sentiasa berusaha untuk menggerakkan program ini. Terima kasih juga kepada Saudara Razali Kassim yang berusaha menyediakan tempat di dewan PPD Tanah Merah untuk perjumpaan ini.
Anak bujang Norliza dan anak gadis Zarina turut hadir


Anak-anak Saudara Wan Zulkfli tidak ketinggalan hadir
bersama. Di belakang pula isteri Saudara Mohd Fauzi
          Agak tergesa-gesa, tiga hari sebelum hari raya barulah program ini dirancangkan. Mungkin itu sebabnya kenapa tak begitu ramai yang hadir. Pasti lebih ramai yang akan hadir jika ia diatur dan dirancang lebih awal. Pun begitu, ia berjaya mengembalikan nostalgia yang membangkitkan ilusi  tersendiri yang begitu indah di zaman sekolah rendah, kemudian menginjak ke sekolah menengah sebagai remaja yang makin nakal,berani dan ingin mencuba segalanya.
Pn Norliza Mat Salleh dan Pn Zarina Mohd Zin
serta keluarga
Cikgu  Saiful Bahari Zainal
          Begitu pantas masa berlari. Begitu cepat waktu berlalu pergi. Ada yang sudah tidak berjumpa berpuluh tahun lamanya. Ada juga yang sudah tidak mengenali maklum semuanya sudah masuk 4Series. Ada yang masih segak tak dimamah usia, ada yang sudah berambut putih, ada yang sudah punya anak dewasa, ada yang masih mempunyai anak kecil, ada yang masih bersendirian malahan ada juga yang telah kembali menemui Tuhan Pencipta


Bagai satu keluarga besar
          Kehadiran kali pertama Mohd Sanadi Mohd Noor, Mohd Nadzri Hamzah, Kamarulzaman Mamat dan juga Wan Zulkfli Wan Setapa menghangatkan suasana. Agak terkilan juga kerana hanya tiga orang sahaja perempuan yang hadir iaitu Norliza Mat Salleh dan Zarina Mohd Zain selain aku sendiri. Pun demikian, kemesraaan dan silaturrahim berbunga indah dengan kehadiran bersama isteri dan anak-anak Wan Zulkfli, isteri  Mat Fauzi Mohd Noor, Farina iaitu isteri Mohd Nadzri serta isteri dan anak-anak Mohd Sanadi. Alhamdulillah, mudah-mudahan hubungan murni ini akan berpanjangan sampai bila2.


          Satu demi satu nostalgia lama diimbau, dibongkar, dikongsi dan dibangkitkan kembali.  Maka serentak dengan itu juga peristiwa2  lucu, takut, gembira dan duka datang silih berganti di benak fikiran sendiri. Antara ingat dan lupa, antara kabur dan nyata, antara tidak dan ya, semuanya bersatu menjadi sembang gembira yang berjaya mengikat hati dan jiwa. Berjaya pula mengungkap indahnya kenangan lama yang mengusik jiwa di zaman kanak2 dan remaja puluhan tahun yang lalu.

Bersedia  untuk sesi fotografi
Seronoknya...meskipun berjumpa hanya seketika tetapi mampu
mengimbau kenangan yang mengusik rasa


          Sambil berbual, bersembang dan bercerita, tetamu dihidangkan dengan menu roti jala, mee hoon goreng dan mee hoon sup. Ramai juga yang mengambil peluang mengambil gambar, bertukar2 idea. Majlis berakhir dengan sesi bergambar. Insyaallah, mudah-mudahan masih diberi ruang dan kesempatan untuk berjumpa lagi. Meskipun tak lama, indahnya tetap terasa. Meskipun hanya seketika, manisnya meresap ke jiwa. Meskipun tidak lama, pertemuan indah pagi tadi berjaya mengusik kenangan lama. Alangkah indahnya jika ia dapat menghimpunkan lebih ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sama-sama meniti keindahan zaman kanak-kanak dan  menempuh gelora zaman remaja.

Jika ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

          Dengan janji untuk terus memberikan komitmen andai majlis ini diadakan lagi pada masa akan datang, majlis pertemuan indah pagi semalam selesai dengan penuh rasa syukur. Terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua yang hadir di majlis indah yang cukup bermakna. Salam

Sunday, September 12, 2010

Kunjung Mengunjungi Sanak Saudara



          Selepas menunaikan solat sunat hari raya dan bersalam-salaman serta bermaaf-maafan dengan mak dan adik beradik, aku membawa anak-anak mengunjungi nenek, ibu dan bapa saudara serta saudara mara sebelah Dzul di Melor dan kawasan sekitarnya. Sampai enam buah rumah kami kunjungi. Jam sebelas malaam baru kami pulang ke rumah. Aduh! penatnya.

Seronoknya berjumpa sepupu dan saudara mara
seharian bermain tak pernah jemu
Nenek tua berusia awal 80an
           Ada yang hidupnya agak senang tak kurang yang hidup ala kadar sahaja. Laluan dengan jambatan kecil, melalui tali air, batas sawah padi tentulah sesuatu yang baru bagi anak-anak ku. Melihat pacat dan lintah juga sesuatu yang tidak biasa bagi mereka. Menjerit-jerit Irah dan Aisyah....apa lagi Adib pula kuat menyakat adik-adiknya.

          Anak-anak ku yang hidup seharian agak selesa dan 'senang', bertanya macam-macam soalan. Maklum berkunjung ke rumah kampung dengan cara hidup yang memang kampung di hadapan sawah padi, tali air dengan binatang peliharaan seperti lembu, kambing, ayam dan angsa yang berkeliaraan di sana-sini. Bunyi ledakan mercun yang kuat di sana sini juga agak asing bagi anak-anak ku.

rumah moyang
         Bagus juga anak-anak ku melihat semua ini. Biar mereka tahu asal usul bangsa sendiri. Inilah masa nak berjumpa sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim. Aku tak suka anak-anak hanya menunggu depan TV dengan pelbagai program hari raya

           Hari raya kedua, baru ku pulang ke rumah 'ma' di Tanah Merah. Sebahagian adik beradik dah berkumpul dari pagi. Meriahnya...penuh rumah, suasana agak hingar bingar. Ada yang sedang bersembang, ada yang di dapur, ada yang sedang makan, ada yang sedang membaca, dan ada yang bermain. Cucu- cucu ma bukan main gembira lagi dapat berjumpa dan bersua muka. Walaupun sebahagian kami tinggl di KL, tetapi kami jarang berjumpa dan bersembang. Jika tiba musim raya, baru aku berkesempatan bersembang panjang dengan adik beradik ku yang seramai sebelas orang.
Kepuasan tidak terhingga apabila anak cucu beraya bersama
           Pagi raya ketiga, aku membawa anak-anak menziarah kubur aruah ayah. Itulah antara rutin setiap raya.Jika aku tak membiasakan anak-anak menziarahi kubur aruah ayah, mungkin anak-anak tidak akan menziarahi kuburku setelah kami meninggal nanti. Hampir 40 minit di sana, membaca yassin, berdoa dan membersihkan kubur aruah. Anak bujangku Adib yang belajar di Cairo, mengetuai bacaan taahlil dan yassin. Sejuk hatiku mendengarnya. Syukurlah. Sudah 15 tahun ayah meninggal, kasih sayang dan didikannya masih terasa. Semangat dan jiwa kentalnya ditanam dalam fikiran dan jiwa anak-anaknya. Aku bangga. Terima kasih ayah...jasamu tak mungkin terbalas. Moga ayah tenang di sana. Semoga doa anak-anak sampai kepadanya. Salam

Beraya di rumah moyang anak-anak ku