Selepas menunaikan solat sunat hari raya dan bersalam-salaman serta bermaaf-maafan dengan mak dan adik beradik, aku membawa anak-anak mengunjungi nenek, ibu dan bapa saudara serta saudara mara sebelah Dzul di Melor dan kawasan sekitarnya. Sampai enam buah rumah kami kunjungi. Jam sebelas malaam baru kami pulang ke rumah. Aduh! penatnya.
|
Seronoknya berjumpa sepupu dan saudara mara |
|
seharian bermain tak pernah jemu |
|
Nenek tua berusia awal 80an |
Ada yang hidupnya agak senang tak kurang yang hidup ala kadar sahaja. Laluan dengan jambatan kecil, melalui tali air, batas sawah padi tentulah sesuatu yang baru bagi anak-anak ku. Melihat pacat dan lintah juga sesuatu yang tidak biasa bagi mereka. Menjerit-jerit Irah dan Aisyah....apa lagi Adib pula kuat menyakat adik-adiknya.
Anak-anak ku yang hidup seharian agak selesa dan 'senang', bertanya macam-macam soalan. Maklum berkunjung ke rumah kampung dengan cara hidup yang memang kampung di hadapan sawah padi, tali air dengan binatang peliharaan seperti lembu, kambing, ayam dan angsa yang berkeliaraan di sana-sini. Bunyi ledakan mercun yang kuat di sana sini juga agak asing bagi anak-anak ku.
|
rumah moyang |
Bagus juga anak-anak ku melihat semua ini. Biar mereka tahu asal usul bangsa sendiri. Inilah masa nak berjumpa sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim. Aku tak suka anak-anak hanya menunggu depan TV dengan pelbagai program hari raya
Hari raya kedua, baru ku pulang ke rumah 'ma' di Tanah Merah. Sebahagian adik beradik dah berkumpul dari pagi. Meriahnya...penuh rumah, suasana agak hingar bingar. Ada yang sedang bersembang, ada yang di dapur, ada yang sedang makan, ada yang sedang membaca, dan ada yang bermain. Cucu- cucu ma bukan main gembira lagi dapat berjumpa dan bersua muka. Walaupun sebahagian kami tinggl di KL, tetapi kami jarang berjumpa dan bersembang. Jika tiba musim raya, baru aku berkesempatan bersembang panjang dengan adik beradik ku yang seramai sebelas orang.
|
Kepuasan tidak terhingga apabila anak cucu beraya bersama |
Pagi raya ketiga, aku membawa anak-anak menziarah kubur aruah ayah. Itulah antara rutin setiap raya.Jika aku tak membiasakan anak-anak menziarahi kubur aruah ayah, mungkin anak-anak tidak akan menziarahi kuburku setelah kami meninggal nanti. Hampir 40 minit di sana, membaca yassin, berdoa dan membersihkan kubur aruah. Anak bujangku Adib yang belajar di Cairo, mengetuai bacaan taahlil dan yassin. Sejuk hatiku mendengarnya. Syukurlah. Sudah 15 tahun ayah meninggal, kasih sayang dan didikannya masih terasa. Semangat dan jiwa kentalnya ditanam dalam fikiran dan jiwa anak-anaknya. Aku bangga. Terima kasih ayah...jasamu tak mungkin terbalas. Moga ayah tenang di sana. Semoga doa anak-anak sampai kepadanya. Salam
|
Beraya di rumah moyang anak-anak ku |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.