Sunday, September 12, 2010

Balik Kampung ...Oh oh oh Balik Kampung.

         Khamis 9 Sept, kami masih di KL. Masih banyak urusan yang belum selesai. Teringat kata-kata ibu "dah mati nanti baru betul-betul habis kerja". Jam 4 petang baru kami bersiap-siap untuk pulang beraya. Ketika berkemas nak pulang, aku menghantar beberapa bingkisan kuih muih raya kepada jiran di kiri dan kanan rumah ku, semuanya berbangsa Cina. Adatlah...mereka pun baik, jika tiba perayaan Tahun Baru Cina atau Deepavali, selalunya memang mreka tidak pernah lupa menghantar bingkisan untuk kami sekeluarga.
Berbuka puasa di Restoran Serai Karak
            Jam 6.45 petang baru kami keluar dari Bandar Kinrara. Mengambil laluan ke Kuantan melalui MRR2. Banyaknya kereta...barangkali semua mahu pulang ke kampung. Aku ingat dah lengang rupanya masih sesak. Waktu azan dilaungkan, kami masih berhampiran tol Gombak. Hanya berbuka dengan air kosong dan biskut sahaja. Tidak mahu berhenti, kami meneruskan perjalanan hingga ke Stesen Minyak Petronas Karak.

Kami berhenti selama sejam, ramainya orang nak balik kampung
          Ramainya manusia, penuh parking. Kami menunggu agak lama sebelum dapat duduk kerana meja penuh. Di luar Restoran Serai penuh kat dalam lagi penuh, di kaki lima pun penuh. Aku selalu pelik jika ada downline ku mengeluh "dah habis orang". Selalu terdetik di fikiran ku "Adakah semua mereka yang di hadapan ku ini pernah dengar tentang Akademi Taipan 181? Apakah mereka semua sudah menjadi warga Akademi Taipan 181? Adakah mereka sudah mendengar tentang peluang hebat yang disediakan oleh Hai O"? Tentu jawapannya tidak kan!


          Kita buat bisnes ini untuk berjaya,untuk kesenangan anak-anak kita, untuk mengubah hidup, untuk menjadi orang luar biasa daripada orang biasa, untuk mencapai semua impian kita. Tetapi tak mungkin semuanya datang dengan senang! Takkan mungkin semuanya datang bergolek, walaupun kita buat secara sambilan tetapi kita tak boleh buat sambil lewa.

Balik kampung...seronoknya nak balik beraya
         Mulut kena buka, senyum kena manis, kita mesti peramah baru kita boleh dapat kawan, boleh dapat prospek atau stranger. Impian kita mesti besar dan kemahuan kita mesti sungguh-sungguh, barulah kita merasa sanggup untuk meredah laluan yang berliku.

         Sejam berhenti untuk makan dan solat, kami meneruskan perjalanan menuju kampung halaman untuk beraya. Mak mertua sudah menunggu dari pagi. Tahun ini giliran kami sekeluarga beraya di Melor, rumah mak Dzul. Dzul mempunyai lima beradik semuanya lelaki, dua orang adiknya telah meninggal. Yang tinggal hanya tiga orang anak lelaki, seorang masih bujang walaupun dah agak ' terlajak'. Cucunya pun tak ramai hanya 6 orang sahaja. Mak masih sihat, tinggalnya berseorangan sejak ayah meninggal lima tahun yang lalu. Sekali sekala mak berkunjung menziarah anak-anak yang semuanya mencari rezeki di KL.

        Jam 3.30 pagi baru kami tiba di kampung. Aku hanya sempat melelap mata untuk sejam dua je. Pagi-pagi lagi kami dan bangun bersiap untuk pergi ke masjid.
       

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.