Wednesday, September 15, 2010

Hasil Yang Baik Bermula Dari Tempat Yang Baik

          Salam, apa khabar sahabat2 lama dan baru? Di mana anda hari ini? Masih sakan beraya? Kami sudah kembali ke KL. Anak ke tiga, Irah akan menduduki UPSR minggu depan. Hari ni dah mula belajar seperti biasa. Biasanya ada van datang ambil, tetapi sebelum raya van tersebut terlibat dengan kemalangan, jadi untuk sementara terpaksalah kami menghantar dan mengambilnya sendiri ke sekolahnya di USJ 25.

          Sebagai ibu, aku sentiasa mendoakan anak2. Ingat, doa ibu sangat mustajab. Inilah anugerah Allah kepada ibu2, bersusah payah mengandung, melahir, menjaga dan mendidik anak2. Jangan mengeluh walaupun penat. Saya bersyukur Allah memberi pinjam rahim yang sihat dan subur, diberi peluang kita mengandungkan zuriat yang menjadi khalifah pilihan Allah. Dipinjamkan kepada kita rumahtangga untuk kita mendidik anak sebagai harta yang tidak ternilai. Merekalah yang akan mendoakan kita setelah kita tiada nanti, merekalah yang akan menjadi benteng kita di akhirat nanti.

         Didiklah mereka dengan sempurna, bersabarlah dengan karenah mereka, banyaklah bersyukur kerana Allah memilih kita memiliki cahayamata yang sempurna. Belajarlah menjadi ibu yang baik. Rapatlah dengan anak2. Banyaklah mendengar cerita mereka, keluhan mereka, apa keinginan mereka. Jangan kita sahaja yang mahu bercakap, Jangan kita sahaja yang mahu anak2 mendengar cakap kita tetapi kita langsung tak memberi peluang mereka meluahkan apa yang ada dalam dada mereka. Biar dada dan fikiran mereka kosong sebaik semuanya dicurahkan kepada kita. Bila fikiran mereka dah kosong, mereka akan ke sekolah  dan semua yang diajar oleh guru akan diterima penuh. Ini pun salah satu tips mudah mendapat anak2 yang berjaya dalam pelajaran.

         Ajak anak2 bersolat berjemaah jika sempat, paling tidak maghrib dan isyak. Solat Suboh pun boleh. Ajak mereka sama2 berpuasa enam di bulan Syawal. Anak tidak suka jika kita berleter, jadi janganlah berleter. Jika ada yang tak kena, panggil mereka sorang2 masuk bilik dan bagi tahu mereka dengan baik. Pasti mereka boleh menerimanya berbanding kita marah2, herdik dan tengking mereka. Ada waktu melilih air mata anak2 bila aku panggil mereka masuk bilik memberitahu kenapa mereka  tak patut buat sesuatu yang aku tak suka. Barangkali tersentuh di hati mereka.

         Aku bersyukur dan bertuah sekali, sejak bersama perniagaan ini, anak2 ku makin bijak dan matang. Walaupun aku agak sibuk, tetapi mereka memahami. Tetapi masaku masih fleksibel bukan terikat jam 8 hingga 5 seperti orang lain. Ketika orang lain sibuk nak ke pejabat, aku masih menemani anak2 bersarapan sebelum mereka ke sekolah. Ketika orang lain bersesak dengan jem, aku menemani anak2 di halaman rumah sementara van sekolah sampai. Anak2 pula mendapat pendidikan yang sempurna,  kemudahan sekolah yang selesa, guru2 yang baik, kawan2 sekolah yang positif, pemakanan di sekolah dijaga sempurna, solat dan ibadah dititik beratkan, pengajian Al Quran, akhlak yang sangat diutamakan. Setahun sekali, menjalani kem bahasa Arab di negara Yaman selama dua minggu dengan kos RM7500, ku sediakan juga insurans lengkap untuk mereka. Inilah hasilnya bersama AT 181.

          Jangan pula kita suruh anak belajar pandai2 tetapi bila anak dah dapat peluang, kita pula miskin tak berduit nak menghantar anak belajar di kolej atau universiti pilihan mereka. Tentu anak2 akan kecewa dengan kita. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah, limpahan rezeki dari berniaga ini saya berikan kepada anak2. Dulu waktu jadi cikgu lain, walaupun saya cikgu cemerlang tetapi pendidikan terbaik tak mampu saya sediakan untuk mereka. Semuanya perlukan wang. Terima kasih kepada mentor hebat saya CDM Kartini dan CDM Kamaruddin yang menghulur peluang ini untuk kami. Doa dimurahkan rezeki disampaikan melalui dua insan hebat ini.

         Susah ketika mula2 berniaga memang ada. Perit getir hidup, jika tak buat lagilah banyak. Baik aku buat! Susah tak ada wang lagi lah susah berbanding susah ketika ada wang yang banyak. Ada wang atau tak ada wang, cabaran hidup tetap ada. Jadi apa nak takut dengan kesusahan ketika bermula?? Jangan tanya orang lain susah atau senang nak buat Hai O? Baik bertanya kepada yang dah berjaya, tanya pada saya, tanya kepada mentor2 yang ramai dalam AT 181. Semuanya diberi bimbingan percuma.

       Nak berjaya kena masuk sekolah. Nak pandai kena masuk tiusyen. Nak hebat kena berguru. Nak cemerlang kena ada mentor. Nak bertahan kena bergayut pada yang kuat bertahan. Inilah semuanya ada dalam AT 181. Nak hasil yang baik mesti berada dalam kelompok yang baik!

     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.