Monday, September 6, 2010

Mengapa Aku Tak Hebat Seperti Orang Lain???



          "Mengapakah Ani begitu berjaya, sedangkan aku hanya cukup makan?" 

           "Mengapakah CDM A cukup berani bercakap, sedangkan aku gementar tak habis-habis?"

           "Mengapakah DDM B mempunyai begitu ramai kawan, sedangkan aku bagai kera sumbang?"

           "Mengapakah DSM Y begitu kuat daya pengaruhnya, sedangkan aku seperti melukut di tepi          gantang?"

Ada dua cadangan untuk kita mencari jawapannya kepada persoalan-persoalan di atas, kenapa aku tak sehebat orang lain??

1. Pilih orang yang kita kenali iaitu orang yang sangat berjaya dan kemudian perhatikan individu yang berjaya melihat prinsip kejayaan, menerapkan makna kejayaan, prinsipnya apabila berhadapan dengan kegagalan, disiplin dan penerimaan dirinya dan juga penerimaannya terhadap kejayaan atau kegagalan orang di sekelilingnya.

2. Pilih pula individu yang hanya cukup-cukup makan atau hidup segan mati tak mahu, perhatikan sikapnya terhadap kejayaan, bagaimana dia menerapkan prinsip kejayaan dalam hidupnya, perhatikan juga penerimaannya terhadap kegagalan, bagaimana sikapnya terhadap kejayaan orang lain, bagaimana pula tindak balasnya terhadap teguran atau krikitan, pengurusan disiplin dan masa.

          Memang menarik dan mengujakan apabila kita sendiri melihat jarak dan beza antara kedua-dua invidu ini iaitu seorang yang sangat berjaya dan seorang lagi yang hanya secukup hidup. Dan alangkah seronoknya andai kita sendiri termasuk dalam kategori yang pertama iaitu kita dulu juga sebenarnya bukan sesiapa, tak ada apa-apa, serba tak tahu, serba tak pandai tetapi kita belajar dan memerhati.  Kita juga berusaha membetulkan diri kita, berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa. Kita meniru sikap dan prinsip orang yang berjaya. Kemudian sedikit demi sedikit pencapaian kita makin baik, makin meningkat.
        
Kita semakin yakin dan percaya kepada diri kita sendiri, tindakan kita lebih berkesan, kita menjadi individu yang lebih proaktif dan lebih berjaya dari hari ke sehari, dan dari bulan ke bulan. Sedar tak sedar kita sedang mengharungi kejayaan demi kejayaan, kita sedang mencipta kehebatan demi kehebatan. Dan sesungguhnya, tiada makna kejayaan yang lebih bermakna kecuali memaksimakan potensi diri yang Allah anugerahkan untuk kita semua.

          Hakikat sebenarnya, kita semua sama. Bezanya sikap dan penerimaan kita terhadap diri kita sendiri. Yakinlah dan katakan pada diri kita bahawa...

          "Aku Boleh, Aku Hebat, Aku Pasti Berjaya".

Saya juga mahu menjadi lebih hebat dan lebih berjaya dari bhari ini. Salam CDM Faridah Mohd Ali

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.