Anak bertuah...Aimi, Adib, Irah dan Aisyah |
Sekolahnya agak selesa, kelasnya berhawa dingin dan berkarpet penuh. Jumlah pelajarnya untuk satu kelas tak sampai sepuluh orang. Setiap pagi sebaik tiba di sekolah, semua akan berada di surau untuk solat sunat Dhuha berjemaah. Selepas itu akan bersarapan, semua dihidang tanpa berebut-tebut membeli di kantin seperti zaman aku dahulu.
Untuk makan tengah hari pun sama, dihidangkan, dibacakan doa bersama-sama. Pinggan dicuci oleh pembantu kantin. Belajar di dalam kelas yang cukup selesa, tumpuan individu diberikan oleh setiap guru kerana bilangan pelajar yang kecil. Pelajarannya pula bukan KBSR tetapi menggunakan silibus dari Singapura. Guru-gurunya ada yang berasal dari England, Syria, Kanada dan Indonesia dengan kelulusan yang tinggi. Aspek solat berjemaah yang sangat ditekan dan dititikberatkan, begitu juga soal pendidikan akhlak, pengajian AlQuran, hafazan, hadis dan pemahaman tentang tauhid. Aku cukup berpuas hati meski bayarannya agak tinggi.
selalu bermuafakat |
Aisyah...mahu menjadi sehebat mama |
Susah senang sama kita rasa |
Anakku yang sulung, Aimi dah berusia 19 tahun, dah remaja dan besar panjang kata orang tua-tua. Belajar di ITM Melaka dalam bidang Business Studies. Dulu masa sekolah rendah dan awal menengah, pelajarannya hanya sederhana. UPSR hanya dapat 3A dan PMR hanya 5A, mungkin waktu itu akau tidak sesenang dan semewah hari ini. Tinggal pun di rumah teres sempit yang ku beli dengan gaji ku sebagai guru.
Sejak abang pulang dari Cairo, Aisyah sentiasa di sisi |
Bagaimanapun aku bersyukur, sejak bersama AT 181, kehidupan kami begitu banyak berubah. Pengorbanan Aimi menjaga adik-adik dan membantuku menguruskan rumah turut mendapat ganjarannya. Sekarang dia sudah berada di semester tiga. Sejak berada di ITM,pelajarannya sangat cemerlang. Pada semester pertama dahulu, dia mendapat 3.67 pointer, sementara pada semester kedua pula meningkat kepada 3.93 pointer. Kerana kecemerlangan itu, dia terus ditawarkan untuk menyambung ke peringkat ijazah tanpa perlu mndapatkan diploma terlebih dahulu. Aku sediakan sebuah Myvi untuk kemudahannya, mulanya aku bimbang jika terlalu memewahkan anak tetapi aku lihat Aimi anak yang baik, dia tidak suka mengambil kesempatan dari kesenangan abah dan mamanya. Perbelanjaannya sangat cermat, wang simpananya pun banyak walaupun aku ada duit, dia tidak akan meminta. Ketika kawan2 lain bersuka ria di shopping compleks di Melaka, dia hanya di bilik. Ketika kawan-kawannya ponteng kelas, dia masih menunggu pensyarahnya.Dia juga lebih rela naik turun bas bila mahu pulang ke KL, jarang sekali dia menyuruh kami menjemputnya kecuali ketika cuti semester.
Jika tiada aral melintang, Aimi akan melanjutkan pengajiannya di Singapura pada tahun depan. Semuanya dia yang uruskan sendiri. Katanya, suasana pembelajaran di ITM tidak memberangsangkan, Budaya pelajar Melayu yang suka lepak, malas, tiada cita-cita yang tinggi, suka meniru, suka bersosial, tidak menjaga solat dan suka membuang masa amat tidak disenanginya . Dia mahukan suasana pembelajarannya yg mencabar, memberi dorongan dan persaingan dengan pelajar-pelajar yang rajin, gigih berusaha, bermotivasi tinggi dan lebih berpandangan jauh. Dia bercita-cita mahu mengusahakan kedai cenderamata dan sukan selain berminat untuk menjadi jutawan hartanah seperti Azizi Ali. Wow...aku kagum dengan cita-citanya.
Lelaki atau perempuan, mesti pandai buat kerja dapur |
Mohd Adib, anak lelaki tunggal dalam keluarga kami, usianya baru 16 tahun, juga sedang bercuti sempena hari raya Aidilfitri. Belajarnya di Maktab Buuth Kaherah, Mesir, tahun depan dia akan memasuki Thanawi dan kemudian terus ke Universiti Al Azhar...masih sangat muda. Pemergiaannya sejak berusia 15 tahun, cita-citanya mahu menjadi seorang ilmuan Islam yang profesional dan tahfiz Al Quran. Sejak dari kecil ku lihat minatnya sangat mendalam terhadap bidang keagamaan dan pengajian Al Quran, barang kali kerana abahnya selalu membawanya ke masjid sejak usianya tiga tahun. Tetapi mana mungkin ku menghantarnya sejauh itu dengan perbelanjaan sendiri sepenuhnya jika aku masih seorang guru biasa. Yuran dan belanjanya hampir seribu setiap bulan, tentu sekali di luar kemampuan. Jika pun boleh melanjutkan pengajian ke sana, semuanya mesti mengikut saluran biasa yang memakan masa. Bukan seawal usia 15 tahun.
Aimi, Adib, Irah dan Aisyah adalah anak-anak yang bertuah. Anak Bertuah!!! Selalu ku dengar orang tua-tua menyebutnya. Jika aku tidak dibawa peluang sehebat ini, tentu sekali aku masih di takuk lama. Tentu juga anak-anak ku menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Kami mungkin masih kekal di rumah teres`sempit di Rawang Selangor. Mungkin sudah bertukar kereta Waja daripada Wira. Dzul mungkin masih dengan motor 'Kriss'nya. Sekali sekala bercuti ke Ayer Keroh Melaka melihat buaya.
Kami bangga dengan mama dan abah kami!! |
Bukan hanya aku atau Dzul, tetapi anak-anak ku yang berempat ini juga patut berterima kasih dan bersyukur kepada akademi ini. Walaupun mereka berempat tidak terlibat secara langsung dalam akademi ini, tetapi kerana mama dan abahnya berada di dalam AT 181 lah, maka mereka boleh menumpang senang dan tuahnya. Sungguh benar, AT 181 sudah menjadi pohon nan rimbun menjadi tempat orang berlindung dan berteduh, menaungi sebegitu ramai warganya untuk sama-sama menikmati dinginnya, sejuknya, nyaman dan damainya. Terima kasih Akademi Taipan 181. Salam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.