Wednesday, September 1, 2010

Terus Meriah...Terus Penuh...Terus Hangat!!!

          Akademi Taipan 181 tetap yg terunggul, Akademi Taipan 181 tetap yg terbaik, Akademi Taipan 181 tetap yg terhebat, Akademi Taipan 181 tetap juara. Akademi Taipan 181 telah membuktikannya.

Selepas berbuka, CDM2 bersiap sedia  untuk menyambut tetamu
         Tarikh  31 Ogos, tarikh keramat Bingkisan Merdeka Sambutan ke 53....Hari ini kita bebas dari jajahan British, hari ini kita bebas dari belenggu komunis, hari ini kita aman dari kekejaman Portugis...tetapi hakikat sebenar adakah kita benar2 merdeka jika fikiran kita masih terpenjara, tangan dan kaki kita masih terikat??? Dengan segala masalah dan isu kebejatan bangsa, kemiskinan yg melata,apakah kita MERDEKA atau MERANA? Adakah hidup kita SELESA atau TERSEKSA? Biar miskin harta jangan miskin minda tetapi realitinya kita miskin segala-galanya.
Ramainya..terpaksa duduk bersila walau sudah ditambah kerusi

          Bertempat di Mines Resort bermula jam 9.45 mlm,  'Joom...Dapat Duit Raya Percuma' bukan sekadar program suka-suka untuk menyambut merdeka dan menyambut raya tetapi mempunyai tujuan murni mengajak bumiputera seagama sebangsa melihat potensi diri sendiri yg begitu besar dari anugerahNya di samping berkongsi peluang menjana perubahan minda dan hidup yg disediakan dalam Akademi Taipan 181.

Lebih 900 orang hadir...meriah meriah meriah
Pengacara Kelahiran Graduan Taipan 181...DDM Khairul Nizam
             Tahniah...Tahniah...Tahniah...ucapan ringkas tetapi paling tepat untuk Pemimpin2 Tertinggi Taipan yg sentiasa kaya idea dan sanggup berkorban segala demi menjayakan agenda bangsa ini. Demikian juga kepada semua Warga Taipan yg tidak jemu2 memberikan sokongan padu kepada setiap program Akademi Taipan 181. Kehadiran orang baru seramai 418 orang memang mengejutkan. Yang datang sejauh Perlis, Johor, Melaka, Penang, Kedah juga sangat memeriahkan. Bukan sedikit...dengarnya sampai 5 buah kereta dari utara, bravo Taipan utara. Dianggarkan lebih kurang 900 orang memenuhi dewan Hang Li Po malam tadi.
Wah....CDM Jai dan CDM Haryati sedondon sama cantik sama hebat
           Seawal jam 6.30 petang, sudah nampak beberapa CDM hadir, sepakat membawa berkat, berat sama dipikul ringan sama dijinjing...memasang ketupat, menggantung kad raya, memasang lampu seri, setting muzik dan LCD dan lain2 lagi. Kami sama2 berbuka di Mines. Sekali sekala begini, terasa sangat seronok.Memasuki dewan, suasana raya agak ketara. Dengan iringan lagu2 raya, gantungan kad2 raya, gantungan reben ketupat raya dan kehadiran tetamu yg memakai baju raya seperti kebaya, kebarung, baju kurung sementara tetamu lelaki siap berbaju melayu dan bersampin memang memeriahkan suasana seolah2 sudah hari raya.
Jauh atau dekat hanyalah jaraak..DSM Shukri datang jauh dari Penang
          Teruja....itu respond sebahagian besar peserta yg hadir apabila melihat pendapatan besar yg didedahkan oleh CDM Kartini iaitu pendapatan beliau bersama suami, pendapatan CDM Roshila dan suami serta CDM Shahrina. 

Bersama Hero Utara CDM Fitri...cantik rambut! pakai syampoo Hai O
Tengok...CDM2 sanggup duduk di bawah tetapi tetamu  duduk di kerusi                                                                                                                                                                                       
           Alhamdulillah, CDM Shahrina mengambil slot untuk pembahagian dan agihan sampul duit raya diberikan percuma
kepada semua tetamu terutamanya orang baru. Ada yg dapat RM3, ada yg dapat RM5, ada yg dapat RM10, ada yg dapat RM50 dan ada juga yg dapat sehingga RM100. Sumbangan duit raya diberikan oleh CDM2 dan DDM2. Terima kasih, semoga rezeki anda berganda atas keikhlasan memberi dan menjayakan program hebat ini.

          Aku mengambil slot terakhir sebagai penutup bicara, tugas untuk 'closing' seramai 400 orang tetamu baru warga Taipan bukan mudah apa lagi dalam keadaan begitu ramai tetamu. Tetapi alhamdulillah, mereka sangat positif dan teruja. Antara beberapa komen dan ulasan kedengaran baik oleh pemimpin CDM atau orang baru...

"Tak sangka, saya boleh bawa seramai 28 orang baru dalam dewan ini. Terima kasih Akademi Taipan 181 yg sering membawa program2 baru untuk menarik orang datang".

"Saya selalu dengar Hai O tetapi baru tahu rupanya di dalam Hai O ada sebuah kumpulan hebat yg telah menubuhkan akademi untuk menjayakan ahlinya. Saya sangat teruja dan telah mengisi borang ahli untuk memulakan langkah berpindah ke planet jutawan.".

"Saya langsung tak mengambil tahu tentang program ini walaupun telah dimaklumkan oleh upline, ingatkan program apa, rupa-rupanya begitu hebat sekali. Saya rasa sangat rugi kerana tidak mengambil bahagian dan datang sekadar untuk meramaikan dewan. Apapun tahniah kepada CDM2 yg menjayaakan idea hebat ini. Taipan memang hebat".

"Saya tak sangka DSM di bawah saya pun boleh membawa seramai 18 orang baru hanya dengan mengedarkan kad jemputan. Bila nak buat lagi ya? Terujalah"

"Dah tahu orang ramai nak datang, kenapa tak cari dewan yg besar? Tak muat nak masuk, yg dalam dewan penuh yg di luar pun ramai lagi tak boleh masuk".

"Saya lihat bimbingan dan latihan yg disediakan oleh Akademi Taipan 181 lengkap bagaikan sebuah sekolah atau kolej. Saya yakin akan berjaya dan tak akan melepaskan peluang hebat ini. Terima kasih kepada Jamaliah yg membawa saya".

Wah....Tahniah Tahniah Tahniah. Taipan hebat kerana kita mahu menjadikannya hebat. Taipan berjaya kerana kita memilih untuk berjaya. Salam  kita jumpa lagi.





                                                                                                                                                                                                                               

































No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.