Salam bahagia.
Kat rumah ketika ini.
Aku sdg menyiapkan slide untuk seminar di Keningau Sabah esok.
Esok pagi flight ke KK dari KLIA jam 6.40 pagi.
Bermakna jam 6 pagi, aku mesti berada di KLIA.
Dari rumah mesti bertolak jam 5 pagi.
Bangun paling lewatpun 4.30 pagi.
Semalam aku di kelantan, pergi jumpa prospek kemudian ke TTC Berek 12
Kota Bharu untuk berjumpa org2 hebat Kelantan.
Isnin nanti, aku ke Penang pulak.
Mungkin singgah Cameron Highland berjumpa Hatta, kawan lama.
Kami ke utara untuk berjumpa org2 hebat utara.
Aku pun kagum dengan orang2 hebat utara.
Nak menumpang hebat mereka.
Nak menumpang semangat mereka.
Syukurlah kepada Allah SWT.
Masih berpeluang untuk memberi dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan orang lain.
Masih berpeluang untuk ke sana sini menjalankan perniagaan ini.
Yg penting, masih berpeluang untuk kaya raya.
Eh...tak cukup lagi ke???
Buat apa lagi harta banyak2?
Bukan boleh bawa mati!!!
Tak ingat mati ke?
Baik dok masjid saja.
Baik fikirkan mati aje.
Itu pandangan org yg tak sefahaman dengan apa yg aku faham....ceeh ceeh ceeh.
Itulah sikap bangsa kita.
Mudah berpuas hati dengan apa yang ada.
mudah berpuas hati dengan pencapaian yg diraih.
Kenapa lak nak berhenti dan hanya berpuas hati dengan apa yg dimiliki?
selagi boleh bekerja, kenapa lak nak duduk goyang kaki?
Selagi diberi usia dan tenaga, berkerjalah.
Selagi sihat, buatlah sesuatu.
Jikapun bukan untuk diri sendiri, untuk org lain yg masih memerlukannya.
Bukankah hidup kita mesti memberikan manfaat kepada orang lain??
Itulah yg aku boleh berikan.
Nak juga memberi lebih daripada itu.
Bukan hanya setakat mencurah ilmu
Tetapi nak berkongsi kekayaan dan kesenangan dengan org lain yg masih memerlukan.
Tentu tidak salah kalau kita bercita2 untuk membina rumah anak yatim kan!
Tentulah baik jika kita boleh memberi wakaf banyak2.
Tentulah bagus jika kita boleh membeli tanah kemudian diwakafkan sebagai tanah perkuburan Islam.
Buat masjid, buat suraum, buat rumah ibu tunggal, buat rumah bapa tunggal dan sebagainya.
Ituulah yg bekerja kuat ni.
So jangan fikir untuk diri sendiri sahaja.
Jangan fikir cukup untuk keluarga kita sahaja.
Kita wajib jadi bangsa yg kaya untuk membantu bangsa sendiri.
Kalau bukan kita, siapa yg boleh diharap untuk membela nasib bangsa sendiri.
Bukankah kita sahaja..dok gitu kawan2??
eh eh dah lah...saja berkongsi idea.
Bukan pandai atau memandai2, apa lagi nak tunjuk pandai.
Itulah jendela hatiku.
Jumpa lagi.
CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.