Thursday, June 7, 2012

Semua Yang Diberi Akan kembali

CDM Dzul dan SSM Hadi.
Berjumpa, berbincang dan bersembang untuk membuat slaid baru.
Pilih gambar, pilih video, pilih lagu, pilih poster.
Bukan senang nak buat.
Kerja tak ada bayaran.
Kerja tak ada paksaan.
Buat semuanya untuk Akademi Taipan.

Tak pandai sangat tapi ada kemahuan nak berusaha.

Kata Hadi " Saya try kak, buat yang terbaik ikut kemampuan saya.
Nak buat benda ni, ambik masa bukan 10 minit boleh siap.
Dua hari buat belum tentu boleh siap"
Kata Hadi lagi.


Kata Dzul lak
"Abang cuba usahakan buat demi memeriahkan BOP Taipan.
Sibuk dengan urusan lain pun tak apa, lambat sikit pun tak apa,
yang penting abang dah cuba".
Sampai dua pagi berbincang kat Makbul.
Upahnya hanya daripada Allah SWT.
Itu lebih bererti dari segala isinya.
Ganjarannya maha besar dan berpanjangan pula hingga ke akhirat.
Jika orang lain tak mahu buat, ada orang lain yang nak buat.


Aku sendiri dah berjaya.
Suami pun dah CDM.
Tak usahlah nak berkira sangat.
Usahlah nak harapkan balasan.
Usahlah nak harapkan pujian daripada apa yang kita beri.
Aku sentiasa menganggap bahawa AT menjadi ruang dan medan
untuk aku memberi kebaikan dan menempah pahala
ke syurga. Asalkan ikhlas.

Percayalah, apa yang kita berikan semuanya akan kembali kepada kita.
Kita beri baik, kita dapat baik.
Kita beri buruk, kita dapat buruk.
Kita beri ikhlas, kita dapat ikhlas.


Apa lagi yang aku nak harap daripada Allah SWT,
malu rasanya dengan Maha Pemberi.
Wang ringgit?
Masyaallah. Tak terkira nikmatnya.
Sentiasa ada, sentiasa dapat.
Macam2 rezeki.

Kadang2 pelik rasanya,
tiba2 je dapat rezeki yang datang menyerah diri.
Orang nak bayar hutangla, pada hal akupun dah tak ingat.
Orang nak order barangla.
Dapat wang simpanan koperasi gurula,
pada hal aku pun tak ingat bila masa aku simpan masa jadi cikgu dulu.
Dapat hadiah Sijil Simpanan Premiumla.
Orang nak beli rumahla.
Orang nak beli tanahla.
Dapat untung Public mutual la.
Keuntungan simpanan tabung haji la.
Dapat rebet duit beli rumahla,
pada hal masa beli rumah tu aku tak tahupun ada rebet.
Banyaklak tu...RM50 ribu untuk satu unit rumah.
Aku beli dua unit, RM100 ribu masuk tanpa dipinta.
Ohh banyaknya rezeki Allah bagi.

Itu tak masuk lagi ketenangan hati, hidup yang bahagia,
ilmu mudah dapat, kesihatan yg baik, solat yg khusyuk,
kegembiraan jiwa, kemudahan mendapat hidayah,
urusan hidup yang dipermudahkan,
rumahtangga yang bahagia, anak2 yang baik,
jiran yg baik walupun berbeza agama dan bangsa,
anak2 yg berjaya, anak2 yang soleh, ibu yang penyayang dll.
Itu semua rezeki.
Itu semua nikmat yang maha besar ganjarannya.

"Barangkali kerana kita banyak memberi, bukan hanya wang ringgit
tetapi kerja ikhlas, sokongan kepada org lain,
motivasi, ilmu, tips kejayaan dan perkongsian sejak bersama
akademi ini, Tak pernah berkira wang ringgit dan penat serta letih." Kata suami.
Mungkin juga detik hatiku.

Jadi apa lagi yang aku mahu?
Cukuplah jika diriku sentiasa diredaiNya, diberkatiNya dan dirahmatiNya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.