Wednesday, June 6, 2012

Jam 3 Pagi


Salam.
Jam 3 pagi aku tersedar.
Subhanallah.
Ohhh... Allah yang mengejutkan aku.
Supaya aku bangun bersujud kepadaNya.
Memohon keampunan daripadaNya.
Bermunajat kepadaNya.
Berdoa kepadaNya.
Merintih dan merayu kepadaNya.
Untuk diriku , untuk suami dan anak2ku, untuk ibu ayahku,
untuk saudara2ku, untuk sahabat2ku di akademi ini.

Membersihkan hati dan diri ku yang sentiasa alpa dan lupa.
Berzikir kepadaNya.
Mengaji dan memahami kitabNya.
Berselawat kepada JunjunganNya.

Moga matiku dalam keadaan yang Engkau redai.
Doaku, moga nyawaku habis nanti pada
hari Jumaat pada bulan Ramadan yang mulia.
Amin.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.