Tuesday, June 5, 2012

Rutin Hidup

Malam tadi aku call dua orang prospek.
Sorang Cik Izati dari MOF Putrajaya
dan sorang lagi Pn Norhasmiza daripada
Jabatan Akauntan Negara Putrajaya juga.

Kedua2nya prospek yang aku gi jumpa masa
Hari Belia di Precint 2 Putrajaya minggu lalu.
Daripada 14 orang yang aku call, dua orang
ni bersetuju untuk aku jumpa hari ni.
Hati berbunga indah.

Dgn Cik Izati waktu nak jumpa waktu lunch.
Dgn Pn Norhasmiza lak, nak jumpa jam 4.30 petang.

Pagi ni aku tak ke mana, kebetulan puasa sunat Rejab.
Sekadar menemani anak2 di rumah.
Plannya nak bertolak ke Putrajaya jam 12.15 tengah hari.

Sedang bersiap nak keluar, aku dpt sms daripada
Cik Izati, kata tak jadi nak jumpa.
Dia kena gi meeting adhoc lak ke KL.
Tak apalah.
Sementara menunggu appointment kedua jam 4.30 petang,
aku call pulak beberapa rakan kongsi dan beberapa
orang prospek lain.
Tak mau membazir masa macam tu je.
Nak ke LOPA ni.

Adush...tak ada senang dengan senang.
Tak ada satupun appointment yang melekat.
Baik dengan rakan kongsi yang sedia ada mahupun
dengan prospek baru.

Semua ada hal, ada yang balik kampung,
ada yang mak ayah datang dari kampung,
ada yang bawa anak2 keluar berjalan,
ada yang kursus,
ada yang nak gi jumpa doktor,
ada yang kata nanti dulu,
ada yang dah keluar,
ada yang bersiap nak ke Genting Highlands,
ada yang baru lekat perut dan alahan.
Yang dok Korea pun ada.
Dan bla bla bla.

Kuatkah anda untuk mengejar impian
jika anda berada di tempat saya?
Kecewa?
Putus asa?
Hampa?
Bil telefon melambung tapi hasilnya kosong?

Jangan kecewa.
Jangan fikir susah, permudahkan.
Di sebalik kesusahan mesti ada kesenangan.
Di sebalik semuanya tak mahu, mesti ada yang mahu.
Kita mesti terus positif.
Buat jangan berhenti.

Inilah rutin hidup aku sejak 10 tahun lalu.
Bangun pagi mesti call prospek dan rakan kongsi dulu.
Hari2 mesti buat untuk cari appointment.
Untuk service group.
Untuk berjumpa dan berkongsi kelebihan produk.
Untuk berkongsi peluang business.
Untuk menjayakan rakan kongsi.

Kadang kala, appointment yg dapat
adalah daripada prospek yang aku dah hubungi minggu lepas,
dua minggu lepas atau sebulan lepas atau tahun lepas.

Begitu juga, yang join business kita bulan ini
ada waktunya prospek lama yang kita dah jumpa
tahun lalu atau dua tahun lalu.
Itulah hebatnya follow up.

Buatlah berterusan, jangan kecewa jika mereka tak mahu.
Jika hari ini mereka tidak mahu,
tidak semestinya mereka tidak mahu selama-lamanya.
Hari ni tak mahu, besok mungkin mahu.
Mungkin bulan depan mahu.
Mungkin tahun depan baru mahu.

Berdoalah semoga usaha kita diberkati.
Mesti ada hasilnya.
Kita pun bukan pening2 nak urus pekerja atau nak bayar sewa kedai macam business lain.
Itu saja yang kita kena buat.
So jangan fikir susah2 atau stress sangat.
Buat hari2, mesti ada yang mahu.

Ada nak tanya?
Musykil?
Hubungi saya 016 2212181


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.