Sunday, June 24, 2012

Bintang-Bintang Muda.

Alhamdulillah dapat hadir untuk slot pengukuhan
di kepala Batas Penang semalam.

Ketika aku sampai di dewan Al Saha semalam,
pasanga Dsm Krie Paktam
dan isterinya Haryani baru juga sampai.
Tahniah kerana terus berusaha untuk mengubah kuliti hidupnya
melalui akademi ini.

Dulu bekerja sebagai driver trailler 40 kaki.
Tak pernah tak hadir majlis ilmu dan program2 yang
dianjurkan oleh akademi Taipan.
Sebab itu semangat mereka tak pernah kendur.
Seperti biasa laungan Go Go Go LOPA
memecah kesejukan dewan ini.
Inilah bintang2 muda dari utara.
Peluang untuk sesiapa saja.
Yang muda atau siapapun anda.
Anak2 muda utara, seronok berniaga dengan akademi Taipan.
Sambil buat sambil belajar.
Sepanjang buat itu adalah proses pembelajaran.
DSM Suriati pasangan DDM Lan.
Menjadi mc untuk majlis pengukuhan semalam.
Semakin hebat bicaranya.
Semakin yakin ke depan.
Semakin kuat mencengkam tanah utara
untuk melebarkan businessnya.
Tanpa had sempadan.
Terus gigih berusaha berganding bahu bersama suaminya.
Tahniah sue dan Lan.
SM Emi Rina dan SSM Rozita Hassan dari Jitra.
Sangat positif orangnya.
Pertama kali aku berjumpa.
Wah...lepas ni akan terus bertindak mengatur langkah untuk berjaya.
Tiada yang mustahil.
Matlamat terbarunya ialah London Paris.
Beruntung mereka kerana mendapat peluang ketika usia muda.
Tiada siapa yang mampu menghalang kemaraan anda.
Anda berhak untuk kaya dan berjaya.
Inilah peluang terbaik yang ada di hadapan mata.
Yakinlah kepada potensi diri sendiri.
Jangan terus terperangkap dgn bisikan palsu bahawa kita tak boleh,
kita tak pandai dan kita tak boleh kaya.
Tekun mengutip ilmu.
Sabar mendengar.
Gigih berusaha.
Tiada sebab untuk gagal.
Anak2 muda, andalah pencanang kejayaan bangsa.
Andalah bintang2 yang akan digilap sinarnya.

Bersedia untuk menadah telinga.
Bersedia untuk belajar dan menjadi pandai.
Bersedia pula untuk berperang di medan juang bersama akademi ini.
Jangan bimbang, kerana anda tidak berseorangan.
DSM Ina Azrina dan SM Julia...keyakinanya semakin mantap.
Langkahnya semakin berani.
Selepas ini akan memastikan diri dan semua rakan kongsinya
berjaya dan menapak ke LOPA.
Kejayaan mesti dicari.
Kejayaan mesti ditarik.
kejayaan mesti dikejar.
Kejayaan mesti diusahakan.
Bukan menunggu kejayaan datang menyerah diri kepada kita.
Personal coaching.
SM Suria mengutip ilmu dengan CDM Hasmidar, pemimpin
yang kaya pengalaman dalam Hai O.
CDM Rizal bersama SM Azmi.
CDM Hasmidar, DSM Suriati dan SM Suria.
Kejayaan dan mentor tidak mungkin dipisahkan.
Mentor anda akan memandu anda ke arah kejayaan.
Mentor anda akan menunjukkan anda jalan kemenangan.
Mentor anda membantu membina impian untuk anda.
Mentor yang baik adalah yang sentiasa jujur dan ikhlas untuk menjayakan anda.
Mentor yang baik adalah yang sentiasa berusaha
membantu merealisasikan impian anda.
Mentor yang baik akan sentiasa berbangga dengan kehebatan anda.
Rapatlah dengan mentor kejayaan anda.
Belajar dan mencari ilmu sampai bila2.
Jangan jemu mengutip ilmu.
Jangan mudah berpuas hati pada satu tahap kejayaan kerana kejayaan
yang lebih besar menanti anda.
Ramainya...lebih kurang 50 orang yang datang.
Ramai juga yang dah bagi nama, tetapi tak boleh hadir di saat akhir.
Dengan pelbagai urusan.
Tak apa, insyaallah aku akan datang lagi
selagi diperlukan.
Tekun mendengar.
Serius untuk belajar.
Terus mencari ilmu.
Dah ada ilmu, bertindaklah.
DDM Lan...semakin disenangi oleh rakan kongsi dan sideline juga.
Gayanya berhemah, penampilannya bersahaja.
Kepimpinanya semakin terserlah.
Usahanya mesti digandakan, apalagi sejak sepenuh masa
sebagai trainer di akademi ini.
Masna boleh tahan.
kejayaan mesti digandakan.
Pakej mesti digandakan.
Pendapatan mesti digandakan.
baru berbaloi sebagai usahawan sepenuh masa.
Insyaallah, akan terus berusaha untuk meletakkan dirinya
sebarisan CDM yang lain.

Snap snap snap
buat kenangan sepanjang hayat.
SM Amira..seorang lagi bintang kecil yang semakin
hebat.
Gayanya kecil2 cili padi.
Kreatif dan inovatif orangnya.
Belajar buat sendiri sejak awal lagi.
Strategi menggunakan laman sesawang dan sosialcamnya menjadi.
Dikongsikannya bersama kami semalam.
Tahniah Amira.
Tahniaah ...ini pula beberapa orang geng Taipan dari Parit Buntar dan Jitra.
DSM Ina Azrina, SM Julia, SM Rozita, SM Emi Rina, SM Atirah,
SM Amira, SM Haryani dll.
Sebahagiannya kali pertama bertemuku.
Dah dapat ilmu, apa ditunggu lagi.
Bertindaklah.
Koleksi album kejayaan.
Masukkan dalam profail kejayaan anda.
Inilah sebahagian bintang2 muda yang telah dan akan digilap kilauannya
di utara.
Bangganya menjadi sebahagian daripada keluarga ini.
Bangga juga kerana mampu menyuntik sedikit semangat untuk bekalan
jalan2 perjuangan untuk bintang2 muda.
Tahniah semua.
DSM Ina Azrina, alhamdulillah kali pertama mendekati ku sejak dua menjak ni.
Dah mula buat sendiri.
Demo demo demo, urus dana, urus dokumen dan ke stokis.
Dah mula berdikari.
Tahniah Ina.

Tahniah semua bintang2 muda utara.
Jangan takut untuk mara.
Jangan gentar untuk menggapai jaya.
kerana hanya mereka yang berani sahaja
yang akan mencipta kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.