Tuesday, June 26, 2012

Rancangan Tergendala

Petang ni kena ke Sunway Damansara.
Terpaksa ambik Irah dan Aisyah sendiri.
Selalunya mereka balik dengan teksi khas.
Tapi En wahid balik ke kampung.
Ayahnya sakit.
Rancangan tergendala.
Cuma pagi tadi sempat ke Bukit kemuning
menguruskan dokumen Nor untuk CIMB.
Petang ni sepatutnya aku berjumpa Quraisha di Giant Batu Caves.
dah dua hari berjanji dgn dia, nak pakai PB dan nak dengar tentang LOPA.

Tapi terpaksa dibatalkan.
Anak2 pula semua puasa sunat Syaaban.
Mereka memang rajin puasa sunat.
Aku minta mereka tunggu sampai jam 6 ptg selepas habis demo,
tetapi Aisyah merengek2 minta ambil cepat.
Tak larat katanya.
Jaam 3 petang aku dah ke sana.
Jam 4 petang mereka keluar.
Solat asar pun tak mahu tunggu.

Jam 5.15 baru sampai rumah.
Ke dapur pula bersiap untuk berbuka pulak.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.