Tuesday, October 19, 2010

Kerana Saya Mahu!


          Business Talk Seremban
          Setiap Ahad Jam 9 Malam
          Di TTC Senawang Berhampiran Giant
          Sudah lebih 3 Tahun Beroperasi
          Seremban Boleh!! Seremban Hebat!!

          Aku tiba dari KK di LCCT Sepang Ahad lalu jam 7 petang. Teman setia, Dzul dan anak bongsu Aisyah mengambil ku di LCCT terus menghala ke Senawang. Aku sudah berjanji untuk datang memberikan sokongan di Senawang pada malam itu. Bekerja dengan' semangat' membuat aku tidak pernah merasa penat walaupun sehari dua ni jadual ku sangat padat.

           Dulu semasa masih bertugas sebagai pendidik, aku penat juga tapi tak boleh jadi kaya, tak boleh tambah senang, tak boleh ke mana2. Dengan business ini, walau pun penat, wang boleh tambah, kawan seluruh negara. Buat aje, dah meninggal nanti berehatlah. Kita diutuskan untuk menjadi khalifah. Setiap masa mesti beribadah termasuklah berniaga macam aku.

            Kami singgah solat dan makan sekejap di Hentian R&R Seremban, kemudian terus ke Senawang. Dah ramai yang sampai sewaktu aku tiba. Dari jauh nampak kelibat CDM Hj. Cha, CDM Syed Huzair, CDM Khazir dan DSM Rahim.
         
          Dah lebih tiga tahun Business Talk di Senawang beroperasi. Tahniah kerana terus bertahan ketika mana MLM lain yang diadakan di tempat yang sama hilang satu persatu. Banyak pula yang baru muncul tetapi AT 181 Senawang tak pernah hilang, kekal hingga ke hari ini. Tahniah kepada pemimpin2, CDM Jalilah, CDM Aidil, CDM Syed Huzair, CDM Khazir, CDM Hj Cha, DDM Nor, CDM Pah, DDM Rosmawati dan lain2.
   
Selamat Datang Ke AT 1181 Senawang
DDM Norkamisah, "Dulu saya kerani bergaji RM900
Tahun 2009 jumlah pendapatan saya bersama AT 181 melebihi RM49 000,
Saya dah melancong ke Beijing dan akan ke Umrah Disember ini, syukurlah"
CDM Syed, CDM Hj Cha, CDM Khazir, DDM Nor dan DS Saiful
Pejuang2 hebat yang berjaya kerana kemahuan sendiri.

Jika orang lain boleh saya juga mesti boleh
Jika kita mahu, sesiapa pun tak boleh menghalang
Tiada bezanya antara aku dengan
CDM Hj. Cha dan CD Khazir.
Semua boleh jika kita mahu!
Tak salah mencuba. Hanya kita yang boleh mengubah
kedudukan kewangan kita kiranya kita mahu!
"Kerja saya dulu pasang kabel elektrik saja. Belajar pun tak tinggi
tetapi kerana saya mahu, kehidupan kami sudah berubah.
Kami telah memandu Toyota Wish, pendapatan 5 angka sebulan dan
Disember ini akan mengerjakan umrah percuma". DSM Rahim
Upline dan rakan kongsi, bagai aur dengan tebing
yang saling memerlukan. Kerana saya mahu, saya pun boleh berjaya
walaupun saya tidak belajar tinggi
"Dulu saya hanya seorang kerani, tetapi kerana saya mahu,
maka saya juga telah berjaya. Jika saya boleh, anda juga pasti boleh".
"Dah 3 tahun kami kekal bertahan di Business Talk Senawang"
CDM hj Cha...seorang bekas penggoreng cha kuew teow..
Kerana saya mahu, saya dah memande Mercedes Benz
Sentiasa bersepakat dan berbincang...
Bersama Dan Bersatu

"Kerana mahu, saya tinggalkan jawatan saya sebagai jururawat pergigian.
Kerana saya mahu, hari ini saya datang bersendirian dari Kuala Pilah
Kerana saya mahu, saya akan terus bersama AT 181".
Tahniah CDMSharifah Eisah
 
          Siapa pun anda, apa pun latar belakang anda, maka sekiranya anda mahu, anda boleh berjaya bersama Akademi Taipan 181. Tanyalah diri anda, apakah yang anda mahu, sanggupkan anda dibimbing, mahukan anda mengikut jejak langkah orang yang berjaya? Jika orang lain mahu berjaya, mahu hebat, mahukan kebebasan kewangan, maka saya juga mahukan itu semua.

          Kerana saya mahu, saya tinggalkan kerjaya sebagai pendidik selama 15 tahun. Kerana saya mahu, saya sanggup berkorban apa saja demi mencapai impian saya. Kerana saya mahu, hari ini saya telah berjaya. Kerana saya mahu, saya akan terus mencapai kejayaan2 yang lebih hebat lagi. Kerana saya mahu, saya akan terus berjuang bersama anda di dalam AT 181. Salam kejayaan.

       

Hadir Dengan Membawa Hati!

Pemimpin2 AT 181 Sabah bersama
buku NUR WANITA
Mereka mahukan ilmu dan semangat
Menunjukkan voucher bernilai RM260 untuk
yang menjadi ahli Program Seminar Nur Wanita
Go Go Go PERTH!
         Sabtu 16 Oktober, sebaik mendarat di lapangan terbang KK jam 6.45 petang itu, CDM Hamsah dan CCM Mahmud sedia menanti di ruang menunggu. Aku terus bergegas ke Grand Borneo Hotel.  15 minit emudian aku terus dibawa oleh pasangan pemimpin hebat ini ke TTC Apartment University.

          Ramai juga yang hadir untuk slot pengukuhan malam itu. Hampir semua CDM hadir kecuali CDM Suriati dan CDM Ainon yang tidak kelihatan, mungkin ada urusan penting yang lain. Ini business sendiri. Kita bos dan kita bekerja untuk diri sendiri. Upline bukan bos kita dan downline bukan pekerja kita.

          Hadir membawa hati bersama lebih penting dari sekadar hadir untuk menunjukkan muka kepada orang lain. Kepercayaan kepada diri sendiri, percaya kepada upline, percaya kepada syarikat dan percaya kepada group adalah perkara asas yang akan menentukan hala tuju kita bersama AT 181. Kemahuan untuk berjaya mesti datang daripada kemahuan dari dalam diri sendiri. Barulah kita rasa seronok untuk berjuang. Perjuangan yang dipaksa adalah perjuangan yang sia2 dan tiada sebarang makna.

          Dengan tajuk yang simple "Merancang Sebuah Kejayaan", aku berharap warga AT 181 akan mendapat sesuatu. Suasana business hampir pulih, semangat kembali membara, gerak kerja akan menggila selepas ini. AT 181 tidak kering idea untuk memberikan suntikan semangat kerja kepada setiap warganya. Melihatkan semangat mereka semua, aku turut bersemangat. Janji ku untuk lebih kerap datang ke KK membuatkan mereka bersorak gembira. Esok mereka akan berseminar. Salam

Monday, October 18, 2010

Motivasi Harian

Kejayaan bukan dibina dengan kekuatan
tetapi dihasilkan
dengan kemahuan untuk berjaya

Seminar Nur Wanita Sabah.

         
          Tarikh 17 Oktober 2010
          Bertempat di Dewan Kementerian Pertanian
          Jalan Maktab Gaya KK
          Masa 9 pagi Hingga 1 petang
Program Hebat T 181
Agenda eminar Nur Wanita KK
Meja Pendaftaran
Inilah Wanita Waja AT 181 Sabah
CDM Hjh Masni, seorang suri rumahtangga
yang berjaya bersama AT 181
Pelbagai peringkat usia yang hadir seminar ini
CDM Hjh Masni, CDM Maidah dan CDM Rosmah
        
CDM Jurinah dan rakan kongsinya
CDM Rosmah dan CDM Hasnah
menyiapkan jamuan
DDM Habsah menjadi pengacara majlis. Tahniah
DDM Kalsom dengan prospeknya
Pemimpin Hebat AT 181 Sabah..
.CDM Hamsah Diman
Bergambar bersama..satua team yang makin mantap
untuk menjayakan lebih ramai warga AT
Penceramah jemputan daripada LPPKN
CDM Faridah Mohd Ali berkongsi pengalaman beliau
bersama AT 181 selama 8 tahun
CDM Kartini, terus bekerja kuat untuk Taipan
dalam keadaan yang kurang sihat dan kesibukan untuk
mengerjakan fardu haji

          Masa sukar telah berlalu, waktu keperitan telah pergi, awan mendung telah berarak, semangat kembali pulih, momentum kembali berdentam dentum. Seminar Nur Wanita menjadi program yang kembali menyemarakkan semangat juang warga AT 181 Sabah. Tahniah CDM2 yang bekerja kuat untuk sama2 menyemarakkan program ini.

           Bagi yang terus berkerja dan berusaha membina network mereka, inilah masanya unuk anda kembali meraih WANG BESAR!! Salam

Sunday, October 17, 2010

Motivasi Harian

Senyumlah...lihatlah suria pagi anugerahNya dan katakan
"jadikan aku pohon yang hidup
dan limpahkan rahmat rezekiMu untukku"

Saturday, October 16, 2010

Ilmu, Cari Jangan Jemu

                                                                                                                     
                 Salam sahabat2 yang dikasihi sekelian, BIcara Orang2 Suksess pada Khamis 14 Oktober di TTC 2 dihadiri warga AT 181, tetapi bilangan tidak begitu  ramai. CDM Muhammad Razali berkongsi slot malam itu dengan tajuk 'Planning'. Alangkah bagusnya perkongsian beliau. Rupanya begitu ramai yang gagal dalam perniagaan ini kerana mereka gagal merancang dengan baik perniagaan mereka. Masuk kerana ikut2an, tengok orang buat mereka pun nak buat. Apabila gagal mereka mula menyalahkan upline, downline, kumpulan, mentor malahan ada yang menyalahkan syarikat.

         Nak berjaya mesti dengan ilmu, nak hebat mesti ada ilmu dan nak bahagia juga mesti ada ilmu. Jangan jemu mencari ilmu walaupun sudah berada di puncak jaya. Jika mahukan pencapaian yang lebih besar, maka bersedialah untuk meningkatkan kualiti diri dengan meningkatkan ilmu. Bagi semua CDM, saya berbesar hati menjemput anda semua datang pada setiap hari Khamis


Slot yang menarik oleh
Muhammad Razali
CDM Shahril, tak pernah meninggalkan
majlis ilmusejak bersama AT 181
DSM Salina dan SSM Aisyah sedang uruskan dokumen downline baru
CDM Khazir sedang berbincang dengan prospek
CDM Syed dan DDM Rozita sedang
buat 'closing' dengan orang baru
Seronok bila group mula ramai semula.
Tahniah CDM Jalilah dan CDM Aidil
Semua nak fight ke Perth Australia
CDM Roshila menyampaikan pesanan

Slot CDM Muhammad sangat menarik. Ringkas tetapi mendalam dan mudah pula untuk difahami. Rugi siapa yang tidak hadir. Ia akan menjadi bekalan dalam merancang perniagaan agar terus berkembang dengan baik. Bagi yang sudah lama bersama AT 181 tetapi network tidak berkembang sebagaimana yang diharapkan, maka ilmu yang diperolehi ini membolehkan mereka menilai kembali dan memulakan perancangan baru untuk network mereka. Jangan putus asa. Teruslah berusaha. Dan teruslah berusaha untuk memantapkan ilmu. Bagi semua warga AT 181, datanglah ke TTC 2 dan TTC 3 untuk prospek baru pada setiap hari Khamis jam 8.45 malam. Bawa orang baru sekali.

Motivasi Harian

Orang yang memiliki kemahuan yang membara
pada sesuatu perkara dapat mengalahkan
99 orang yang hanya berminat

Friday, October 15, 2010

Semua Alasan Itu Betul!!!

Orang yang berjaya tidak akan memberikan sebarang alasan
      Lihatlah manusia di sekeliling kita. Tak ramai yang berjaya dan begitu ramai yang hanya secukup hidup, tak berjaya dan cukup2 makan sahaja. Anehnya mereka! Kerana mereka dihinggapi satu penyakit kronik, apa dia? Penyakit alasan.

          Kita akan mendapati orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah melihat ALASAN mereka. Sentiasa ada alasan. Semuanya betul sebab hanya mereka yang tahu. Lihatlah senarai panjang penyakit alasan yang diberikan oleh orang yang gagal, orang yang mengharap bulan jatuh ke riba, orang yang biasa2, orang yang sekadar cukup makan atau secukup hidup.

* Saya tak pandai cakap
* Saya tak ada kawan
* Saya muda lagi, tak perlu banyak wang sebab tak ada tanggungan
* Saya tak ada masa
* Saya tak suka jumpa orang
* Saya ada anak ramai
* Anak2 saya masih kecil tak ada sapa nak tengokkan mereka. Nantilah
   tunggu mereka besar sikit saya akan buatlah.
* Anak2 saya dah besar, inilah masa untuk saya berehat je
* Suami/isteri saya tak sokong saya
* Saya takut jadi kaya, nanti kena rompak
* Tengok Dato' Susilawati, buat apa jadi kaya nanti kena bunuh kan susah.
* Saya terlalu sibuk
* Tak perlu jadi kaya, sedikit pun tak apa yang penting diberkati
* Saya tak biasa berjalan sendirian
* saya tak pandai bawa kereta
* Saya dah tua, patut ke masjid je
* saya tak ada modal
* Saya sakit tak boleh fikir banyak2
* saya tak ada pembantu rumah
* Saya boss malu nak buat kerja macam ni
* Suami saya tak bagi saya nak keluar rumah
* Anak2 saya nak exam PMR dan SPM tahun ni.
* Saya tak ada pengalaman
* Susah nak berjaya, dah ramai orang buat berniaga ni
* Ramai yang gagal, nanti saya pun akan gagal
* Saya boleh bagi modal tapi jika u cari orang untuk saya boleh?
* Semua rumah dah pakai produk ini.
* Dah ramai orang masuk Hai O, baik saya jangan masuk
* Saya tak suka keluar rumah
* Saya tak boleh tidur lewat, buat Hai O kena balik malam2 nanti darah
   tinggi saya naik lagi.
* Susah nak berjaya, bukan semua akan berjaya. Hanya orang tertentu
   sahaja.
* Alaa! rezeki secupak tak akan menjadi segantang
* Dah sekolah tinggi sampai dapat master dan PHD, takkan nak buat
    kerja tak ada class ni.
* Saya ni pemalu, susah nak berjaya. Bergaul pun tak pandai
* Rumah kata pergi, kubur kata mari, baik lah duduk atas sejadah dan
   masjid je
* Wang bukan segala2nya, buat apa wang banyak bukan boleh bawa
   masuk kubur
* Kalau duit banyak, nanti kena bayar cukai banyak
* Buat apa lah kaya, payah nak masuk syurga. Baik kita jadi orang yang
   zuhud

          Jika nelayan nak menunggu ombak berhenti dan angin tidak bertiup, baru mereka nak turun ke laut, maka sampai bila2 pun nelayan tak akan mendapat hasil tangkapan.

Suatu Hari Di Stesen LRT

Ramai rakan kongsi yang hilang
          Lebih kurang enam bulan yang lalu, aku dan suami berada di stesen LRT Bukit Jalil untuk ke KL. Aku masih ingat, hari itu hari Rabu dan waktu itu jam lebih kurang 8.45 pagi. Orang penuh sesak. Aku percaya kebanyakan mereka mahu ke tempat kerja. Sebenarnya kami tak ada tujuan khusus menaiki LRT ke KL, hanya suka-suka nak naik LRT. Maklum dah lama tak naik pengangkutan awam.

          Waktu pagi begini, memang orang sangat ramai. Nak pula hari bekerja. Aku memerhatikan orang sekeliling. Dzul sibuk menatap akhbar harian. Setiap orang membawa wajah yang serius. Ada yang melihat jam tangan, ada yang memandang kosong, ada yang termenung, ada yang bersembang dengan kawan, ada yang membaca akhbar, ada yang merokok, ada yang memandang ke arah landasan LRT menanti kedatangan kren untuk membawa ke destinasi dan pelbagai watak manusia.

          Aku mendekati seorang wanita dan berdiri di sebelahnya sementara menunggu LRT sampai. Wanita muda itu dengan pakaian formal berbaju kurung dengan hiasan dan penampilannya yang simple. Usianya dalam awal 30an. Dia berseorangan. Aku melemparkan senyuman kepadanya. Dia membalas senyumanku. Aku memberanikan diri bertanya

" Nak ke tempat kerja dik"?
" Ya kak, akak bekerja di KL ke"? Tanyanya pula
" Oh tidak, kami ada urusan lain. Adik bekerja di KL tu kat mana? Adik ni sapa nama?"Tanya ku lagi.

Dia menjawab, " Saya Jamilah, Pejabat saya di kawasan belakang Masjid India, Jalan Bonus Kak, biasa ke sana"?
Saya menjawab "Ooo Masjid India, dah lama di sana? Pejabat apa"?

"Saya bekerja dengan sebuah firma guaman, bukan peguam kak, kerani je,  dah lapan tahun bekerja di situ"? Akak tak kerja ke hari ni? Atau bercuti?

" Tak kerja dah, dah lama berhenti". Jawabku sambil memandang tepat ke wajahnya.

"Habis akak buat apa sekarang? Macam mana cari duit? Atau akak buka business? Tentu lumayan kan!!. Saya ni tak ada kawan, nak cakap pun tak pandai, takut nak buat benda2 tu semua. Itulah, saya pun dah bosan sangat bekerja di situ. Tapi tak tahu apa nak buat yang lain". Dia bercerita tanpa diminta.

Saya cuba memancingnya.  "Ya ada buat business kecil2an. Dulu kamipun bekerja juga. Tapi dah lama hidup pun macam tu, kami buat keputusan berhenti kerja. Kenapa Jamilah bekerja"?

"Nak cari duit la kak, duit tu nak bayar rumah, nak bayar kereta, nak sekolahkan anak, nak bayar hutang yang tak pernah habis2, nak bagi pada mak ayah kat kampung lagi, nak bayar segala bil. huh! letih kak bila fikir semua tu?

" Cukup ke gaji? seronok gi kerja?" Saya bertanya Jamilah lagi.

"Ya Allah manalah cukup kak, setakat makan gaji tak adalah nak ada yang lebih. saki baki pun tak ada. Hutang pun banyak. Ini pun lagi nak keluar sorang lagi, tiga orang tak lama lagi," sambil memegang perutnya. "Yang dah ada dua orang." Jamilah bercerita tanpa saya pinta.

Mengandung rupanya, tak nampak pun gaya mengandung. Mungkin orangnya kecil molek, tambahan berbaju kurung pula. Detik hati saya.

" Tapi apa nak buat kak, terpaksalah juga. Pergi bekerja pun dah terpaksa, bukan suka pun. Dah malas sangat sebenarnya, hari2 mengadap benda yang sama je. Gaji naikpun bukan banyak, tapi terpaksa ikut Boss kata. Dah nak masuk 9 tahun di sana. Anak2 pun asyik bertukar pengasuh je apa lagi jika dapat baby sorang lagi ni. Suami suruh saya berhenti je. Katanya kita makanlah apa yang ada".

"Terfikir juga nak sambung belajar untuk tukar kerja, bolehlah naik gaji sikit tapi banyaklah haluan nak difikirkan. Nak tak nak, terpaksalah saya teruskan dengan apa yang ada".

Aku memancingnya lagi, "Alangkah seronoknya jika kita tak payah bersusah payah begini. Alangkah bagusnya jika kita dilahirkan sebagai orang kaya ya Jamilah".

Wajahnya yang agak serius nampak sedikit ceria dan berbunga bila ku sebut menjadi orang kaya. Dia menyampuk "syoknya kak kalau banyak duit kan! Apa yang terlintas di hati boleh dibeli".

Ketika itu juga LRT Ke KL sampai. Tak sempat nak mengambil nombor telefonnya, sekejap itu juga Jamilah hilang di celah2 orang ramai masuk ke dalam kren LRT. Pertemuan ringkas itu habis di situ. Tetapi fikiranku masih tak berhenti berfikir. Pemandangan biasa yang setiap hari akan anda lihat di mana2 stesen pengangkutan awam sama ada di stesen bas, kereta api atau komuter dan LRT. kebanyakannya nak ke tempat kerja. Apa yang aku perhatikan sebentar tadi ialah:

* Mereka yang bekerja makan gaji melakukaan perkara yang sama selama
   bertahun2.
* Mereka bekerja dalam keadaan yang tidak seronok dan membosankan.
* Kehidupan mereka tidak berubah walaupun sudah lama bekerja
* Mereka bekerja untuk menyara hidup walaupun terpaksa melakukan           perkara yang tidak mereka sukai.
* Kehidupan diteruskan kerana tiada pilihan
* Perniagaan tiada dalam benak fikiran mereka, mereka dikuasai perasaan  takut dan lebih  memikirkan kekurangan diri sendiri.
* Jika nak berubah, mereka hanya fikir mesti sambung belajar untuk naik
   gaji.
* Gaji yang diterima hanya untuk bayar hutang kereta, rumah, makan dan
8 Tahun lalu letika masih baru bermula bersama Angie
   anak2. Tidak ada lebihan untuk simpanan atau menambah aset.
* Mereka masih mempunyai impian untuk menjadi kaya tetapi tak tahu
   bagaimana caranya dan apa nak buat selain bekerja makan gaji.

          Inilah peluang warga AT 181 untuk berkongsi dengan mereka. Hanya orang seperti kita yang pergi dan masuk segenap tempat berjumpa downline. Kita jugalah yang masuk ke kampung2 dan ceruk rantau berkongsi peluang untuk mengubah kehidupan dengan sesiapa saja.Kitalah juga yang naik ke gedung2 tinggi berjumpa prospek. Kitalah yang naik bangunan2 tinggi menyebarkan peluang hebat memperkenalkan AT 181 di mata orang lain. Hanya orang seperti kita yang sanggup melakukan perkara yang orang biasa tak sanggup melakukannya.

          Dan itulah jawapannya mengapa hidup kita berbeza dengan kehidupan Jamilah. Mengapa pendapatan kita berlebihan berbanding pendapatan Jamilah. Kita seronok buat perniagaan ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan perkara baru. Bimbingan untuk berjaya diberi percuma oleh mentor2 hebat.
        
          Kita tak perlu bersesak naik LRT untuk ke tempat kerja. Tak perlu ikut cakap Boss. Kita adalah Boss kepada diri sendiri. Kita rajin dapat banyak, jika malas kita melepas. Kita tak stress macam Jamilah, kita gi meeting pun happy boleh menyanyi lagi. Ada peluang untuk bertambah senang dan boleh mempunyai banyak duit. Jika berbicara semuanya cerita yang 'success'. Kawan2 dalam AT 181 semuanya positif. Paling seronok boleh berjalan ke seluruh dunia termasuk mengerjakan umrah. Ini semua tidak berlaku dalam kehidupan Jamilah.

        Hidup biasa boleh berubah menjadi luar biasa. Dulu susah sekarang senang. Tapi ingat kawan2, tak ada senang datang dengan senang. Buatlah bersungguh2 jika mahu berjaya. Jangan bersikap sambil lewa. Belajarlah menjadi lebih baik dan bergurulah dengan mentor2 hebat dalam AT 181. Salam untuk anda pagi ini. Adakah anda di stesen LRT seperti Jamilah? Boleh hubungi saya 016 2212181.

Motivasi Harian

Berikanlah perkataan yang baik, maka
anda akan menjadi orang yang baik dan
menerima kata-kata yang baik

Thursday, October 14, 2010

Latihan Untuk Membina Keyakinan Diri

CDM HARYATI DAN CDM HASRIZAL
DDM ROZITA, BERLATIHLAH BERCAKAP

          Salam, sering orang bertanya pada saya, bagaimana saya sentiasa nampak yakin dan berani? Lebih menakjubkan tidak pernah nampak luntur semangat, motivasi diri selalu tinggi dan tidak pernah lemah? Banyak yang ingin dikongsikan dengan anda tetapi ini antara yang boleh anda ikuti. Baca dengan teliti, kemudian amalkan bagi membina keyakinan yang mantap.


1. Duduklah di hadapan dalam apa majlis sekalipun.
Biasanya dalam mana2 perjumpaan sekalipun, kerusi di bahagian belakang akan penuh dahulu. Kebanyakan orang suka duduk di bahagian belakang kerana mereka tidak mahu menonjol. Alasannya rendah diri.
          Sebenarnya duduk di hadapan adalah suatu latihan membina keyakinan diri. Pastikan kita duduk di barisan pertama berhampiran dengan pentas. Ingat, memang kita lebih menonjol tetapi orang yang berjaya selalunya adalah orang yang suka menonjol.
CDM MAIDAH

CDM SURIATI
CDM SITI RAHMAH LEONARDO
CDM KARTINI DAN DDM HANIS
DDM NOR SAADAH
2. Pandang matanya
Orang yang lemah tahap keyakinan dirinya, selalunya tidak akan menggunakan matanya ketika berbicara dengan orang lain. Mereka lebih suka tunduk atau memandang ke arah lain. Orang yang tidak mahu menggunakan matanya memberi tanggapan bahawa "saya seorang yang lemah" atau "saya takut kamu mengetahui kesilapan saya" atau "saya seorang yang pemalu".
          Kuasailah kekurangan diri anda dengan melatih diri kita bertentang mata dengan orang lain. Sasaran kita ialah kedua-dua belah mata kita mesti memandang tepat ke arah kedua-dua belah mata orang yang bercakap dengan kita. Hasilnya bukan sahaja tahap keyakinan diri kita akan meningkat tetapi keyakinan orang kepada diri kita juga akan bertambah.

3. Tindakan kita mesti lebih pantas daripada orang lain.
Golongan yang berjaya selalunya adalah orang yang proaktif, tindakan mereka cepat dan pantas. Mereka juga tidak perlu disuruh berulang kali dan mereka tidak perlu diarah berkali-kali. Sebaik faham, mereka akan terus bertindak.

          Contohnya berjalan lebih laju daripada orang lain, bercakap lebih jelas daripada orang lain, lebih rajin daripada orang lain, lebih ringan tulang daripada orang lain, makan lebih laju, lebih suka membantu, banyak bertindak daripada menunggu atau tidak suka berdiam diri. Ini berbeza dengan golongan yang hanya cukup makan yang banyak berpeluk tubuh dan menunggu diberitahu, baru bertindak.

4. Bersuaralah
Cuba perhatikan, betapa ramainya orang yang lebih suka berdiam diri dan tidak mengambil bahagian dalam perjumpaan, mesyuarat atau diskusi. Ini bukan disebabkan mereka tidak mahu turut serta tetapi kerana tahap keyakinan diri yang sangat rendah. Mereka sering beranggapan bahawa "Saya sedar pandangan saya tidak dinilai" atau "saya takut orang mentertawakan saya" atau "Jika silap cakap, nampak sangat saya bodoh, lebih baik saya berdiam diri dan biarkan orang yang hebat saja yang bercakap".
          Sebenarnya setiap kali kita bersuara di depan ramai maka keyakinan diri kita akan bertambah. Belajarlah bersuara, memberi pandangan, mengutarakan idea, menyatakan komen atau sekadar bertanya kerana ia akan meningkatkan tahap kepercayaan kepada diri sendiri.

5. Berikan senyuman lebar
Senyuman adalah penawar paling mujarab kepada penyakit tidak yakin kepada diri sendiri. Ia menjadi perkara yang boleh membangkitkan semangat, melawan rasa takut atau gementar, melenyapkan kerisauan dan mengalahkan rasa berputus asa.
          Saya juga termasuk dalam kategori orang yang berwajah serius dan garang. Dahulu saya sukar tersenyum atau melemparkan senyuman kepada orang lain walaupun mereka kenalan saya. Ramai orang yang merasa takut sebelum mereka mengenali saya. Tetapi setelah bersama Hai O, saya mesti berubah. Maka saya mesti belajar memberikan senyuman yang lebar dan ikhlas supaya saya lebih senang didekati.
          Malahan senyuman ikhlas juga akan melegakan ketegangan atau stress malahan lebih besar lagi ia akan membuatkan orang lain terus cair kepada kita. Pandangan negatif orang kepada kita juga akan hilang apabila kita melemparkan senyuman yang ikhlas. Perasaan marah, benci atau takut akan lenyap apabila kita menghadiahkannya sebuah senyuman lebar. Katakan kepada diri anda "saya mesti senyum". Dan bersedialah untuk melihat orang akan lebih yakin kepada anda. Anda akan lebih disayangi dan disenangi.

         Personaliti yang menarik tidak semestinya mempunyai wajah yang cantik atau penampilan yang kacak. Tetapi lebih penting sekali ialah tahap keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri. Apabila tahap keyakinan anda tinggi, maka bersedialah untuk mencipta kejayaan dan kehebatan yang luar biasa dalam hidup anda. Selamat mencuba dan salam kejayaan untuk anda semua bersama Akademi Taipan 181.