Sunday, September 12, 2010

Balik Kampung ...Oh oh oh Balik Kampung.

         Khamis 9 Sept, kami masih di KL. Masih banyak urusan yang belum selesai. Teringat kata-kata ibu "dah mati nanti baru betul-betul habis kerja". Jam 4 petang baru kami bersiap-siap untuk pulang beraya. Ketika berkemas nak pulang, aku menghantar beberapa bingkisan kuih muih raya kepada jiran di kiri dan kanan rumah ku, semuanya berbangsa Cina. Adatlah...mereka pun baik, jika tiba perayaan Tahun Baru Cina atau Deepavali, selalunya memang mreka tidak pernah lupa menghantar bingkisan untuk kami sekeluarga.
Berbuka puasa di Restoran Serai Karak
            Jam 6.45 petang baru kami keluar dari Bandar Kinrara. Mengambil laluan ke Kuantan melalui MRR2. Banyaknya kereta...barangkali semua mahu pulang ke kampung. Aku ingat dah lengang rupanya masih sesak. Waktu azan dilaungkan, kami masih berhampiran tol Gombak. Hanya berbuka dengan air kosong dan biskut sahaja. Tidak mahu berhenti, kami meneruskan perjalanan hingga ke Stesen Minyak Petronas Karak.

Kami berhenti selama sejam, ramainya orang nak balik kampung
          Ramainya manusia, penuh parking. Kami menunggu agak lama sebelum dapat duduk kerana meja penuh. Di luar Restoran Serai penuh kat dalam lagi penuh, di kaki lima pun penuh. Aku selalu pelik jika ada downline ku mengeluh "dah habis orang". Selalu terdetik di fikiran ku "Adakah semua mereka yang di hadapan ku ini pernah dengar tentang Akademi Taipan 181? Apakah mereka semua sudah menjadi warga Akademi Taipan 181? Adakah mereka sudah mendengar tentang peluang hebat yang disediakan oleh Hai O"? Tentu jawapannya tidak kan!


          Kita buat bisnes ini untuk berjaya,untuk kesenangan anak-anak kita, untuk mengubah hidup, untuk menjadi orang luar biasa daripada orang biasa, untuk mencapai semua impian kita. Tetapi tak mungkin semuanya datang dengan senang! Takkan mungkin semuanya datang bergolek, walaupun kita buat secara sambilan tetapi kita tak boleh buat sambil lewa.

Balik kampung...seronoknya nak balik beraya
         Mulut kena buka, senyum kena manis, kita mesti peramah baru kita boleh dapat kawan, boleh dapat prospek atau stranger. Impian kita mesti besar dan kemahuan kita mesti sungguh-sungguh, barulah kita merasa sanggup untuk meredah laluan yang berliku.

         Sejam berhenti untuk makan dan solat, kami meneruskan perjalanan menuju kampung halaman untuk beraya. Mak mertua sudah menunggu dari pagi. Tahun ini giliran kami sekeluarga beraya di Melor, rumah mak Dzul. Dzul mempunyai lima beradik semuanya lelaki, dua orang adiknya telah meninggal. Yang tinggal hanya tiga orang anak lelaki, seorang masih bujang walaupun dah agak ' terlajak'. Cucunya pun tak ramai hanya 6 orang sahaja. Mak masih sihat, tinggalnya berseorangan sejak ayah meninggal lima tahun yang lalu. Sekali sekala mak berkunjung menziarah anak-anak yang semuanya mencari rezeki di KL.

        Jam 3.30 pagi baru kami tiba di kampung. Aku hanya sempat melelap mata untuk sejam dua je. Pagi-pagi lagi kami dan bangun bersiap untuk pergi ke masjid.
       

Rayuan Simpati BangsaKu

         Salam, hari raya ke tiga hari ini. dua hari tak berkesempatan melayari blog. Kesibukan menguruskan kesibukan hari raya membuatkan aku tidak berpeluang untuk melihatnya. Pagi ini seperti masih bulan Ramadan, jam 4.45 pagi aku sudah tersedar dari tidur. Ketika masih tidak sibuk pagi ini, aku mengambil notebook ini. Kerinduanku terubat. Ada pelbagai perkara untuk aku kongsikan dengan warga Taipan semua.

          Aku ingat seminggu sebelum hari raya, aku dan suami menerima banyak sms. Ada yg aku kenal dan ada dari yang aku tak kenal. Ada yang aku terima dari orang yang ku kenal tapi sms asalnya dari orang yang ku tak kenal. Mereka berhajat. Mereka meminta. Mereka merayu. Mereka berduka. Dengan pelbagai cerita dan kisah yang semuanya menyayat hati. Tambahan pula pada suasana orang bergembira tetapi sms mereka begitu sedih.

          Mereka mahu meminjam wang. Ada yang baru ditinggalkan suami hilang entah ke mana. Anak di lur ada lima orang, di dalam kandungan kembar pulak, selalunya mereka mencari rezeki dengan menjual air tebu, tetapi tiba2 je suami lari sejak dua bulan lalu.

        Ada pula yg berasal dari Kedah. Dia mengenali ku tapi aku kurang perasan. Langsung tak ingat. Anaknya 8 orang, bekerja di pasar borong tapi sekarang sudah tak berkerja kerana penyakit scarbis, kakinya berkudis dengan bengkakan yang teruk. Isterinya pula menderita sakit buah pinggang. Memang susah!! Rayuan dalam smsnya memilukan hati sayuku.

         Satu lagi sms dari orang yang ku kenal, selalu juga ku bantu sebelum ini. Aku tahu keperitannya, aku selalu dengar kedaifannya, aku selalu lihat kemiskinannya. Ada waktu ku bawa anak-anak bertuahku yang empat orang itu supaya mereka sedar betapa beruntungnya mereka. Aku bawa Aimi, Adib, Irah dan Aisyah melihat pondok buruknya, tempat berlindungnya, tempat makan tidurnya, beg sekolah anak-anaknya....usahkan bermimpi nak beraya dengan baju baru kasut baru, nak makan sehariannya pun belum tentu.

          Ada juga yang nampak senang, ada kereta ada rumah yang selesa, ada kehidupan yang nampak sempurna,,, tapi rayuannya menginsafkan ku. Kesenangan, rezeki, kemewahan dan pelbagai anugerah untuk kita memang pinjaman segalanya. Dia pernah hidup susah, kemudian hidupnya senang selepas dia berusaha,  bagaimanapun dia kembali susah dalam kesenangan. Mengejutkan juga, walaupun aku lihat dia serba ada, tetapi hakikatnya wang langsung tiada. Katanya jika aku tak menghulur, alamatnya tidak berayalah mereka sekeluarga.

         Aaah...rata2 bangsa ku masih susah, masih tak cukup, masih banyak yang tak berwang, masih banyak yang daif dan miskin. Masih banyak yang terpaksa meminta, merayu dan memohon simpati. Mahu makan sesuap nasipun masih terpaksa berhutang dan meminjam, apa lagi untuk perkara yang lain. Tentu pasti pendidikan anak-anak juga jauh ketinggalan, hidup serba tiada. Akan majukah bangsaku, akan senangkah bangsaku. Bolehkah bangsaku meneroka dunia, bolehkah bangsaku mewarisi negara, mampukah bangsaku bersaing dengan yang lain, mampukah bangsaku membantu bangsaku???

Thursday, September 9, 2010

UNTUK ANDA SEMUA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
DARIPADA
CDM DZULFAUZILAH DAN CDM FARIDAH

Wednesday, September 8, 2010

Sakan Beraya...Sakan Berniaga...

Selamat Hari Raya
Aidilfitri Lebaran Yang Mulia
Ucapan yang kedengaran di mana-mana
Ungkapan yang ditulis di media masa utama
Iklan yang tertera di papan iklan semasa
Meskipun meriahnya seluruh alam terasa
Di mana jua kita berada, di kota di desa tak kira tempatnya
Kita tetap berniaga seperti biasa

Selamat Hari Raya
Aidilfitri Lebaran Yang Mulia
Ziarah menziarahi itu semestinya
Bermaaf-maafan membersihkan jiwa
Ketupat dan  rendang menjamu selera
Buka mulut ramah dan mesra
Senyum, tegur dan bagi kad nama
Sambil bersalam ambil handphonenya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri Lebaran Yang Mulia
Mencari prospek matlamat kita
Mengembangkan network tak kira masa
Naik pangkat sentiasa dalam kepala
Dapat pergi Perth dengan percuma

Selamat Hari Raya
Aidilfitri Lebaran Yang Mulia
Fail AT 181 jangan tak bawa
Borang ahli pula menjadi senjata
Kad nama pelbagai gaya
Marketing plan tunjukkan saja
Tanpa rasa gundah gulana
Hebat AT 181 fokus utama
Bimbingan dan latihan diberi sampai bila-bila

Selamat Hari Raya
Aidilfitri Lebaran Yang Mulia
Diri kita penentu segala
Yakin dan percaya jadi agenda
Prospek teruja bukan terpedaya
Tetapi teruja melihat hebatnya
Pasti sign up juga akhirnya
Nak pergi Perth tak sesusah mana
Naik pangkat atau nak dapat tabung kereta
Semuanya boleh jika kita percaya
Ditambah pula andai kita rajin berusaha
Gigih dan sabar tak berputus asa
Saya doakan kita sama-sama berjaya
Salam...Rabu 11.45 mlm (kami masih di KL)

Hanya Saya Yang Bertanggungjawab Kepada Perniagaan Saya

Tanamkanlah dalam fikiran kita bahawa walaupun kita bersama Akademi Taipan 181, tetapi sesungguhnya....
Berjaya atau gagal adaalah tanggungjawab diri kita sendiri
Naik pangkat atau tak naik pangkat adalah tanggungjawab diri kita sendiri
Ada pendapatan atau tiada pendapatan adalah kita sendiri yang menentukan
Network kita berkembang atau network kita menguncup adalah tanggungjawab diri kita sendiri
Buat part time atau buat full time adalah pilihan sendiri.
Nak bekerja atau nak berhenti kerja adalah pilihan sendiri
Nak pilih kereta apa juga adalah cita rasa sendiri
Dapat car fund, dapat wawasan atau melancong juga adalah tanggungjawab sendiri

Jangan salahkan upline
Jangan salahkan downline
Jangan salahkan sideline
Jangan salahkan stategi
Jangan salahkan AT 181
Apa lagi nak menyalahkan syarikat
Kita bertanggungjawab sepenuhnya kepada setiap yang brlaku kepada diri kita sendiri.

Hilang Atau Bertahan???

Yang hilang selalunya yang tak berkualiti, mudah goyah, mudah terpengaruh, tidak ada keyakinan
Yang bertahan itu berkualiti, gred A, kuat, mantap, keyakinan sangat tinggi

Yang hilang selalunya yang tak berilmu, cakap tak serupa bikin, hangat2 tahi ayam
Yang bertahan ialah yang berilmu, yang matang, yang bijak, terpilih, yang cerdik, diam tapi berisi

Yang hilang bukanlah pemimpin tulen, bukan pejuang terbilang,yang ikut-ikutan dan tidak konsisten
Yang bertahan ialah pejuang terbilang, pemimpin pejuang, pemimpin tulen, pemimpin terbaik yang sanggup susah dan senang, pemimpin yang bertanggungjawab, pemimpin terhebat

Yang hilang selalunya bermula dengan senyap, kemudian lenyap.
Yang bertahan akan terus bekerja dengan sabar dan gigih membina dan terus membina network.

Yang hilang ialah tin kosong disimpan pun tak berguna.
Yang bertahan ialah peti besi penuh khazanah berharga.

Yang hilang ialah kayu buruk
Yang bertahan ialah kayu jati

Yang hilang ialah yang tiada rezekinya lagi. Habis sudah...
Yang bertahan ialah yg pastii akan menjadi lebih kaya. Bersedialah...

Yang hilang ialah ranting patah hanya kerana angin kecil.
Yang bertahan ialah akar tunjang walau dilanda ribut dan badai tetap teguh berdiri.

Yang hilang ialah kaki buruk akibat kencing manis, disimpan pun tetap buruk tidak berguna malahan terus menyakitkan.
Yang bertahan ialah badan tang kuat dan sihat yang terus akan memberi idea, menyumbang tenaga dan berkerja untuk semua.

Yang hilang tidaklah ditangisi
Yang bertahan akan terus menyumbang bakti

Yang hilang akan ditertawakan lawan
Yang bertahan dihormati lawan dan kawan

Anda di mana??? Hilang atau bertahan...pilihan di tangan anda. Ada tidak bertambah, hilang tidak berkurang.  AT 181 tidak akan gentar dengan sesiapapun yang akan beralih arah. "Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, Orang Tak Hendak AT 181 Pun Tak Ingin".

Salam..CDM RM Faridah...

Motivasi Harian

Sabda Nabi Muhammad SAW, yang mengiringi jenazah itu ada tiga: keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua daripada tiga hal tersebut akan kembali iaitu keluarga dan hartanya. Hanya tinggal satu saja yang akan terus menemaninya iaitu amalannya.

Motivasi Harian

Jangan sekali-kali memulakan sebarang usaha jika anda tidak berniat untuk melakukannya hingga ke penghujung.

Tuesday, September 7, 2010

Motivasi Harian

"Walaupun tangan yang menderma, hati mendapat nama. Walaupun tangan yang memukul, hati yang dicerca. Kenapa? Sebab hatilah yang menjadi raja!"

Monday, September 6, 2010

Anak Bertuah!!!

            Alhamdulillah, hanya tiga hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri, bermakna hanya tiga hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita semua. Bertemu lagi kah dengan Ramadan tahun depan? Andai masih dipanjangkan usia, aku akan berpeluang bertemu Ramadan lagi. Andainya tidak, hanya doa ku panjatkan agar aku termasuk dalam golongan yang diterima dan dinaungi Allah sebagai hambanya yang bertaqwa. Amin

Anak bertuah...Aimi, Adib, Irah dan Aisyah
            Keempat-empat orang anakku ada di rumah ketika ini. Selalunya hanya Irah dan Aisyah yang berada di rumah, masih bersama kami kerana masih di sekolah rendah. Kedua-duanya bersekolah di At Tamimi International Islamic School di USJ 25. Yuran bulanannya saja menyamai gaji bersih ketika aku masih bekerja makan gaji dahulu, Perginya ke sekolah berjemput dan dihantar di hadapan rumah kerana kesanggupan untuk membayar tambang van yang agak tinggi yang dulu tidak mampu ku biayai.

           Sekolahnya agak selesa, kelasnya berhawa dingin dan berkarpet penuh. Jumlah pelajarnya untuk satu kelas tak sampai sepuluh orang. Setiap pagi sebaik tiba di sekolah, semua akan berada di surau untuk solat sunat Dhuha berjemaah. Selepas itu akan bersarapan, semua dihidang tanpa berebut-tebut membeli di kantin seperti zaman aku dahulu.

           Untuk makan tengah hari pun sama, dihidangkan, dibacakan doa bersama-sama. Pinggan dicuci oleh pembantu kantin. Belajar di dalam kelas yang cukup selesa, tumpuan individu diberikan oleh setiap guru kerana bilangan pelajar yang kecil. Pelajarannya pula bukan KBSR tetapi menggunakan silibus dari Singapura.  Guru-gurunya ada yang berasal dari England, Syria, Kanada dan Indonesia dengan kelulusan yang tinggi. Aspek solat berjemaah yang sangat ditekan dan dititikberatkan, begitu juga soal pendidikan akhlak, pengajian AlQuran, hafazan, hadis dan pemahaman tentang tauhid. Aku cukup berpuas hati meski bayarannya agak tinggi.

selalu bermuafakat

Aisyah...mahu menjadi sehebat mama
          Untuk kokurikulim, tiga permainan disediakan iaitu memanah, berenang dan Tae Kwan Do. Pada hari Sabtu pula, Irah dan Aisyah akan ke kelas mental aritmetic. Yurannya juga akan tinggi kerana hanya mereka berdua sahaja, guru berbangsa Cina Miss Wong akan datang menjemput dan menghantar mereka ke rumah setiap hari Sabtu. Pagi Ahad, mereka aku hantarkan ke kelas  Seni dan kreatif yang terletak di Giant Bandar Kinrara.  Kebetulan setiap Ahad, aku ada kelas, maka mereka juga dijemput dan dihantar oleh seorang pemandu berbangsa Cina.
Susah senang sama kita rasa
         Tiga kali seminggu, seorang ustazah datang ke rumah mengajar mengaji AlQuran. Tidak seperti  aku di zaman kanak-kanak dahulu. Naik basikal sejauh  satu km untuk mengaji dengan Pakcik Mud. Jika hari hujan, aku terpaksa berjalan kaki menggunakan payung. Jika tak pergi mengaji, pasti rotan akan singgah di kaki. Betapa senangnya anak-anakku. Betapa bertuahnya anak-anakku.

         Anakku yang sulung, Aimi dah berusia 19 tahun, dah remaja dan besar panjang kata orang tua-tua. Belajar di ITM Melaka dalam bidang Business Studies. Dulu masa sekolah rendah dan awal menengah, pelajarannya hanya sederhana. UPSR hanya dapat 3A dan PMR hanya 5A, mungkin waktu itu akau tidak sesenang dan semewah hari ini. Tinggal pun di rumah teres sempit yang ku beli dengan gaji ku sebagai guru.
Sejak abang pulang dari Cairo, Aisyah sentiasa di sisi
           Aku masih tidak lupa, tanggungjawab menjaga adik-adik aku letakkan di bahunya ketika aku mula keluar berniaga Hai O. ketika itu kami  tiada pembantu rumah, tugas ku sebagai Penolong Kanan di sekolah menengah di Rawang memang tak bersisa dari segi masa. Kerja sekolah ku bawa balik ke rumah. Pada sebelah malam, jika ada meeting atau program Hai O, maka Aimilah yang aku pertanggungjawabkan untuk menjaga adik-adiknya. Aku tiada pilihan. Pelajarannya pada waktu itu, tidaklah sangat aku titik beratkan walaupun aku guru yang cemerlang. Mungkin itu antara kealpaan yg tidak aku sengajakan.

         Bagaimanapun aku bersyukur, sejak bersama AT 181, kehidupan kami begitu banyak berubah. Pengorbanan Aimi menjaga adik-adik dan membantuku menguruskan rumah turut mendapat ganjarannya. Sekarang dia sudah berada di semester tiga. Sejak berada di ITM,pelajarannya sangat cemerlang. Pada semester pertama dahulu, dia mendapat 3.67 pointer, sementara pada semester kedua pula meningkat kepada 3.93 pointer. Kerana kecemerlangan itu, dia terus ditawarkan untuk menyambung ke peringkat ijazah tanpa perlu mndapatkan diploma terlebih dahulu. Aku sediakan sebuah Myvi untuk kemudahannya, mulanya aku bimbang jika terlalu memewahkan anak tetapi aku lihat Aimi anak yang baik, dia tidak suka mengambil kesempatan dari kesenangan abah dan mamanya. Perbelanjaannya sangat cermat, wang simpananya pun banyak walaupun aku ada duit, dia tidak akan meminta. Ketika kawan2 lain bersuka ria di shopping compleks di Melaka, dia hanya di bilik. Ketika kawan-kawannya ponteng kelas, dia masih menunggu pensyarahnya.Dia juga lebih rela naik turun bas bila mahu pulang ke KL, jarang sekali dia menyuruh kami menjemputnya kecuali ketika cuti semester.

          Jika tiada aral melintang, Aimi akan melanjutkan pengajiannya di Singapura pada tahun depan. Semuanya dia yang uruskan sendiri. Katanya, suasana pembelajaran di ITM tidak memberangsangkan, Budaya pelajar Melayu yang suka lepak, malas, tiada cita-cita yang tinggi, suka meniru, suka bersosial, tidak menjaga solat dan suka membuang masa amat tidak disenanginya . Dia mahukan suasana pembelajarannya yg mencabar, memberi dorongan dan persaingan dengan pelajar-pelajar yang rajin, gigih berusaha, bermotivasi tinggi dan lebih berpandangan jauh. Dia bercita-cita mahu mengusahakan kedai cenderamata dan sukan selain berminat untuk menjadi jutawan hartanah seperti Azizi Ali. Wow...aku kagum dengan cita-citanya.

Lelaki atau perempuan, mesti pandai buat kerja dapur
         Sebagai ibu, aku memberi dorongan kepadanya, tentu pasti kerana aku sendiri mampu untuk membiayai pengajiannya tanpa mengambil pinjaman dari mana2 institusi. Dengarnya kos pengajian di Singapura menelan belanja puluhan ribu untuk setahun. Nasib baik aku bukan guru biasa tapi aku adalah  guru kepada jutawan-jutawan di dalam AT 181. Inilah rezeki anak-anakku. Barang kali juga kerana aku tidak lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa jua warga Taipan walaupun mereka bukan semuanya downline ku. Ada waktu ke hulu ke hilir bercakap memberi ilmu tanpa penat dan letih, ganjarannya bukan setakat wang tetapi rezeki Allah itu maha luas, digantikannya dengan mempunyai anak-anak yang baik, berakhlak mulia, cemerlang dalam pelajaran, rumah tangga yang bahagia, adik beradik yang sangat berjaya, jiran-jiran yang baik dan kehidupan yang sempurna. Syukurlah

         Mohd Adib, anak lelaki tunggal dalam keluarga kami, usianya baru 16 tahun, juga sedang bercuti sempena hari raya Aidilfitri. Belajarnya di Maktab Buuth Kaherah, Mesir, tahun depan dia akan memasuki Thanawi dan kemudian terus ke Universiti Al Azhar...masih sangat muda. Pemergiaannya sejak berusia 15 tahun, cita-citanya mahu menjadi seorang ilmuan Islam yang profesional dan tahfiz Al Quran. Sejak dari kecil ku lihat minatnya sangat mendalam terhadap bidang keagamaan dan pengajian Al Quran, barang kali kerana abahnya selalu membawanya ke masjid sejak usianya tiga tahun. Tetapi mana mungkin ku menghantarnya sejauh itu dengan perbelanjaan sendiri sepenuhnya jika aku masih seorang guru biasa. Yuran dan belanjanya hampir seribu setiap bulan, tentu sekali di luar kemampuan. Jika pun boleh melanjutkan pengajian ke sana, semuanya mesti mengikut saluran biasa yang memakan masa. Bukan seawal usia 15 tahun.

        Aimi, Adib, Irah dan Aisyah adalah anak-anak yang bertuah. Anak Bertuah!!! Selalu ku dengar orang tua-tua menyebutnya. Jika aku tidak dibawa peluang sehebat ini, tentu sekali aku masih di takuk lama. Tentu juga anak-anak ku menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Kami mungkin masih kekal di rumah teres`sempit di Rawang Selangor. Mungkin sudah bertukar kereta Waja daripada Wira. Dzul mungkin masih dengan motor 'Kriss'nya. Sekali sekala bercuti ke Ayer Keroh Melaka melihat buaya.

Kami bangga dengan mama dan abah kami!!
         Bagi anda warga AT 181, inilah peluang terbaik untuk anda. Mungkin anda sudah hidup selesa, tetapi fikirkan untuk anak-anak kita yang menanti harapan dari kita. Jangan hanya menjadi bangsa yag masih mengharap SPBT, biasiswa, bantuan kebajikan atau PTPTN untuk mencorak masa depan generasi pewaris kita. Buatlah Hai O bersungguh-sungguh. Bersama AT 181, anda akan dibimbing sampai bila-bila.


        Bukan hanya aku atau Dzul, tetapi anak-anak ku yang berempat ini juga patut berterima kasih dan bersyukur kepada akademi ini. Walaupun mereka berempat tidak terlibat secara langsung dalam akademi ini, tetapi kerana mama dan abahnya berada di dalam AT 181 lah, maka mereka boleh menumpang senang dan tuahnya. Sungguh benar, AT 181 sudah menjadi pohon nan rimbun menjadi tempat orang berlindung dan berteduh, menaungi sebegitu ramai warganya untuk sama-sama menikmati dinginnya, sejuknya, nyaman dan damainya. Terima kasih Akademi Taipan 181. Salam
        

     

Mengapa Aku Tak Hebat Seperti Orang Lain???



          "Mengapakah Ani begitu berjaya, sedangkan aku hanya cukup makan?" 

           "Mengapakah CDM A cukup berani bercakap, sedangkan aku gementar tak habis-habis?"

           "Mengapakah DDM B mempunyai begitu ramai kawan, sedangkan aku bagai kera sumbang?"

           "Mengapakah DSM Y begitu kuat daya pengaruhnya, sedangkan aku seperti melukut di tepi          gantang?"

Ada dua cadangan untuk kita mencari jawapannya kepada persoalan-persoalan di atas, kenapa aku tak sehebat orang lain??

1. Pilih orang yang kita kenali iaitu orang yang sangat berjaya dan kemudian perhatikan individu yang berjaya melihat prinsip kejayaan, menerapkan makna kejayaan, prinsipnya apabila berhadapan dengan kegagalan, disiplin dan penerimaan dirinya dan juga penerimaannya terhadap kejayaan atau kegagalan orang di sekelilingnya.

2. Pilih pula individu yang hanya cukup-cukup makan atau hidup segan mati tak mahu, perhatikan sikapnya terhadap kejayaan, bagaimana dia menerapkan prinsip kejayaan dalam hidupnya, perhatikan juga penerimaannya terhadap kegagalan, bagaimana sikapnya terhadap kejayaan orang lain, bagaimana pula tindak balasnya terhadap teguran atau krikitan, pengurusan disiplin dan masa.

          Memang menarik dan mengujakan apabila kita sendiri melihat jarak dan beza antara kedua-dua invidu ini iaitu seorang yang sangat berjaya dan seorang lagi yang hanya secukup hidup. Dan alangkah seronoknya andai kita sendiri termasuk dalam kategori yang pertama iaitu kita dulu juga sebenarnya bukan sesiapa, tak ada apa-apa, serba tak tahu, serba tak pandai tetapi kita belajar dan memerhati.  Kita juga berusaha membetulkan diri kita, berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa. Kita meniru sikap dan prinsip orang yang berjaya. Kemudian sedikit demi sedikit pencapaian kita makin baik, makin meningkat.
        
Kita semakin yakin dan percaya kepada diri kita sendiri, tindakan kita lebih berkesan, kita menjadi individu yang lebih proaktif dan lebih berjaya dari hari ke sehari, dan dari bulan ke bulan. Sedar tak sedar kita sedang mengharungi kejayaan demi kejayaan, kita sedang mencipta kehebatan demi kehebatan. Dan sesungguhnya, tiada makna kejayaan yang lebih bermakna kecuali memaksimakan potensi diri yang Allah anugerahkan untuk kita semua.

          Hakikat sebenarnya, kita semua sama. Bezanya sikap dan penerimaan kita terhadap diri kita sendiri. Yakinlah dan katakan pada diri kita bahawa...

          "Aku Boleh, Aku Hebat, Aku Pasti Berjaya".

Saya juga mahu menjadi lebih hebat dan lebih berjaya dari bhari ini. Salam CDM Faridah Mohd Ali

Taipan Di Sana Sini


Majlis Penyerahan Sumbangan Jualan Amal Rumah Baitul Kaseh
Bersama Pn Ummu Liza dan sebahagian penghuni Rumah Baitul Kaseh
            Jumaat 3 Oktober jam 10 pagi, majlis ringkas menyerahkan kutipan sumbangan dan jualan amal untuk Rumah Baitul Kaseh Sg Buloh telah diadakan bertempat di rumah amal tersebut. Beberapa orang pemimpin CDM turut hadir bersama iaitu CDM Kartini Mat Yaakob, CDM Faridah Mohd Ali, CDM Roshila, CDM Siti Rohani, CDM Amran, CDM Asiah Yusof, CDM Hasmidar Ahmad, DSM Wahida, DSM Nasir dan lain-lain.
       
Fatimah...mempunyai 12 orang adik beradik tetapi semuanya terpisah tidak diketahui di mana mereka berada akibat kematian ibu bapa. Berusia 6 tahun tetapi tak boleh berbuat apa2 kecuali terbaring sahaja.

Melalui Yayasan Taipan 181, diharap lebih banyak yang mampu kami sumbangkan.
Halimatul Saadiah,12 tahun, ayah dan ibunya telah meninggal. Bersama CDM Asiah dan DSM Wada
          Sejumlah RM4580.00 telah diserahkan kepada Pn. Ummu Liza, Pengusaha rumah amal tersebut. Turut diserahkan ialah barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula, tepung, biskut, roti, lampin pakai buang dan sebagainya.


          Kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sesi bergambar dan beramah mesra. Rumah amal Baitul Kaseh adalah anak angkat kepada Yayasan Taipan 181. Didiami seramai 33 orang penghuni terdiri daripada anak yatim, anak terbiar, anak miskin dan seumpamanya. Mempunyai 6 orang petugas yang bekerja membantu pengurusan rumah amal ini. Ditubuhkan sejak 4 tahun lalu oleh wanita berhati mulia bersemangat kental Pn. Ummu Liza atas rasa kesedaran dan tanggungjawab kepada masyarakat.


Taklimat Program Aroma Terapi Kelantan

          Pada Sabtu 4 Ogog jam 9.3o pagi, perjumpaan sera Business Talk di adakan di Hotel Emage Tanah Merah. Raamai juga yg hadir lebih kirang 50 orang. Barang kali mood raya yg semakin terasa, kesibukan menguruskan keperluan raya menyebabkan tidak rami yg sudi hadir walaupun kami suami isteri terbang seawal pagi dari Kuala Lumpur untuk bersama mereka.

          Turut hadir ialah CDM Rohani Rasib, CDM Wan Suriani dan CDM Rogayah. Kelihatan juga DDM Khalid, DDM Wan Norliza, DDM Nik Hafizah dan DSM Amran. Walaupun tidak ramai, tetapi semangat mereka tetap membara.

          Sejumlah 3200 keping kad jemputan untuk Program Aroma Terapi  hampir habis diedarkan kepada pengedar-pengedar. Program tersebut akan diadakan di Sutera Inn Kota Bharu pada  Sabtu, 18 Oktober jam 9 pagi hingga satu tengah hari.

          Setelah memberi taklimat serba ringkas kepada  semua yg hadir dan bermesyuarat tentang perjalanan program dengan CDM dan DDM, aku terus bergegas ke Kota Bharu, Penerbangan firefly ke KL pada jam 3.45 petang menyebabkan kami tak boleh berlengah. Terima kasih kepada CDM Wan Suriani dan suami yg menjemput dan menghantar kami  ke lapangan terbang. Salam



Kelas Akedemi Taipan 181 Penuh...Penuh...Penuh

Bersila je..asalkan boleh dengar dan mengutip ilmu
Upline, sideline, downline semuanya satu team yang padu dalam AT 181
          Penuh, penuh, penuh....Mulanya hanya separuh dewan tetapi lama kelamaan penuh macam biasa dan melimpah, tak cukup kerusi bersila pun ok asalkan mereka mendapat ilmu dan info daripada CDM2 yang berkongsi dengan semua.

CDM Muhammad Razali, CDM Shahril,
CDM Che Mat Akhbar dan lain2
Penuh...Penuh...Penuh
          Waaa...projek baru lagi? Belum habis hangatnya Program Aroma Terapi Minda dan Program Joom...Dapat Duit Raya Percuma, AT 181 mengemukakan pula program baru yg akan dilaksanakan pada 10.10.10 (cunnya tarikh) iaiatu Seminar Kecantikan, Kerjaya dan Keusahawanan. Hebatnya AT 181..tak kering idea untuk membantu warganya mencapai kejayaan. Cara untuk mendapatkan prospek juga diajar satu persatu oleh CDM Roshila. Perkongsian DSM Ila, bagaimana beliau mendapat 30 orang prospek dalam masa 1 jam berada di MATAA Fair memang mengujakan. Senyum...buka mulut...tegur, ambil nombor handphone...wah dah dapat 30 orang. Tahniah..bersemangat nampaknya semua yg hadir. Hampir kehabisan buku soal selidik yg disediakan oleh AT 181. Sapa tak datang rugi, sapa buat tak tahu lagi rugi.

CDM Muhammad Razali dengan prospeknya
Syoknya buat Hai O dengan AT 181....bimbingan diberi berterusan
        CDM Kartini Mat Yaakob mengambil giliran kedua. Tak banyak yg diperkatakan kecuali beberapa pesanan penting tapi padat. Keyakinannya kepada Hai O tak pernah tergugat. Diperturunkan keyakinan itu kepada semua warga Taipan dengan penuh yakin, ikhlas dan bersungguh-sungguh agar semua warga Taipan meraih kejayaan sama seperti yg beliau nikmati.



Slot ketiga...Balik Kampung, Balik Raya, Kita Senyum Sokmo..,hanya panduan ringkas untuk balik beraya. Walaupun meriahnya raya, kita tetap berniaga. Matlamat kita tetap mahu mengembangkan network, mahu naik pangkat, mahu mendapatkan tabung kereta, mahu mendapat bonus besar dan mahu melayakkan diri dengan insentif ke Perth Australia secara percuma.
Ramainya mendengar bagaimana CDM Hanim buat demo...
Tahniah CDM baru....CDM Nor Azlina dengan groupnya.
         Tak habis selepas tamatnya slot CDM Faridah, CDM dan DDM duduk pula dengan group masing2, memberikan info dan tips-tips hebat kepada downline masing2. Inilah hebatnya AT 181...bimbingan yg berterusan diberikan memang 'tip top', kesungguhan pemimpin2 untuk menjayakan rakan kongsi mereka tak boleh dipertikaikan. Lihatlah foto2 di atas sebagai bukti. Hebat AT 181, tahniah pemimpin2 AT 181 dan tahniah juga kepada semua warga AT 181. Marilah kita menggemblingkan tenaga untuk menjayakan seramai mungkin warga Malaysia menjana perubahan fikiran untu mengubah hidup bersama AKademi Taipan 181. Marilah kita bersama dan bersatu demi mencapai matlamat memperkasakan masyarakat melalui AT 181. Salam

Motivasi Harian

Harta itu tidak akan berkurangan akibat sedekah, tidaklah bertambah di sisi Allh SWT bagi seseorang yg sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan diangkat oleh Allah SWT.

Sunday, September 5, 2010

Motivasi Harian

                  Dunia adalah tanam-tanaman untuk akhirat
 Sebagai kiasan, tanaman di dunia mestilah subur,
lebat dan sihat supaya buah yang lebat dan manis rasanya boleh dipetik di akhirat. Kalau tanaman sudah layu, kering dan bantut, mana mungkin buah yang baik dan sedap boleh dipetik daripadanya. Samalah keadaannya, mana mungkin kita mendapat kecemerlangan di akhirat jika kita tidak cemerlang di dunia. Dunia ini penting bagi orang yang mementingkan akhirat.

Saturday, September 4, 2010

Motivasi Harian

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama

Friday, September 3, 2010

Motivasi Harian

Yang paling malang dalam hidup, bukan kerana
kita tidak disayangi tetapi
apabila kita tidak menyayangi

Cara Membangunkan Kuasa Keyakinan Diri

1. Fikirkan Kejayaan
Jangan sekali-kali memikirkan kegagalan. Walau di mana jua kita berada, mesti katakan "Aku Boleh". Tukarlah pemikiran "Saya gagal" kepada "Saya pasti berjaya". Sentiasa tanaamkan dalam pemikiran anda bahawa "Saya pasti saya setanding dengan orang lain" dan bukannya "Saya tidak ada kelebihan seperti orang lain". Ketika mendapat sesuatu peluang katakan baahawa "Saya akan dapat melakukannya" dan buangkan jauh2 bahawa "Aku tidak mampu melakukannya". Biarkan pemikiran kita disebatikan dan diserasikan dengan ungkapan "Aku pasti boleh, aku pasti berjaya". Ia akan merangsang minda kita supaya membuat sesuatu yg pasti akan membuahkan kejayaan.

2. Tanamkan bahawa "Aku lebih hebat daripada yang aku sangka"
Kita tidak memerlukan ijazah yang bergulung-gulung untuk mencapai impian. Kita tidak meletakkan pelbagai sijil untuk menjadi pemenang malahan kita tidak memerlukan kuasa luar bagi menggapai kehebatan. Orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yg sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan dan kebolehan dirinya sendiri. Jangan sekali2 kita membuat keputusan sebelum kita melakukannya. Jangan sekali2 merendahkan keupayaan dan kehebatan diri sendiri.


3. Berfikiran besar
Kejayaan besar akan dicapai oleh fikiran besar. Kehebatan luar biasa dicipta oleh orang yg berfikiran luar  kebiasaan. Pencapaian besar akan dicapai oleh orang yang sanggup melakukan perkara yang orang biasa tidak sanggup melakukannya. Saiz kejayaan kita ditentukan oleh saiz pemikiran kita. Andai matlamatnya kecil, maka hasilnya pasti kecil. Apabila matlamat besar, pasti pencapaiannya besar.


 Ingatlah bahawa matalamat dan impian yg besar biasanya sama sahaja dengan cabaran dan ujian dengan matlamat yg kec

Motivasi Harian

 Bolehkah seseorang yang tidak mempunyai wang memberi wang kepada orang lain? Tentu tidak. Begitu juga keadaannya, orang yang tidak punya harga diri tidak akan dapat menghargai orang lain.

Thursday, September 2, 2010

Majlis Berbuka Puasa Hai O




1 September, bertempat di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Hai O Marketing berbesar hati menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama semua Pemimpin Tertinggi Crown Diamond Manager. Seawal jam 3 petang, majlis dimulakan dengan sesi bergambar dengan semua CDM. Diikuti dengan slot motivasi sehingga waktu berbuka.

Dah penuh meja.....CDM Siti Rozana, CDM Haryati dan CDM Suhaidah
CDM Hj Cha, DDM Rosmawati, CDM Syed Huzair dan Saiful
          Sebelum slot motivasi, ucapan GeneralManager, En Neo sungguh hebat. Ucapannya ringkas, padat dan penuh berisi. Itulah dia GM yg banyak pengalaman dengan dunia MLM. Ucapan En Tan Kai Hee, memberikan kesedaran baru bahawa bukan senang mahu senang walaupun sudah senang. Kisah susah dan perit pada zaman kecil dan remajanya, berpisah dengan ibu bapa kerana mereka pulang ke negara Cina diceritakan sendiri pada petang itu. Sungguh menyentuh rasa.
dah berbuka, dah solat...mari kita bergambar buat kenangan
Tetamu VVIP
Otai Taipan 181



CDM Fazlan pun ada bersama CDM Nizam, CDM Mahadir dan DDM Raziq
CDM Shahrina, CDM Fitri, CDM Mohd Nasir, CDM Wan Mahadzi dan CDM Sabarinah
          Ucapan En. Kamaruzzaman sebagai Penasihat Hai O memberi semangat motivasi yg sedap didengar, ucapan beliau menyuntik semangat mahu terus bekerja kuat kepada semua CDM Hai O. Bangganya Akademi Taipan 181 kerana En. Kamaruzzaman telah beberapa kali bersama akademi ini dalam program2 yg dianjurkan, malahan beliau juga sanggup turun ke Sabah dan Sarawak untuk memberi sokongan kepada kumpulan ini.

Bersama VVIP
di hujung program



Asalkan nampak...kira OK

Memberangsangkan ucapan En Kamaruzzaman
Tak mahu melepaskan peluang bergambar dengan En Tan dan En. Kamaruzzaman
Amboi Yan


 Majlis selesai selepas sesi bergambar pada jam 9 malam. Selepas bersalam-salaman majlis bersurai. Aku tidak terus pulang kerumah sebaliknya berjumpa otai Taipan lagi. Begitulah selalunya...berjumpa, berbincang, menyelesaikan masalah, mencari idea-idea baru dan merancang gerak kerja untuk Akademi Taipan 181. Jam 12.30 mlm baru sampai ke rumah. Sebelum melelapkan mata, muhasabah diri, bermunajat dan memohon keampunanNya. Selalu ku panjatkan doa agar Taipan terus bersama dan bersatu, terus berniaga besar dan melahirkan lebih ramai usahawan yg kental, hebat dan berjaya.