Friday, October 12, 2012

CDM Hanim Semakin Sihat

Semalam, bersama2 CDM Kuyah, aku menziarahi CDM Hanim di
Damansara Specialist Hospital di TTDI.
CDM Hanim baru menjalani pembedahan membuang hempedu.
Pada hempedunya ada batu2, masyaallah dahsyatnya.
Macam batu2 tepi jalan tu.
Kuat bunyinya, besar2 la tu saiznya.
Semuanya berpunca daripada pemakanan, lemak, pasir2, kelodak kotoran, minyak2
yang terkumpul dan melekat kuat pada hempedu.
Tak ada  pilihan, hempedu tu mesti dibuang,

Nampak macam dah sihat dan kuat.
Tapi masih ada sakitnya bahagian yg dibedah tu.
Masih perlukan rehat yg banyak.
Berehatlah dulu Hanim.
Biar lama sikit pun tak apa.
Dah betul2 pulih nanti, pulunlah sehabis daya dan tenaga.

Nak tahu berapa kos perubatan dan pembedahannya?
RM15 000....nasib baik ada insuran Prudential.
Jika tidak, kena bayar sendiri.
Jika tak ada duit lagi, masuk je HKL atau hospital serdang.
Kerajaan punya.


Snap snap snap dengan orang sakit.
Orang sihat yg datang melawat lak yg terlebih excited nak bergambar.
Hanim sentiasa sporting.
Bangun je untuk bergambar walaupun masih kurang selesa..
Senyum je memanjang.
Ha ni lagi syok.
Kami bawa buah tangan untuk orang sakit, tetapi makan sendiri nampaknya.
Hanim suruh kami makan.
Dia tak boleh makan lagi. Sebu katanya.
Apa lagi...makan la.
Sunkist, anggur, epal  dan biskut.
Orang sakit pandang tak boleh makan.
Lucu jugak dikenangkan.

Lama bersembang.
Sempat pulak solat zohor di bilik Hanim.
Sebelum keluar menuju destinasi yg lain.


Poket Kosong Jika Tak Bekerja

Rabu lepas, jam 9.30 malam kami sampai ke Taman Cenderawasih, Bandar Enstek Nilai.
Kami berempat orang, SSM Izah dan SM Sufian.
Kami ke rumah Ieda Gda, bermula hanya sebagai kawan fb sahaja.
Ieda selalu mengikuti perkembangan akademi ini melalui fb aku.

Bagaimanapun Ieda memang kenal rapat dengan Izah.
Mereka belajar sama2 di MMU dulu.
Dah kawin dan punya anak satu.
Asalnya org Tanah Merah juga, kedua2nya.
Suaminya Jeri lak, kebetulannya anak kepada bekas guru aku, Cikgu Hj Zainal Abidin.
Emmm...kenal sangat.
Sempat lak bertanya khabar tentang ayah dan ibunya Jeri ni.
Masih sihat.
Ieda teruja dengan PB.
Aku tunjukkanlah PB.
Dah lama teringi nak pakai, katanya.
Sejak sama2 menyewa dengan Izah lagi selalu diperhatikan PB tu
waktu Izah memcuci dan menjemurnya.
Nak tanya segan katanya.
Dah bekerja, baru tahu rupanya itulah PB yg sering diperkatakan orang.

Sebelum ni Ieda bekerja di Putrajaya.
Hanya sebagai staf kontrak sahaja.
Dua tahun di sana, 6 bulan lepas kontraknya ditamatkan.
Menganggurlah sekarang ni.
Dah banyak try cari kerja di sana sini, tapi taulah sekarang ni,
peluang kerja kian terhad.

Susah juga tak bekerja, kata Ieda.
Poket kosong je.
Nak berbelanja terpaksa menunggu belas ehsan suami.
Nak beli apa2 barang kesukaan, meleleh je.
Duitpun tak ada.
Sebelum ni dah biasa pegang duit sendiri.
Emmm...pendeknya memang susah nak cari kerja makan gaji.
kalau adapun, terpaksa cari yg lebih rendah dari keulusan.
Tapi tak sanggup la pulak.



Nah, aku kongsikan tentang akademi taipan.
Tak payah cari kerja.
Mereka yg bekerja, berjumpa dgn akademi ini yg berhenti kerja dan fokus pada berniaga sahaja.
Boleh dapat pendapatan lebih drpd makan gaji dulu.Bukan setakat dua tiga ribu,
tapi belasan ribu, puluhan ribu malahan
ratusan ribupun ada.
Hebat...

Positif Ieda ni.
Usiapun muda lagi.
Komitmen pun belum banyak lagi.
Anak pun baru sorang je.
Tenaga masih kuat.
Impian pun banyak lagi.
Jom berniaga.
Kami tunjuk cara, kami tunjuk strategi.Kita buat sama2.
Bukan buat sorang2.
Alhamdulillah, rezeki untuk kami.
Tuan rumah hidangkan kuey teow lakna.
Sedapppp sangat2.
Memang aku suka.
Pandai Ieda ni masak.
Tanya gak resepinya...biasalah tanya resepi.
Masaknya tidak gak.
Licinnnn kami makan berempat orang.
Ieda registre sebagai ahli.
Insyaallah Selasa depan nak datang meeting, kebetulan lak bonus night.

Bawah Izah.
Izah tu Ieda panggil.
Aku panggil Nor, adik aku yg bongsu tu.
Lama dah berhenti buat.
Pangkat SSM. Tapi macam tak sedar diri je yg dia tu dah SSM.
Dulu2 macam2 dia reka2 alasan.
Dulu pregnant la, lepas bersalin la, lepas tu anak kecik la, lepas tu tak ada maid la.
lepas tu anak tak sihat la dan bla bla bla.
Asyik bagi alasan...ruginya diri sendiri.
Orang lain berdentam dentum dok buat duit,
kita berdentam dentum dok reka2 alasan.
Yang rugi kita.
Yang kaya dan berjaya orang yg buat tu.

Wednesday, October 10, 2012

Gucci Dan Coach

Gucci dan Coach.
Wah...jadi tarikan baru kat BOP.
Tahniah ATM.
Tahniah CDM Kartini.
Semoga meletops2 lepas ni.

Ramai yang datang malam tadi.
Orang baru sangat ramai,muda2 mereka ni.
Orang lama pun ramai.
CDM2 semestinya ramai.
Wah semua kerana tarikan Gucci dan Coach.

Sampai belakang.
Minggu depan lak Bonus Night.
Lagi menarik, lagi excited.
Macam2 hadiah menarik.
Macam2 hadiah istimewa.
Gucci dan Coach juga ada.
Wow..tema pun ada.
Kuning kning kuning...pasti meriah.



Tahniah CDM2 yang hadir, terus komited untuk menjaya dan berjaya.
CDM pun boleh dapat gak Gucci dan Coach.
CDM Haryati dah dapat minggu lepas.
DDM Mazlina pun dah dapat dua minggu lepas.
Jom datang2...mana tahu rezeki anda.
Inilah dia...menarik dan cantik.
Pasti tersenyum gembira jika ia menjadi milik anda.
Yg lelaki boleh bawa hadiah kat isteri...nanti tidur malam pun tersenyum lebar.
Inilah yg bertuah malam tadi.
Tahniah..rezeki orang siapakah yg tahu.
Seronokkan!!
Datang BOP dapat ilmu, dapat semangat, dapat berkongsi kejayaan, dapat tips untuk berjaya, dapat team, dapat sokongan, dapat Gucci dan Coach lagi.

Minggu depan, datang dan bawa kawan2 sekali.
Wow...puh kanan puh kiri
GUcci Coach dapat ke aku...he he he.
Nak jugak tu.


Monday, October 8, 2012

Tukar Filter

Ahad lepas datang service Bio Aura rumah Nor.
Seorang lawyer di Bukit Mahkota Cheras.
Kami sampai agak lewat, dah hampir Maghrib. Jalan jem.

Sebelum tu kami dari Bukit Subang.
Kemudian singgah asar dulu.Baru bertolak ke Cheras.
Pertama kali sampai ke sana.

Dah siap tukar filter, kami tumpang solat maghrib dan minum.
Terima kasih Nor, tuan rumah.
Ramah dan baik.
Orang Tok Uban rupanya.
Selalu dok baca status Nor kat wall.
Kagum dengan kejayaannya sebagai lawyer.
Ada firma sendiri.
Bangga...apa lagi sama negeri.
Biasalah...semangat kekelantanan tetap ada di mana2 pun.
Jangan marah ya!!

Rumahnya cantik dan besar.
Ada 6 bilik...
Ya anaknya seramai 8 orang.
Wah!!! Kagum aku dengan wanita yg berkerjaya dan berjaya tetapi punya
anak yang ramai.
Tabik spring...





Nor hanya rakan fb.
Bagaimanapun banyak menggunakan produk2 Hai O sebelum ni.
PB dan garam buluh dah guna lama.
Baguslah.
Siap nak tambah PB lak lepas ni.

Bio aura pun dah guna lama.
Dah dua tahun dah guna.
Filter A, B, C tukar serentak.
Dah tamat sejak bulan September hari tu.
Filter A,B dan C kena tukar setiap tahun.
Sekali setahun.
Filter D dan E pula tiga tahun sekali.
Filter F selepas lima tahun, wajib diganti.
Semuanya demi memastikan standard kualiti air mencapai
piawai yang ditetapkan oleh SIRIM
dan selamat untuk digunakan.



Emmm....tak sanggup nak minum air jika tak guna sistem rawatan air.
Betapa kotornya.
Karat, lumpur, kelodak, pasir2 halus, lendir2, bakteria, lumut, partikal2 halus...
Mak ooiii...kalau tengok memang tak mau minum.
Tambahan lagi dengau bau busuk.

Bio aura mampu merawat air dan membekalkan air yang sihat dan bertenaga.
Nak service bio aura anda?
Nak tukar filter?
A,B,C,D,E dan F?
Jom call 016 2212181.



Sunday, October 7, 2012

Tambah Kawan Tambah Positif

Salam.
Pasal urusan niaga semalam.
Aku ke tiga buah rumah.
Semua hanya untuk hantar barang dan service bio aura.

Ini rumah ke dua. Sebelum tu kat seksyen 11 Shah Alam.
Ini kat Bukit Subang bersebelahan Denai Alam.
Tuan rumah ajak Dzul masuk sekali.
Apa lagi, sembanglah.
Kebetulan pulak dia sama orang business.
Line kena.
Kami pun berniaga.

Berkongsi pengalaman dengan Wan Syam berniaga.
Bagaimana bermula daripada kosong.
bermula daripada bawah.
Bermula daripada menjadi kuli orang.
Sehingga dah jadi boss sendiri.
Sehingga business logistiknya kini ke peringkat antarabangsa.
Berkaitan dengan eksport import barang.
Macam2 lah.
Selok beloknya.
Jatuh bangunnya.
Tipu muslihat dalam busines.
Persaingan dan cabarannya.
Pendeknya tak ada yang senang datang dengan senang.


Wah...tak rugi, tambah kawan, tambah perkongsian dan pengalaman.
Semuanya menambah koleksi untuk penambahbaikan diri.

Pn Rusmaziha.
Seorang guru.
Berasal dari negeri Kelantan.
Hanya kenal melalui fb.
Sukakan BBplus.
Ini dah kotak kedua aku hantar kepada Rus.

Sedap katanya.
Dia suka. Dah nak habis kotak pertama.
Kesannya bagus.
Tidurnya lebih lena dan berkualiti.
kuliti kulit juga semakin baik.
Lain je.

Insyaallah, jika konsisten pasti ada perubahan yang lebih positif
dan memberangsangkan.
Lepas tu boleh kongsikan dengan kawan2.
Mana tahu, mereka juga sedang tercari2 produk kolagen.
Apa lagi??
BBpluslah produk terbaik.
Yg sesuai untuknya dan semua wanita.


Study Group

Aisyah bersama Ku Maira Madihah(berbaju merah).
Dan kawan2nya yg lain Aisyah Balkish,  Ku Irdina Maria, Aisyah Adlina dan Nurul Izzah.
Pagi2 semalam gi hantar Aisyah ke rumah Ku Maira di Jalan tembusu
Kampung Melayu Subang.
Ada discussion group.
Minggu depan ada exam.
Semalaman di sana.

Dia bawa buku2 dia sekali.
Bawa juga baju untuk semalaman bermalam di rumah Ku Maira.
Begitulah selalunya.
Jika dah tiba musim exam, mereka buat study group.

Emm pandai2 budak2 sekarang ni.
Jika tak hantar kan, merajuk pulak.
Nak tak nak, terpaksalah hantar.
Pagi ni baru ambik.

Mereka semua belajar di International Islamic School
Kota Damansara.
Syukur sangat buat business ini.
Yuran sebulan pun dah RM1800 untuk Irah dan Aisyah.
Tak masuk lagi untuk aktiviti horse riding, archery, swimming n karate do.
Tak masuk lagi pengangkutannya.
Jika tak buat business ni, anak2 mungkin hanya belajar di sekolah kebangsaan biasa je.
Syukurlah.
Terbaik untuk anak2.
Aku mampu menyediakan pendidikan terbaik untuk anak2.
Inilah  pelaburan paling menguntungkan.
Ya, pelaburan yang paling menguntungkan ialah pelaburan ilmu.

4P 4K

4P 4K...FBT
Apa benda tu?
Strategi untuk mendapat sekurang2nya RM4000 setiap bulan.
Mudah, simple dan semua boleh buat.
FBT tu benda lak?
Ohhh...follow, buat dan tiru.
Mudah je.

Ditunjukkan dengan jelas oleh CDM Roshila.
Tunjuk gerak kerjanya.
Tunjuk caranya.
Bagaimana nak bergerak.
Bagaimana nak berkembang.
Hebatnya akademi taipan.
Semua dikongsikan dengan anda untuk berjaya.
Antara buat dan tidak je.
Antara mahu dengan tak mahu je.


Ini meeting group mereka.
Dua hari lepas di USJ 9.
Ramai gak yang hadir.
Yang hadir kebanyakan  yang dah join.
CDM, DDM,DSM, SSM, SM dan pengedar baru.
CDM HAnim, CDM Hanum, CDM Aida, CDM Lin, CDM Asiah, CDM Shahril
dan CDM Zaifrey turut serta.
Tahniah kepada semua yang hadir.
Penyampaian hadiah untuk SM baru, yang naik SSM, yang naik DSM dan DDM pun diberikan.
Yang buat sales paling banyak juga diberikan.
Tahniah.
Hadiah2 yang disediakan sangat menarik.
Wow...diamond!!!
Wow...SSM Ziadoran Wantan.
Seronok dengan business ni.
Dibimbing, ditunjukkan, ada meeting, ada dublikasi, ada mentor,
diraikan, dapat duit, dapat mentor, dapat kawan dan dapat pengalaman2 positif.
Tahniah Dora.
Bulan ni tru untuk naik DSM lak.
SSM Atid...Fatihah nama penuhnya.
Wah!!! dapat handbag Mango lagi.
Hadiah daripada upline dan CDM.
Buat sales paling banyak kalau tak silap.
Tahniah..bulan ni pasti CDM.
Tahniah Yan, tahniah Atid.

Ini antara hadiah yang disediakan.
Wow...cantik la. Berseri2 jika memakainya.
tentu seronok jika dapatkan!!
Cam ne nak dapat?
Fight la.
Bulan depan pasti ada.

Tahniah...SM baru.
Sorry aku tak ingat nama la.
Tahniah CDM Hanim.

SM baru.
Perkongsian tentang PB.
Dua minggu je pakai PB dan gunakan garam buluh, dah turun 5kg.
Dulu 90kg, kini dah 85 kg.
Nak turun lagi.
Badan pun dah semakin mantap.
Badan pun dah sihat.

SSM Siti Hazirawati.
Tahniah...join tiga bulan, pendapatan lebih RM10 000.
Target untuk naik DSM bulan ni.
Saya buat apa yg mentor saya ajar.
Saya ikut semua yg mentor saya tunjukkan.
Kata SSM Siti.
Dah full time bersama akademi ini.
SSM Ziadora
Seronoklah kata Dora.
Terima kasih kepada CDM Hanim.
Hari2 saya ikut kak hanim.
Hari2 saya jumpa Kak hanim.
Hari2 saya follow kak Hanim.
Hari2 saya ambik semangat kak Hanim.
Dan saya nak jadi macam Kak Hanim.
DDM Nabihan.
Tahniah Yan.
Saya buat slow2 tapi tak pernah berhenti2.
Saya buat sambil2 tapi saya tak pernah sambil lewa.
Saya sentiasa datang kelas untuk semangat dan ilmu.
Saya juga sentiasa ikut tunjuk ajar upline dan CDM saya.
TQ untuk CDM Hanum.
Inilah sebahagian daripada yang hadir.
Tahniah CDM Roshila dan CDM Hanim
yng berusaha menggerakkan group dan network mereka.

Tahniah juga kepada CDM2 lain.
Tahniah kepada yang hadir.
Go go go Taipan.
Go go go CDM.
Jom...gempur habis2an.
4P 4K...

Saturday, October 6, 2012

Bio Velocity Sleep Mate...Fantastik

Wow wow...produk baru lagi.
Banyak produk baru.
Senang nak berniaga.
Semuanya sangat berkualiti.
Pasar malam bukan ukuran dan perbandingan dengan produk keluaran Hai O.

Bio Velocity Sleep Mate.
Bakal meletops di pasaran.
Pelapik tilam.
Ia bukan tilam.

Kalau yg syarikat lain,...Zhulian dan Tiens tu tilam.
Harga pun tinggi. RM5000 lebih.
Saiznya besar sebesar katil.
Itu barang elektrik.

Velocity berbeza.
Nipis je, ringan dan mudah dibawa ke mana2.
Lebih nipis berbanding totoo.
Dah dua malam aku tidur beralaskan velocity.
Fantastik...lenguh2, sakit urat, sakit belakang, penat2 badan, sakit2 badan tak ada sama sekali.
Kuat dan sangat bertenaga.
kami dah try.
Untuk anak2 pun kami test kekuatannya selepas 10 saat tangan diletakkan atas velocity.
Wah...tolak tak jatuh.
Ditekan pun tetap balance badannya.

Keistimewaan BV Sleep Mate
1. Meningkatkan metabolisme
2. Mengaktifkan fungsi2 sel.
3. Menggalakkan peredaran darah.
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun.
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan.
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan.
8. Bersemangat dan bertenaga
9.  Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semulajadi.
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi2 fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik.
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti


Percayalah.
Semua dakwaan ini benar.
Tak Caya?
Boleh call saya untuk tengok dan saya tunjukkan bagaimana ia berfungsi
untuk badan kita.

016 2212181
Faridah


330 000PV, Masih SM?

Maulana Bistro
Putra Walk Seri Kembangan
Aku datang ke sini dua malam lalu.
Berjumpaleader baru
SM Elza.

Insyaallah, susun strategi.
Cara nak naik pangkat.
Cara nak susun kaki.
Cara nak maintain.
Beza antara 200BV dan 1000BV.
Cara nak fight car fund.

Kali ke2 Elza join business ni.
Dulu dengan group lain.
PB pun dah pakai lama sejak 2007 lagi.

Dulu pointnya dah lebih 330 000PV.
Tapi tak naik pun DSM.
Masih SM.
Upline ajar susun satu kaki je.
Bonus asyik dapat RM300 je.
Tak faham , kenapa orang lain dapat bonus besar sedang dia tak dapat.
Bila aku jelaskan, baru faham.

"Ya Allah, patutlah. Baru saya tahu cikgu"
"Tak patut betul"

Tak apalah, perkara dah berlaku.
Kitalah yang kena jujur dengan rakan kongsi.
Elza ni ext student aku.
Sampai sekarang masih kekal panggil cikgu.
Tak kisah lah.

Insyaallah, network Elza pun dah berkembang.
Targetnya naik DSM bulan ni.
Jayakan rakan kongsi naik SSM.
Dah ada pun.
Yang lain2 akan menyusul.
Sedang diusahakan.
Kerja sedang disusun.
Strategi dah tahu.
Hanya tinggal tindakan je.

PB dia 10 setpun dah habis licin.
Dah tak cukup barang lak.
Rakan2 kongsi baru semua akan dijayakan.
Insyaallah, bekerja dalam satu team.
Berkerjasama untuk kejayaan bersama.
Insyaallah, tiada yang mustahi.




Thursday, October 4, 2012

Selonggok Sana Sini

PT...personal touching
SN...sembang niaga
TT...table talk
Selalunya selesai BOP/meeting kat TTC.

Selonggok selonggok mereka duduk bersama group masing2.
Selonggok2 duduk bersama prospek baru yang di bawa.
Atas lantai pun OK.
Asal boleh bincang2.

Detailkan kaedah dan strategi ATM.
Bagaimana ia boleh dapat income.
Bagaimana ia boleh ubah kehidupan.
Bagaimana ia boleh dapat tambahan wang.

Ada juga terus isi borang.
Nak tanya pasal dan pun boleh.
Nak tanya soalan2 supaya lebih jelas pun boleh.
Nak tanya lain2 pun boleh.
Supaya lebih terang.
Supaya lebih faham.
Supaya lebih jelas.
Tak ada yg selindung2.
Tak ada agenda tersembunyi.
Langkah demi langkah akan dikongsikan.
Bulan pertama, step kedua, langkah ketiga, bulan ke empat dan seterusnya.
Bagaimana nak mula, diceritakan dengan jelas.
Ada modal atau tak ada modal, semuanya dijelaskan.
Semua keraguan terjawab.
semua pertanyaan ada jawapannya.


Inilah rahsia akademi Taipan menjayakan orang baru.
Inilah cara akademi Taipan mengembangkan businessnya.
Inilah cara Taipan menarik perhatian warganya.
Untuk berjaya dan kemudian menjayakan lebih ramai oarng baru.

Tahniah untuk yang terus percaya kepada ATM.
Anda buat anda dapat.

HP saya...016 2212181
Faridah Mohd Ali

Wednesday, October 3, 2012

RM300 Pun Tak Cukup.

Salam sejahtera.
Semalam singgah pasar malam kat Bandar Kinrara.
Setiap Selasa ada pasar malam.
Tapi aku jarang ke sana.

Semalam saja singgah.
Kot2 ada yang berkenan.
Sebelum tu Hom ada bagi tau, barang2 kat peti ais semua dah nak licin.
he he he...selalunya Dzul yang beli barang dapur.
Lauk pauk ke, barang basah atau barang kering semua Dzul yang belikan.
Aku jarang ke pasar.
Semua Dzul yang buat.

Tapi semalam rajin pulak nak singgah.
Terperanjat dengan harga2 barang di sana.
Ya Allah, mahalnya.
Bukannya beli ikan mahal pun.
Selonggok kecil pelbagai ikan yang aku beli, dah RM87 duitnya.
Mak oii mahalnya. terperanjat rasanya.

Bukannya beli ikan merah, ikan kerapu, ikan pari tapi ikan biasa2 je.
Adalah bawal, tenggiri, ikan kembung, selar dan cencaru.
Tapi boleh cecah setinggi itu harganya??

Kemudian aku beli daging batang pinang dua kilo, tulang lembu dua kilo dan sekilo
hati lembu...mak oiii RM125.00.
Subhanallah..baru aku tau mahalnya barang2 di pasar malam.
Dzul suka cekodok dan pisang.
Beberapa sikat untuk pisang emas pun dah Rm8.00.
Begitu juga pisang berangan, pisang tanduk dan  pisang awak. Hampir RM18.000.
Eh mahalnya.
Lagi sekali aku terperanjat.

Aku beli sebiji tembikai, agar besar gak saiznya untuk rasa yg lebih manis.
Nak tau harganya?
RM26.00 sebiji.
Aku singgah lak kat gerai sayur2an.
Aku ambik sawi, kubis, mentimun, taugeh, kacang panjang, bayam, labu, petola,
cili merah, cili hijau, cili apple, tomato, salad dan sedikit ulam2 yang Aimi suka.
Sebakul je dah mencecah RM42.
Ya Rabbi...sekali lagi aku mengucap panjang.
Mahalnya...baru tau jika gi membeli sendiri.
Selalunya dok dengar je Dzul merungut barang2 dapur mahal.
Kat gerai ni, aku beli mee kuning, fish ball, chicken ball, mee hoon
dan beberapa barang lain.
Dah hampir RM22.00.


Gerai barang2 kering....aku beli bawang merah, bawang putih, bawang besar, ikan bilis,
rempah ratus untuk sup, tomyam, perencah mee goreng dan lain.
Sini pun dah hampir RM45.00.
Last aku singgah beli sedikit kuih muih basah seperti jagung rebus, apam balik dan karipap goreng.
Habis licin RM340 yang ada dalam dompet.
Mahalnya barang2 kat pasar malam ni.
Cam ne la orang yang berpendapatan RM1500 ke bawah hidup di KL ni,.
Tak kira lagi dengan anak2, rumah, keperluan air letrik dan makan minum lain.
Emmm...sian jika tak ada pendapatan tambahan.
Boleh kah sahabat2 ku hidup selesa jika sedemikian mahal barang2 dapur di pasar malam.
Tempat yg dikira murah berbanding di gedung2 besar.

Berdikarilah

Kerja keras jika mahu berjaya.
Bukan buat harini esok terus jadi kaya.
Business perlukan masa untuk membinanya.
Business perlukan komitmen dan pengorbanan untuk melihat hasilnya.
Business perlukan kesungguhan untuk melihat perkembangannya.

kena sabar, kena gigih, kena teruskan.
Bukan business saja.
Bidang2 lain pun sama.
Semua kena kerja keras.
Usaha kena lebih.
Keluar drpd zon selesa.
Keluar dari zon serba tak apa.
Serba bergantung dengan orang lain.
Berdikarilah.

Senyuman Mereka Pasti Berubah!!

Tahniah Hidayah.
Join ATM.
Kerja kat telekom Bangsar.
Selamat datang ke ATM.
Masih muda belia orangnya.
Baru 26 tahun jika tak silap.


Inilah peluang ketika muda untuk Hidayah.
Peluang untuk buat perubahan dalam hidup.
Barangkali juga perubahan untuk ibu bapanya.
Mana tahu ibu bapa belum naik haji.
Dengan duit ATM, boleh hantar mereka gi haji.
Boleh bantu bina rumah untuk keluarga jika mereka beluam ada rumah.
Boleh hantar upah haji, jika mereka dah meninggal tapi belum sempat tunaikan haji.

Jika mereka dah naik haji, boleh hantar duit lebih sikit kat mereka.
Tak adalah semput sangat.
Bagi RM100 dengan bagi RM500 sebulan tentulah berbeza.
Senyuman mereka juga pasti berubah.
Hati mereka pasti lebih berbunga indah.
Doa mereka untuk kita juga pasti berlainan dengan sebelumnya.

Jom kita buat sama2.
Upline bimbing, CDM bantu, ATM akan support sepenuhnya.
Tahniah Hidayah.
Selamat maju jaya.

Tuesday, October 2, 2012

Menggamit Rindu

Dok baca dan tengok post2 DDM Nizam di Madinah...
ahh menggamit rindu kami suami isteri.
Rindu haji.
Rindu umrah.
Janganlah haji dulu haji yang terakhir untuk kami.
Janganlah umrah dulu umrah yg terakhir untuk kami.
Moga diangkat lagi.
Semoga kami dipilih lagi menjadi tetamuMu Ya Rabbi.
Perkenankan Ya Allah.
Amin.

Dah Habis Rezeki

Salam.

10 tahun dalam perniagaan ini.
Sepenuh masa.
Ramai  yg datang.
Ramai yang join.
Ramai yang masuk.
Ramai juga yang hilang.
Yang buat sekerat jalan.
Yang suat suku jalan.
Ada yg baru start dah berhenti.
Ada yg dah buat lama pun berhenti.

Ada yg baru pengedar dah berhenti.
Ada yg pangkat SM berhenti.
Ada yg SSM berhenti.
Ada yg DSM mereka berhenti.
Ada yg DDM berhenti.
Tak kurang yang dah CDM pun berhenti.

Ada yg mati gitu je.
Hilang tak tau ke mana.
Ada yg main hati.
Ada yg merajuk. Ada juga yg tak suka dgn downline sebab naik dulu.
Ada juga yg tak puas hati dengan upline.
Ada yg dah mengalah.
Tak sabar. Tak tahan cabaran.
Ada juga yang gi buat MLM lain.
Ada gi buat business lain.
Ada juga yang gi buat insurans.
Dan macam2 lagi lah.
Kadang2 kerana hanya isu remeh temeh pun mereka hilang dlm business.

Ada juga yang datang semula kepada Taipan.
Mereka boleh datang kerana mereka tak buat silap.
Mereka berhenti pun berdiam diri je. Saja malas nak buat.
Ada juga yang pergi tapi lepas tu nak datang lagi dah segan. Dah malu.
Kenapa?
Silap sendiri.
Kutuk Hai O.
Kutuk Taipan.
Kutuk upline.
Kutuk CDM2.
Nak datang pun dah segan, malu pada diri sendiri.
Bukan silap orang kecuali diri sendiri.


Ada yang tanya aku...
Kenapa mereka berhenti?
Pada hal mereka dah dapat bukti.
Malahan ada yg sangat suksess pun berhenti.
Ada yang beli rumah, beli kereta, berhenti kerja  dan ada yg gi melancong serata negara
dengan business ini.

Jawapan aku senang je...
DAH HABIS REZEKI MEREKA DENGAN SYARIKAT INI.
DAH HABIS REZEKI MEREKA DENGAN ATM.

Belajarlah.
Jangan buat silap.
Bukan orang lain yang silap kecuali diri kita sendiri.
Sebab tu selalu aku ingatkan diri sendiri.
Bergurulah, carilah ilmu.
Rapatlah dengan mentor.
Jangan jauh daripada mentor.

Cukai

Salam.
Ke LHDN.
Urus cukai lagi.
Bayar cukai lagi.
Jangan tak bayar cukai.
Sakit nanti.

Takkan boleh lepas.
Dapat bonus setiap bulan.
Dah bertahun2 dapat bonus.
Mesti istihar cukai.
Tak boleh lari punya.
Semua rekod pendapatan ada pada LHDN.
Semua rekod beli kereta, kecil, besar atau mewah ada pada LHDN.
Semua rekod beli rumah, tanah dan ladang ada pada LHDN.
Semua rekod jual rumah, jual kereta, jual tanah dan ladang ada pada LHDN.
Jika tak istihar, kena penalty lagi.
Lagi banyak yg kena.

Baik urus cepat2 pasal cukai ni.
Lagi lama lagi banyak...nanti bertimbun2 jadinya.
Jika dah bertimbun2, duit dah habis pakai, lagi susah jadinya.
Pasport boleh disekat.
Kelulusan ke luar negara boleh disenaraihitamkan.
Nama di blacklistkan.
Jika nasib tak berapa baik, harta boleh disita atau dilelongkan.
Hati2 jika ada rakan kongsi bekerja di LHDN.
Mereka adalah ejen2 yg dibayar komisyen untuk mengintip pendapatan org kaya2 dlm MLM
khususnya Hai O.
Dah ada yg kena.
He he he....jumpa malam ni kat BOP USJ 9.


Monday, October 1, 2012

10 Tahun

1 Oktober
Jam  6 petang di Putra Medical Centre Sg Buluh.

Nor Amalin Aisyah Dzulfauzilah.
Cahaya amalanku yang hidup bahagia...itu makna namanya.
Selalu disebutnya.
Selalu diulang2kannya.
Selalu diberitahu kepada orang lain makna namanya.


Dah genap 10 tahun hari ni.
Selamat hari lahir Aisyah.
Semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.
Dah tahun 4 di International Islamic School Kota Damansara.
Yuran sekolahnya saja RM700 sebulan.
Kakaknya RM1200 sebulan.
Tak masuk kookurikulumnya...horse riding, swimming, memanah dan karate.
Tak masuk teksinya.
Tak masuk lagi bukunya.
Tak masuk lagi buky2nya.

Aisyah kanak2 yg periang.
Membaca adalah hobinya.
Buku buku buku adalah dunianya.

Aku tanya kat Aisyah ada tiga pilihan
1. Untuk buat birthday party kos RM500 kat McD
2. Untuk tambah saving dlm akaunnya sejumlah yg sama
 3. Atau nak beli buku nilainya RM400.
Aisyah pilih yang ke3, nak beli buku2 kat Popular atau MPH bernilai RM400.

Dah genap 10 tahun juga aku bersama business ni.
Dah 10 tahun juga berhenti kerja.
Dah 10 tahun juga sepenuh masa di sini.
Semuanuya seusia Nor Amalin Aisyah.

Lahirnya membawa rezeki baru untuk kami sekeluarga.
lahirnya membawa cahaya baru untuk kami sekeluarga.
Lahirnya membawa warna baru untuk kami sekeluarga.
Lahirnya benar2 mengubah kehidupan kami sekeluarga sehingga kini.
Perantaranya ialah CDM Kartini dan CDM Kamarudin.

CDM kartini datang menziarah aku ketika Aisyah baru dilahirkan, ketika itu aku di Rawang.
Dihadiahkan RM100 oleh CDM Kartini untuk Aisyah.
Wow banyaknya...detik hati aku.
Duit itu masih dalam akaun tabungan Aisyah sehingga kini.

Dan rezeki pun terbuka apabila CDM Kartini yg ketika itu berpangkat DDM Kartini membuka mulut berkongsi
peluang ini melalui produk PB.
Aku pakai dulu.
Aku try dulu.
Termasuk juga herba maharani.
Aisyah panggilan kami untuknya.
Taipan dah sebati dengan hidupnya.
Taipan dah jadi darah dagingnya.
Duit Hai O untuk aku membesarkannya, mendidiknya, kos pendidikannya,
menyediakan segala kemudahan dan keselesaan untuknya,
membeli segala keperluannya, menyediakan insuran Prudential setiap bulan untuknya.
Pendeknya segala2nya Taipan dan Hai O.
Beginilah lagaknya setiap kali nak ke sekolah.
Peluk Tuah dulu.
Belai Tuah dulu.
Bercakap dengan Tuah dulu.
Bagi makan untuk uah dulu.

Selamat haril ahir Aisyah.