Monday, July 23, 2012

Guangzhou 3...Makan-Makan

Makan-makan.
Sampai kenyang
Asyik makan.
Tambah dan tambah.
Sampai tak termakan.

Macam2 pilihan makan sepanjang 4 hari ke Guangzhou.
Layanan makan memang first class.
Tahniah Hai O.
Sentiasa menyediakan yg terbaik utk warga dan usahawannya.
Antara menu yang dihidangkan.
Qinghai Moslem Restorant, restoran Islam terbesar di Guangzhou.
Hari pertama, sampai je terus gi shopping.
Lepas shopping, baru singgah makan.
lepas makan gi shopping lagi.
Sakan shopping kat Guangzhou.
Cuma waktu balik, terlbih bagasi.
Mak ooiiii...bayar je lah.
Bayak gak tapi dah tum2 jadi sikit sorang.
Alhamdulillah.
Zahari dan Firdaus, rakan kongsinya.
Kat meja makan pun snap snap snap.
Hari kedua di Guangzhou...orengggge.
Kalau ke negara China, aku bawa makanan sendiri.
Taklalu ehh nak makan yg dihidangkan.
Tekak kampung aku ni.
Bawalah sambal bilis, telur masin, sotong kering, ikn masin, srunding daging.
itu jelah yg aku makan.

Breakfast hanya di bilik dgn roti yg dibawa sendiri.
Ada gak nasi empit dan rendang. serta serunding daging.
Kopi Ginseng sendiri dan teh 3 in 1.
Cukuplah, kenyang pun.
baik mulut mereka ni, berselera je memanjang.
Tak cerewet.
Memang ditanggung halal.
Disahkan JAKIM...he he he.
Nampak cam sedap benar tapi tekak aku tak nak masukkk
upline downline....
CDM Siti Rahmah dan Masnih dr Tawau.
Berniaga sungguh2, makan sungguh2.
Baru berbaloi.
Tekun menghadap rezeki...alhamdulillah.
Malam gala Dinner
Ramainya kat dewan ni....tak tahu lak berapa ratus orang. Yg pasti memang ramai.
Meremang bulu roma melihat ramainya org berniaga Hai O.
Beratur menunggu giliran...makanan menu arab.
Sedap...
Jejaka idaman Malaya
menunggu giliran utk mengambil makanan
Sementara menanti masa utk makan
Emmmm..yummy sedapnya.
Syoknya berjalan makan angin ke Guangzhou.
Maraikan majlis hari jadi pada Gala Dinner.
Bertuahnya badan...diraikan diluar negara.
Selamat hari lahir...semoga terus suksess.
Bergambar...kenangan sepanjang hayat.
Amboiii Ika...seronoknya trip mewah dgn ATM.
Syok sangat katanya.
Semua berselera...emmm nik 2kg ni.
Jika tak cukup, ditambah lagi.
Hari ke3, kami dibawa makan tengah hari di Bukhara Restoran.
Wah....hijau menghijau pada hari ke3.
Melayan perut...makan
Sup gear box ke Kuani??
jangan segan, makan je sampai licinnn.
Perut dah lapar, angkat pinggan dulu sebelum makan.
Sampai berdiri nak ambik makanan, tak sampai.
Makan tengah hari di Muslim Hotel.

Tengok cara hidangannya...memang ekslusif utk warga hai O.
memang VVIP.
Lepas makan, bergambar lagi.
Muslim Hotel, hari ketiga.
He he he...atas lantai kat airportpun boleh.
hari ke4, makan nasi bungkus sahaja.
sebelum penerbangan pulang jam  3 ptg.



Atas flight..alhamdulillah.
tapi dah terbayang nasi lemak, teh tarik, roti canai, ikan singgang,budu...emmm sedapnya.
Sampai je,lepas BOP aku terus
ke Taipan thai Corner
makan nasi berlaukkan ikan singgang.
Sampai jam 2 pagi.
Peanuts ni, atas penerbangan MAS, memang aku suka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.