Aisyah, 10 tahun. Anak bongsu kami. Hantu buku. Tiap2 hari minta ke MPH atau Popular atau mana2 kedai buku.
Ini dua hari lepas ke Popular.Dua hari sebelum tu dah gi MPH Alamanda. Pilih buku, baca buku sampai tak ingat lapar.Takingat nak makan. McD dgn buku, pasti dia pilih buku. Nandos dgn buku, pasti dia pilih buku. KFC dgn buku, pasti dia mahu buku. Tengok wayang dgn buku, pasti dia nak buku. Baju baru atau buku baru, pasti dia nak buku.
Macam2 koleksi buku yang dia ada.Kabinet buku dia pun dah penuh. Aisyah minta aku buat satu kabinet buku yang besar untuknya. Tak mahu dgn kabinet buku org lain.Khas untuknya sahaja. Dia sanggup berjam2 duk di MPH atau Popular.Tinggal dia kat situ sejam dua jam pun tak apa.
Inipun ulat buku. Nak berbuka puasa dah, masih dgn buku.Sampai dah azanpun masih mengadap buku.
Alhamdulillah, barang kali kerana kami control TV, games dan internet.Kami alihkan minat anak2 kepada buku. TV dan games tak ada dalam minda mereka.TV ada kat rumah, sekadar hiasan. Dibuka hanya untuk mendengar azan maghrib, berbuka masuk waktunya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.