Sunday, July 1, 2012

Taipan Hi Tea

Tahniah
Kepada semua yang hadir majlis hi tea di Quality Hotel petang tadi.
Tahniah juga kepada yang diraikan iaitu Qualifire Guangzhou.
Mereka akan diterbangkan ke Quangzhou bersama lebih 900 orang
usahawan Hai O dan mereka dipecahkan kepada 4 kumpulan
mengikut tarikh yang berbeza.

Setiap yang layak mendapat hadiah sebuah beg sandang dan
set penjagaan wajah la Praise bernilai hampir RM500.

Majlis hari ini hanya meraikan usahawan Taipan di wilayah KL/selangor sahaja.
Tak termasuk lagi daripada utara, Selatan, Sabah dan Sarawak.

Turut bersama ialah meraikan lima orang adik beradik yatim
dari Klang Selangor.
Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk menyampaikan
sumbangan peribadi
kepada anak2 yang comel2 ini.
Syukur alhamdulillah.


Inilah sebahagian gambar yang sempat aku rakamkan.
Bagaikan sebuah keluarga besar.
Bagaikan sebuah hari keluarga.
Mak ayah dan anak2 pun turut serta.

Tak rugi datang.
Di samping dapat makan2 dan bersilaturrahim,
dapat juga mengutip semangat,
motivasi dan momentum bagi mengekalkan
daya tahan untuk sama2 fight ke London Paris nanti.

Hadiah yang disampaikan berupa be sandang dan
set penjagaan wajah La Praise bernilai hampir RM500.

bergambar bersama2 lima beradik yatim.
Comel2 dan bijak mereka ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.