Friday, July 20, 2012

Guangzhou 1

Trip ke Guangzhou
14 Julai hingga 17 Julai 2012.
Teruja sungguh.
CDM Fitri dan CDM Ayu, ketua Taipan utara.
awalpagi dah tiba, dari Melaka katanya menghantar si kecil ke rumah keluarga sepanjang ke luar negara.

14 Julai 2012.
seawal jam 4 pagi, aku dah bangun untuk bersiap ke KLIA.
Penerbangan jam 9.30 pagi.
Berkumpul di Level 5, kaunter F jam 6.30 pagi.

Waktu sampai, DDM Lan dan Sue serta Paktam dan isteri dah sampai.
Pertama kali melancong.
Sebelum ni mereka juga dah gualifire ke Hong Kong, Holland danVietnam.
Kali ni tak boleh tahan lagi.
Mesti ikut sekali.

Kuning hitam menyerang di kaunter F level 5 KLIA.Wow bagaikan pesta.Masing2 tersenyum keseronokan.Hilang rasa penat.Hilang rasa letih.Lupa segala cabaran.Tak ingat segala ujian.Yg ada hanyalah semangat kekeluargaan Taipan.

CDM Maidah dan rakan kongsinya dari Sabah.
Seramai 19 orang drpd Sabah.
Bermalam di KLIA.
Penerbangan dr KK tiba di LCCT jam 12 malam hari Jumaat 13 Julai sebelumnya.
Mereka berehat di surau saja.
Sempat mandi ala kadar di KLIA.
Tak ada rasa penat.

Ambik gambar, snap snap itu semestinya.
Buat kenangan.
Buat tatapan keluarga dan rakan2 Taipan.
Buat dorongan kepada warga baru Taipan.
Guangzhou...wow.

Bila berkumpul, makin ramai yg menyelit.
Makin ramai yg bagi camera dan HP utk merakamkan kenangan.
Wow meriah sakan dgn hitam kuning.
Seri dan semangatnya lain macam.
Aku tumpang gembira.
Excited tak terkira.
Seronok melihat rakan kongsi berjaya.

Anak2 hantar sampai KLIA saja.
Tak dapat ikut sekali.
Mak atau ayah pergi dulu.

Dah lama berniaga, dah besar income, dah besar network, boleh pula bawa pasangan dan anak2 sekali.

Guangzhou merupakan destinasi ke 6 untukku ke negara China.
Syukurlah, masih belum puas makan angin.
Masih excited nak melancong.
Walaupun dah 28 kali berjalan seluruh dunia dgn bis ni.
Tak ada istilah jemu.
Tak ada istilah boring.
Alhamdulillah, kira aku masih normal.
Masih sihat.
Masih bernafsu.
Masih punya impian.
Punya impian dan kemahuan utk melihat negara dan budaya masyarakat negara lain.

Beg bawa sorang satu.
Tapi dah siap bawa beg kosong.
Dalam beg ada beg pun ada.
Bawa beg kecil, balik dgn beg besar pun ramai.
Beli beg di sana  lagi.
Shopping adalah keindahan di Guangzhou.

Alahai darling dan anak2.
Terpaksa hai!!hai!! bye!! bye!!
Setakat KLIA sahaja.
Tak bawa mereka kali ni.
Insyaallah dah berjanji dgn mereka semua nak ke London Paris nanti Mac 2013.


Bersarapan di Suria Cafe sebelum berlepas.mengalas perut yang berkeroncong.Bincang2 lagi utk bisnes.Di mana saja, topik utama tetap bisnes.

CDM Jai, CDM Din dan CDM Dzul.
Apa menu menarik tu?
Apa topik menarik tu?

CDM Hasmidar dan Syed Redha, turut bersarapan bersama.
CDM Hasmidar juga membujang ke Guangzhou kali ni.
Syed akan ke London nanti...mana boleh prgi sorang.
mesti bawa utk honeymoon ke London Paris.

Harrods
Belum flight lagi dah teruja utk shopping di KLIA.
Dah siap check in Kastam dan Imegresen, dah naik train sebelum ke kaunter C37, menyinggah dulu.
Kot2 ada yg berkenan sambil snap snap snap.

Bergambar di depan model2 kapalterbang di KLIA .
Wah...bukan selalu boleh masuk ke sini kecuali untuk penerbangan antarabangsa.
Apa lagi?
Gambar la.

CDM Kartini dan CDM Lin.
Happynya.
Seronok ya nak ke Guangzhou.
Inilah hasil penat lelah selama ini.
Tinggalkan suami dan anak2, tinggalkan kerja dan rumahtangga.
Malam2 baru pulang untuk berkongsi kejayaan dan peluang dgn orang lain.
Berjumpa dan service rakan kongsi, ke BOP dan lain2.
Berbaloi2 hasilnya
.

Malang CDM Jai dan CDM Haryati...
Remembi sebanyak RM6000 tertinggal dalam kereta.
Sampai airport baru teringat.
Nasib baik duit banyak, nasib baik bonus besar berganda.
Keluar yg baru dari ATM, terus ke money changer.
Bawa RM6000 lagi.Wow...hebat.

Purse Harrods pilihan hati di KLIA. Beli sorang satu.
Emmm belum sampai Guangzhou lagi ni.

4 jam penerbangan ke Guangzhou.Upline dan downline.kedua2nya berjaya.Kedua2nya suksess.kedua2nya berani menempuh cabaran.dan kedua2nya menikmati percutian ini.Tahniah CDM Lin dan DSM Lenda.

Redzuan dan Hisyam.Anak DSM Ayu daripada Tawau.Wah..bawa dua anak sekali.Hadiah drpd ibu tercinta atas pengorbanan kerana sering ditinggalkan.Hadiahnya ialah percutian ke Guangzhou.

DSM Zahari dan Firdaus.
Tahniah anak muda.

Tahniah...Rathimah Malin dan DSM Inah.Melancong percuma, siapa tak mau kan!!

Dr Masyudi dan isteri dari Sabah.
Gol profesional pun bersedia utk menjadi pejuang Taipan.
Masih mengharapkan pendapatan dan  kehidupan yg lebih baik bersama ATM.
Tahniah Dr.
Perjuangan memerlukan pengorbanan dan disiplin.
Sama juga dengan kerjaya di bidang perubatan.

Suasana dlm flight MH376.Meriah dgn warga Taipan.Macam rumah sendiri.

CDM Hanim dan ibunya Hjh Dara.
Sejak dulu, setiap kali melancong, CDM Hanim pasti akan membawa ibunya bersama.
Biar ibu genbira.
Biar ibu gembira.
Jasa ibu dikenang sampai bila2.
kejayaan kita hasil doa dan bimbingannya.
Tahniah CDM Hanim.
Tahniah juga utk Hjh Dara, tiga orang anaknya dan seorang menantunya
adalah CDM dalam akademi ini.
Hebat Hjh Dara.

Piece...V
Kemenangan.
DSM KuAni dan DSM Suriah.
Berkongsi kegembiraan.
Tempat duduk dlm flight sama.
Bilikpun berkongsi bersama.
Bukan upline pun.
Bukan downline pun.
Hanya sama2 rakan niaga di akademi ini.

Makan ais krim.
Taipan Sabah atau DSM Ramlee, SSM Yusri.
Seronoknya bersama AT.
Tahniah kerana merebut peluang.
LOPA jangan lipa, fight sehabis daya.
Destinasi yg paling mengujakan.
Aura LOPA memang ternyata berbeza.
Kejutan demi kejutan.
Alhamdulillah syukur pada Allah.
Free, siapa tak mau??

Lentokkk manja pengantin baru ni...amboilah sayang yayang!!!.Kali ni berbulan maduuu di langit biru.Tidur pun tersenyum, mimpi nan indah, emmmm.Di dalam akademi Taipan, dapat segala2nya.Jodoh pun dapat juga.bukan hanya wang dan kereta.Banyak lagi kejayaan yg bakal mereka cipta.Tahniah DDM Shukri dan Wawa...cayokkk la.

DSM Aslina dan Affza.Kali pertama terbang ke negara orang bersama AT.Tahniah, lebih banyak destinasi lain menanti anda.3 kali setahun semestinya.

Senyum kepuasan...tanda kegembiraan.Teruskan perjuangan.jangan bisa mengalah.jangan bisa tewas.

Dari utara membawa bersama anak daranya.Takingat lak namanya.Sorry lee.

DDM Lan dan Sue.DSM Paktaam dan Haryani.Seronoknya dapat bersama upline.Gembiranya dapat membawa downline.TQ utk Lan kerana menjayakan saya sehingga saya dan isteri berpeluang melancong ke China.kedua2nya berasal sebagai pemandu.tetapi bukan kira latar belakang.kecuali kemahuan.Tahniah laa...hebat.Ramai yg teruja dgn kedua2 pemimpin ini.


Alahai...macam selebreti la pulak pramugara ni.
Kenal tak siapa?
Inilah suami penyanyi ZZ...Ziana Zain.
Armin namanya.
Armin siap bagi no HP ZZ lagi...nak gi PB ke?
Gi lah jumpa ZZ, mana tau nak PB lagi, utk tambahkan set PB ke 5 atau ke 6.
Atau mungkinkah di Taipankan???

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.