Thursday, October 14, 2010

Motivasi Harian

Jiwa yang lemah laksana mikroskop,
yang membesarkan hal-hal yang kecil
tetapi tidak dapat
menerima hal-hal yang besar.

Wednesday, October 13, 2010

Rahmat Di Sebalik Dugaan

          
          Salam sahabat2 yang dikasihi, Selama lebih lapan tahun terlibat dalam perniagaan ini, aku menghadapi begitu banyak dugaan, ujian, cabaran dan kesusahan. Sebaik memulakan langkah nekad untuk berjaya, aku telah mempersiapkan mental dan fizikal untuk menempuh dari sekecil2 ujian sehingga sebesar2 cabaran. Sedari awal aku tahu bahawa 'yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang'.

         Tetapi kata pepatah 'hendak seribu daya, mahu seribu cara dan usaha seribu jaya', sentiasa aku sematkan dalam fikiran. Selalu juga aku dengar, 'orang yang positif sentisa melihat masalah sebagai peluang, melihat kepayahan sebagai cabaran, melihat kesusahan sebagai tangga mendaki tangga kejayaan.'

        Inilah warna2 kehidupan yang memberikan pelangi indah yang memberikan spektra diari manusia. Setiap ujian, cabaran dan kesusahan memberikan kebaikan dan bermanfaat bagi diriku untuk mengenal dan memahami rahsia dan hikmah yang terkandung di sebalik liku2 perjalanan kehidupan di dunia yang fana ini.

          Tetapi demikianlah manusia, menghadapi pelbagai macam ujian dan ujian, begitu sedikit sekali yang mampu bertahan dengan segala rencam ujian yang saban waktu menjengah dalam hidup insan. Ia mungkin kerana kurangnya pengertian, kurangnya ilmu pengetahuan atau didorong oleh perasaan kecewa dan putus asa sehingga ramai pula yang membentak, marah2 dan tidak reda menerima ketetapan Ilahi.

          Aku bersyukur, sikap dan hati yang terbuka serta berlapang dada dengan pelbagai ujian yang mendatangi perjuangan jatuh bangunku dalam perjuangan ini menjadikan jiwa kental dan tidak menyerah kalah sebagai bekalan mengiringi perjalanan bertemankan onak dan duri. Sehingga saat ini, aku merasa pengalaman selama lebih lapan tahun bersama AT 181 sebagai pengalaman yang cukup indah dan berharga dalam hidupku.

         Sesungguhnya langit tidak selalu mendung, awan berarak mendung berlalu. Manis pasti ada selepas mengharungi pahit, gembira pasti tiba sesudah duka dan nestapa, sinar terang pasti muncul selepas gelita. Inilah yang menjadikan setiap perjuangan begitu indah apabila mencapai kemenangan.

Hanya yang pernah susah memahami erti kesenanga
Hanya yang pernah tewas mengerti makna kejayaan
Hanya yang pernah sakit memahami nikmat kesihatan
Hanya yang pernah jatuh memahami erti kebangkitan
Hanya yang pernah tersungkur mengerti erti perjuangan
Hanya yang pernah miskin memahami nikmat kekayaan
Hanya yang pernah berjuang memahami nikmat kemenangan

Rasulullah SAW bersabda,
"Apapun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan, dan apapun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukannya". (HR Muslim)

Nabi SAW berdoa ketika ditimpa kesusahan,
" Ya Allah, berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkan segala permintaan dan hajatnya."

        Demikianlah warna2 kehidupan, bagaikan cantiknya pantai kerana adanya angin sepoi2 bahasa, ada waktu angin kencang malahan ada waktu Tsunami yang melanda memusnahkan segala keindahannya.

Bio Ever...Pilihan Wanita Hebat

Murah, selamat dan sangat berkesan
Bio Ever disapu dan diusap di bawah dagu dan leher,
kesan kenaikan pipi akan kelihatan selepas lima minit.
Disahkan halal. Menjadi pilihan paling laris
di Malaysia
                                                                                                                                     Keistimewaan Bio Ever
         Bio Ever menggunakan sistem bio teknologi(liposom) untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano iaitu pegaga(centell aciatila), wild yam (dioscorea villose) dan kacang soya (glycine soja) secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.

           Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif secara tepat ke bahagian badan yang mana ia diperlukan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan sistesis kologen. Wild yam dan kacang soya mengandungi komponan aktif yang boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon badan.
                                              

Motivasi Harian

Kerana saya tidak pernah ragu-ragu,
maka saya telah memperolehi kemenangan

Tuesday, October 12, 2010

Herba Maharani

Herba yang hebat dan unik

          Herba maharani antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan ketrampilan wanita sehingga kini. Masih belum ada pengganti, herba maharani masih tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di seluruh dunia.

          Herba maharani adalah campuran 16 ramuan herba terpilih yang diadun dengan kehebatan ayam selasih, tanduk rusa dan tulang sotong. Ramuan herba ini diproses secara murni di Tong Reng Tang, Beijing telah mendapat sijil halal Infanca dan Jakim.

          Pengambilan dan amalan yang berterusan sangat baik untuk....

*Menyelesaikan masalah wanita dan remaja seperti masalah keputihan, peredaran haid, senggugut dan lain2.

* Menguat dan mengecutkan otot2 rahim, sistem peranakan dan amalan selepas bersalin.

* Melegakan masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dalam badan, lenguh2, kebas dan urat saraf.

* Melambatkan jangka masa monopause yang mana pengambilan berterusan akan mengaktifkan hormon estrogen, progestron dan androgen wanita.

* Menguatkan sistem organ dalam tubuh yang mana ia akan berfungsi dengan lebih baik.

* Anti penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan wanita. Sangat disyorkan bagi yang berkeinginan untuk mendapat cahaya mata.

*  Menegang dan memberi keanjalan pada kulit termasuk payu dara, ovari, kawasan perut selepas bersalin, punggung, pinggul dan lain2.

* Meningkatkan kadar metabolisma termasuk sel darah merah, minda, tekanan darah, menghilangkan kelesuan dan juga memberikan kepuasan maksima kepada pasangan.

* Cara pengambilan yang disyorkan... 1/2 bola (25 biji pil) dimakan sebelum sarapan pagi ketika ketiadaan haid. Satu kotak untuk dimakan dalam masa 12 hari. Pengambilan kotak kedua diambil selepas habis haid bulan berikutnya. Minumlah banyak air bio aura  yang sangat bertenaga. Pantang dimakan bagi wanita hamil dan kanak2 yang belum haid. Hubungi saya untuk tempahan 016 2212181.

Motivasi Harian

Bukan kekuatan, melainkan ketekunanlah
yang menciptakan
kejayaan-kejayaan yang besar

SEMANGAT BARU


   
         Perjumpaan CDM AT 181 pada 10.10.10 memberi semangat dan momentum baru kepada semua CDM yang hadir. Meskipun ramai yang sudah hilang dari persada perjuangan, AT 181 tak pernagh gentar malahan CDM dan pemimpin yang tinggal itulah yang benar2 pemimpin tulen yang akan terus berjuang. Malahan ia memberikan semangat baru, memberikan harapan baru, memberikan warna baru, memberikan impian baru bersama AT 181 dengan era baru. Tahniah untuk semua.


Sorakan Taipan
Taipan Go! Go! Go!
Taipan Fight! Fight! Fight!
Taipan Win! Win! Win!
Taipan 181
Taipan Boleh
Taipan Pasti Boleh
AT 181 terus bekerja dalam satu team yang makin padu
Penuh bersemangat...Inilah barisan kita
Akademi Taipan 181
CDM Nasir, penuh khusyuk

Saya meninggalkan jawatan dan gaji
kerana Taipan. Saya sangat perlukan
sokongan Taipan
MC hebat, CDM Siti Rohani

Silakan semuanya ke Seberang Jaya
Hero Utara...CDM Fitri
Terima kasih AT 181
saya dah berubah
DDM Nizam
CDM Muhammad Razali, Pemimpin
baru yang telah diakui kehebatannya dalam AT 181
AT 181 dengan era baru tidak gentar
dengan segala cabaran yang
mendatang.
jauh dan dekat semua hadir

Berkongsi jatuh bangun selama 10 tahun
dalam perniagaan ini




Monday, October 11, 2010

Motivasi Harian

Makin bijaksana seseorang, makin
pandailah dia menjaga mulutnya.

Sunday, October 10, 2010

Motivasi Harian

Jangan mengharapkan dunia kelihatan terang,
sekiranya anda selalu
mengenakan kaca mata hitam

Saturday, October 9, 2010

Bintang Baru AT 181


                     


CDM AZLINA MOHD TAIB
          'Perjalanan Seribu Batu Bermula dengan Langkah Yang Pertama'. CDM Norazlina yang lebih mesra dengan panggilan Lin, memulakan langkah bersama AT 181 sejak dua tahun enam bulan yang lalu. Uplinennya tujuh generasi dari CDM Wan Nor Hanim semua dah tiada dalam perniagaan ini. Seorang pegawai kerajaan, peringkat awal hanya mencuba dan suka2 tetapi kehebatan AT 181 bisa melenturkan hatinya jatuh cinta kepada AT 181 lantas lebih serius untuk menggapai impian hatinya.

         Walaupun hanya secara sambilan tetapi kata Lin, dia tidak bersikap sambil lewa dalam perniagaan ini. Menyedari bahawa hanya diri sendiri yang mampu mengubah diri dab kedudukan kewangan keluarga, Lin terus melakarkan matlamat dan membina impian peribadinya. Ya jika orang boleh pasti diapun boleh. Jika ada peluang untuk berubah, mana mungkin kita hanya berpeluk tubuh.
CDM Wan Nor Hanim dan DDM Norwati
Upline dan rakan kongsi yang disayangi
kejayaan dinikmati bersama
Bimbingan dan latihan yang disediakan oleh AT 181
yang membezakan kumpulan ini dengan lain2 kumpulan di Hai O

          Bimbingan AT 181 memang terhebat. Luar biasa. Banyak yang berubah. Pandangan hidup lebih positif, keyakinan diri lebih mantap, kepercayaan kepada diri sendiri meningkat, nilai diri lebih baik, hubungan dan komunikasi dengan orang lain lebih bagus, sikap sabar lebih tinggi, reda dan tawakal juga jauh lebih meningkat berbanding sebelum dengan AT 181. Melihat mentor2 hebat dalam akademi ini yang simple, merendah diri, silaturrahim yang akrab,bantu membantu menambah keyakinannya kepada AT 181.
Dah sampai Beijing selain dari Paris, umrah
dan Switzerland destinasi ke 3 sejak bersama AT 181
           Pendapatan terkumpul selama dua tahun enam bulan melebihi RM160 000, wau! banyaknya. Sudah memandu Toyota Wish. Lin juga sudah melayakkan dirinya melancong ke empat buah destinasi ke seluruh dunia iaitu Umrah, Beijing, Paris dan Switzerland. Memang seronok. Impiannya serlepas ini ialah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin2 hebat berpangkat CDM di dalam networknya. Tahniah CDM Lin. Tahniah juga kepada CDM Wan Nor Hanim, CDM Ahmad Shahril, CDM Roshila, CDM Zaifrey juga kepada semua Pemimpin CDM AT 181.

Sg Besar...oh Sg Besar

DDM Nor Saadah dengan prospeknya
CDM Sariah bersama Siti Fatimah
DDM Nor Saadah...setiap minggu hadir dari
Bukit Mahkota Bangi untuk menjayakan rakan kongsi di Sg Besar
Security guard pun boleh menjadi MC hebat
Table Talk supaya yang datang lebih faham
CDM Sariah dan DDM Rozita yang setiap minggu hadir
DSM Ustaz Yusni, walaupun sibuk tetapi setiap minggu hadir ke Sg Besar
DDM Rozita sedang menerangkan kepada prospek baru


Meeting di Sg Besar tidaklah ramai dalam 25 orang malam tadi. Tetapi semangatnya lain. Bila tak ramai, kita tidak boleh mengharap pada orang lain, yang menyanyi kuat kena kita, yang jadi mc pun kita, yang jaga muzik pun kita, yangh sharing pun kita, yang buat produk pun kita , yang bagi motivasi pun kita dan yang buat table talk pun kita. Inilah komitmen AT 181...sekali orang mahu berjaya, 1000 kali kita akan menjayakan mereka. Kejayaan mereka adalah komitmen AT 181 walau di manapun anda berada.
SSM Akmal...menunjukkan kehebatan demo air Bio Aura


Tahniah kepada pemimpin2 AT 181 yang tak jemu2 hadir ke Sg Besar terutama CDM Sariah, DDM Saadah, DDM Rozita, DSM Ustaz Yusni, SSM Akmal. Itulah hebatnya AT 1181, walau hanya seorang yang mahu berjaya, 1000 kali kami sanggup menjayakan anda. Kejayaan anda adalah komitmen kami. Buat jangan berhenti..kata2 keramat yang pasti akan menjadi keramat kejayaan untuk yang gigih berusaha, Tak mungkin anda akan gagal. Hilang malam pasti akan muncul siang, selepas gelap pasti akan muncul terang. Salam

Motivasi Harian

Dompet yang kosong menyebabkan muka yang kusut

Friday, October 8, 2010

Jika Nak Buat, Buatlah Betul-Betul

Orang yang berjaya ialah orang yang BERTINDAK!!!
          Nak buat, nak berjaya, nak duit banyak, nak jadi macam CDM anu dan CDM anu, tapi hanya cakap di mulut je, Di hati tidak, tindakan tak nampak, meeting tak datang, jika datangpun lambat sampai,balik pula cepat. Walaupun kita boleh buat secara sambilan tetapi kita tak boleh buat sambil lewa jika benar2 mahu berjaya. Jika nak buat, buatlah betul2 dan jangan main2.

Macam mana caranya??

1. Jangan hanya duduk diam
2. Jangan hanya berpeluk tubuh
3. Jangan hanya memerap di rumah
4. Jangan hanya menonton TV/karoake
5. Jangan hanya menunggu
6. Jangan asyik termenung
7. Jangan hanya menyalahkan downline
8. Jangan hanya menuding jari kepada upline
9. Jangan hanya berdoa
10. Jangan hanya mengharap
11. Jangan menyesali takdir
12. Jangan menyesali join Hai O
13. Jangan menyesal bersama AT 181
14. Jangan menyesal berhenti kerja, jangan menyesal beli kereta, jangan menyesal beli rumah, jangan menyesal kerana ikut cakap upline.

          Tiada apa2 yang akan berlaku sekiranya kita tidak berbuat apa2. Hanya kita yang boleh mengubah kedudukan kewangan kecuali diri kita sendiri. Bertindaklah segera. Salam

Seribu Tunai...Siapa Mahu??

Hadiah RM1000 +Bonus RM12 000+Tiket Perth RM6000=RM19 000


           Untuk bulan Oktober sahaja....Untuk semua warga AT 181 tanpa mengira apa pangkat anda, sama ada anda berpangkat CDM DDM DSM SSM atau SM, sekiranya pada bulan ini anda dapat membuat jualan peribadi(Personal sales) sebanyak 100 unit Bio Aura atau 100 set Premium Beautiful (10 pakej), maka anda akan mendapat hadiah wang tunai  berjumlah RM1000.

Tafakur...Kumpulan Hijaz

Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janjiMu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah Ya Tuhanku
Ku sujud pada kudratMu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradahMu

Pimpinlah daku dalam redaMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah Ya Tuhanku

Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah

Motivasi Harian

15 Mei 2004, DSM Faridah Mohd Ali, ketiaka dipilih menjadi speaker
pada Majlis Anugerah SM SSM di Hotel Gold Coast Klang

          Yang penting bagi kita bukanlah memandang  
                yang samar-samar di tempat yang jauh melainkan lakukanlah apa yang jelas di hadapan mata.

Thursday, October 7, 2010

Mawaddah dan Rahmah

 
          Sebagai seorang isteri, ibu dan pemimpin dalam AT 181,  aku harus bijak mengatur waktu dan menguruskan masa agar kehidupan keluarga sentiasa harmoni. Sebagai wanita berkerjaya dalam industri MLM, tentu sekali aku mahu anak2 terjaga dengan baik, tidak merasa terabai apalagi merasa tidak disayangi keluarga.
Aimi dan Adib
Irah, Abah, Adib dan Aimi sera Aisyah(tiada dlm gambar)..
.anugerah Allah tak ternilai
            Dengan kejayaan yg sering menjadi dambaan orang, aku bersyukur kerana kejayaan dalam perniagaan ini juga memberi perubahan besar kepada kehidupan keluarga terutama anak2. Dengan hasil perniagaan ini, anak2 mendapat pendidikan yang selesa dan sempurna.


           Sabtu 3 Oktober yang baru lalu, sebaik tamat Program Nur Wanita aku bergegas pulang, mengambil anak2 dan terus ke majlis rumah terbuka CDM Wan Iskandar di Denai Alam. Cantiknya rumah Is!! Selesai di sana kami terus bertolak ke Melaka. Kami singgah makan di Pizza Hut Bandar Melaka. Malam ni merupakan malam terakhir untuk Adib kerana pagi esok akan berangkat kembali ke Cairo.

sedang check in di KLIA untuk ke Cairo dengan Egipt Air
Mendengar talimat oleh ustaz Yusof
          Walaupun aku sibuk ke hulu hilir membina perniagaan ini sejak 8 tahun lalu, tetapi keutamaanku kepada rumahtangga adalah di tempat paling atas. Perkahwinan, suami, anak2 dan kehidupan berkeluarga adalah kurniaan Allah SWT yang paling berharga kerana di sanalah terdapatnya kebahagiaan yang sangat bererti dalam kehidupan seseorang. Aku sentiasa sedar bahawa aku dan suami berperanan penting dalam menentukan hala tuju anak2 dan perkahwinan kami.


Mohd Adib dipilih sebagai ketua rombongan ini
          Aku tidak mahu anak2 merasa terabai dalam kesibukan kami membina kejayaan dalam perniagaan. Aku tidak mahu hanya aku yang hebat tetapi anak2 hilang halatuju. Aku tidak mahu hanya aku yang berceramah dan memberi motivasi kepada orang lain, tetapi anak2ku pula tidak memahami tujuan hidup mereka. Aku tidak mahu, menjaga dan mendidik downline dengan begitu hebat tetapi anak2ku pula tidak terdidik.

          Aku menyedari bahawa mendidik anak pada zaman moden dengan  dunia tanpa sempadan dengan segala macam rencam, bukanlah suatu tugas yang mudah. Menyedari hakikat itu, aku dan suami sedari awal bersepakat untuk meletakkan asas agama yang kukuh sebagai benteng pertahanan diri anak2 kami. Kami juga bersepakat untuk memberikan segala bimbingan, sokongan dan peluang kepada setiap ahli keluarga untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam meniti kejaayaan anak2 dan keluarga.

Tahun depan, insyaallah pulang bercuti ke Malaysia
          Hakikatnya kita perlu sedar bahawa kasih sayang harus menjadi asas dalam pembentukan keluarga yang sejahtera. kasih sayang akan dapat dilahirkan melalui tingkah laku yang berhemah, perhatian yang mendalam, pengorbanan yang ikhlas dan persefahaman yang unggul. Untuk itu sedari awal, kami berusaha menerapkan nilai2 murni kepada anak2 melalui amalan makan bersama, solat berjemaah terutama Maghrib dan Subuh, aktiviti keluarga seperti menonton wayang, berdiam diri apabila dinasihati, menghormati ibu bapa dan orang tua, meraikan hari penting atau kejayaan keluarga, meminta izin apabila mahu keluar rumah, menjaga batas aurat walaupun di dalam rumah, kawalan TV, meminta pendapat ibu bapa, perbincangan keluarga dan seumpamanya menjadikan hubungan kami sangat akrab.


          Dan malam itu, menjadi coretan hening nan indah apabila di restoran pizza itu, kakak dan adik, adik dan abang saling menyuarakan rasa kesedihan dan pilu kerana pemergian Adib ke Cairo. Setahun sekali akan pulang ke Malaysia tetapi cutinya selama sebulan setengah terasa bgitu singkat untuk kami. Aku melihat Aimi memberikan pelbagai nasihat untuk Adib. Adib pula yang bercita2 mahu menjadi seorang ilmuan Islam begitu berhemah dalam hubungannya dengan abah, mama serta adik beradiknya menyebabkan dia begitu disayangi seluruh ahli keluarga. Kebolehannya menjadi imam, pandai mengaji, memberi nasihat bagaikan seorang pakar psikologi, begitu mendengar bagaikan seorang kaunselor, lemah dan lembut gayanya menjadikan dia bagai seorang penasihat keluarga. Apa cakapnya pun akan didengar. Memang, wajah dan wataknya sangat matang di usia yang baru mencecah 16 tahun.

Sebelum berlepas ke Cairo, Moga anakku sentiasa dilindungi Allah SWT
          Dan malam itu, perkarangan asrama Tun Teja ITM Lendu Melaka melihat suasana hening, sayu dan pilu dengan esak tangis Aimi, Adib, Irah, Aisyah termasuk aku dan Dzul sambil bersalaman dan berpelukan mengiringi perpisahan dengan Adib. Ya pagi esok, Adib akan kembali ke Cairo.


           Inilah  antara tujuan utama perkahwinan iaitu mencapai puncak 'mawaddah' dan 'rahmah' dalam rumah tangga. Dari awal perkahwinan kami hampir 21 tahun yang lalu, kami bersepakat untuk saling bantu membantu, tolong menolong, sokong menyokong, memberi dan menerima, bertolak ansur, berlebih kurang, hormat menghormati, saling menghargai, sayang menyayangi, saling melengkapkan tanggungjawab kepada keluarga dan komunikasi yang baik mewujudkan kebahagiaan yang tak mampu diungkap dengan kata2.

         Anak2 pula rupa2nya begitu bangga mempunyai mama dan abah yang mempunyai wawasan yang tinggi demi mencorak kejayaan mereka. Anak2 begitu gembira mempunyai mama dan abah yang mementingkan pendidikan agama untuk mereka. Mereka begitu bersyukur kerana mempunyai mama dan abah yang mengutamakan kasih sayang keluarga walaupun di tengah kesibukan kami dalam business. Sikapku yang lebih tegas dan mengutamakan disiplin anak2 diimbangi dengan sikap berhemah dan lemah lembut abah. Ini menjadikan jalinan yang padu dan seimbang untuk perkembangan anak2. kejayaan ku dalam business memberi nikmat berganda apabila kemahuan anak2 untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu sanggup ku penuhi.Walaupun kos yang diperlukan agak tinggi, tetapi itulah pelaburan terbesar untuk kejayaan mereka di dunia dan akhirat

          Sikap saling bekerjasama dengan bertunjangkan 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing' menjadikan keharmonian, kesejahteraan dan kedamaian melengkapi keluarga kami. Walaupun perjalanan hidup masih panjang, tetapi aku percaya bahawa hasil 10 atau 20 tahun lagi akan diperolehi berdasarkan apa yang aku semai pada hari ini. Sentiasalah berfikiran positif. Janganlah cabaran di luar dan di dalam rumah tangga menjadi beban yang boleh menghalang dari terpancarnya sinar kasih sayang di dalam rumah tangga. Sikap sabar, taqwa, amanah, syukur dan reda dengan ketentuan Allah memberikan makna yang lebih indah dalam kehidupan berkeluarga.

          Aku percaya, jika ini mampu diamalkan dan diterjemahkan dengan lebih meluas dalam kehidupan berumah tangga, maka akan lebih bersinarlah kebahagiaan keluarga. Inilah jua yang menjadikan kehidupan dan kejayaan anak2 lebih indah dan bermakna. Salam

Wednesday, October 6, 2010

Motivasi Harian

Kita boleh memilih sama ada ingin membina kekuatan berdasarkan kelebihan yang kita miliki
ataupun menumpukan perhatian
kepada kelemahan diri kita sendiri.

Hari-Hari Kena Buat

           "Buat jangan berhenti"...kata2 yang cukup sinonim dengan CDM Kartini apabila ditanya oleh ramai warga Taipan. "Apa yang nak dibuat?" Tanya mereka lagi. Inilah yang ingin dikongsikan dengan anda pagi ini. Dua tiga hari ni agak sibuk dengan hal business dan urusan keluarga juga urusan peribadi. Tak sempat nak berkongsi rasa dengan anda. Hari ni lega sedikit setelah sebahagian kerja urusan Nor selesai. walau ada banyak lagi hal yang menanti di hadapan, tetapi boleh menarik nafas sedikit. Adib pun dah kembali ke Cairo. Anakku jauh di negara orang, hati ibu sentiasa teringat. Doa mama sentiasa untuk mu anak-anakku.

          Membina network adalah umpama mendidik anak-anak. Hari2 kena cakap, hari2 kena ingatkan, hari2 kena bagi tau  dan hari2 kena buat baru ia melekat masuk dalam kepala yang kemudiannya menjadi kebiasaan. Bila dah jadi kebiasaan, rasa tak boleh jika lama2 duk di rumah. Hari2 mesti keluar rumah. Jika tak jumpa orang rasa nak demam. Bila jumpa prospek baru, demam pun tak jadi. Bila dah gitu, berjumpa orang tu dah rasa seronok. Bila kita seronok, business mesti jadi.

Kerja asas membina network ialah,

1. Sentiasa tambah senarai nama baru
2. Demo demo demo
3. Meeting meeting meeting
4.Selling
5. Service
6. Sponsor
7. Follow up
8. Dublikasi

          Kesemua perkara di atas mesti dibuat hari2 dan melengkapkannya. Barulah network kita akan berkembang dengan betul. Salam

         

Tuesday, October 5, 2010

Motivasi Harian

Hormatilah orang tuamu,
nescaya engkau dihormati oleh anak-anakmu

Saturday, October 2, 2010

Hidup Ini Adalah Pilihan

           Sabtu, jam 3.30 pagi kami dah bangun dan bersiap untuk ke Penang untuk sama2 menjayakan Program Aroma Terapi Minda bersama AT 181. Sepatutnya kami bertolak semalam tetapi terlalu banyak urusaan belum selesai. Dengan kesibukan yaang tidak pernah haabis, aku bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan umur yang masih bersisa untuk ku berbakti kepada orang2 di sekelilingku. Aku juga bersyukur keraana mempunyai anak2 yang baik, patuh pada abah dan mama, mentaati Allah, menghormati orang tua. Mereka empat beradik begitu memahami komitmen ku kepada AT 181 dan sentiasa menyokong segala pengorbananku.

         Sewaktu kami nak keluar rumah sebentar tadi, mereka turut bangun mengiringi pemergianku meskipun jam menunjukkan empat lebih. "Hati2 ya mama, baik2 memandu ya abah", ucapan yang sering diucapkan Adib setiap kali aku nak berpergian. "Insyaallah" Jawabku.

 
          Inilah pilihan hidup kami. Sesungguhnya kita mempunyai hak yang penuh untuk membuat pilihan.
Dalam apapun aspek hidup kita. Kita yang menentukan apa yang kita mahu. Kita bebas memilih apa yang kita suka. Kita juga bertanggungjawab penuh terhadap setiap pilihan kita.

          Lapan tahun dahulu, aku memilih perniagaan ini sebagai peluang untuk mencari pendapatan sampingan. Lima bulan kemudian, aku juga yang membuat pilihan untuk meletakkan jawatan sebagai guru yang telah ku sandang selama 15 tahun untuk berkecimpung secara sepenuh masa bersana AT 181.
Apabila ini pilihanku, maka aku bertanggungjaawab penuh terhadapnya. Jatuh atau bangun, berjaya atau gagaal, naik atau turunnya aku dalam perniagaan ini, maka akulah yang harus bertanggungjawab. Tentu sekali aku tidak boleh menuding jari kepada sesiapapun atas apa yang berlaku kemudiannya.

          Ternyata, pilihanku tepat. Dan aku bangga dengan pilihanku. Hari ini setelah lapan tahun dalam perniagaan ini, begitu banyak pengalamaan berharga tak ternilai yang ku kutip sepanjang perjuangan ini. Selalu ku berkongsi dengan warga AT 181 bahawa setiap kita berhak penuh untuk menentukan perjalanan dan warna hidup kita....


Baju apa kita nak pakai
Warna apa kita nak pilih
Apakah corak yang kita suka
Apakah hobi kita
Buku apa kita nak baca
Di mana kita nak makan hari ini
Apa resepi nak masak petang ini
Universiti mana kita nak masuk
Apa bidang kita nak pilih
Apa kerja yang nak kita ceburi
Berapa gaji yang kita mahu
Jawatan apa yang kita nak sandang
Isteri yang macam mana yang kita berkenan
Dari negeri mana pun kita boleh pilih
Di mana kita nak bina rumah kita
Bagaimana kita nak hias rumah kita
Bagaimana kita naak corakkan didikan kepada anak2 kita
Kita nak suruh dia jadi bagaimana setelah dia besar nanti
Jika tak mahu bekerja dengan orang, nak kerja sendiripun boleh
Nak berniaga pun boleh

Jika nak buat MLM, macam2 syarikat ada di Malaysia
Hai O salah satunya
AT 181 pun berniaga dengan Hai O juga
Boleh pilih jika mahu boleh masuk jika suka
Jika anda sudah masuk dgn group lain dan nak masuk
sekali lagi dengan AT 181 sekali lagi pun boleh
Nak buat part time atau full time kita yg pilih
Nak laju atau slow pun kita yang tentukan
Tiada sapa yang paksa
Nak bekerja rajin atau nak buat bermalas2 pun boleh
Nak buat giler2 tak balik rumah pun tak ada sapa yang larang
Nak bonus sikit atau bonus besar
Nak buka berapa kaki
Di mana nak fokus network kita
Bila nak naik CDM
Bila nak dapat bonus car fund atau wawasan pun kita juga yang kena buat
Nak buat kemudian nak rehat pun tak pa
Jika ada yang nak berhenti pun nak buat macam mana jika itu pilihan anda

Tetapi jika peluang untuk berjaya ada
kenapa pula kita nak pilih untuk gagal
Jika ada peluang nak ubah kehidupan nape pulak kita nak berdiam diri
Jika ada peluang untuk menjadi hebat kenapa pula kita nak jadi orang biasa
Jika dengannya kita boleh pergi mlancong percuma mengapa pulak kita menolaknya
Jika kita boleh meniru dalam AT 181, kita tirulah cara mereka yang dah berjaya
Jika kita boleh rapat2 dengan mentor2 dalam AT 181, kenapa kita nak menjauhinya
Jika kita ada peluang untuk menjadi kaya, kenapa kita nak terus miskin.
Ternyata...semuanya berada di dalam tangan kita
Kitalah yang akan menentukannya.

Dah jam 7.15 pagi. Tadi berhenti solat di Simpang Pulai. Dah sampai pun kat Seberang Jaya. Isi perut dulu sebelum berlabuh ke destinasi hari ini, Safira Club. Petang ni terus bertolak pulang ke KL. Esok pula ada seminar Kecantikan, Kerjaya dan Keusahawanan Bersama AT 181. Aku bagi talk lagi. Tak pa aku bersyukur untuk memilih AT 181. Ini pilihanku. Aku bersyukur dapat berkongsi dengan orang lain. Salam dari Seberang Jaya.

Friday, October 1, 2010

Motivasi Harian

Wang bukan segala-galanya. Hakikat ini tidak dapat dinafikan. Tetapi carilah wang sebanyak-banyaknya sebelum berkata demikian