Tuesday, August 9, 2011

CDM FARIDAH NAK BAGI HADIAH



YOU PICK
YOU TELL
YOU WIN
*** STICK POST ***

1st CONTEST
CDM FARIDAH MOHD ALI
(ini adalah banner)




Salam bahagia.
Alhamdulillah syukur atas segala nikmat.
Hari ini 9 Ogos 2011 genaplah setahun usia blog ini.
Setahun yg lalu, pada tarikh yg sama,
blog ini bermula dgn entry yg pertama bertajuk

"HARI PERTAMA....KU PULANG KE PANGKUAN IBU"
Maka dari situ bermulalah aku sebagai seorang bolgger.
ceh ceh ceh...



Sebagai menghargai sokongan anda semua,
aku mahu memberikan penghargaan dan hadiah special kepada anda semua.
untuk mendapatkannya, anda mestilah menyertai contest ini.


Kiranya ini adalah 1st Contest untuk blog ini.
Bagaimana nak menyertainya??

Syarat2nya senang je:

* Contest ini terbuka kepada semua follower blog
CDM Faridah Akademi Taipan 181.
So cepat2lah jadi follower.

* Buat banner dengan memilih mana2 gambar CDM Faridah
selain drpd gambar di atas dan tuliskan

1st CONTEST
CDM FARIDAH MOHD ALI


* Letakkan banner tersebut pada side bar berserta link kepada
http://faridahmohdali.blogspot.com/

* Buat satu entry dgn banner yg sama berkenaan dengan contest ini
yg  bertajuk

CDM FARIDAH NAK BAGI HADIAH
(satu ayat saja)


dan tag kepada lima orang rakan anda.
Pastikan mereka sedar yang anda memberikan tag untuknya.

* Bagi setiap penyertaan, sila pastikan URL entry anda ke comment section entry ini.

* Tarikh penyertaan contest ini bermula hari ini
9 Ogos 2011 sehingga 23 Ogos 2011.

* Dan tunggu keputusannya.
Senangkan.

* Pemenang ditentukan secara lucky draw.

* 5 org pemenang yg bertuah akan mendapat hadiah istimewa untuk hari raya Aidil Fitri
berupa....lelaki atau perempuan hadiahnya sama.


Satu brooch patern terkini untuk wanita
bernilai lebih RM70.00 setiap satu.
yang dibuat daripada batu swaroski.
Sangat cantik digayakan dgn tudung atau selendang atau scarf anda
untuk hari raya nanti.
Semua brooch ini akan diposkan segera sebaik sahaja keputusan diperolehi.
Jika pemenangnya lelaki, bagi jelah hadiah ini kepada isteri anda,
atau ibu anda atau girls friend anda
atau sesiapa je yg istimewa di hatai anda.


* 20 orang pemenang lagi akan mendapat
Hadiah tiket penyertaan
BENGKEL WANITA ANGGUN BERGAYA
Pengisiannya Tutorial  Asas makeup
Penampilan diri
dan Tutorial Penyusunan lemak.
Pada Sabtu/Ahad bertempat di USJ 9.


* Saja je suka2 nak bagi hadiah raya untuk semua follower yg setia melayari log ini.
Terima kasih atas sokongan anda semua.


SELAMAT MENYERTAI CONTEST INI
!!!


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil...
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181
BLOG
CDM Faridah Akademi Taipan 181




Monday, August 8, 2011

Jom...Jadilah Follower

A SPECIAL GIFT FOR U


Untuk semua followers
Peluang mendapat hadiah istimewa.
Cantik uuu...boleh buat raya.

tapi kan kan kan...
jeng jeng jeng...
ada syaratnya.
Mesti jadi follower dulu.
Hanya untuk follower sahaja.

cepat bertindak, klik section followers sekarang
dan tunggu sehingga esok.
Esok pagi2 lagi buka ya.
Macam suspense je pn seri ni...he he he
saja je suka2, tak mau serius sgt.
nanti semua lariii..,ki ki ki

See u tomorrow...


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil...
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181
Blog...
CDM Faridah Akademi Taipan 181










TOMORROW!!!

Terima kasih kepada anda semua yg setia menjadi follower blog aku ni.
Terima kasih juga kerana sentiasa memberikan sokongan untuk
aku terus menulis di blog ini.
Aku amat2lah menghargainya.
Setiap hari, blog ini dikunjungi antara
60 hingga 120 orang pengunjung.


So adatlah,
Org berbudi kita berbahasa
Org memberi kita merasa.



Eh eh..Pn seri nak bagi hadiah lee kat kita semua pembaca blog dia!!
Maaf lah ya...
Bukan pembaca ya, tetapi kepada semua follower blog ni sahaja.
So yg belum lagi menjadi follower, cepat2 menjadi follower hari ini juga.
Ajak kawan2 anda semua sekali.

Waaa....Bagusnya la...
"Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan"


Mana hadiahnya?
Apa hadiahnya?
Berapa harganya?
Macam mana nak ambik?
Bila dapatnya?

TUNGGU!!!
So jangan lupa buka blog ini
TOMORROW!!!



CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Email...
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181
Blog
CDM Faridah Akademi Taipan 181

Rindukan Ma

Bonda ku
Pn Hjh Nik Kalthum Nik Ismail
Aku panggil ma
Ma...aku sentiasa rindukan ma.
Insyaalah tak lama lagi kita akan berjumpa.
Sebenarnya baru minggu lepas dua hari sebelum Ramadan kita berjumpa.
Tetapi setiap saat aku merindui ma.
Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah SWT.

TOYOTA WISH PKF 181

Tahniah anak muda.
Tahniah kpd Tengku Yuzaimie Idham.
Kerjanya dgn jabatan perhutanan.
masuk hutan keluar hutan
dari satu negeri ke satu negeri.

Tapi adatlah makan gaji
Hidup tak ke mana.
tetap di takuk lama.
rajin macam mana pun hidup tetap sama.
apa nak dikata, terima saja.

tetapi jika ada peluang untuk berubah, mengapa kita menolaknya?
Jika boleh dapat cepat, mengapa pilih yg lambat.
Jika boleh dapat besar, mengapa nak kekal pilih yg kecil?
Jika boleh dpt banyak, mengapa terus nak yg sikit.

Inilah bezanya antara org yg melihat peluang dgn org
yang bertindak merebut peluang.

Kisah kejayaan anak muda ini,
DSM Tengku Yuzaimie Idham patut kita contohi.
Anak muda yg berani, bertindak dgn betul, ikut org yg berjaya.
Beliau seorg yg sangat positif, sentiasa berfikir boleh, sanggup bekerja keras,
memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhannya dan yakin kepad diri sendiri.


TOYOTA WISH PKF 181

Inilah hasil dan bukti dr segala sikap Tengku Yuzaimie Idham
Tidak menunggu terlalu lama.
Hanya selepas dua bulan, Tengku Yuzaimie layak mendapat satu tiket ke
Hong Kong secara percuma.
Tiga bulan sahaja, pendapatannya mencecah melebihi RM10 000.

Dan selepas enam bulan sahaja,
Sebuah kereta baru Toyota Wish berharga lebih RM120 000
berjaya dimilik oleh anak muda berjiwa kental ini.

Dan dalam tempoh itu, berjya mengumpulkan pendapatan
lebih drpd
RM20 000.


TAHNIAH
DSM TENGKU YUZAIMIE IDHAM
Habis kau org tak mahu ke macm tengku ni dapat?
Takkan nak tengok je org pakai kereta baru?
Takkan nak tepuk tangan je org lain gi melancong?
Takkan nak tumpang gembira je org lain dpt duit ribu2??

Nak tahu?
Mudah je...
Call aku nanti aku cerita ya.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil....
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181
Blog
CDM FARIDAH AKADEMI TAIPAN 181







Sunday, August 7, 2011

Dua Bulan Lebih RM20 Ribu

DDM Din
DDM Frah Aini
Bergaya sakan dgn kete baru Honda Accord PKB 181

Macam tak percaya ya!!!
Bekerja bertahun2 dok tang tugak.
Tapi bersama AT 181, tak lama mana ehh.
Tak sampai dua tahun, dah boleh pakai kereta baru yg dibeli sendiri
menggunakan statement company yg kukuh sejak 19 tahun lalu.

Bukan sikit2 income anak mami ni.
Farah yg anak mami.
Din anak kelantan ori, tapi sekarang dia ngaku
dia pun anak mami utara.
Dah tukar darah Din ni.
Farahlah yg tukaooo.
report kat mak Din nanti.
Pandai2 tukar darah Din dr kelate ori jadi Penang celup.
Sowee ya Din.



Tahniah kepada Din dan Farah.
terbukti,
Usaha yg bersungguh2, komitmen, konsisten, tidak berputus asa,
boleh berjaya.
Dibimbing, dibantu, ditunjukajar, diketuk, diejentik utk berjaya.

Inilahstatement income DDM Farah.
Original ni.

tiga bulan lepas berjumlah
RM9,220.05
Bulan berikutnya mereka dapat makin banyak
RM11,433.50


So total untuk 2 bulan berturut2
RM20, 653.55


DUA PULUH RIBU U!!
DUA PULUH RIBU!!



Mak oooi, banyaknya...
Kerja apa ni?
Timbalan menteri ke?
Berniaga apa ni?
Tentu modalnya beratus ribu kan!!
Buka petrol pam ke?
Atau bisnes balak?
Atau import perabot antarabangsa?

Masyaallah, Allahuakbar....
Macam mana nak dapat banyak2 macam tu??

Mudah je.
Tak perlu kedai
Tak perlu pekerja
Tak perlu sewa dan deposit kedai
Tak perlu stok bergudang2
Tak perlu lesen dgn Majlis Perbandaran
Tak perlu sorong gerai
Tak perlu dapat kelulusan
Tak perlu tubuh syarikat
Tak perlu buka dari jam 9 pagi hgga 10 malam
Tak perlu plan berbulan2
Tak perlu modal beratus ribu
tak perlu francais atau francaisor
Tak perlu export import
Habis berniaga apa tu?

Nak tahu?
Sedang mencari peluang
Nak business tapi tak tahu nak mula?
Tak ada modal?
Tak ada pengalaman?
Nak cari mentor?

JANGAN LUPA!!!


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil....
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181
Blogspot
CDM FARIDAH AKADEMI TAIPAN 181

Bertadarus Al Quran

Salam pagi Ahad.
Hujung minggu.
Puasa ke 7 hari ini.


Kami terlewat bangun sahur pagi tadi. Jam 5.10 am baru tersedar.
Tapi masih ada rezeki bersahur.
Makan serba ringkas untuk mengalas perut dgn ikan terubuk masin,
daging goreng
dan sup sayur ikan siakap.
Alhamdulillah, melimpah ruah rezeki kurniaan Allah.

Lepas bersahur, terus bersedia untuk solat suboh berjemaah dgn anak2.
Kebetulan Aimi jg bercuti hujung minggu.
Saat palg dinanti.
Berbuka, bersahur dan berjemaah satu family.
kemudian bertadarus AlQuran bersama2 6 beranak.
Mr suami membaca surah2 yg telah ditetapkan. Kami bagikan surah2 tertentu
untuk setiap ahli supaya boleh khatam sebuah Al Quran.

Aku juga diberikan beberapa surah.
Tiap2 hari mesti buat terutama selepas terawih, selepas suboh dan selepas duha.
selalunya memeang setiap tahun kami buat begitu.
Jika tidak, tak sempat khatam nanti.
Adib ada ni, lain sikit.
Dia ambik lebih banyak surah berbanding yg lain.


Irah dan Aisyah yg belajar di Integrated Islamic Shcool Kota Damansara
(ISSKD) sebenarnya memang wajib khatam sebuah AlQuran di sekolahnya.
tetapi untuk di rumah, mereka pun dpt beberapa surah.
Selalunya lepas Suboh dan lepas terawih mereka kena  baca bersama2.

Tp si bongsu ni, bnyak alasan sikit.
Baca dua tiga muka dah ngantuklah, sakit perutla, penatla...
macam2. Apapun dia cuba gak aku tengok.
Maklum, di sekolah pun dah penuh dgn aktiviti
mengaji dan bertadarus.


Alhamdulillah, mereka terdidik dgn pendidikan Al Quran
di ISSKD.
Setiap hari mereka mengaji.
Tak perlu di suruh.
Paling aku suka, Al Quran mereka baca tanpa dipaksa.
Mereka suka Al Quran, mereka seronok membaca Al Quran.

Yg lebih bagus lagi, aku dan Dzul jugak menjadi terdorong untuk lebih rajin
mengaji kerana melihat anak2 yg sentiasa mengaji.
Apa lagi apabila Adib ada di rumah.
Dia berceramah, bercerita tentang agama, berkongsi kehebatan ilmu agama,
mengaji Al Quran,menjadi imam, membahagikan surah2 yg dibaca
dn macam3 lagi.
Syukurlah.


Tapi remaja tetap remaja.
Nak gak gi tengok wayang, tengok gak video drama Korea.
hafal gak lagu2 korea dan entah benda2 kegilaan budak2 muda sekarang.
Aku pun tak berapa paham.
Waallahuaalam.

Jumpa lagi.


Untuk Wanita Istimewa




Cantik kotaknya....
Isinya lagi cantik
boleh buat hadiah ya.
Apa benda alah ni??

Untuk wanita kesayangan andalah.
Untuk isteri tentunya.
Untuk ibu anda pastinya.
Untuk girl friend anda boleh gak.
Untuk adik perempuan atau kakak anda, apa salahnya.
Untuk makcik anda.
Untuk Boss perempuan anda pun boleh saja.
Untuk diri anda jika anda wanita yg anggun dan bergaya.
Hadiahkan sesuatu yg special untuk diri kita sebagai  wanita2 yg istimewa.


Kotaknya boleh ditarik sorong.
Kemas dan bergaya.
Cantik dan menawan.
Sangat sesui untuk hadiah kepada seseorg yg special di hati anda.


Harganya tak mahal, mampu milik untuk semua wanita.
Ada dua saiz ya.
Saiz normal.......
Saiz extra......

Ya ni aku order utk customer.
Nak hantar hari ni.
Sorang kat Taman Zooviiew dan sorang lagi dok Serdang.

Alamak, minta maeeeh la abang2 yooo.
Seksi sikit entry kali ni.
Qoooruslah pahala posa abag2 kita kali ni.
Tinggal 25 persen je gamaknya ya.
Jika imaginasi kau org jauh pergi sehingga ternampak2 yg isi dalamnya,
kompong kosong pahalanya.
Qooorus kering, tak dapat hampeh kecuali haus dan dahaga je.


habis yg kau tunjuk tu buat mendanya pn seri oooi...
Dah aku berniaga benda alah ni, kenalah tunjuk.
Jika tak tunjuk, macam mana org nak tahu bagus atau tak bagusnya ia?

yang cik abang2 hensem lak, buat benda nya kau tengok?
Dah tahu kau posa, jagalah mata sikit.

Eh eh eh...tadi suruh beli untuk isteri dan wanita special di hati.
Nak order lah ni, tapi
nak kena tengoklah dulu benda dan rupanya.

oh ya tak ya lah kan!!!
Ok bolehlah tengok puas2 ya.


Ada 2 saiz ya dgn 2 harga berbeza ya.

*Saiz normal harganya RM480.00
tapi aku bagi harga special hanya RM399.00  sahaja
JIMAT RM81.00


*Saiz extra saiz harganya RM520
specil untuk bulan ni saja harganya hanya RM439.00 sahaja.
JIMAT RM81.00


SHIPPING FREE

Nama yg dipercayai dan diyakini oleh semua wanita di Nusantara.
Short bra ni sgt istimewa
Haaa....kan aku dah kata.
kena beli untuk wanita special anda.

Semua kena pakai short bra ni.
Wanita sahaja ya.
Sebagai tukar ganti utk long bra.
Juga sgt sesuai untuk kegunaan harian ketika di rumah, juga
untuk ibu2 mengandung,
untuk ibu2 dlm pantang, untuk gadis sunti yg mula menggunakan bra,
untuk wanita warga emas yg dah rasa tak mau guna long bra lagi.


Order segera.
Penghantaran segera ke pintu rumah anda.
atau mengikut alamat yg diberikan.
Saya datang ke tempat anda.
Walau di mana jua anda berada.



Boleh emeil kat saya ya.


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil...
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181
Blog CDM FARIDAH
AKADEMI TAIPAN 181

Saturday, August 6, 2011

Ikan Terubuk Masin

Ikan terubuk masin....
tak ada apa yg special tentang ikan terubuk masin ni.
Tapi aku nak share dgn anda semua.


Aku ada tulis dlm entry aku empat lima hari lepas bertajuk
'Adib mengimamkan solat terawih'Jika ada sapa2 yg tinggal kat Sarawak,
bolehlah belikan atau pos pd aku ikan ni.

Nak dijadikan cerita, hamba Allah ni out station ke Bintulu.
Dia baca blog aku tentang kesukaan aku makan terubuk ni.
Entah apa dia mimpi, nak belikan.

Masa kat airport nak pulang dr Bintulu, si hamba Allah
ni call aku bagi tau,
yg dia belikan aku ikan kesukaan ini.
memang aku sukalah.

Hari ni, waktu prgram WAB sdg berlangsung di USJ 9,
hamba Allah yg baik hati ni datang hantar pada aku.
Tak sangka aku, bersusah payah dia
gi beli dan bawa kat aku pagi ni.

Ya Allah, terima kasih banyak2.
Aku akan masak terubuk masin hari ni.
Tiap2 hari ada kat meja makan pun tak apa, aku lg berselera.

Terima kasih banyak2.
Sekali lagi terima kasih.
Budak baik hamba Allah ni.
Warga Taipan gak.
Semangatnya tinggi, selalu dtg kelas untuk belajar.
Teruslah berusaha dgn gigih dan sabar.
Aku doakan dia berjaya.



Inilah dia SSM Muhammad Hadi Ismail.
Dialah yg belikan aku terubuk masin ni.
Jauh di Bintulu sana.


Mula2 SM, pas tu naik SSM.
Hari ini SSM, suatu hari pasti CDM.
Semoga Hadi akan berjaya.
Aku tahu pasti suatu  hari nanti
dia akan menjadi CDM.
Buat jangan berhenti je.
Apa cabaran pun, tempuhilah dgn cukup positif,
gigih dan sabar.
Ilmu mesti ada.
Rapatlah dgn mentor anda.
Nak jumpa aku selalu pun boleh.
Amboi2, nak ikan masin lagi lah tu.

Bukan bukan, ini bukan kerana ikan terubuk masin.
 Tetapi aku sentiasa bersedia je nak jadi mentor untuk sesiapa je.
Sama ada warga Taipan atau pun tidak.
Nak berniaga apa pun boleh.
Yang buat bisnes apa pun boleh.
Yang buat MLM apa pun boleh.
cewah cewah cewah....
business consultant la katakan...

Ya loh...bukan mudah mahu berjaya.
lebih susah dari mencipta kejayaan ialah untuk mengekalkan
kejayaan selepas berjaya.
Ramai org boleh berjaya, tetapi lebih ramai yg kembali ke tahap
lama selepas berjaya di puncak.
Business bukan seperti dunia makan gaji.
Cabarannya tak serupa dgn duduk di ofis dari jam 8 pg hgga 5 ptg.
Di sinilah anda perlukan mentor.

Untuk warga Taipan...FOC.
nak jumpa jom, nak nasihat mailah. Nak buat macam mana..
.jumpalah dulu.
Business stuck, jgn dok diam. Mesti jumpa mentor.
Rugi sapa yg dok peluk tubuh kat rumah, tak nak jumpa mentor.
Aku offer percuma je.


Jika bukan warga Taipan...awwww
he he he...harga boleh dirunding.
Jgn risau, aku banyak memberi, Allah pasti memberi
lebih banyak untuk ku.
Bukan harga yg aku harapkan, kecuali untuk melihat
seramai mungkin bangsaku
berjaya dlm dunia perniagaan.
Tak nak berniaga dgn kami, berniagalah apa pun yg
penting berniaga juga.
Apa2 business pun boleh , tetapi  mesti berniaga.
jgn mengharap hanya 1 dr sepuluh.
tetapi cubalah yg 9 dr sepuluh tu.
SAnda akan melihat potensi diri anda yg sebenar.


Ok, pada SSM Hadi dan isterinya, Noraini.
terima kasih lagi sekali.
Gitu gak pada CDM Roshila, mggu lepas dia yg bagi kat
aku ikan terubuk masin ni.
Sedapnya buat buka posa.

Untuk yg mahu bertanya pada aku...

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil....
faridahmohd_ali@yahoo.com
Hp 016 2212181


Untuk Yg Tersayang

Dah nak raya ni.
Dah posa masuk hari yg ke 6 hari ni.
sekejap je.

Hamper Istimewa  sempena
Aidil Fitri.
Boleh dapatkan hamper untuk mereka yg tersayang.
hamper mengandungi biskut, kek, cookies dan juice.
Hargapun berpatutan.

Bolehlah order.
Nak bagi siapa?
Bagi kat aku pun boleh gak..
ngeh ngeh ngeh...

Bagi kat mak satu, bagi mak mertua satu..
.baru mak mertua sayang.
Bagi gak untuk mak saudara, bapa saudara, adik beradik
pun kena bagi jugak.
Setahun sekali beb.
Kita memberi org menerima. Dah bagi jangan
harapkan balasan ya.
Setiap pemberian ikhlas pada Ramadan ni, pahala dan
ganjarannya berlipat ganda.


Boleh order ya.
Aku hantar kat pintu rumah.
PM kat inbox atau call atau


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
emeil...
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP...016 2212181

BUSINESS PARTNERS NEED


Business partner diperlukan seluruh negara.
Seluruh Sabah dan Sarawak.
Seluruh nusantara.
Seluruh dunia pun boleh.

Peluang terbaik untuk mengubah kehidupan.
Menjadikan impian suatu kenyataan.
Menjadikan mimpi suatu realiti.

Kita mampu mengubah org lain.
Kita mampu mengubah masyrakat.
Kita mampu merngubah dunia.
Dengan mengubah keupayaan diri kita terlebih dahulu.


Kehidupan anda pasti 100 percen akan berubah melalui perniagaan ini.
sebagaimana org lain telah mengubah kehidupan mereka.



YOU'RE MOST WELCOME.

call me.
.....


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181


Friday, August 5, 2011

Terlalu Pantas Masa Beredar

Salam,
aku dlm kereta ni, depan masjid menunggu MR Suami solat Jumaat.
Kalau menunggu macam ni aku pasti melayari blog.
apa yg boleh aku share dgn pembaca sekelian??

Aku tengok folders yg ada.
Ternampak lah gambar ni.
Satu persatu aku perhatikan.
Dengan tekun dan teliti.
aku memang suka ambik gambar.
Apa lagi sejak aku beli Nikon D90 ni.
macam2 yg aku snap.
apa2 je yg aku rasa suka

Sedikit sayu, bila aku lihat gambar2 ini.
terdetik di hati kecil ku...terlalu pantas masa beredar, begitu cepat waktu berlalu.

Cuba lihat...


Ketika anak 3 orang. 1998 difotokan.
Ketika aku berusia 32 tahun. Muda lagi.
Mr Suami lak 34 tahun.
Anak2 masih kecil.
Masa ni memang hidup susah. Mr Suami sedang menyambung pengajiannya di UPM.
Dia tak ada gaji. Aku sorang yg bekerja.
Peritnya hidup, Ujian datang dlm bentuk kesusahan wang ringgit, walaupun org nampak senang.
Maklum, guru berijazah, tinggal rumah dua tingkat, ada kereta, ada motorsikal.
Hakikat sebenar, Allah saja yg tahu.

Ketika anak2 masih kecil. Begitu pantas waktu berlalu.
Rasanya masih segar dlm ingatan,
mendokong, mendodoi dan membelai mereka ketika kaki mereka
sebesar dua jari tangan ku.

aku masih kuat waktu itu. Superwomen.
Semua kerja aku buat.
Dari pintu depan sampai pintu belakang.
isteri, ibu, cikgu, buat macam2 part time cari duit, buat piza hantar ke kilang2, buat MLM,
jual kasut dan handbag untuk menampung hidup.
Tak ada pembantu rumah.
malam selalu tak cukup tidur kerana manguruskan baby
yg kerap bangun malam.


Tetapi hidup mesti ada impian. sambil bertugas sebagai guru, membesarkan anak2,
aku sentiasa mengintai peluang2 yg ada untuk berniaga.
Apa lagi nak buat?
Semua MLM dah join.
berniaga macam2 tetapi duitnya bersepah2.
Dgn org la, kat barang la, org tak bayar hutang la, org pinjam la.
memang aku fening waktu tu.

Anak2 aku...Aimi, Adib, Irah dan aisyah makin membesar.
keperluan hidup semakin banyak.Segala benda nak pakai wang.
Hidup ni jika tak berwang, pergi ke mana diri terbuang.

ketika inilah aku sambung master kat UPM, mana tahu boleh jadi pensyarah.
Naiklah gaji sikit. Peluang pun ada...fikir aku ketika itu.

Ohhh...aku terus jadi IRON LADY, IRON MOTHER sebaik aku sambung belajar.
bayang je lah...part time aku macam2 selain yg tetap
sebagai cikgu, isteri, ibu tanpa pembantu rumah.
Hidup makin keruan, tak cukup wang sebab kos belajar master aku tanggung sendiri.






Gambar ni tahun 2002.
Aku cun lagi waktu ni.
masih muda baru 37 tahun.
Anak masuk 4 orang.

Tak ada duit tetapi nak jadi rezeki, aku dapat beli rumah pertama di Rawang Selangor.
Syukurlah. Aku pindah ke sana tahun 2000.
tetapi mak ooii, tak ada senang datang dgn senang.
Aku dan Mr Suami tak dapat tukar, kami berulang sejauh 75 KM  sehala dari
Bandar Sg Buaya ke Seri Serdang waktu itu.Dua hala berapa? Kiralah sendiri.
jam berapa lak aku bangun nak gi kerja?
Perit hidup makin terasa apabila si bongsu ku, Nor Amalin Aisyah
lahir tahun 2002.

Macam2 susah hidup ini.
namun kebahagiaan rumahtangga dan anak2 tetap nombor satu dlm fikiran aku.
Demi mereka, segalanya aku sanggup berkorban.
Apa aku tak buat untuk cari duit??

Jual baju?
Jual tudung? Jual telekung?
Jual barang emas permata dari Kelantan?
Jual kuih muih, buat piza?
Buat tiusyen?
buat Amway? Zullian? Tupperware?
Susu kambing? Elken? Belina, Fortune?
segala mak nenek aku buat demi untuk menampung lubang dan lombong yg ada.



Ini tahun 2004, foto raya.
Aisyah berumur dua tahun lebih. Raya Aidil Fitri ni.
Ketika ini aku senang sikit sebab dah buat bisness ni, follow CDM Kartini.
masa tu aku merasa pendapatan dlm belasan ribu.
Tetapi matlamat ku settlekan egala hutang piutang dulu....
Maka langsailah credit card, personal loan, yuran belajar kat UM, hutang berenti kerja
kena bayar sbb bg notis 24 jam, hutang perabot kat courts maut pun ada, hutang koperasi dan macam2lah.
Huh...Syukur pada Allah. Permintaan dan rayuanku supaya hidupku berubah dimakbulkanNya.
Banyak hutang aku boleh settle.

Dah tak ada hutang, baru aku tukar kereta baru Toyota Camry tahun 2004.
kemudian beli lagi kereta jenama ikan...cau cin cuuu...
KELISA kat Mr Suami. so Keris dia jual.
Motorsikal Keris u.

namun aku masih ingat, anak2 selalu aku tinggalkan pada Mr Suami.
Aimi selalu aku minta pengorbanannya untuk menjaga dan menguruskan adik2 yg masih kecil,
pada hal Aimi sendiri juga tidaklah terlalu besar. Dia sendiri masih budak2.
Dia dalam tingkatan satu waktu itu.
Aku banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan kasih sayang meninggalkan anak2
demi membina perniagaan ini.
Aku bergerak ke seluruh Malaysia menjual baju dalam PB.
Pengorbanan Dzul dan anak2 memang sangat2 besar waktu itu.

Tetapi mereka sgt kuat memberikan sokongan untuk ku.
terima kasih untuk mereka. Tabik spring aku boleh berikan.

selepas susah pasti ada senangnya.
Selepas mendung pasti ada sinarnya.
Selepas kelam pasti ada terangnya.
selepas hujan pasti ada pelanginya.

Anak2 ku, penguat semangat untuk aku terus gigih dan tabah meneruskan
perjuangan hidup dlm business ini.
Aimi, Adib, Irah dan Aisyah semakin dewasa.
Kesusahan masa lalu juga telah berakhir.
Segala perit dan suramnya hidup telah berlalu pergi.
mereka boleh bergembira hari ini.
mereka boleh  tersenyum hari ini.
Dan aku berdoa agar senyuman itu terus terukir.

Mereka paling memahami susah dan perit hidup sebelum kami join perniagaan ini.
Mereka juga yg paling mengerti akan jatuh bangun ketika aku menapak membina perniagaan ini.
Sehingga kini, mereka amat mengerti.
kerana mereka hidup dan membesar bersama2 kesusahan yg mereka sendiri melaluinya.

Tahun 2005, aku berpindah ke Bandar Kinrara.
Rumah ini hasil keringat dan penatnya membina business ini.
Aku beli tahun 2004. Aku berpindah januari 2005.
Ketika itu sudah senang, tetapi bukan terlalu mewah.
masih berdikit2 meengumpul kesenangan.
Gambar di atas disnap di Tokyo Foto kat Kajang....(bukan Tokyo Jepun ya)
pada raya tahun 2007.
Lega..kami berubah lebih 360 darjah.

Aku mulai membeli sedikit aset berupa rumah, tanah dan saham.
beringat ketika senang.
Ketiak itu, 2007 pendapatan aku pun besar gak. Syukurlah.

berjimat, berhemat...walaupun aku dah banyak senang, tapi aku tak ajar anak2 hidup
mewah senang sesenangnya.
Biarlah mereka belajar mencari kesenangan sendiri.
Tidak semudah itu aku mencurahkan kemewahan tanpa had kepada anak2.
tetapi aku tidak  berkira dalam soal pendidikan.
Tiusyen terbaik, sekolah terbaik, kelas2 tutorial terbaik, guru2 terbaik yg
datang ke rumah aku sediakan untuk mereka.
Juga pelbagai program pembinaan diri, semuanya aku sediakan.
MAP, ESQ teens dan ESQ Siswa, Program SAC dan macam lagi la.


Alhamdulillah.
Aimi dah 20 tahun.
Adib 17 tahun
Irah 13 tahun. dan Aisyah 9 tahun.
mereka meningkat dewasa.

Mencari emas, pasti akan berjumpa lumpurnya terlebih dahulu.
mereka berempat memahaminya terutamanya Aimi dan Adib.
mereka terlalu banyak berkorban berbanding Irah dan Aisyah.
Raya Aidil Fitri tahun 2009.
memang setiap tahun kami snap gambar di Tokyo Foto.
Gambar ni terpampang kat dgn 3 bulan depan kedai
Tokyo tu. Jadi iklan mereka lak. Malunya aku bila ada kawan bagi tau.
Cepat2 aku ke kedai gambar tu minta turunkan bunnernya.

Raya tahun lalu 2010.
Dgn tema sedondon krim pekat.
Pilihan anak2 aku.
Tahun ni pun mereka yg pilih temanya. Biru turkuaz....he he he.
Adib nak pilih kuning...BERSIH katanya  tapi 3 anak perempuan tak mau.

Inilah keluarga tersayang yg banyak berkorban untuk kejayaan kami bersama.
Aku dah semakin menginjak usia.
Mr Suami dah 47 tahun, aku dah 45 tahun...tak dop rahsia heh.
Itu angka je.Yg penting sihat.
Nak tahu rahsianya, tengok entry aku semalam.
Begitu pantas waktu beredar.

Mr Suami memang tak banyak cakap.,tetapi dia banyak mendengar.
Bukan senang nak menjadi pendengar yg setia.
Yg bukan sekadar menadah telinga mendengar tetapi memberikan sepenuh keprihatinannya terhadap
keluhanku, rungutanku, letihku,
penatku, risauku, stress ku, gembiraku, seronok ku dan pelbagai lagi pahit manisnya
sepanjang meniti hidup  bersama sejak 22 tahun yg lalu.
Nak mendengar lebih susah daripada nak bercakap.
Kena banyak2 sabar.
Kena cukup2 sabar.

Alhamdulillah, kami happy sokmo, ceria sentiasa walaupun hidup terus
didatangi cabaran silih berganti.
Ujian datang ketika aku susah dan ketika senang juga.
Tidak terhenti selagi nafas masih berdenyut di urat nadi.

Di usia sebegini, aku belum merasa tua.Badan pun masih kuat dan sihat hasil
pemakanan dan penjagaan seharian.
Tetapi syukur juga, aku sentiasa ingat persediaan selepas tiada.
Aku berdoa agar aku tidak lupa dgn segala kesenangan sementara.
Tempat azali jg aku akan kembali.

Seluruh dunia aku dah pergi makan hangin.
Umrah. ziarah ke Mekah pun dah sampai. haji menjadi tetamu wajib  juga sudah ditunaikan.
Seindah2 dunia ini, ke mana pun aku pergi...Tokyo, Paris, Swiss, Amsterdam, Korea, Gold Coast,,,,
namun tiada yg seindah rinduku
untuk kembali ke tanah suci.
Aku sentiasa merinduimu. Angkatlah aku lagi menjadi tetamuMU yg paling istimewa
samaada umrah mahupun haji.



Maaf pada anda semua, andai entry ini atau mana2 catatan ku ada yg tidak disenangi.
Aku sedar sebaik manapun, sebagus manapun, sejujur manapun,
pasti ada yg suka dan tak suka kan.
Itulah resam dunia fana ini.
Waallahuaalam.

Jumpa lagi.
tuing tuing tuing.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181




penampilan lebih menawan

Bincang-bincang

Tengok apa tu?
Bincang ap lak?
Bincang macam mana nak naik bisnes la...apa lagi nak bincang jika bukan bisness.
Sorree sikit u...gossip2 tak ada tau, cerita2 negatif tak ada masa tau, benda remeh temeh tak main tau.

Bincanglah dgn upline dan dwline kita.
Jangan cari org lain, mereka tak bolef faham masalah business kita.
cari mentor yg betul utk dapatkan nasihat yg betul.
Selalulah bincang2, jangan pendam2, jangan lama2 dibiarkan.
Bawaklah berbincang...
Tak ada masalah tak boleh bincang.

Bincang lagi.
meeting lagi.
Ramainya dok bincang2 lepas meeting2.
Kat coridor stokis di USJ 9.


Bincang2 pasal program taipan.
Bincang2 supaya program berjalan lancar.
Supaya dapat sambutan.
ini kerja satu team, bukan sorang2 punya kerja.
So kena banyak bincang2.

Banyak perkara kusut boleh selesai di meja perbincangan.
Fikir sorang2pun tak nampak jalan. Kelam je.
Cuba bawa berbincang, hilang gelap muncul yg terang benderang.
ohhhh...baru nampak jalan pulang.

Semua isu boleh bincang.
semua perkara boleh selesai.
Semua masalah boleh hilang jika kita suka berbincang.
Kalau tidak, kusut masai fikiran.

Senyum lebar selepas berbincang.
Rupanyamudah je jika berbincang. Sebab idea semua org boleh disumbangkan,
Inilah yg dikatakan, muafakat membawa berkat.

Amboiii abang Z...bincang pasal bank ke, loan ke atau pasal strategi bisness dgn taipan??

Selepas habis meeting, boleh bincang lagi. Dgn sideline pun boleh.
Asalkan naik berniaga.

Jom sama2 fikir...bagi idea, bagi pendapat, bagi buah fikiran.

Ibu2 hebat...bincang tentang business, pasal rumah tangga, pasal anak2, pasal pembantu rumah...
bincang gak tu.

di mana saja boleh jumpa utk berbincang.


Jika anda ada masalah, dalam business...rasa mati kutu, mati akal, jangan kau yg mati lagi ya.
Boleh call aku untuk bincang2.



CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181