Sunday, February 5, 2012

Bowling Lagi!!!

Yahoo...enjoy.
Seronok...beginilah suasana di Summit superbowl tengah hari tadi.
Nak lawan lagi.
Boleh buat lagi.
kali kedua program ini diadakan.
Nampaknya skil makin baik.
Dah kurang yg masuk longkang.
Ramai yg strike...wah bagusnya.
Ada juga yg baru nak dapat skilnya.
kena lebih kerap buat latihan.
Jai dan  Kepet boleh jadi jurulatih.
Aku boleh gak tapi bukan juru latih, sekadar juru letih....

Ada yg bawa anak2, ada yg bawa kawan, ada yg bawa sepupu,
ada yg bawa tunang
dan ada yg bawa girl friend.
Yg penting enjoy dan happy.
Hari ni ada 7 lane, satu lane utk anak2.
Boleh laa, anak2 aku dah sejak hari Khamis lagi dah excited.
Siap ajak sepupu sepapat utk join sekali.

Jai...sdg undi kumpulan.
Tiga org satu group.
lawan 3 set.

Irsyad dan Afiq.
Wah terrornya berbowling. siap bawa peralatan sendiri.
Skilnya tajan, strike strike strike.

Anna, Syida dan Fadli.
Sedang menunggu game bermula.
Wah Liz...bawa baby lagi.Joni dan anak2 pun datang.
Lama tak main katanya. Asyik masuk longkang je.
Tak pa tak pa, happy je.
Business nak start balik kata Liz.
dah lama sangat rehat sejak pregnant hari tu.
Baby pun dah 5 bulan.
Alahai kesian Dania...tak beraksi hari ni. selalunya aksinya lincah dan mencuit hati.
Demam panas, dah seminggu.
Hai anak dara tiga orang ni...melaram kat superbowl.
Nina, Irah dan Sarah.
Eh eh...cikgu Kepet pun ada.
Tak sangka la...Kepet asyik strike je.
Dia ajar bowling kot kat sekolah.
Bolehlah latih team kita nanti.

Serba boleh mereka ni...berniaga boleh, jadi leader boleh, bercakap hebat,
main bowling boleh, main snooker boleh, syok lagi menyanyipun boleh.
Habis main bowling, mereka main snooker dan karoeke.
Berniaga sungguh2, main pun sungguh2.
Aisyah, Afiq dan Shasha.
Kak Ila,,,tak kalah dgn Kepet. Kedua2nya hebat.
Joni, Liz dan anak2.
Aimipun  tak nak lepaskan peluang.
Balik dr Melaka semata2 utk bowling.
Lepas habis bowling, terus kembali ke Melaka semula.
Tahniah Aimi.
Nampaknya makin baik permainannya.

Yati dan Fadli.
Hari ni dapat 7 lane, satu lane utk anak2.
Masing2 bersemangat utk strike.
Menjatuhkan bowl sebanyak mungkin.
Cantiknya...penuh warna warni.
Aku bergaya je...tak main pun.
Tangan dan lutut masih sakit.
Hanya menemankan anak2 utk bagi semangat je.
Zul, Anna dan anak2.
Sama je muka dia orang ni kan...yalah acuannya sama.
Yati dan jai...mereka yg susun semuanya.
Bagus betullah pasangan ni.

Ada hadiah weiii..wang tunai lagi.
TQ Jai dan yati.
Tak lama lagi nak buat family day lak?
Kat mana ya yang bagus?
PD, Cameron Highland, Hulu Langat, Teluk Kemang,
Bukit Merah atau Bukit Jambul???
Geng Taipan Utara mestilah pilih Bukit Jambul ya!!!!
Tempat ke tiga...
Joni, Kak Ila dan Naim.
CDM Dzul tu tukang sampaikan hadiahnya...
Tempat kedua...Zul, Afiq dan Irah.
Tahniah.
Juara kali ini...dapat RM40.
Boleh buat minum la.
Kepet, Yati dan fadli.
seronoknya...sebenarnya ramai yg naik join bowling kali ni.
Tapi sbb cuti panjang, jadul dan perancangan juga berubah.

Sebulan sekali boleh laa main kat sini.
Lupa kejap pasal business, pasal dwline,pasal upline, pasal stokis.
seronok je, anak2 pun enjoy.
Orang pun tak ramai kat summit hari ni.
mungkin kerana cuti panjang.
Lepas tu makan ramai2.
Ada nasi lemak, ada mee hoon goreng, ada roti, ada kek, ada biskut....licinnn.
TQ semua yg hadir.
TQ yg bagi sokongan.
Jumpa hari selasa nanti dalam BOP kat TTC 1.

Kaki Bowling

Kaki MLM
Kaki bowling

Saturday, February 4, 2012

Bio Ever dan Celgynic...Produk Ajaib

Salam bahagia.
Nampaknya ramai yg balik ke kampung kerana bercuti panjang.

Haa...meh aku nak share tentang keajaiban dua produk hebat ni.
Bio Ever dan celgynic.

Ini semua pengalaman dlm insiden Rabu lalu, masa aku jatuh tersembam
atas jalan tar kat Bangi....
Spec aku pecah hancur kat situ, bibir aku pecah,
pipi terkoyak dan darah memancut keluar dgn banyaknya.
Tangan kanan dkt dgn jari juga terkoyak nampak isi dalamnya.
Lutut kanan pun terkoyak, siku bengkak dan banyak darah keluar.

Selepas mengelap darah yg memancut2, ku terus ambik Bio Ever cream dan sapu pada bibir, pipi kanan,
tangan, siku dan lutut yg terkoyak tu.
Selepas disapu, pendarahan berhenti.



Selepas sampai di rumah dan menuam tempat bengkak dgn ketuan ais,
aku pecahkan butiran celgynic dan disapukan lagi pada
bibir yg pecah, pipi yg terkoyak,
tangan kanan yg nampak isinya,
lutut kanan dan siku yg terkeluar isinya.
Celgynic aku telan banyak2...agaknya dlm 20 biji.
Malamnya sebelum ke hospital, aku telan lagi celgynic.

Masyaallah, hebatnya Boi Ever dan Celgynic.
waktu jumpa Dr Jonatahan kat Colombia Hospital,
dia tanya aku ada sapu apa2 kat pipi dan bibir yg koyak?
Sebab katanya dah bercantum dan tak perlu jahitan lagi.
Katanya jika aku datang terus selepas jatuh tu, pasti bibir. pipi
dan tangan serta lutut aku akan dijahit kerana koyakannya besar.

Tetapi dalam jam 7 petang, aku tengok atas bibir tempat koyak tu dah bercantum,
pipi kanan yg terkoyak pun dah melekat,
lutut pun dah tak nampak isinya, begitu juga
dgn siku dan tangan kanan.

Bengkak pun cepat susut.
Selepas jatuh, anda bayangkan tersembam muka atas tar...
spec hancur berkecai kat siku gak.
Serta merta muka aku bengkak kecik sikit drps belon.
Sakitnya jgn ceritalah.
Tetapi selepas aku sapukan Bio Ever hampir seluruh muka,
selepas 10 minit bengkaknya susut tinggal  belon yg dah tak ada anginnya.

Dah masuk hari ke empat ni, aku masih sapu Bio Ever, celgynic dan
makan celgynic banyak2 di samping pemakanan lain yg selalu aku ambil.
Aku sapu juga dgn Vitalit Serum Botanical stem Cell
untuk membantu memulihkan tisu2 dan sel2 yg rosak.
Alhamdulillah...ajaib.
Masih nampak sedikit sahaja kesan bengkak dan koyakannya di wajahku.
Tak perlu palstic surgery.
begitu juga di bahagian lutut dan tangan, cepat pulih luka dan koyakannya.
Cuma tulang yg retak di bahagian pipi tu,
perlukan rawatan fisioterapi susulan.

Aku patut berkongsi pengalaman ini dgn sesiapa jua.
bagi yg belum yakin dgn produk2 5 star Hai O, inilah buktinya.
Tak sabar nak berjumpa prospek yg menanti aku.

Jumpa lagi.
Jika ada yg terbaca entry ini, dan nak bertanya
tentang pengalaman hebat ini...
boleh call aku 016 2212181.


Friday, February 3, 2012

Banyaknya Program AT181

Salam kawan2 Taipan.
Seronoknya, suasana business semakin rakcak.
Semakin sibuk, ada yg dah tak menang tangan.
Momentum dan motivasi semakin positif.

Serentak dgn perkembangan itu, AT181 terus berusaha
untuk membuat pelbagai program yg menarik utk warganya.
Meh...kita tengok satu persatu.
Jom join...sertailah semua aktiviti/program yg dianjurkan.
Hanya yg terbaik utk anda semua.

Ahad ni 5 Februari, jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Bertempat di Summit Superbowl USJ 2.

Terbuka utk semua warga Taipan. Boleh bawa anak2 sekali.
Bayaran utk lane RM7 seorang dan kasut hanya RM2..
Biasanya kita ambik utk 3 games.

AT181 dah booking utk 8 lane.
Dua lane utk kanak2.
Jika tak cukup lane, kita tambah lagi.
Ada hadiah wang tunai tau.
best dan enjoy.


Kursus Sehari Pengurusan Perniagaan Online
dan Pembinaan Website/Blog secara profesional, efektif dan lengkap.
Butirannya adalah seperti berikut...

* Penceramah...En Alimuddin Shahid...
berpengalaman mengendalikan seminar/bengkel dan kursus
untuk online business di seluruh Malaysia.

* Tarikh...Sabtu 11 Februari 2012.
Jam 9 pagi hingga 5 petang.

*Tempat...TTC 1, USJ 9

* Bayaran RM20 sahaja.
Tiada makan minum disediakan.
(Kos sebenar bagi seorang peserta ialah RM350 seorang)

*Terhad kepada 50orang peserta sahaja untuk impak yg maksimum.
Sila buat pendaftaran segera kepada CDM Faridah Mohd Ali.


Pencarian Ratu Premium Beautiful.
Bermula 1 Februari sehingga 29 Februari sahaja.
Terbuka kepada semua warga Taipan sama ada yg baru atau yg lama.
Syarat penyertaan, membuat pembelian melebihi RM2500
pada bulan Februari sahaja.
Terikat kepada terma dan syarat.

Finalis akan diraikan pada Gala Dinner & Red Carper
pada 30 Jun 2012.
Hadiah2 menarik menanti anda.
Johan...bernilai RM3000
Kedua ...bernilai RM2000
Ketiga...bernila RM1500.


MOVING UP SEMINAR
3 Mac 2012.
Jam 8 pagi hingga 6 petang.
Bertempat di Quality Hotel Shah Alam.
Bayaran RM100 termasuk tiga kali makan.
Daftar segera kepada CDM anda.

GALA DINNER&RED CARPET
30 Jun 2012
Quality Hotel Shah Alam.
Jam 7 petang hingga 11.30 malam.
Bayaran RM80 sahaja.

Dah boleh buat bayaran kepada CDM/upline anda.
Atau kepada saya.

Waaa...macam2 aktiviti dan program menarik telah dan akan dianjurkan
oleh AT181. Jom sama2 menyertainya.
Sama2 memeriahkannya.


Untuk pertanyaan..
Call me 016 2212181

Bowling Lagi...Jom Warga Taipan


Wowww...Bowling lagi.
Untuk semua warga Taipan.
Bila tu?

Ahad ni 5 Februari 2012
Jam 10 pagi di
Superbowl Summit USJ


Dah booking utk 8 lane.
Mungkin dua  lane utk anak2 kita. bagi mereka enjoy.
mana tau boleh jadi macam shalin Zulkifli.

Best...bawalah anak2.
Tak biasa dgn bowling pun boleh join, baling je nanti pandailah.
Bukan nak lawan kat sukan SEA, cuma nak suka2 je.
Aku tengok jelah. Tapi anak2 dah tertunggu2 nak berbowling.

Aku pun dah tempah mee hoon goreng dan nasi lemak.
Habis main kita menjamu selera.
Enjoy...best. Lupa sekejap pada business.

Terperap Di Bilik Tidur

Terperap kat rumah, dalam bilik tidur...sinilah tempatnya dah dua hari ni.
Mengaji, baca buku,belek majalah, buka pc, hapdate blog dan fb, tengok email,
jawab call, call kawan2.
Tetapi alahai jemunya...
Maklum selalu ke hulu ke hilir.

Aku masih sakit sikit2.
Bibir masih bengkak, pipi pun sama masih lebam.
Tangan kanan dan lutut masih bengkak.
Tetapi beransur pulih.
Alhamdulillah. Syukurlah masih boleh menikmati segalanya.
Apa benda lagi aku nak buat?

Nak gi jalan, tak berani.
Jalan pun terhenjut2 gayanya.
Muka pun sembab lagi.
"Macam kena suntik botox bengkaknya"...kata Kuyah sambil ketawa
waktu datang tghari semalam.

Nak gi shopping baju? Aku pun takut orang terlanggar aku.
Nanti huwwaaaaaa menjerit.
"Alahai...mama berehatlah jangan ke mana2."
Pesan Irah dan Aisyah pagi tadi sebelum mereka ke sekolah.

Dzul nak bawa makan kat luar, aduh...nak mengunyah pun tak tahan.
Baik makan kat rumah je.

Bertimbun2 Dzul belikan majalah utk aku habiskan
sepanjang percutian ini.
Ada Solusi, ada al Islam, ada Nur, ada Wanita, Keluarga,
Nona, Aniqah, Anis, Intrend, Jelita, Anjung Seri, Laman, Impiana dll.

Banyak masa ada kat aku sekarang ni.
Tapi nikmat sihat ditarik sedikit.
Ujian....tak perlu merungut atau berkeluh kesah.
Terima, reda serta bersyukur dan bersabarlah.

Ada masa sihat dan ada masa sakit.
Begitulah hidup kita ni.
Jalan pun bukan sepanjang masa lurus,
ada masa bengkang bengkok dan berliku2.
Trafic light tak sepanjang masa hijau,
cukup waktu bertukar orenge dan merah.

Jumpa lagi. Harap2 Selasa depan boleh hadir ke USJ.
Bye bye...assalamualaikum.




Sedikit Musibah Banyak Hikmahnya


Salam bahagia.
Semoga sejahtera hendaknya.

Itulah doa kita setiap hari.
Tetapi perjalanan hidup ini penuh berwarna warni.

Semua manusia mahukan senang, tetapi Allah timpakan kesusahan.
Semua manusia mahukan sihat sepanjang usia, tetapi Allah timpakan kesakitan.
Semua manusia mahukan kejayaan sahaja,
tetapi Allah berikan kegagalan demi kegagalan.
Setiap manusia sentiasa mahukan kebahagiaan, tetapi Allah hulurkan
penderitaan dan kepedihan.
Setiap manusia hanya mahukan kekayaan, tetapi Allah berikan kemiskinan.
Setiap manusia mahukan kegembiraan,tetapi Allah berikan
rasa kesedihan dan duka nestapa.


Sehingga ada kalanya kita merasa,
seolah2 Dia hanya mahu kita sentiasa dalam kesusahan dan penderitaan.
Yg baik, yg senang, yg bahagia, yg sihat dan yg kaya yg kita minta jauh dari kita.
Tetapi banyak yg diberi ialah asyik susah memanjang.

Subhanallah.
Tidak Dia jadikan itu semua sia2.
Segalanya mempunyai hikmah.
Semuanya utk kita lebih menghargai nikmat2 yg Dia berikan.
Segalanya utk menjadikan kita lebih baik dan lebih kuat.
Segalanya supaya kita menjadi bertambah dekat kepadaNya.

Aku masih berehat di rumah hari ni.
Sepanjang hidup 46 tahun ni, alhamdulillah sihat memanjang.
Kalau sakit teruk pun, ketika alahan mengandung
selama 9 bulan terbaring kat hospital
bagi keempat2 anak kami.

Lepas tu pengalaman sakit
menjalani pembedahan di Pusat Rawatan Islam pada 18 Januari 2010
dua tahun lalu.
Pendeknya sihat memanjang.
Tak banyak pengalaman sakit teruk atau menguruskan org sakit terlantar.

Ahh... kali ini Allah SWT uji lagi dgn kesakitan.
Sikit je sebenarnya.
Nak baring sakit, nak duduk sakit, nak jalan sakit,
nak solat sakit,nak mandi sakit, nak turun tangga sakit, nak naik tangga sakit,
nak makan sakit, nak berus gigi sakit...
Dzul kata...manja je lebih ni sebab ada misi bagusnya.
Alahai encik suami...manalah dia rasa sakit, kita yg menanggungnya.

Tetapi syukur, mata masih nampak, fikiranku masih waras,
masih boleh berjalan, masih boleh makan, masih boleh sembuh,
masih boleh berfikir, masih boleh mencari idea dan ilham, Masih lena tidurku,
masih bersemangat utk maju ke depan, masih boleh mengadap pc,
jari jemariku masih berfungsi dgn amat baik,
masih boleh menikmati keenakan makanan, masih boleh beribadah,
masih ada kediaman yg selesa dan sempurna,
masih ada kereta yg selesa.

Aku masih ada anak2 yg mengasihi,
masih ada suami yg menyayangi,
masih ada pembantu rumah yg baik hati dan sentiasa
bersedia utk berkhidmat dgn ikhlas.
masih ada teman2 Taipan yg bertanya khabar,
masih ada ibu dan adik beradik yg mengambil berat,
masih ada yg sudi mendokan....

Terima kasih atas doa anda semua.
Hidup kita ini, banyak senang dan bahagianya drpd doa org2 sekeliling kita.
Mereka begitu bernilai.
Dan aku seharusnya lebih menghargai dan menyayangi mereka.

Ahhh...terlalu banyak nikmat anugerahMu.
Tak terhitung Ya Allah.
Tak terkira banyaknya.

Terlalu besar nikmatMu, cuma aku yg kurang bersyukur.
Terlalu besar anugerahMu, cuma aku yg banyak berkeluh kesah.
Terlalu banyak pemberianMu, cuma aku yg kurang bertaqwa.
Terlalu besar kurniaanMu, cuma aku yg banyak mengeluh dan merungut.
Terlalu banyak yg Engkau berikan, cuma aku yg tidak sedar
dan sentiasa lupakan diriku.

Ya Allah, terima kasih ya Rabbi. Tak terhitung akan segala nikmat2 dan pemberianMu.
Tambahkan sabarku, tambahkan imanku, tambahkan ketaqwaanku,
tambahkan kekuatanku, tambahkan ketabahanku.
Jadilah aku hambaMu yg sentiasa bersyukur.
Dgn msedikit musibah ini, jadilah aku hambaMu
yg semakin meningkat iman dan amalanku.
Sebagai persediaan untukku kembali mengadapMu nanti.
Amin.






Thursday, February 2, 2012

Malang Tidak Berbau

Malang tidak berbau.

Hari ini seharian aku terperap kat rumah.
Dok dalam bilik je.
Berehat, bangun, makan pun dlm bilik, kemudian tidur, bangun lagi.
Solat pun sambil duduk je,kemudian berehat lagi.
Nak gerakpun sakit.
Baru tahu besarnya nikmat sihat ketika terlantar begini.

Baring, pusing kiri, pusing kanan, terlelap sekejap,
kemudian bangun lagi, baca Quran, baca buku, baca majalah....oooh jemunya.
Sebagai org yg biasa aktif ke hulu ke hilir, aku tak betah jika seharian di rumah.
Tak suka asyik terperap kat rumah. Lagi aku rasa bertambah tak sihat.

TV pula aku tak minat. Jadi aku rasa sangat jemu.
Dok call je beberapa prospek yg bertanya ttg
NEW YOU PROGRAMME.
Untuk menghilangkan kebosanan, aku buka blog, fb dan updates status kat wall.
Bolehlah buat dlm terseksa.
Apapun aku bersyukur diberi Allah nikmat sakit ini.

Malam tadi dari jam 9 mlm aku ke Colombia Hospital di bandar Puteri.
Mulanya tak nak gi, rasa macam tak ada apa2, tp Dzul pujuk gak suruh jumpa doktor.
Bimbang kalau2 ada kecederaan dalaman.
Xray tangan kanan, lutut dan muka.
Doktor bagi mc walaupun aku tak minta.
He he he...aku mc dgn tempat aku kerja tiga hari...
Akademi Taipan 181.
Bilnya...mak oooi hampir RM500.
Sikit punya banyak.

Kata Dr Jonathan pada aku...
"Faridah, hari ni berehat saja. Jangan banyak bergerak. Daripada gambar xray,
di bahagian pipi kanan, tulang pipi u ada retak.
Ini bahaya sebab di sana ada urat2 mata yg sgt sensitif.
Lutut dan tangan serta jari2 tangan kanan u ok, tak ada patah.
Cuma bengkak tu ambil sedikit masa utk susut.
Di tempat yg sakit dan bengkak tu,
jangan urut atau sapu minyak atau letak sebarang ubat2 lain.
Jangan pergi jumpa bomoh atau tukang urut ya.
Ubat tahan sakit nanti u makan sampai habis.
Dua hari lagi u datang utk follow up, i akan refer u dgn pakar tulang."

Malang tak berbau...semalam aku penuh dgn appointment tentangg
NEW YOU PROGRAMME.
Sambutan hangat...tak sangka juga dpt sambutan hebat.
Rezeki Allah.
Org call pun aku dah rasa seronok.
itu belum close lagi.
Banyak gak laa dapat inbox dan sms.
Dari Kelantan, KTrengganu, Sarawak, Penang, Brunei pun ada.
Selangor dan KL jangan kira la.
Menjadi rupanya dgn internet ni.

Dalam jam 1 tghari, aku appointment dgn kenalan Norsazilah di Bandar Baru Bangi.
kami berjumpa di salah sebuah restoran di seksyen 10.
Sesudah menerangkan ttg program tersebut, semasa nak keluar restoran...
aku terpaksa melangkah satu jaring besi yg menutupi longkang.
Dalam hati dah terdetik...bahaya ni kang terjatuh.


Detik hati itu bagaikan doa...masin betul mulut dan gerak hati ini.
Banyak kali ia berlaku. Dzul selalu pesan..berhati2 dgn gerak suara hati, barangkali kerana dia ada pengalaman sendiri sepanjang kami berkahwin.

Sekelip mata aku tersembam kat situ apabila tapak kasut ku
tersangkut pada jaring besi tu.
Spec aku pecah berderai, bibir pecah, pipi bengkak dan tersembur darah
memancut drpd bahagian  muka dan lutut. Seluar ku terkoyak.
Mataku gelap tapi nasib baik ramai yg membantu.
Dalam kesakitan, mereka membantu ku, mengelap darah, mengambil handbag dll.
Mereka memapahku masuk ke kereta dgn bantuan
Ila dan bebarapa org lain.
Perasaan malu tak muncul sama sekali.

Mengaduh keseorangan dlm kereta, hati dup dap dup dap berdebar2.
Ohhh syukurlah tak parah walaupun mukaku tersembam atas jalan tar.
Aku minum air bio aura utk menghilangkan perasaan terkejut.
Dalam 20 minit kemudian baru aku rasa lega.
Perasaan gugup dan berdebar2 beransur lega.

Aku juga segera sapukan Bio ever cream
di pipi dan bibir yg pecah, tangan kanan dan lutut.
Dah tak boleh memandu, bukan hanya kerana kesakitan
tetapi kerana tak nampak sebab spec pecah.

Tak nak call Dzul kerana tak mahu menyusahkan suami,
aku berusaha utk memandu sendirian dlm keadaan samar2.
Pandu kereta dlm 60 hgga 80km/sejam.

Sampai di rumah, pembantu rumah aku yg baik hati dan setia,
Homsatun membantu membersihkan luka, menuam bahagian bengkak
dgn ais dan membalut bahagian yg berdarah.
Selepas itu dia pecahkan butiran celgynic dan disapukan di tempat yg
bengkak dan luka itu.

Sakitnya Allah jua yg tahu.
Tetapi ajaib, bengkaknya cepat juga susut.
Mungkin kerana keajaiban Bio Ever dan celgynic.
Pipiku yg terkoyak nampak bercantum sebelum aku ke hospital.

Apapun aku bersyukur.
Masih hidup dan bernafas.
Masih boleh memberikan kebaikan utk org lain.
Hanya sedikit ujian utk aku
tabah,semakin kuat dan menghargai nikmat sihat.
Syukurlah.












Apa Kata Mereka

Apa kata mereka?
CDM Jai...saya akan terus berjuang bersama AT 181
kerana keyakinan kepada akademi inilah yg menyebabkan
saya berani meletakkan jawatan saya sebagai seorang kapten di dalam tentera.
Terus berjuang..
Apa kata mereka?
CDM Aida...
hampir 5 tahun saya bersama AT181 semuanya manis tidak ada yg pahit.
Kehidupan saya begitu banyak berubah.
Sebelum usia 30 tahun saya sudah memandu Mercedes Benz C200 baru.
Saya mampu buat renovation rumah secara tunai tanpa hutang.
Saya juga layak melancong percuma hampir ke 10 buah destinasi
di dunia secara percuma.
Buat saja, teruskan berjuang,
inilah peluang yg terbaik utk saya dan untuk anda juga.
Apa kata mereka??
CDM Wan Iskandar.
Saya masih bekerja tetapi kenapa saya juga menceburi syarikat ini
bersama AT181?
Kerana saya begitu teruja apabila adik saya sendiri
mendapat pendapatan setahun dlm masa sebulan sahaja dlm perniagaan ini.
Peluang melancong percuma dan mampu mengubah kehidupan benar2
menarik hati saya.

Apa kata mereka??
DDM Nizam, DSM Azizi, SSM Hadi dan CDM Jai...
Internet akan memberikan lonjakan baru utk business kami, business anda
dan business AT181.
Jom kawan2...sertailah akademi ini.


Apa kata mereka?|
CDM Roshila dan CDM Indawati..
"Akademi Taipan pasti akan membimbing anda.
Sebagaimana kami dibimbing, anda juga pasti akan dibimbing."
"Jom..sertai kami!!!"

Apa kata mereka??
CDM Dzulfauzilah..."Akademi Taipan dibina hasil gabungan dan kekuatan
semua warganya. Saya tak pandai yg lain, jaga muzik bolehlah.
Tapi kalau tak ada muzik, tak syok juga BOP kita ya.
Ada muzik, baru meriah."
TQ AT181
Apa kata mereka?
CDM Yan, CDM Aida, CDM Lin...
"Kami harungi warna2 hidup yg indah bersama AT181.
Walaupun ada manis, pahit, suka duka , lara dan gembira, tetapi sesungguhnya
ia suatu pengalaman yg hebat utk kami terus menikmati kejayaan yg
sungguh bermakna bersama2. Dannjangan risau, kami tidak keseorangan.
Kami mempunyai rakan2 dan teman2 sejati yg sabggup susah dan senang
bersama2.Tahniah dan terima kasih AT181".

Apa kata mereka??
CDM Dzul, CDM Shahril, SSM Hadi dan DSM Nabihan
"Wah seronoklah bersama AT181...setiap hari kita menjadi lebih baik drpd semalam.
Pelbagai ilmu baru akan dikongsikan dgn anda.
Dan semua mentor bersedia utk membimbing
kita walaupun siapapun latar belakang kita."
Apa kata mereka?
CDM Hanim, CDM Hanum dan DSM Nabihan
"Kami dibimbing utk yakin kepada diri sendiri."
"Kami diajar utk mencapai impian kami."
"Dan yg pasti, impian kami akan menjadi kenyataan jika kami sanggup berusaha."
"Terima kasih AT181".

Apa Bezanya?

Inilah pakaian dalam yg selama ini kita pakai.
kecil, longgar, mudah masuk dan mudah ditanggalkan.
Sejaak berusia awal remaja.

Oooooppp....sorry seksi sikit entry ni.
Buat malu je.
Tetapi ini untuk tatapan wanita2 sahaja tau.

Banyaknya tersadai  di jemuran...
Harganya memang murah.
Kalau kita beli sebanyak RM2000, kita boleh dapatkan dua lori
pnties macam ni.
Walaupun kurus, dgn pakaian dalam yg lain yg kita sarungkan kat badan selama ini, ternyata kelihatan masih lagi berbonjol2.
Benjol sana dan nampak dgn jelas gelebeh di sana sini
walaupun badan kita kurus.
Pakai apapun tak cantik.

Cuba perhatikan jika menggunakan Premium Beautiful.
*
*
*
*
*
*
*
Dada tegak, badan mantap, bawah rapat, tidur nyenyak,
badan sihat dan poket lebat.

Jom join kami.
Anda mampu menjana pendapatan semahu anda melalui
Premium Beautiful.
Kini diperkenalkan lagi melalui

NEW YOU PROGRAMME
SLIM, SHAPE & BEAUTY PROGRAMME
CALL ME 016 2212181.

Wednesday, February 1, 2012

Semangat Aku Boleh

Semangat aku boleh!!!
Tahnniah CDM Yan, CDM Aida, CDM Hanum, CDM Lin, CDM Shila.
Mereka bermula dr kosong. Tetapi semangat aku boleh
menjadi spirit yg meniupkan semangat dan kekuatan utk berusaha
mengubah kehidupan.

Sehingga kini, walaupun mereka sudah bergelar CDM,
tetapi nafiri tiupan 'semangat aku boleh'
menyebabkan mereka mampu mengharung gelombang sebesar tsunami pun
di dalam business ini.
Dan mereka terus berjuang dlm perjuangan ini.
Tahniah semua.
'Semanagt aku boleh'
ditanam dan dipahat dlm minda semua warga Taipan.
Siapa pun latar belakang anda, dari manapun anda berasal, apa pun pekerjaan anda, tinggi atau rendahnya tahap pendidikan anda, anda pasti boleh.
Jika orang lain boleh, aku juga pasti boleh.
'Semangat aku boleh'
menjadi kekuatan utk semua warga Taipan terus berusaha dan mencuba.
Anda tidak keseorangan. Bimbingan daripada semua mentor
AT181 adalah tip top.
jgn mengalah.
Jgn tewas.
Jgn undur.
teruskan berjuang sehingga puncak jaya.
Aku Pasti Boleh!!!

Yes...Aku Pasti Boleh.
Aku mahu yg terbaik utk hidupku.
Aku mahu menjadi yg terhebat utk kehidupanku.
Aku mahu memberikan yg terbaik utk keluargaku.
Aku Pasti Boleh.
Aku Pasti Boleh!!!
Sekali2 aku tidak akan mengalah.
Sekali2 aku tidak akan menyerah.
Sekali2 aku takkan berundur.
Malahan aku akan terus mara, mara dan mara dgn semangat aku boleh!!!.
Semangat Aku Boleh!!!
Akan menceriakan hidupku
Akan memberikan warna baru utk diriku
Akan memberikan aura dan momentum baru utk kehidupanku.
Tanamkan azam dgn
'Semangat Aku Boleh"
Jika org lain boleh, aku juga pasti boleh.
Kerana antara aku dgn org lain tak ada bezanya.
Sempoi2 je...
CDM Che Mat, DDM Nizam, CDM Zaifry, SSM Hadi...
'Semangat Aku Boleh'
menyebabkan mereka mampu mengharungi apapun cabaran dlm perniagaan ini.
Mereka meneruskan agenda kemenangan bersama AT181.
Tahniah semua.
'Semangat Aku Boleh'
Setiap masalah adalah cabaran.
Aku takkan fikirkan cabaran.
Aku tak mahu terbelenggu dgn perkara remeh.
Aku tidak akan fokus kepada masalah dan ujian.
Sebaliknya dgn semangat aku boleh, aku akan jadikan setiap cabaran
sebagai faktor tolakan utk aku berusaha
mencapai kemenangan.
'Semangat Aku Boleh'
Aku tahu bersama AT181, aku mempunyai ramai mentor dan upline hebat yg lebih berpengalaman.
Mereka sudah melalui liku2 perjuangan.
Mereka akan membimbingku.
Mereka akan terus bersama ku.
Bertuahnya aku, semangat aku boleh diajar dan ditanam oleh mentor2ku.
Cuma aku yg mesti terus bertindak dan berusaha.
Yes aku boleh!!!
Bulan Februari pasti lebih baik daripada Januari.

'Semangat Aku Boleh'
Personal coaching.
Semangat, keyakinan diri, kepercayaan, kebolehan dan potensi diri digarap oleh
mentor anda.
Tahniah mentor.
'Semangat aku Boleh'
DDM Nor dan DSM Ani dr Melaka.
Jauh atau dekat hanyalah jarak.
Tiada siapa yg mendapat menghalang kemaraanku dgn
'Semangat Aku Boleh'.
Aku akan buktikan.
Itu janji2ku kepada diriku, keluargaku, pasanganku, ibu ayahku.
Itu janjiku kepada semua rakan kongsiku.
Itu janjiku kepada upline dan mentorku.
Itu janjiku kepada AT181.

Tahniah semua yg hadir BOP malam tadi di USJ 9.
Penamat yg baik dgn nyanyian lagu
REALITI INSAN
bersama2. Begitu bersemangat.

Dan dengan semangat itulah, pagi ini ku dapat tiga panggilan telefon
untuk mengetahui lebih lanjut tentang
NEW YOU PROGRAMME....
SLIM, SHAPE UP & BEAUTY PACKAGE.
WOW...Aku Pasti Boleh.
HP...016 2212181