Friday, September 30, 2011

Macam2 Semangat

Semangat
Bersemangat
Semangat giler
Semangat sangat2
Tinggi semangat
Semangat tinggi
Rendah semangat
Semangat habis
Luntur semangat
Lemah semangat
Tak ada semangat
  Habis semangat
Tebal semangat
Kurang semangat
Kuat semangat
Nipis semangat
Hilang semangat
Masih bersemangat
Kekal bersemangat
Semangat hangat
Panas semangat
Sejuk semangat
Kurang semangat
Semangat merudum
Semangat menjunam
Semangat jatuh
Naik semangat
Meremang bersemangat
Semangat memuncak
Semangat pejuang
Semangat Hang Tuah
Kurus semangat
Semangat sekejap
Semangat lama
Semangat baru
Baru bersemangat



Oktober


Esok dah 1 OKTOBER 2011.
Bulan baru.
Bulan ke 10 tahun 2011.
Dah 9 bulan tahun 2011 berlalu.
Hampir sampai ke penghujung tahun.
Lepas tu bulan Novenber muncul.
Lepas tu Disember pula hadir.
Lepas tu tahun baru 2012 pula yg muncul.
Pantasnya masa bergerak.
Tak menunggu sesiapa.
Tak menanti sesiapa.
Tak kisah apapun, terus bergerak berputar meninggalkan setiap detik.
Sepantas kerlipan mata.

Aku dah mula merancang utk gerak kerja pada bulan Oktober.
Yg rutin akan berjalan seperti biasa.
Meeting, demo dan WAB.

Target aku seberapa banyak demo.
Seberapa ramai prospek baru utk ditemui dan berkongsi peluang hebat ini.
Nak buka kaki baru seberapa banyak.
Utk Oktober, aku target 10 pakej akan close.
Tak kisahlah kerja swasta atau kerajaan.
Nak bawa seramai mungkin prospek utk program WAB.

Malam tadi aku dah buat senarai nama baru.
Antaranya yg ku jumpa kat dlm flight, masa balik kampung hari tu,
jumpa KLIA waktu hantar Adib
balik Cairo tempoh hari, juga kawan2 baru dan lama yg jumpa sepanjang musim raya ni.
Ada juga yg aku dah ambik no telefon sepanjang musim Ramadan yg lalu.
Nak mula call, jumpa dan buat appoiment.


Yg dah hadir program WAB sebelum ini, kena follow up la.
Nak call juga beberapa org sepupu sepapat yg ada di KL ni utk program WAB.
Aku dah bagi tiket kat mereka hari tu. Katanya nak hadir
lepas habis musim beraya ni.
Eloklah ni, open house pun dah habis.

Rakan kongsi sedia ada, akan aku terus ku bimbing dan bantu.
Selagi mereka mahu.
Sideline pun tak kisah.
Boleh ajak aku pada bila2 masa jika nak gi berdemo atau berjumpa prospek.
Rakan kongsi yg berdiam diri, tak nak bergerak...aku tak mau tunggu lagi.
Dah letih follow up. Ajak meeting tak datang, ajak demo tak mahu, aku offer jumpa
kawan2 mereka pun mereka diam je...apa lagi yg aku boleh bantu jika diri
sendiri tak mahu bertindak?
Terpulanglah pada diri sendiri.

Jika ada leaders  lain yg nak minta bimbingan atau minta aku turun padang,
boleh bincang gak dgn aku.
Jika mahu dan berbincang, aku boleh turun sekali.
Jika tak mahupun tak apa, aku boleh bantu yg mahu.
Jika semua tak mahu pun tak apa, aku cari personal sales je banyak2.
Fokus kat kaki baru je, lagi senang.
Lagi bagus, senang hati.
Yg penting berbincang adgn aku. jika tak bincang, manalah aku tahu?
Aku pun ada jadual sendiri, ada urusan sendiri, ada hal sendiri.
Positif positif positif.

Target aku bulan ni nak naikkan sales network di KL Selangor.
Tp ini pun bukan kerja sorang2.
Ini kerja semua.
Teaamwork.

Program2 siap diatur.
Selasa jam 8.30 malam, business talk di TTC 2.
Sabtu dan Ahad, Program WAB akan berjalan sebagaimana biasa.

Ahad pula bermula 2 Oktober ini, PGP untuk lelaki sahaja akan bermula di TTC 2.
Bermula jam 10 pagi hingga 1 tghari.
Ini diuruskan sepenuhnya oleh CDM2 lelaki...
Boleh tanya CDM Kamaruddin, CDM Che Mat Perlis, CDM Syed Huzair, CDM Khazir,
CDM Ahmad Shahril, CDM Iskandar, CDM Dzul, CDM Nasir dll.

Insyaallah,hari ni lebih baik dari semalam.
Minggu ni mestilebih baik dr minggu lepas.
Bulan ni mesti lebih baik dr bulan lepas.

Selamat maju jaya.


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil...
faridahmohd_ali@yahoo.com





Dah Ada Tiket?


Welcome
Selamat datang
Program Wanita Anggun Bergaya
Bertempat di Studio Kecantikan WAB USJ 9
Setiap Sabtu dan Ahad
Jam 10 pagi hingga 1 tghri



Program ini disokong oleh Program Usahan Muda
Kementerian Belia  dan Sukan
MARA
MOA
MITI
KPDN

Dengan tiket harga RM10 sahaja


Teknik asas solekan

Ditunjukajar oleh juru makeup profsional
Menggunakan produk FCC

Tutorial penyusunan lemak
untuk mendapatkan penampilan gaya yg lebih sempurna

Juga tips awet muda dan rahsia sentiasa sihat bertenaga.

Sila hadir beramai2.
Dah ada tiket?
Boleh email atau call saya ya.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil...faridahmohd_ali@yahoo.com

Mentor

Nak berjaya
Kena ada mentor
Tak boleh sendirian
Pandai2 sendiri
Mesti ada mentor
Rapat dgn mentor anda
Bina hubungan dgn mentor anda
Lihat apa yg mentor buat
Ikut tindakan mentor anda
Follow mentor anda
Bertindak seperti tindakan mentor
Dengar cakap mentor anda
Lakukan sebagaimana mentor anda lakukan.


Thursday, September 29, 2011

Garu2

Garu2
Gosok2
Belai2
Sukalah dia, buat memanjang waktu pun tak apa
buat sepanjang masa, lagi dia suka

Dipanjangkan lehernya minta digaru.
Lama digaru, dah garu sebelah kanan, Tuah pusing lak leher sebelah kiri.
Inilah naknya si Tuah tu hari2.

Dah Siap


Alhamdulillah.
Sebagaimana dijanjikan, Salwa sampai ke stokis jam 3.15 petang.
Aku dr Shah Alam, sampai jam 3.05 petang.
Dah punch, satu bio aura dua set PB serta beberapa produk kecil yg lain.
yg lain bulan depan.
Lepas ni nak bergerak laju.

Di stokis aku jumpa CDM Sabarinah dan rakan kongsinya.
Juga Arif, suami CDM Lia.
Lama tak nampak.
Sihat nampaknya.

Habis urusan di stokis, Salwa terus balik.
Aku terus pecut ke Kajang pula.
Nak jumpa Pn Anisah yg nak beli PB.
aku cite kehebatan PB macam2 dulu2 zaman aku masuk.
Dia nak tahu kelebihan produk PB.

Alhamdulillah, Pn Anisah nak pakai satu set, tapi nak bengkung dulu.
Girdle dan bra nak ambik bulan depan katanya.
Tak kisahlah, aku boleh dapat personal sale utk bulan ni.
Dah selesai, aku call stokis utk terus punch satu set.
Pn Anisah terus bayar, kebetulan saiz yg dia nak ada aku bawa.
Dah selesai, aku terus call Angie dan punch personal sale utk bulan ni.

Syukur, dah settle maintain bulan ni.
Dah habis punch sale bulan ni.
Anda macam mana?
Dah maintain sales utk melayakkan anda dapat bonus?

Sekarang dah mula buat kerja utk bulan Oktober.
Selamat berjuang.





Raya Dah habis


Raya dah habis.
Aidil Fitri dah tamat
Syawal akan berlalu. esok dah masuk bulan Zulkaedah

Dah habis open house
Dah habis rumah terbuka
Ziarah menziarah boleh je, sepanjang tahun ia dituntut.
Bersilaturrahim tak perlu menunggu musim raya je.
setiap masa kena bersilaturrahim.

Saling hormat menghormati
Berkasih sayang
Bersangka baik dgn semua org.
Sayangi semua bagai menyayangi diri sendiri.
Sesiapa yg menyambung silaturrahim, rezekinya akan melimpah ruah.


Rezeki Hujung Bulan

Alhamdulillah kali ni berhasil...rezeki penghujung bulan.

Selepas menziarah rumah CDM Aida ptg semalam, aku terus ke Giant Bandar Kinrara.
Ada satu appointment dgn Salwa.
Follow up je.
Dah banyak kali jumpa.
Dah tiga kali datang meeting. Sekali di Mines dan 2 kali di USJ 9.
Sekali pernah datang WAB sebelum raya tempoh hari.
jawapannya sebelum ini "nanti dulu".
Tp bila ajak datang meeting atau ajak jumpa, positif je orgnya.
Dia percaya, cuma belum yakin pada diri sendiri.
Itu yg kita kena follow up.

"Mungkin kena follow up lagi. Tak cukup keyakinan diri"...fikir ku.

Ya lah, org ni macam2.
Salwa percaya melalui Hao O boleh buat duit, boleh jana income dan boleh ubah kehidupan.
Dia sendiri dah lama mengenali ku.
Dia sendiri melihat perubahan demi perubahan dlm hidup ku.
Dia sendiri melihat dari sebuah rumah, aku beli lagi tiga buah rumah di bandar kinrara.
Semua Salwa yg uruskan.
Dia kerja dgn Perumahan Bandar Kinrara Berhad.
Dia yg selalu bagi tau aku bila ada nak lounching rumah baru di Kinrara.
Dia selalu suruh aku beli, "jgn tak beli, beli beli nanti dpt untung besar kak"....kata Salwa.


Lama gak bersembang dgn Salwa ptg semalam.
Dia bagi tau macam2 nak mulakan projek nak cari duit, tapi semua memerlukan modal besar.
Nak buka SPAla, nak try buat saloon la, butik pun minat gak.
Tapi semuanya modal besar.

"Macam mana kak faridah mula dulu ya? Heranlah saya tengok, rasa mcm boleh buat tapi
macam tak yakin je dgn diri sendiri"
Nah sungguh bagai dikata...Salwa kurang keyakinan diri.

Apa lagi...aku citelah macam mana aku mula, bagaimana aku melangkah,
apa komitment yg perlu diberikan utk berjaya,
kesanggupan utk berkorban,
kemahuan utk berjaya dan belajar
serta keperluan rapat dan mempunyai hubugan baik dgn mentor serta sikap yg positif.

Aku cite pengalaman aku je, bukan mendesak salwa utk join aku.
Citelah yg best bersama bisness ni...
apa yg best?
Melancong dpt FOC 3 kali setahun, dapat kawan2 yg positif,
dpt membantu org lain berjaya,
membantu org lain mengubah kehidupan,
kebebasan kewangan dan masa yg aku nikmati,
pencen dan pendapatan yg berterusan dll.

Alhamdulillah....berhasil.
"Ok lah kak faridah, petang esok saya follow kak faridah gi stokis ambik barang"
"Saya mula lima set PB dan satu bio aura dulu boleh ke?"
Pagi esok saya transfer duit, nak masuk akaun mana"?

Aku terus bagi no akaun stokis.
Hari ni jam 2 petang, aku bawa Salwa ke stokis.
Syukur, rezeki hujung bulan.
Dapat cash lagi.

Anda bagaimana?
Dah follow up prospek anda?
Dah berapa kali jumpa mereka?
Dah berapa kali mereka hadir meeting?
Dah berapa kali mereka hadir WAB?
Dah berapa kali anda follow up?




Baby CDM Aida

Danish Khalish Azizi
Rezeki...lama dinanti kemunculannya
Lama dirindui tangisannya
Lama diharapkan riang ria cahaya rumahtangga ini.
Tahniah Aida dan Azizi

Sempat menziarahi Danish petang semalam bersama CDM2 lain.
Ramai gaklah.
Tengok Danish...akupun terasa nak baby gak. Boleh lagi ni walaupun dah 4series.
hik hik hik...kalau pregnant...mak oooi masuk spital keluar spital la jawabnya aku ni.
Drip memanjang selama 9 bulan sampai bersalin.
Rambutnya lurus lebat hitam.
Kulitnya cerah.
Hidungnya mancung tinggi.
Comelnya.
Bertuahnya Aida dan Azizi.
Berseri2 wajah Aida meraikan kelahiran Danish.
Sayang u...kasih bertaut makin padat pada EG.
Ramai sahabat handai dtg menziatah.
Bagi buah tangan. bagi duit.
Sahabat handai dan rakan taulan  turut gembira dgn berita gembira ini.
Tahniah sekali lagi.

Aku pun nak baby lagi.
Aisyah dah 9 tahun lebih.
Boleh ke....huwaaaaaaaaaaaaaa.


Wednesday, September 28, 2011

Kelas AT 181

Mesti ada
Tak pernah tak ada kelas
Selasa jam 8.45 malam
Hujan ribut panas sejuk
jem tak jem
Mesti ada.
Org ramai atau org tak ramai kelas akan kekal berjalan seperti biasa.
Malam tadi pun ada seperti biasa.
Tak pernah tutup
Tak pernah tiada
Pasti sentiasa ada.
janji ditunaikan
bimbingan diberi berterusan
Org baru hadir
Org lama lagi penting hadir
CDM lebih2 lagi pentingnya hadir.
DDM Rozita
Dulupun tak pandai cakap
Dulu pun tak tahu bercakap
Dulupun tak sedap cakapnya.
Datang kelas AT 181 berterusan, cakapnya makin sedap.
Cakapnya makin matang.
Cakapnya makin berirama. Ada lentuk liuknya.
itulaah hasil dtg kelas AT 181.

Per
Perjalanan seribu batu bermula dgn langkah yg pertama.
Mula2 tengok, sambil belajar, memberanikan diri utk mencuba, kemudian buat hari2.
Cakapnya makin mantap.
Tahniah CDM Haryati.

Penyampai baru slot ice breaking...
CDM Kept Jai.

Tiada alasan utk berjaya.
Tetap hadir demi mada depan anak2.

SM Osparizal dari Kajang Selangor.
"Saya baru berjumpa tempat yg tepat utk mengubah kehidupan saya sekeluarga."

SSM Fatin..
Melalui AT 181, saya bertemu jodoh.

DSM Yan..."saya sukakan kecantikan.
tetapi di dalam AT 181, saya bukan sahaja mendapat kecantikan, tetapi juga mendapat pendapatan,
kesihatan, pelancongan dan sebagainya.

"Jgn melihat org yg gagal tetapi lihatlah org yg berjaya"

DDM Norita.
"Saya mahu diraikan di stadium Bukit Jalil sebagai
Crown Diamond Manager.
Saya yakin akan mendapatnya"

DDM Azhar.
"Saya masuk dulu kerana nak cari duit utk saya kawin.
Alhamdulillah saya dapat berkahwin dgn isteri saya.
kemudian saya dapat melancong dan honeymoon ke Paris.
Saya juga mampu menjana pendapatan lebih RM150 000 sepanjang terlibat dlm business ini.
Dah pun memandu Honda Accord Baru.
Terima kasih kepada AT 181".
Bagus
Hebat
Tahniah
Terbaik
Terpuji
Cantik
Cun
Ngam
Ummph
Elok
Good
Best

Futuristik Terbaru

Futuristik terbaru
Sampai ke alamat rumah Sabtu lalu.
Tiga keluaran sebelum tu tak sampai.
Tak dapat sampai sudah, nak baca aku minta dgn CDM lain.
Tak tahu kenapa sebab2 tak sampai.
Aku tanya HQ, katanya bahagian urusan penghantaran diuruskan oleh pihak lain.
Aku komplen la.
Alhamdulillah baru dapat bila bertalu2 aku tanya.

Sebuah je yg dihantar, selalunya banyak.
Aku dapat banyak, en suami pun dpt banyak.
Kali ni betul2 satu je yg dihantar.
Aku je, en suami tak dapat pulak.
Tak apalah, itu lebih baik drpd tak dapat langsung.

Futuristik terbaru, nampaknya lebih baik.
Ada pengisian dan mesej yg berguna.
Bukan macam selalu.
Ada pembaharuan...baguslah.


Page 4 dan 5...Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan.
Bagus rencananya.
Banyak manfaat utk business kita.
Dunia sudah berubah, maka cara berbusiness juga mesti berubah.
Bukan lagi ketuk pintu rumah org macam dulu,
bukan lagi menjaja dgn basikal dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
Penggunaan teknologi memungkinkan segala,
Walau kita di mana sahaja, seluruh dunia boleh melihat business kita.
Lebih mudah, lebih luas.

Pagr 6 dan 7...Ingin Menjadi Pemidato Hebat?
Mahukan skils berpidato, nak belajar bercakap, menjadi juara di pentas bagi org terpukau dan terpegun?
dapatkan segera Futuristik terbaru.

Lain2 berita ialah tentang program2 keusahawanan hai O di sana sini.
juga perkongsian kejayaan 4  org pemimpin tertinggi CDM.
rencana pelancongan ke Hong Kong pada halaman 8 dan 9.
juga mengenai Konvensyen CDM di Cameron Highland pada Mei lalu.

Tahniah kepada beberapa org rakan kongsi berpangkat
DDM dan DSM
yg terpampang wajahnya pada halaman 24 dan 25.

resepi pun ada oleh Chef Sabri.
kehebatan produk Celgynic di halaman 27
serta promosi2 terbaru.

Tahniah kerana Futuristik telah mempersembahkan pembaharuan dan memuatkan lebih banyak info
utk memberikan lebih banyak faedah kepada pengedar2nya
utk melangkah dgn lebih yakin bersama syarikat ini.
Tahniah sekali lagi.

Seminar Dimensi Baru
30 April dan 1 Mei 2011 lalu
Di Quality Hotel Shah Alam

Masih kentalkah semangat anda
Masih membarakah impian anda?
Masih segarkah harapan anda?
Masih tegarkah cita2 anda?

Sekental semangatku yg tak pernah hilang
Sederap harapanku yg sentiasa segar
Sehebat impianku yg sentiasa membara
Sesegar citaa2ku yg sentiasa menyala2.

Selamat maju jaya.

Bila Abang Nak Balik Lagi?

Baru 2 hari Adib berangkat ke Cairo,
kami sekeluarga dah merinduinya.
Aisyah dok sebut2 tentang abang Adib... di meja makan, selepas solat, selepas mandi,
atas kereta nak gi sekolah pagi ni bertanya lagi
"bila abang Adib nak balik lagi mama".

"Sunyi je abang tak ada". Kata Irah pula.

"Teringat laa pada Adib ya, pada hal baru je dia tak ada"
kata en suami lak.

" Ada rezeki, Ramadan tahun depan Adib balik lagi".
Kata aku walaupun kerinduan pada Adib tak mampu aku sembunyikan.

Maktab Boo'uth tempat Adib belajar akan bermula 3 Okt ini.
Mulai musim ini, Adib menyewa di luar. Tak tinggal di asrama lagi.
Hanya  6 org pelajar sahaja.
4 orang pelajar AlFurqaan dan dua org ustaz yg kami usahakan khas untuk
tinggal bersama2 Adib di rumah sewa.
tetapi 2 org ustaz itu kami biaya sepenuhnya kos sewa dan makan minumnya
serta diberikan elaun  lagi.
Ustaz Hakim dan Ustaz WanZa.
Mereka pelajar master Universiti Azhar Mesir.
Mereka akan juga membantu membimbing pengajian AlQuran, Bahasa Arab,
hafazan, tasmiq dan sebagainya.
Mereka berdualah yg akan membantu pengurusan rumah sewa dan
dan pembelajaran Adib berserta tiga org lagi pelajar AlFurqaan iaitu
Shafwan, Syed Hazim dan Mus'ab.
Pagi belajar di maktab Boo'uth dan selebihnya dgn Ustaz Hakim dan Ustaz WanZa.
Aku kenal Ustaz Hakim ni sewaktu ke sana dulu. Diapun bekas pelajar AlFurqaan.
Usianya baru 19 tahun tapi sdg melanjutkan pengajian masternya di Azhar.
ayahnya mengusahakan sebuah sekolah agama swasta di Shah Alam.
Tak ingat lak nama sekolahnya.

Nampaknya Adib lebih bersemangat utk tinggal di luar berbanding di asrama.
Tambahan pula Ustaz Hakim ada bersama.

Sebagai ibu, aku doakan yg terbaik utk Adib.
Peluang terbaik juga kami sediakan utk Adib mengikut minat dan kemahuannya.
Semoga Adib sentiasa dlm peliharaan Allah.
Ada rezeki nanti, nak je ke sana selalu melihat keadaannya.
Jika Adib terbaca entry mama kali ini, ketahuilah
"Semua merindukan Adib".


Tuesday, September 27, 2011

Aku snap gambar ni kat kaunter bayaran
Restoran Pelita
berhampiran Safira Club Seberang Jaya.

Pertanyaan Utk Diriku


Salam.
Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah 27 Sept 2011.
Dah hujung bulan.
Tiga hari lagi dah closing.
Dah tutup akaun utk bulan Sept.
Dah tutup akaun utk sales bulan Sept.

Bagaimana dgn jualan aku?
Bagaimana dgn personal sales aku?
Bagaimana dgn PV aku?
Bagaimana dgn BV aku?

Berapa org yg aku dah jumpa utk Sept ni?
Berapa org prospek baru yg aku bawa datang meeting?
Berapa org pulak yg aku bawa utk program WAB?
Berapa yg close?
Berapa dana yg aku uruskan?
Berapa yg lepas?
Berapa yg sangkut?
Berapa yg tarik diri?
Tak jadi?
Apakah tindakan aku jika mereka tak jadi sdgkan awalnya memang sgt positif?
Berdiam diri?
Biarkan sahaja?
Tak mahu sudah..habis cerita?

Atau aku gi jumpa semula?
Follow up?
Bertanya kenapa prospek tak jadi?
Apa sebab tak jadi?
Takut?
Mak tak bagi?
Suami marah?
Sampai nak bercerai berai?
Bimbang tak ada org nak beli barang?
Bimbang tak ada org?
Bimbang tak gerak?
Bimbang kita tak aktif?
Bimbang buat sekerat jalan?
Bimbang hangat2 tahi ayam?
Bimbang upline tinggal?
Bimbang tak ada org bimbing?
Bimbang ditinggalkan?
Bimbang janji tak ditepati?
Banyak tengok org gagal?
Banyak cerita negatif?
Dan bla bla bla....
Begitu banyak kebimbangan yg tak berasas dlm fikiran prospek2 kita.
Memang aku kena follow up.

Habis?
Berapa yg masuk bulan ni?
Berapa yg punch bulan ni?
Berapa org baru yg aku sponsor bulan ni?

Berapa pulak bonus aku bulan ni?
Makin banyak?
Makin naik?
Makin susut?
Makin menguncup?

Apa pun tak boleh jadi?
Aku mesti lebih agresif.
Aku mesti lebihkan bertindak.
Aku mesti lebihkan usaha.
Tak boleh tunggu dwline sedia ada.
Mesti sponsor org baru.
Mesti buka kaki baru.

Mesti buka network baru.
Mesti lebih rajin kongsi peluang.Mesti lebih rajin buka mulut.
Mesti lebih rajin menelefon prospek.
Mesti lebih rajin buat appointment.
Mesti lebih rajin jumpa org baru.
MESTI MESTI MESTI.





Selamat Jalan

Kuwait Airways.
Mohd Adib...bersama2 empat orang rakannya berangkat jam 3.15 pagi tadi ke Kuwait.
Mereka akan transit selama 6 jam di Kuwait, barulah berlepas pula ke Cairo.
Dari USJ 9 malam tadi, kami terus ke KLIA.

Check in di kaunter J13.
En Syed  dan Pn Mai mengiringi anakny Husni.
Anak mak...Husni baru berusia 14 tahun. Perginya ketika berusia 11 tahun.
Dah tiga tahun berada di Cairo, Maktab Al Boo'uth Mesir bersama2 Adib.
Pn Mai bersama suaminya pernah mengambil cuti selama 4 bulan dan berada di Cairo bersama
melihat dan menemani Husni di Furqaan tahun 2008 lalu.
Maklum katanya..."anaknya dua orang je.Muda lagi lak tu".


Ahmad Mahzan15 tahun, Reza 15 tahun, Husni 14 tahun dan Mohd Adib 17 tahun.
mereka berempat bertolak pagi tadi ke sana.
Nampaknya anak bujang ku berbeza saiznya.
Iras wajah pun bukan macam 17 tahun.
Dia jadi pemimpin gak kat Furqaan.


Dgn abah pun nampaknya dia yg lebih tinggi, lebih besar dan lebih lebar badannya.
Tak nampak macam abah dgn anak...nampak matang tul anak bujang aku ni.

Semoga berjaya anak ku.
Sekejap je Adib hilang dari pandangan mata, aku dah mula merinduinya.
Tak tahan...pada hal dah hampir dua bulan bercuti sejak awal Ramadan lagi.
Adib budak baik, suka senyum, jika disuruh segera dia buat.
Tak pernah bagi alasan atau mengeluh walaupun dia penat.
Jika aku ajak temankan aku ke mana2, dia akan mengikut tanpa membantah.
Semuanya dia buat utk menyenangkan hati mamanya.
Aku senang jika Adib ada di rumah.



" Cepat abah, cepat mama...sebelum adib masuk ke dalam.
Nanti mama dload dlm fb ya".
Pemeriksaan masuk di gate penerbangan antarabangsa.
"Selamat jalan Adib".
Adib masih lagi tersenyum lebar walaupun hati ku sayu sekali berpisah dgnnya.
"OK mama, jgn sedih2 tau, mama doakan Adib ya.
doa mama sangat mustajab utk kejayaan Adib. Adib berjanji akan belajar dgn bersungguh2 dan tak akan menghampakan mama dan abah. Doakan Adib sentiasa sihat dan selamat ya".
Jelas sekali suara Adib di telingaku ketika kami berpelukan sebelum berpisah.
Selamat jalan anak ku.
Selamat maju jaya.
Selamat berjuang.
Mama doakan yg terbaik utk Adib.
Sehingga dia hilang dr pandangan selepas pemeriksaan imegresen, baru kami bergerak meninggalkan KLIA.
Jam 3 pagi, baru kami tiba di rumah.

Zon Kejayaan Baru

Syukurlah...rupanya masih ramai yg sayangkan Taipan.
Masih ramai yg mempunyai impian utk berjaya.
Masih ramai yg mahu meneruskan agenda kemenangan bersama Taipan.
Masih ramai yg dahagakan kejayaan.

Perjumpaan penting utk CDM DDM DSM SSM dan SM malam tadi
berjaya menghimpunkan lebih 100 orang.
Tahniah kepada semua yg hadir.
Mereka masih mempunyai semangat.
Mereka masih mahu berniaga.
Mereka masih mempunyai harapan.
Mereka masih mempunyai cita2.
Mereka masih mahu berusaha.
Mereka masih mahu dibimbing.
Mereka masih mahu berkumpulan bersama AT 181.
Mereka masih mahu menjadi luar biasa.

Hilang seketika itu biasa
Rehat seketika itu lumrah
Kini boleh mulakan langkah yg baru dgn semangat baru
Dgn strategi baru
Dgn program2 baru

Selepas tamat Syawal nanti, WAB akan bergegar dgn kehadiran peserta2 dr KL Selangor.
Tempat2 lain dah penuh melimpah ruah sambutannya.
KL Selangor akan menyusul nanti.

Sesi perjumpaan malam tadi memberikan gambaran yg lebih jelas
tentang halatuju business bersama AT 181.
AT 181 telah mencipta kejayaan besar.
Kita ulangi kejayaan utk kali kdeua, ketiga dan seterusnya.
Meski cabaran besar menanti di hadapan, tetapi dgn semangat jitu berkumpulan, aku yakin sebesarnya manapun gelombangnya, pasti mampu kita redah bersama2.

Bergerak menuju zon kejayaan baru...persediaan mental dan fizikal, ilmu dan semangat
akan menentukan pencapaian yg lebih baik pastinya.
Kita akan lakukannya demi kejayaan yg lebihcemerlang.
Aku yakin warga Taipan yg hadir malam tadi lebih percaya dan yakin untuk sama2
bergerak menuju zon kejayaan baru.


CDM Siti Rozana...sdg menanti hari tetapi masih kental semangatnya.
tetap hadir bersama2 networknya yg lain.
Tahniah Zana.

Go Go Go Taipan...berkumandang menggegarkan TTC 1 malam tadi.
Meriahnya, seronoknya dengar.

Go Go Go Taipan.
Taipan masih teguh
Taipan masih kukuh
Taipan masih mantap.
Biarpun cabaran besar dan kecil datang silih berganti, Taipan tetap teguh.
Semakin besar cabaran yg dihadapi, menjadikan Taipan semakin matang dan bijak menghadapi suasana.

Senario business Taipan sudah berubah.
Ramai yg pergi.Tetapi tidak ada yg berkurang.
Taipan tidak berganjak.
Tetap dgn misi dan visinya yg satu utk menjayakan seramai mungkin
warganya utk mencapai kejayaan.
Seteguh syarikat yg telah 19 tahun berada di persada MLM di negara ini.
Tahun depan genap 20 tahun.
Semakin matang.

CDM2 dan DDM2 turut sama2 melaungkan lagu keramat
GO GO GO Taipan.

Menuju Zon Kejayaan Baru
Slot disampaikan oleh CDM Muhammad Razali.
Persediaan mental dan fizikal
Persediaan dr segi semangat
Persediaan ilmu bagi menghadapi suasana business yg sudah berbeza.
Persediaan tools utk program2 terkini Taipan.
Kesediaan pemimpin2 utk meneruskan agenda kejayaan bersama anda semua.

CDM Azlina menjadi MC mlm tadi.
Makin hebat nampaknya Lin mengacarakan majlis perjumpaan Taipan.

CDM Kartini menghidangkan beberapa perkembangan dan senario terkini Taipan, berita2
terkini drpd pihak syarikat, produk2 terbaru yg bakal dilancarkan oleh syarikat, Majlis anugerah CDM,
trip melancong serta halatuju AT 181.

Sesi terakhir, CDM Faridah.
Program WAB...Wanita Anggun Bergaya Di Sana Sini.
Keningau, Kudat, Kota Kinabalu, Ranau, Kucing, Sibu, Bintulu, Penang dah meletup2 dgn WAB.
Sambutannya luar biasa.
Hangat lagi hebat.

Di KL, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan akan menyusul nanti.
Ambiklah peluang untuk melonjakkan kembali group anda.
WAB mampu menjadi medium baru utk menggerakkan network anda.
WAB mampu menjadi daya tarikan baru kepada prospek anda.
Yg penting berusahalah utk bertindak bersama2 AT 181.

Tahniah kepada yg hadir.
Tahniah kepada yg menjadi MC.
Tahniah kepada yg menyampaikan slot dan pengisian.
Tahniah kepada semua CDM.
Tahniah kepada semua DDM.
Tahniah kepada semua DSM.
Tahniah kepada semua SSM.
Tahniah kepada semua SM.