Tuesday, March 27, 2012

"Ala Kak, Saya Cuti Laa"

Salam perjuangan.
Inilah resam perjuangan.
Tidak ada yg senang datang dgn senang.
Bersedialah untuk merasai cabaran dan ujian jika mahu berjaya.
Bersedialah untuk menempuh gelombangnya jika mahu kekal
berada di puncak jaya.

Aku baru sampai di rumah.
Adooiii..penatnya.
rehat sekejap, minum kemudian solat zohor, terus aku capai
laptop Toshiba kesayanganku.
Untuk berkongsi dgn anda semua.

Aku dapat tiga  appointment hari ni.
Pagi tadi satu dah settle...hantar barang je.
Jumpa Kak Ani, cuma nak Bio Ever dua botol.
Aku hantar pada Kak Ani di Sg Besi selepas hantar anak2 ke sekolah.

Satu appointment lagi di Bukit Subang.
Dari FB...nak tengok New You Programme.
Aku sampai ke pejabatnya seperti alamat diberi di sana.
jumpa pejabatnya, tapi tak ada pula staf yg bernama seperti yg aku maksudkan.
Aku call dia beberapa kali, tapi tak berjawab.
Sejam gak aku melanguk dlm kete aku, tapi sampai sudah tak berjawab.
Alahai...sah kena tipu. Fikir ku sorang2.

Dia nak main2kan aku ni.
Tak apalah, aku tak rugi malahan dapat pahala kerana sabar dgn ujian.
Malahan aku masih positif dan bersangka baik, mungkin
dia tertinggal hp atau salah bagi alamat.


Satu appoitment lagi jam 1.30 tgh di Jalan Semarak.
Fazlina dah pakai PB dua bulan lepas.
Aku call dia, katanya nak beli Bio Ever dan Lactolite.
Plannya nak kongsi dgn Fazlina
tentang cara nak menjana income. Dah bagi tau dia nak share benda ni.
Semalam waktu aku call dia, Fazlina kata OK, jumpa hari ni kat ofis dia
waktu lunch.

tuinggg tuinggg tuinggg....
haaaa hiiiiii hooo^^^^^
Sebaik aku call dia sesampai je di ofis dia tadi,
"Ala kak faridah, saya cuti hari ni. Ni saya kat Melaka balik tengok mak
jatuh malam tadi.
Lupa saya nak inform pada akak yg saya cuti.
Sorry ya kak, nanti kita jumpa lain kali".


"Tak pa tak pa...tak adanya. Kita jumpa lain kali ya Fazlina".

Dah tak ada appointment lagi.
Nak gi mana ya???
Nak gi shopping?
Nak beli kasut?
Nak beli handbag?
Nak beli baju dinner?

Baik aku balik rumah, boleh juga aku habiskan buku bacaan ku
atau mengaji AlQuran atau hapdate blog aku atau membaca emeil aku.
mana tau kot2 ada order masyukkk....
Petang ni jam 6 petang, aku ada kelas sihat...aerobik yuuu.
Jom cergaskan badan.Gerakkan urat saraf kasi gegar semua..
Keluarkan peluh.
Buang toksin.

Itulah cebisan2 ujian yg bakal anda lalui sepanjang perjalanan
mendaki tangga menara jaya.
Mesti akan laluinya.
Tak mungki terlepas.

Org mungkir janji.
org lupa janji.
Menunggu berjam2 dlm kete, kat restoran, kat ofis atau lain2.
Org datang, bila tengok MLM, terus lari pun aku pernah kena.
Org nak jumpa, bila dia tengok lambang burung camar kat kete aku pun,
dia boleh lari.
Ahhh...macam2 lagi la.
Yg penting aku tak pernah mengalah dgn ujian ni semua.
Malahan makin bersemangat nak berjaya dan menuju jaya yg lebih gemilang.

Lama2 aku rasa seronok melihat gelagat manusia yg macam2.
Dah tak jadi kudis dgn penolakan dan ujian2 macam ni.
Alhamdulillah..diam tak diam dah hampir 10 tahun aku dlm industri ini.
masih positif, masih menjana income besar, masih banyak, masih kuat,
masih bersemangat.

Anda org baru sebulan dua?
Setahun dua takkan dah give up?
Takkan dah nak mengalah?
Ayuhhh...teruskan perjuangan.

Salam perjuangan dr saya.
CDM Faridah Mohd Ali.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.