Thursday, March 15, 2012

Aku Bos

Salam Taipan.
Salam sejahtera.
Ni aku nak share tentang seronoknya menjadi bos
kepada diri sendiri.
Kerja ikut suka sendiri.
Masa kita tentukan sendiri.
Pendapatan pun kita tentukan sendiri.

Dah lama dah aku jadi boss kepada diri sendiri.
Dah hampir 9 tahun rupanya.
Yg pasti, memang seronok.
Tak ikut bos kat ofis, main arah2 dan tunjuk2 je.
Jadi masa dan kerja aku, aku tentukan sendiri.
Banyak benda yg aku boleh buat.
Dah dua minggu ni, aku buat macam2 benda.
Ikut suka aku.



Ahad dua minggu lalu, aku serta beberapa CDM lain
melawat baby Adila Muhammad Hadi
di Klang. Dah lama nak datang tapi baru berkesempatan.
Kami pergi lepas habis BOP di USJ.

Ramai gak yg datang.
Ada CDM Hanim dan CDM Shahril, CDM Aida dan EG, CDM Hanum, DSM Yan, DSM Zul dan Ana dan beberapa yg lain.
Seronok gak ziarah menziarahi macam ni.Ramai2 sekali datang.
Sebelum balik kami Bergambar depan rumah hadi ramai2.
TQ Hadi dan Aine..
Wow...tengok pun dah bersemangat.
Selasa lepas, aku ke HQ.
Sempat ambik gambar ni kat dinding di HQ.

Ya, sedar tak sedar sudah 9 tahun aku bersama Hai O.
Ada yg berjaya, ada yg gagal. Ada yg kaya raya, ada yg tetap di takuk lama.
Ada buat tak berhenti, ada yg buat sekerat jalan.
Ada yg suksess, ada yg kecundang, tak kurang yg terus tenggelam.
Tidak ada jalan pintas untuk berjaya, walau dalam apa bidang sekalipun.
Pada aku, Hai O tetap yg terhebat.
Tiada tandingannya.
Dan aku memilih untuk terus berjuang dlm perniagaan ini.
Walaupun banyak cabaran yg mendatang.
Jika berhentipun banyak gak cabaran.
Jika buat yg lain, belum tentu boleh senang.

Petang Selasa, aku ke Puncak Jalil.
Ada customer call, minta service Bio Auranya.
Dah tiga tahun guna, tapi tak pernah diservice.

Aku tukar terus filter A,B dan C.
Ganti sekali getah biru dan putihnya yg dah pecah.
Murah je RM295 je, service free je. Cuma bayar untuk filter sahaja.
Ramai yg menggunakan Bio aura, tetapi tak ramai yg tahu
nak service dan gantikan filternya.
Asma tuan rumah nipun, ambik no HP aku melalui FB. Alhamdulillah dia sekeluarga dapat menggunakan air yg berkualiti selepas filter baru diganti.
Syukurlah.
Cabaran betul...pagi Rabu lalu sebelum aku keluar rumah, nampak tayar
WST 181 lain macam je, macam nak pecah gayanya.
Terus kami singgah kedai tayar Michelin kat Bandar puchong Jaya.
Dah tak boleh jalan, bahaya. kena tukar gak.

Berniaga punya hal, tak sedar tayar dan botak.
Empat2 kena tukar.
Mak oiiii...appointment tangguh dulu untuk tukar tayar.
Tapi stok tayar dgn rim 19 tu tak ada pulak. Kena order.
Aku balik rumah dulu, sementara menanti  stok tayar sampai.
Jam 3 petang hari yg sama baru siap.
Emmmm...banyak gak habis, maalum 4 biji sekali gus.
Tak apa, jual 3 set PB boleh cover untuk 4 tayar Michelin...pulun.

Kedai tayar Michelin di Bandar Puchong Jaya.
Bagus servicenya. Kami dah biasa dengan taukey tayar ni.
Dah 28 tahun berniaga kedai tayar kereta.
Dah jadi business keluarga.
Pagi2 hari Khamis, aku ada appointment dgn En Syamsul di Golden Horses
Seri Kembangan.
Urusan jual beli tanah di Hulu langat.
Alhamdulillah, akan settle sedikit masa lagi.

Jual tanah beli tanah, beli rumah jual rumah ni aku buat part timela.
Full timenya Hai O.
Lebarkan sayap kejayaan.
Target aku jual sebuah rumah setiap bulan.
Aku baru lagi dalam bidang ni, baru setahun jagung kata orang.
So sesiapa nak jual tanah/rumah bolehlaa contact aku ya.
Nak beli rumah pun boleh contact aku.
Macam2 ada...banglow, semi-D, teres dua tingkat, teres setingkat, apartment,
flat dan kondo pun ada.
Mewah, sederhana mewah, sederhana, rumah murah pun ada.
Buat aset hari tua.

Hari Rabu seminggu sebelum itu, aku menghadiri suatu seminar hebat.
Bersama Dr Lawrence Walter Ng...wuh hebat. Sepenuhnya dlm BI.
Banyak sekali yg aku pelajari dlm seminar ini. Puas hati....berbaloi aku hadir.
Bayarannya boleh tahan...RM850.

Ramai pesertanya...tetapi majoriti berbangsa Cina.Sanggup berhabis wang untuk mencari ilmu.
Aku kagum melihat sikap dan usaha mereka. Begitu berani untuk mencuba.
Sanggup berusaha untuk memajukan diri sendiri.
Masih muda belia, tetapi pendapatan dan gaya hidup mereka begitu luar biasa.
itulah hasil rajin dan gigih berusaha dalam business.
Jika melihat back ground peserta, bukan semua berkelulusan tinggi, malahan yg tak lulus SPM pun ramai. tapi muda2 lagi, dah merasai pendapatan belasan dan puluhan ribu setiap bulan.
Jauh sekali berbeza dgn bangsaku sendiri.
Petang Jumaat minggu lepas, aku bawa pembantu rumah dan anak2 ke TTC 1
untuk sama2 bergotong royong membersihkan centre ini.
Kami berlima je. Sampai  jam 6 petang bari selesai.

Basuh tandas, sental lantai, korek yg tersumbat, vakum carpet, buang sampah sarap kat bahagian belakang, lipat dan susun sejadah serta telekung,
mop lantai, lap cermin, sapu sampah, susun kerusi dan macam2.
Maklum, semua kena buat sendiri dgn centre tu.
Stokis bagi autoriti sepenuhnya.
Pandai2laa jaga sendiri.
Selepas selesai bergotong royong membersihkan TTC 1, aku belanja anak2 minum kat
restoran Al Munawwarah.
Bagus anak2 ni, rajin dan ringan tulang.
Mudah jika aku nak minta tolong.
Homsatun pembantu rumah pun sangat baik.
Tak pernah berAku bagi extra upah untuk Hom.
Aku ingat sebulan sekali kena bawa mereka bersihkan TTC 1.
Barulah BOP berjalan sempurna.
Insyaallah.
Khamis lepas aku datang Ke Puncak Saujana, Kajang.
ehh ehhh....dekat rumah CDM Aida ni. Ada demo di sini..
jam 3 petang aku dah sampai sebagaimana dijanjikan,
tetapi sejam menunggu baru tuan rumah balik.
Biasalah, menunggu berjam2 itu adalah asam garam ketika nak berjumpa prospek.
Alhamdulillah close.
Terus bayar cash untuk NEW YOU PROGRAMME.
Semua produk yg aku syorkan, dia beli.
Katanya nak awet muda macam aku...he he he.
Yup...aku testimoni terbaik untuk diriku.
Kerana diriku begitu berharga.
lepas tu aku terus berkejar ke stokis. punch sales.
Banyaknya duit...Ada juga beberapa org lain datang beli barang dan ambik barang.
Malamnya pula, aku menghadiri kelas di TTC 1.
Malam tu ada produk Bio Zone Food...dientangkan oleh CDM Muhammad Razali.
Hebatnya perkongsian CDM Che Mat.
Eiiii...kotornya makanan yg kita beli kat pasar borong atau Giant tu ya.
Tengoklah...inilah bahan yg dikeluarkan setelah ayam yg dibeli diozonkan
dengan Bio Zone Food Purifier.
Satu rumah satu Bio Zone.
Siapa lagi nak marketkan produk hebat ini jika bukan kita.
Pasaran masih banyak lagi, tak ada orang buat kecuali kita je.
Jom kawan2...berkongsilah produk terhebat ini.

Bestnya bekerja sendiri...masa aku tentukan sendiri.
Selain business, keluarga dan lain2, aku cari masa untuk diri sendiri.
Lima jam seminggu, aku peruntukkan untuk senaman dan aerobik
di Aero Fitness di BK6, Bandar Kinrara.
Waktunya pun berbeza, ada kelas pagi, petag dan malam.
Pilihlah mana yg sesuai dgn jadual sendiri.

Alhamdulillah, dah dua bulan beraerobik.
Terasa lebih sihat dan bertenaga.
Badan lebih ringan dan energetic.

Seronok...aku dapat ramai kenalan dan kawan baru.
Macam2 orang yg datang sini...ada suri rumah ada yg berkerjaya.
Ada profesional, dan ada biasa2 je.
Yg pasti aku makin ceria memenuhi waktu senggangku.
Lebih tahu pula pelbagai cara menjaga kesihatan.

Pagi Jumaat 9 Mac, aku smpat ke Setiawangsa untuk berjumpa dgn seorang doktor.
Nak pakai PB dan terpikat dgn NEW YOU PROGRAMME.
Dia llayari blog aku dan terus SMS aku.
Alhamdulillah, close lagi. Cash cash cash.
Sabtu 10 Mac, seawal jam 4 pagi aku dah sedar dan bersiap untuk ke LCCT.
Jadual untuk ke KK bersama warga Taipan Sabah dalam
NDS programme.
Alhamdulillah, semangat.
aku datang bukan nak mengajar kecuali berkongsi ilmu
dan pengalaman.

CDM Kuyah pun ada bersama.
Tahniah untuk CDM Hamsah, CDM Siti Rahmah, CDM Maidah, CDM Kalsom,
CDM Jurinah, CDM Norhasni, CDM Rosmah, CDM Ainon, CDM Hasnah
dan semua peserta seminar.
Sejauh Bintulu, Tawau, Sandakan, Kudat turut hadir.
Jarak bukan penghalang.

Jam 8.10 malam hari yg sama, aku kembali terbang ke KL.
Jam 11 malam tiba di LCCT, En Suami sedia menanti.
Vroooommmm...pulang ke Puchong tapi perut lapar, aku singgah
makan di Taipan Thai Corner.
Jam 1 pagi baru tiba dirumah.
Hari Ahad, 10 pagi macam biasa, aku hadir ke BOP di USJ 9.
Sebelum tu jam 8 pagi, gi aerobik dulu. Sejam keluar peluh hangat.
Inilah dia Taipan Training Centre.
Dah 9 tahun aku berulang alik ke sini dua atau tiga kali seminggu.
Cari ilmu, berkongsi pengalaman, cari semangat, belajar belajar dan belajar untuk membina kejayaan.

Ramai yg berjaya tak kurang ramai yg gagal.
Aku terus memilih untuk kekal berjaya selepas berjaya.
Aku memilih untuk berjaya berkali2, bukan hanya berjaya sekali sahaja.
Di sini, ramai ada cikgu dan mentor yg sedia membantu
dan membimbing sesiapa juga untuk berjaya.
Alhamdulillah...mereka bersedia membimbing dgn ikhlas.
Kelas sentiasa ada.
Program2 banyak diatur.
Ada seminar dan bengkel juga.
Aktiviti sosial turut disediakan.
Terpulang kepada diri sendiri untuk berusaha.
Ini business sendiri. kita bos kepada diri sendiri.
Tiada siapa yg dapat memaksa.

Inilah yg dapat aku kongsikan.
Jadual aku penuh tetapi ada juga kosong je.
Aku bos kepada diri sendiri.
Jadual aku, aku tentukan sendiri.
Bukannya jam 8 pagi hingga 5 petang.
Tiada fail yg bertimbun perlu aku siapkan.
Tiada mesyuarat yg memenatkan.
Tiada arahan dr orang atasan.
Tiada punch card.

AKU BOS...Gaji aku, berapa jumlahnya aku tentukan sendiri.
Jika banyak demo, banyak close, banyak punch, banyaklah.
Jika rajin lebih, aku dapat lebih.
Jika banyak kat rumah, kuranglah.
Adil kan.

Anda bagaimana?
Dah jemu bekerja dgn orang?
Mahu menjadi bos kepada diri sendiri?
Mahu mencuba perniagaan sendiri?
Tak tahu bagaimana nak bermula?

Jangan segan jangan malu...
Ni, no HP aku ya untuk dihubungi...
Faridah 016 2212181


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.