Sunday, March 25, 2012

Hantar Ma Ke KLIA

Sembang petang.
Inilah bonda kesayanganku.
Aku panggil ma.
Usianya semakin lanjut dah 73 tahun.
Tetapi syukur masih sihat walafiat.
Masih boleh memandu ke sana sini walau sendirian.
Gi masjidlah, gi usrahla, gi dengar majlis ilmu la, gi majlis khatam alQuran la,
gi tengok kebun la, gi ambik duit hasil kebun getah la.

Dah 10 hari datang KL. Setiap bulan datang ke KL.
Jumpa anak cucu, maklum anak cucunya ramai di sini.
Tapi kali ni datangnya jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan kesihatan
di Tawakal Hospital.

Sebulan lepas dah datang, kali ni datang lagi.
Alhamdulillah, sihat walafiat. Walaupun dah berusia 73 tahun, tapi tak ada
sebarang penyakit.
jika di tanya rahsianya, katanya banyakkan mengaji AlQuran dan buat solat sunat
banyak2.
Hati kena baik, jangan ada iri hati dgn orang.
Barulah badan kita sihat, penyakit tak suka datang pada orang bersih hatinya.
Dr dulu bila ditanya, rahsia awet muda dan sihat, pasti itulah jawabnya.
Bonda Hjh Nik Kalthum Nik Ismail.
Wajahnya bersih sebersih hatinya,
kulit mukanya tegang tak ada kerepot dan kedut seribu.
Tak nampak sangat kedut wajahnya.
Semasa mudanya, ma memang cantik.
Waima, sampai sekarangpun nampak kecantikannya.

Kuat ibadahnya. Pergi ke mana2 Al Quran menjadi peneman setia.
Berani bersendirian datang ke KL dgn flight.
Anak2 menanti di airport.
Dr dulu selalu berjalan sendirian datang ke KL.
Pernah ke London berseorangan je,apa nak takut katanya.
Allah sentiasa dekat dgn kita jika kita dekat denganNya.
Malam tadi aku menemani ma ke KLIA.
Penerbangan pulang ke Kota Bharu. Jam 10.30 terbang.
Jam 9 malam aku dah sampai KLIA.

Dah siap check in, aku pusing2 KLIA.
Org tak ramai sgt.
Tambangnya boleh tahan, tapi sgt selesa. Jika sanggup bayar mahal, service pun berbaloi dan sangat puas hati.
lapang, bersih dan tenang.
Jauh beza dgn LCCT...tau la kan, bila tambang murah ni.
Soree la Air Asia ya...ikhlas aku la tu.
Aku temankan ma masuk rest rooommm.
Emmm bersihnya...wangi lak tu.
Dlm toilet pun boleh tidoo kata ma..he he he. Mungkin dia compare
dgn airport di tempat lain.
Kota Bharu gamaknya...detik hati aku.
Waktu aku mula2tiba di KLIA.
Snap snap snap the Body Shop.
Aku beli la dua tiga benda kat sini...sementara menanti masa.
Ingat nak singgah butik Bonia, tapi dlm proses renovation la pulak.
kedai coklat...berapa agaknya modal ya jika nak buka
shops macam ni.
Berapalah deposit sewa kedainya.
Berapa lak sewanya.
Gaji pekerja kena bayar, stok lagi.
berbaloi ke dengan kosnya...tapi jikarugi takkan semua berebut nak buka kedai dan kiosk di KLIA ni.
Awal...jam 9.10 dah selesai check in.
Aku ambik wd chair utk ma, tak mau dia berjalan jauh ke gate B2....jauh gak tu.
Ma pun berseorangan..jika guna wd chair, ada yg temankan dia sampai ke gate masuk. bagusnya MAS, tiada tambahan harga utk service ni, bukan macam Air Asia, semuanya kena extra charge..alih2 mahalnya sama je dgn MAS.
Apapun terpulanglah...aku pun selalu gak naik Air Asia.
Lepas pusing2 kejap, ma pun check in.
Salam, peluk, cium bermaaf2an, minta doakan aku, doakan untuk anak2ku,
doakan untuk kejayaan ku dan businessku...
ma berlalu pergi. Sampai ma hilang dari pandangan, baru aku bergerak.
tapi tak balik lagi...pusing lagi dgn en suami.
Anak2 aku tak bawa, mereka sdg study, esok ada exam.
Tempat wajib singgah..kot2 ada yg berkenan.
Setengah jam kat sini.
belek2, buka2, tengok2...
Susunan yg menarik..kebanyakannya buku bahasa Inggeris.
Secrets Power Problem Solving...
baru baca dua tiga halaman.
Lambat gak nak khatam ni.
bukan macam nuku melayu..satu hari boleh habis jika bertekun.
Ada gak buku lain dua tiga buah.
Insyaallah,minat membaca semakin melebar.
Nak jadi hebat, kena tambah ilmu yg hebat.
Nak berjaya kena ada suntikan ilmu2 baru.
setiap bulan mesti tambah koleksi buku. Rak buku pun dah penuh.
Kena buat kabinet baru, tapi ruang lak tak ada.
jam 10 malam aku bergerak keluar dr KLIA.
Jam 10.30 ma bertolak, jam 11.30 malam dia tiba di Pengkalan Chepa.
Abang Yie sedia menanti di sana
untuk menyambut ma ke rumah.
Syukurlah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.