Tuesday, March 27, 2012

Kinrara Residence


Alhamdulillah, pagi semalam selepas beraerobik di Aero Fitness,
aku dan Dzul ke Kinrara Residence.
kerap ke sini...meninjau projek perumahan yg hampir siap sepenuhnya.
Akan diserahkan kuncinya tak lama lagi.

Bidang hartanah makin menggamit minatku untuk lebih serius
walaupun sekadar part time.
Hai O full time.
Akademi Taipan full time tetap nombor satu.
Melebarkan sayap kejayaan.
Sebuah rumah sebulan untuk dijual, aku letakkan matlamat.
Itupun tak serius mana.

Inilah dia...rumah semiD di Kinrara Residence
di BK6. Untuk dijual. Dah siap sepenuhnya.
Harganya...mak oiii.
Nak jual ni...RM2.2 juta.
Ada berani???
Boleh call aku ya...016 2212181
Dah complete hiasan dalamannya.
Ruang makan dgn meja makan 8 kerusi ditingkat bawah.
Lapang, luas dan sangat selesa.
Untuk kehidupan keluarga yg lebih sempurna.
Securiti 24 jam.
Siap dgn CCTV dari bilik kawalan.
Bilik tidur untuk anak gadis...sungguh selesa.
Mempunyai 6 bilik tidur termasuk sebuah bilik serba guna.

Bilik tidur si comel anda.
Bilik tidur anak remaja dgn meja kerja/belajar.
Bilik tidur utama...dgn hiasan konsep moden.
Bilik tetamu di tingkat bawah.
serba mewah...bilik air di bilik tidur utama di tingkat atas.
Pandangan dr tangga menuju ke tingkat satu.
Rumah ini tiga tingkat.
Ruang menonton di tingkat satu.
Ruang rehat dan balkoni di tingkat paling atas.
Boleh buat berehat ambil angin petang, sesuai juga untuk membaca dan menelaah.
Di tingkat paling atas...bersebelahan bilik tidur utama
Siap dgn tab mandi yg luas dan lapang.
Jika budak2 mandi, boleh masuk 4 orang.
Org dewasa lak, boleh masuk dua orang sekali mandi.
Ruang balkoni ini ruang terbuka, tetapi jika mahu boleh ditutup
sutuk melindungi drpd pandangan luar.
Terutama ketika mandi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.