Tuesday, January 3, 2012

Bersedia Untuk Dibimbing

Salam sejahtera.

Bersedialah untuk dibimbing.
Bersedialah untuk belajar.
Hadiri majlis ilmu.

Letakkan ego kita di bawah.
Buangkan rasa kita lebih hebat dan lebih pandai drpd orang lain.
Apa pun pangkat anda di dalam dunia pekerjaan di luar sana, tinggalkan ia.
CEO, manager, lawyer, JUSA, pegawai INTAN,
pengarah, doktor, engineer atau apa saja,
letakkan ke tepi.

Anak raja, keturunan bangsawan, anak Dato', anak Tan Sri atau
siapa pun, maka tinggalkan ia.

Apapun kelulusan anda...Phd. master, degree, ijazah dua tiga gulung,
universiti luar negara sekalipun, letakkan ia ke tepi.

Air hanya bertakung di tanah yg rendah.
Ilmu hanya masuk jika kita merendah diri.
Kosongkan minda, besarkan hati dan besarkan jiwa.
Barulah kita akan berjaya.

Praktikkan semua ilmu yg diterima.
Ia takkan berguna jika kita hanya mendengar tanpa digunakan.
Bertindaklah.

Akademi Taipan juara dalam memberi bimbingan.
Bersedialah untuk berjaya dan dijayakan.

Selamat Maju Jaya.
Jumpa anda semua malam ni di TTC 2, USJ 9.
Jam 8.45 malam tau.
Yg penting naiklah untuk sama2 belajar dan berkongsi ilmu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.