Friday, January 27, 2012

Internet Dan Medium Baru AT181

Ada yg bawa laptop
Ada yg bawa Samsung Galaxy
Ada yg bawa iPad
Ada yg bawa smartphone

Belajar belajar belajar.
Jangan jemu mencari ilmu.
Ilmu akan memacu kehidupan kita.
Ilmu menjadi penyuluh hidup kita.

Berbincang bertanya berguru
Bertanya dan belajar.
Belajar dan buat.
Dapat ilmu terus praktikkan. Jangan tunggu2 lagi.
Jangan tangguh2 lagi.
Dunia sudah berubah.


CDM Jai dan DSM Tengku Yuzaimi
Mendengar melihat memerhati meneliti
Dari tak minat menjadi minat
Dari tak tahu menjadi tahu
Dari tak pandai menjadi pandai
Dari tak suka menjadi suka
Dari O menjadi hebat.
Itulah hebatnya FB, blog dan internet.

Tahniah Kak ila...masih bersemangat utk belajar.
Malam tadi membawa pcnya sendiri.
Belajar buat fb, upload gambar, tambah kawan, cari prospek, nak promot produk, nak komen ,macam mana nak emeil,
nak buat blog, nak bina website, nak skype dll.
Wah seronok...insyaallah semua mesti bermula.
tak pandai tak apa, mula2 susah dulu nanti lama2
semua di hujung jari je.
Tak kena cara...jadi gian lak.
SSM Hadi...tahniah dan terima kasih kerana sudi berkongsi
ilmu dan pengalaman malam tadi.
taipan beruntung mempunyai tenaga muda yg hebat2 seperti mereka.
meh sapa lagi yg mahir bab2 internet dan ICT ni...sila tampil ke hadapan
untuk membantu warga taipan memulakan business online.
Tolong2...siapa pandai buat blog, bina website, nak maxsimumkan ICT.
Tolong share ya...
Banyak memberi pasti banyak rezeki yg menyerah diri.
Setiap hari tambah rakan baru.
Tambah kenalan baru.
Setiap hari boleh jumpa 200 hingga 300 orang prospek melalui FB dan twitter.
Kenapa nak tunggu lagi...jom semua sahabat Taipan seluruh Malaysia.
Gunakan ia...Medium baru pasti membuka lembaran baru utk kita semua.

Yg dah pandaipun belajar lagi...DSM Ku Ani sebenarnya seorang designer.
Masih bawa PCnya sendiri.
nak belajar lagi. Sudi gak berkongsi lagi.

Tersenyum lebar..."Alhamdulillah, dah boleh buat la".
OOOO...tak ada la susah sangat ya.
Anda hanya perlukan sebuah laptop dan kemahuan utk menggunkannya.
DDM Baya...rakam lagi.
Tak cukup dgn mencatat.Takut ada poin yg tercicir.
Samsung Galaxy...lagi canggih.
Mudah dibawa ke mana2.
Dalam handbag pun boleh.
Memang benar...kemudahan ICT hanya di hujung jari.
Meh meh semua warga Taipan.. kita manfaatkan bersama2.

Setahun dua tahun kemudian pasti meletop2 hasilnya.
Kita kena sabar utk membinanya.
Buat dan buat setiap hari.
DDM Mazlina berkongsi bagaimana nak hantar emeil iklan atau promosi
produk dan insentif kepada semua prospek melalui emeil staf dan pekerja.
Senangnya...mak oooiii. Rugi tak ambik peluang.
TQ Mazlina.
CDM Lin...dah hampir meletop dgn online business ni.
Strategi slim&shape upnya memang menjadi2.
insyaallah sejam dua jam sehari di depan laptop tetapi hasilnya berbaloi2.
Sesuai utk org yg tak ada masa.
Sesuai utk suri rumah.
Sesuai utk profesional.
Sesuai utk semua.

Tekun mendengar dan memerhati.
Lepas ni pasti boleh buat sendiri.
Yg penting tidak give up.
Buat dan buat setiap hari, setahun dua pasti menjadi2.
Apa beza blog dan website?
Apa beza domain dan hosting?
Kenapa kita mesti ada hosting jika serius nak berbusiness online?
TQ DSM Kuani kerana berkongsi ilmu dhn Taipan.
Cayyyok cayyyok...
CDM Kuyah, CDM Aida dan DDM Mazlina...ilmu dan terus praktikalnya.
Tak mau tangguh2 lagi.
Yg tak ada blog, boleh buat blog segera.
Yg dah lama tak update status kat blog, dah bersawang
dah segeralah membersihkannya.
Yg FB lama tak update,,,updatelah segera.
Prospek tak mungkin akan percaya kepada kita yg tak aktif.
Mereka mahukan yg aktif.

Wah...Ku Ani terus foward emeil tu.

Alhamdulillah...harapnya semua akan bertindak. Semua strategi dan cara telah
disediakan oleh AT181.
Tak guna ilmu berkepuk jika kita masih menunggu dan melihat.
bertindaklah.

Mulakan dgn apa yg kita ada.
Mulakan dgn apa yg kita miliki.
Kos pun murah, iklannya murah sedangkan ianya mampu berada
di segenap ceruk rantau selama 24 jam.
Kita sedang lena pun, order masuk.
Kita sedang bermimpi pun, business jalan.
Kita sedang tidur, tp business terus beroperasi.
Hebatnya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.