Friday, January 20, 2012

Teman Sejati

Dari hatiku...
CDM2 AT181 adalah teman sejati, buat menemani perjuangan suci.
Menusuk ke kalbu, jauh menikam jiwa, menggegar hatiku
apabila lagu 'Teman Sejati' didendangkan bersama2.

Alhamdulillah, pertemuan CDM2 malam tadi cukup indah dan bermakna.
Taipan milik kita bersama.
Kita yg mencipta kejayaan Taipan bersama2.
Kita yg telah menjadikannya sedemikian rupa.
Kita yg telah mencorakkan.

Meluah rasa, mencari kekuatan utk meneruskan perjuangan.
Di samping mengumpulkan daya tenaga dan semangat baru.
Meluah rasa, melepaskan apa yg terbuku di dada,
mengeluarkan apa ygtersekat di jiwa,
melontarkan apa yg terkilan sedemikian lama,
menghancurkan segala perasaan dan syak wasangka yg terpendam sehingga
menjadi gelora yg membuak2
angkara mainan syaitan durjana.

Bukan mencari salah siapa, bukan menuding jari pada sesiapa.
Sekadar mencari ruang utk memperbaiki mana yg silap, memantapkan
apa yg boleh, memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.


Suasana penuh sayu dn pilu.
Hanya hati yg mampu berkata2.
Tiada ungkapan yg mampu mengungkapnya.

Ya Rabbi Ya Allah...
Begitu kerdil diri ini.
Bagai pepasir halus di tepian pantai, akan hanyut dek hempasan pantai.
Siapalah aku tanpa anda semua.
Kawan2 lain dah tiada...hanya di dalam Taipan sahaja.
Titisan air jernih tak mampu ditahan..itulah gambaran hati yg tulus.

Siapakah yg berani mendabik dada yg dia serba betul, serba sempurna,
serba pandai dan serba hebat.
Hati yg resah dan gelisah, penyakit yg bersarang di dada, rasa terkilan sesama sendiri,
rasa tak puas hati sesama kita...
Inilah resam perjuangan. Takkan mampu utk memuaskan hati semua orang.
Walau bagaimana baik sekalipun kita, pasti ada yg tidak kena.

Alhamdulillah, pertemuan malam tadi sudah terungkai segala2nya.
Berpelukan dalam tangis, bermaafan dalam sedu.
Ukhwah yg terjalin semakin mantap dan padu.
Silaturrahim dan semangat kebersamaan serta rasa kekitaan
akan terus menjadi kekuatan dalaman
yg paling besar utk meneruskan perjuangan akademi ini.
Lama tak berjumpa...DDM Rosmawati dan CDM Hanum.
Suara tidak kedengaran di bibir mereka.
Tetapi hati berpaut indah. Begitu bermakna.
Hanya mata yg mampu mentafsirkan segalanya.
Gambar ini mengungkapkan segala2nya.
Inilah ukhwah yg dicari.
Bersilaturrahim kerana Allah.
Apabila hati kita ikhlas, ikatan kita berlandaskan niat yg murni, barulah kita akan
merasa gelombang kekuatan rohani
yg mampu utk mengharungi badai sebesar tsunami sekalipun.
Bukan semata2 kerana wang dan poket.
Bukan semata2 kerana kereta dan harta.


Perbincangan hati ke hati.
Bukan masanya utk menuding jari.
Bukan masanya menjadi hero atau heroin.
Bukan masanya melebarkan pengaruh.
Bukan masanya utk mencari agenda peribadi.
Kecuali mencari solusi utk memperbaiki diri sendiri.
Mencari realiti dan muhasabah diri.
Semuanya serius mendengar dan meluah kata hati mereka.
Memberi perhatian.
Khusyuk mendengar.
Teliti mencatat.

Perjuangan menuju jaya akan diteruskan.
Dgn penambahbaikan BOP.
Dgn program2 yg tersusun.
Dgn strategi yg lebih baik.
Dgn kerjasama yg lebih mantap.
Dgn silaturrahim yg lebih padu.
Aku bukan yg terbaik tetapi aku sentiasa mahu memberikan yg terbaik.
Aku bukan yg terhebat tetapi aku mahu menjadi org yg hebat.
Aku bukan manusia pandai tetapi aku juga tidak akan memandai2.
Akademi Taipan masih diperlukan semua.
AT masih menjadi naungan utk tempat berteduh.
AT masih menjadi pohon yg kuat utk menjadi tempat bergantung.

Semua org masih sayangkan Taipan.
Maka semua org mahu memberi yg terbaik utk Taipan.
Setiap org diperlukan oleh Taipan.
Setiap org sgt penting utk Taipan.
Taipan tidak mahu sesiapapun hilang drpd akademi ini.
Setiap org harus berganding bahu utk menguatkan antara satu sama lain.
Semua bernekad utk meneruskan perjuangan.
Semua berjanji utk sehidup semati bersama Taipan.
Semua sudah menyatakan utk susah dan senang bersama Taipan.
Semua org sudah berikrar utk jatuh dan bangun bersama2 Taipan.
Teman seiring jalan.
Teman seperjuangan.
Teman di hadapan.
Teman di sisi.
Teman di belakang.
Aku...bukan senang utk menyenangi semua.
Bukan mudah untuk memuaskan hati semua.
Mahu menjadi pengikut saja, lebih mudah dr menjadi pemimpin.



Tetapi inilah resam perjuangan.
Inilah lumrahnya alam.
Tidak semuanya mudah.

Malahan ada kala aku merasa sgt sukar.
Serba susah. Serba tidak kena.
Tidak semua org suka.
Aku sedar...tetapi terfikir juga.
Siapakah yg berani menyatakan, tidak ada seorang
manusiapun yg tidak suka padanya?
Siapakah yg berani mengangkat tangan bahawa dirinya serba betul?


Ada kala aku juga tewas dgn suara hati sendiri.
Ada kala aku juga kecewa dgn diri sendiri.
Ada kala aku sendiri merasa lemah. Luntur semangat.
Mahu menyerah saja.
Mahu berundur saja.
Mahu surender saja.

Tetapi syukurlah.
Aku pujuk diri sendiri.
Aku motivasikan diri ku sendiri.
Aku pandang kebaikan orang, aku lihat kelemahan diriku sendiri.
Untuk aku perbaiki.
Untuk aku muhasabah diri.
Agar sejuk hatiku.
Agar reda resahku.
Agar terpadam benciku.
Agar terubat lara jiwaku.

"Mainan syaitan"...detik hatiku.
Syaitan kerjanya sentiasa memecahbelahkan manusia.
Syaitan tugasnya membangkitkan rasa benci dan dendam dalam hati manusia.
Syaitan tugasnya mengajak manusi berbuat jahat.
Syaitan kerjanya membangkitkan nafsu amarah dlm diri manusia.

 Jadi pertingkatkanlah iman.
Pertingkatkanlah keinsafan.
Kuatkan benteng rohani dgn sabar dan syukur.
Berdoa dan berusahalah dgn banyakkan solat dan memohon keampunan
atas kelemahan diriku sendiri.
Ampunkan dosaku Ya Allah.

Alhamdulillah, pertemuan malam tadi memberi dimensi baru utk
kehidupanku.
Memberi aura baru utk diriku.
Memberi warna baru utk penampilanku.
Memberi tenaga baru utk jiwaku.
Memberi roh baru utk semangatku.
Memberi keinsafan baru utk kekerdilanku.
Memberi ilmu baru utk kejahilanku.
Memberi kekuatan baru utk kelemahanku.

Untuk semua 'Teman Sejati"...
Terima kasih semua.
Aku masih di sini kerana semangatmu.
Aku setia di jalan ini keranamu.
Nasihati aku.
Tegurlah aku.
Demi untuk Taipan 181

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.