Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru..Tuah Terkejut

Selamat tahun baru 2012.
Malam tadi jam 12 malam kami tiba di rumah.
Aku dr Seri Kembangan, ke rumah prospek baru Maslinda,
pakaikan PB untuknya.
Tahniah Maslinda.

Lepas tu aku singgah makan durian tepi jalan dgn lokong.
Dia memang hantu buah berduri tu, aku rasa dan makan seulas pun dah muak.
Tak berapa suka.

Jam 12 malam, aku dengar berdentam dentum bunga api
dan mercun menyambut tahun baru 2012.
Tapi waktu tiba di rumah, aku tengok Tuah lain macam.
Rupanya Tuah terperanjat dgn dentuman
fireworks sekeliling rumah jiran.
Ada beberapa remaja Cina dan India anak jiran bermain bunga api dan mercun.
Mengiow2 Tuah ke hulu ke hilir macam ketakutan.
Terkedu dia, macam ketakutan dan sgt terkejut.
Apa lagi, en suami terus memeluk anak angkat kesayangannya.
Baru Tuah cool.
Kesian lak dgn si Tuah ni.
Dipeluk dan dibawa masuk ke rumah.
Belai2 dia, gosok2 dia dan bagi minum,baru dia tenang.
Baru Tuah diam.
Hilang terkejutnya.
Hilang takutnya.
Kemudian Irah lak turun bila aku panggil dia.
Tak perlu disuruh, Irah terus memeluk dan mendakap Tuah.
Memujuknya masuk dlm sangkar dan berehat di sana,
mulanya tak mau kerana bunyi bunga api masih kedengaran di sana sini.

Terpaksa tunggu lama sikit, baru dia ok.
Selamat Tahun Baru 2012 ya Tuah.
Apalah agaknya azam Tuah sempena tahun baru ni?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.