Tak sangka pula Siti sms aku ajak berjumpa. Untuk share pengalaman business...katanya. Tapi kebetulan aku nak ke Penang hari Sabtu berikutnya tu. Sebenarnya aku pun tak mahu jumpa Siti. Dalam hati aku, jika jumpa leader MLM yg masih aktif, buang masa je.Dia mesti ajak aku join businessnya. Selalunya pengalaman aku, dia takkan join aku dan aku takkan join dia. Masing2 dok bercerita hebat sendiri. last2, semua merasa business dia yg terbaik. Buang masa. Aku tak mau perkara sama berulang. Baik aku gi jumpa prospek yg lain. Sebab fikiran aku, mestilah Siti nak ajak aku join business dia. Tentu sekali aku tak mahu. Dan dia juga pasti tak mahu jika aku ajak join business aku. Tapi Siti SMS aku lagi Ahad semalam. Sayangnya aku ada appointment dgn anak2 yg nak celebrate birthday aku di rumah. Dan pagi semalam, dia SMS lagi. Ya, kali ni aku setuju nak berjumpa Siti. Bagaimanapun anggapan ku masih sama. Siti pasti mengajak aku join businessnya. Tetapi telahanku silap sama sekali. Aku dapat belajar sesuatu dari pengalamanku berjumpa Siti semalam. Sebab itu kita mesti berkongsi dgn sesiapa saja. Kena banyak positif dan bersangka baik dgn sesiapa jua. Jangan bersangka buruk. Jangan membuat andaian sendiri. Jangan membuat keputusan utk org lain. "Kak, Siti sebenarnya sedang mencari yg baru. Peluang baru." "Siti nak cuba yg lain kak" "Siti dah penat kak". Eh kenapa pulak nak cari peluang baru? Tak dapat income ke? Aku bertanyakan Siti. Kata Siti... "Ada kak, Siti dpt maintain every month antara RM5000 hgga RM7000 setiap bulan. Tapi Siti dah penat sangat kak". "Meetingnya ada pada setiap malam." "Meeting, meeting dan meeting." "7 kali seminggu". "Semua leader mesti hadir tanpa gagal." "Siti juga mesti jaga 6 line maintain setiap bulan untuk dapat income, jika "Siti tercicir satu line saja, maka Siti takkan dapat bonusnya." "Jika nak bonus, Siti kena topup dan keluarkan duit sendiri." "Siti dah banyak habis duit kak". "Itu yg Siti nak cari peluang lain yg lebih baik". |
Tuesday, January 10, 2012
Keputusan Di Tangan Siti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.