Saturday, January 15, 2011

Berkongsi Rasa Meluah Bicara

      Assalamualikum wrbt,
Semoga kita terus diberi semangat dan kekuatan untuk menempuh kehidupan yang penuh warna warni ini.
Bersyukurlah kerana kita masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada Allah SWT.

Sudah lebih lapan tahun aku terlibat dalam perniagaan ini.
Alhamdulillah, syukurlah kerana terlalu besar perubahan hidup yang aku dan keluarga alami.
Bukan hanya dari segi pendapatan, kewangan, simpanan, corak gaya kehidupan, bertukar kerjaya, kediaman dan kenderaan, menikmati percutian keseluruh dunia, menikmati kepuasan daripada berusaha dan
kebebasan masa.
Kepuasan paling besar ialah apabila melihat rakan kongsi dan rakan2 warga AT 181 berjaya mengubah
kehidupan mereka.

Tetapi lebih daripada itu, aku merasai nikmat menjadi hamba yang mampu menghulurkan manfaat dan kebaikan kepada orang lain melalui anugerah pemberian Allah kepada ku selama ini.

Seingat aku, sejak mula aku terlibat dengan perniagaan ini, aku perlu bercakap setiap hari dengan orang lain.
Berkongsi peluang terbaik ini kepada sesiapa sahaja.
Dari sana aku mengasah potensi diri yang sekian lama terpendam sahaja. Meskipun kerjaya ku sebagai seorang pendidik sebelum itu juga memerlukan kepada bercakap dan membimbing, tetapi ruang lingkupnya sangat terbatas.

Tetapi bersama AT 181, potensi sebenar pada diri mampu aku gerakkan untuk memajukan diri sendiri dan kemudiannya mampu pula aku kongsikan, berikan, hulurkan dan manfaatkan kepada orang lain untuk sama2 memajukan diri mereka pula.

Sebaik2 manusia ialah yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain.

Apa lagi perniagaan ini memerlukan semangat dan momentum yang berterusan. Dengan konsep perniagaan yang mudah dan simple, semua orang boleh berjaya jika mereka tidak berhenti berusaha dan membina perniagaan ini. Sungguhpun business ini  mudah, tetapi tanpa semangat dan motivasi diri yang tinggi, ramai pula yang buat separuh jalan dan gagal bertahan dalam perniagaan ini.

Maka di sinilah, potensi diri kurniaan Allah dapat aku kongsikan dengan orang lain pula.
Tak lain dari menggunakan kepetahan berbicara, bercakap, memberikan semangat, memberikan motivasi, mengetengahkan idea dan pandangan, menghulurkan kreativiti, menjadikan diriku inspirasi supaya orang lain juga mampu mengikut jejak yang baik ini.
Setiap hari aku ulangi.
Ulang dan terus ulang melakukannya.

Dengan menggunakan ayat2 bermadah, kata2 puitis,
bunga2 bahasa, madah pujangga, pantun dan seloka, bidalan orang2 tua, contoh dan perumpamaan
yang diselang selikan dengan ilmu serta pengalaman sendiri membina perniagaan ini, maka aku ungkapkan ayat demi ayat, baris demi baris sehingga dua tiga jam bercakap pun, aku tidak sedar.

Jangan meminta untuk dipuja atau dipuji.
Mahukan nama atau pun glamour, maka leikhlasanlah yang mesti menjadi sandaranku ketika memberikan ucapan dan ceramah kepada warga Akademi Taipan seluruh Malaysia.
Jauhkan hati daripada merasa hebat atau pandai daripada orang lain.
Ataupun menunjuk pandai atau memandai2.
Jauh sekali dari berniat untuk mengajar orang lain.
Niatku hanya sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman.
Apabila segalanya diberi secara ikhlas, maka kejayaan yang dicari itu datang dengan nilai yang penuh makna.

Di mana2 saja aku hadir program bersama AT 181,
pasti aku akan diminta untuk menyampaikan ucapan.
Lagipun itu sahaja yang aku mampu berikan.
Kemahiran dan kepandaian lain aku tak ada.

Sebenarnya nampak mudah.
Semua orang boleh bercakap, boleh bersuara dan berkata2.
Tetapi untuk bercakap sejam dua jam supaya audiens
di hadapan,  faham dan mahu bertindak,
mendapat semangat dan momentum tidaklah semudah yang disangka.
Apalagi  apabila mahukan ucapan atau slot itu
akhirnya akan menyentuh hati dan sanubari,
sehingga menangis dan menitiskan air mata akibat  gegaran kepada emosi pendengar,
sesungguhnya ia bukanlah suatu hal yang mudah.
Tetapi syukurlah, skils itu hadir dan datang sedikit demi sedikit apabila aku melakukannya setiap hari.

Maka di sini aku paparkan beberapa keping gambar untuk dikongsikan dengan anda.
Bukan itu sahaja, malahan aku juga mahu berkongsi,
apakah sebenarnya yang berlaku sebelum aku bercakap dan selepas sesuatu slot aku sampaikan.

Di atas pentas, kesilapan mesti dikurangkan.
Keyakinan diri ketika memagang microfon sangatlah penting. Selalunya audiens dengan cepat boleh membaca keyakinan diri kita sebagai penceramah.
Audiens juga dengan cepat boleh mengetahui sama ada
kita bersedia ataupun tidak untuk menyampaikan ucapan.
Ayat yang pertama keluar daripada bibir akan memberikan kesan pertama kepadaku yang berdiri di pentas.

Gugup dan gagap mesti dielakkan.
Untuk menarik minat audies, nada dan intonasiku mestilah mampu menarik minat pendengar.
Jauhi daripada nada yang sama.
Suara yang lantang, jelas dan tinggi rendahnya mampu
memberikan kesan yang berbeza kepada ucapan yang disampaikan.

Untuk mengelakkan audiens merasa mengantuk, tertidur, bosan, kaku atau keluh kesah,
maka aku mesti bijak dan berusaha mewujudkan unsur humor  tetapi realistik ketika beraksi di pentas.
Berdiri di pentas, tidak boleh setempat.
Sebaik2nya berjalan dan bergerak supaya mata penonton akan mengekori kita.

Persediaan sebelum menyampaikan ucapan atau slot ceramah di dalam majlis rasmi seperti seminar atau bengkel adalah berbeza jika dibandingkan dalam majlis tidak rasmi seperti business talk dan meeting biasa.
Alat bantu seperti tayangan video, slaid, gambar
atau kertas kerja juga membantu sesuatu ceramah.

Dan selalunya aku sendiri mampu menilai sama ada ucapanku 'sedap atau tidak sedap' selepas aku berucap biarpun bukan aku yang mendengar.
Kepuasan berucap sangat penting kepada penceramah sendiri. Aku dapat merasakan tahap kepuasan yang berbeza setiap kali aku selesai menyampaikan ucapan.
              
Persediaan tajuk, isi dan sasaran sangat penting untuk mendapatkan
hasil ceramah yang berkesan.
Kepuasan dan matlamat kepada pendengar mestilah diutamakan. Adakalanya dua minggu sebelum seminar,
aku dah berfikir tentang isi dan persediaannya.
Aku juga mesti rajin mencari bahan2 baru, gambar2 yang boleh dikaitkan dengan tajuk, fakta2 yang tepat atau dapatan2 terkini untuk disampaikan supaya isi dan penyampaiannya tidak berulang kepada
perkara yang sama.

Oleh itu aku sendiri mesti rajin membaca,
melayari internet dan merujuk majalah.
Jika aku tak rajin membaca dan menelaah,
aku agak kaku dalam ucapanku.
Bukan senang!!!
Aku tahu, audiens mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
Maka memenuhi harapan dan hasrat audiens adalah perkara yang paling utama yang mesti aku fikirkan setiap kali menyampaikan ucapanku.
Nampak senang tetapi bukan semudah menyebut 1, 2 dan 3.

Walaupun setiap hari melakukan perkara yang sama...bercakap dan berucap saban waktu tetapi aku juga manusia biasa.
Ada waktunya berdebar2 juga.
Ada kalanya berpeluh sampai ke kaki.
Ada masanya sejuk dingin hingga ke tulang hitam.
Malahan ada juga terketar2 hingga menggigit jari.
Tetapi hanya aku yang tahu perasaan ketika itu.
Orang lain nampak aku cool aje.
"CDM Faridah, hari ini saya bawa dua orang prospek baru.
CDM bercakap tak nanti? Tolonglah CDM, buat closing bagi ucapan kaw kaw atas pentas nanti supaya prospek saya terpaku dan mereka akan teruja untuk bersama dan join perniagaan ini. Boleh ya CDM!"

Itu antara dialog yang selalu aku dengar daripada warga AT 181.
Aku faham tentang harapan mereka.
Aku juga sangat faham, bahawa bukan senang nak membawa prospek menghadiri meeting.
Aku juga mengerti begitu besar sekali harapan rakan kongsi
di AT 181 terhadap aku.
Paling penting ialah pendengar mesti mendapat ilmu,
semangat dan motivasi untuk memajukan diri mereka
selepas mendengar slot ucapanku.
Tak guna aku bercakap kalau business tak naik.
Tak guna aku berceramah jika mereka tidak mendapat ilmu.
Seminar NDS di Ridel Hotel Kota Bharu pada
24 Disember 2010 yang baru lalu.
Selalunya di dalam seminar atau bengkel bersama AT 181, slot untuk ku adalah slot yang terakhir sekali.
Mereka mahu supaya terbakar rentung dengan
kata semangat yang berapi2.
Sekali lagi...nampak senang tetapi bagi aku yang bercakap...
ia bukan sesenang yang disangka.
Selalunya dalam seminar besar, jika slot aku akan berlangsung keesokan harinya, maka aku tak tidur pada malam. Dzul pun terlibat sama.
Pada malam sebelumnya, aku mesti memastikan....
Slaid berjalan sempurna.
Tayangan video mesti lancar.
Gambar dan imej yang bersesuaian dengan tajuk.
Lagu iringan yang sesuai  dengan tajuk dan topik.
Contoh dan unsur humor yang sepadan dengan sasaran audiens.

Dan malam itu jugalah aku mesti membuat persediaan akhir
untuk memastikan supaya,,,,
Aku tidak batuk atau sakit tekak.
Aku tidak serak atau hilang suara.
Aku tidak demam atau kepenatan.
Aku tetap bertenaga bertahan di pentas untuk satu atau dua jam.
Tema baju pula mestilah yang sesuai dengan majlis atau
program yang dianjurkan.

Pernah juga aku seperti hilang fokus ketika di depan peserta seminar.
Terkadang kerana hal yang tiba2 datang mengganggu di saat sebelum naik ke pentas. Contohnya panggilan menyatakan anak sakit di rumah.
Bagaimanapun pengalaman membolehkan aku mengawal diri
dan kembali mendapat rentak.
Audiens ku datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya tetapi matlamat mereka sama sahaja iaitu
untuk berjaya dalam perniagaan ini
bersama AT 181.
Oleh itu slot ucapan, isi dan pengisian serta contohnya mesti aku pelbagaikan supaya sesuai dengan peserta.
Pada usia 45 tahun kini...Syukurlah.

Selama 15 tahun bercakap di hadapan anak2 didik ketika aku
bertugas sebagai pendidik.
Matlamat bercakap ketika itu ialah...." jadilah pelajar yang baik, anak yang baik, hormatilah ibu bapa dan orang tua kita, belajarlah bersungguh2 supaya berjaya dalam pelajaran, masuk universiti dan berbaktilah kepada keluarga dan negara".

Selama lebih lapan tahun bersama perniagaan ini, aku masih meneruskan tugaskan berdasarkan kurniaan Allah kepadaku. Sekarang audiens ku ialah orang dewasa yang mahu mengubah hidup dan berjaya dalam perniagaan global network ini.

Matlamat bercakap ketika ini ialah..."jadilah indipendent distributor, jadilah usahawan yang hebat, pemimpin yang cemerlang, nekadlah untuk mengubah kehidupan, mesti menjadi Crown Diamond Manager dan  binalah empayar perniagaan anda sendiri".

"Beranilah untuk bertindak, berjuanglah menempuh ujian dan cabaran, jangan takut kepada kegagalan, bangkitlah menempa kejayaan dan kehebatan untuk diri anda sendiri."

" Jujurlah kepada rakan kongsi kita, ikhlas membantu mereka, carilah kesenangan di dunia dan jangan sekali2 lupa bahagian kita di akhirat sana."

Pengalaman menjadi ahli panel jemputan dalam
satu seminar bertemakan
Wanita,,,Kecantikan, Kerjaya Dan Personaliti
di Kota Bharu Kelantan tidak lama dulu.
Satu pengalaman baru yang aku kongsikan dengan masyarakat di luar daripada AT 181. Aku bercita2 untuk berkongsi ilmu dan pengalaman ini dengan masyarakat yang lebih luas.
Bukan hanya terhad hanya dengan warga AT 181.
Beberapa kali pernah berlaku...aku demam selsema, demam panas, batuk yang teruk pada masa dua atau tiga jam sebelum
sampai giliran aku bercakap.
Mungkin kerana tak cukup rehat.
Tiada pilihan...jika program berlangsung di KL,
aku sempat berjumpa
Doktor Pakar, Dr Ting untuk mendapat rawatan terbaik supaya
aku segera pulih supaya aku dapat menyampaikan
ceramahku seperti biasa. Alhamdulillah, selalunya berjalan dengan baik selepas mendapat rawatan segera yang terbaik.

Ketika berpangkat SM lebih lapan tahun dahulu, aku sudah mula bercakap di hadapan audiens.Mulanya berpeluh juga, tetapi aku tidak mahu tewas dengan perasaan gemuruh, gementar dan gugup.
Aku mesti lawan semua perasaan itu.
Setiap hari aku berlatih di hadapan cermin.

Mula dijemput menjadi speaker pada Majlis Anugerah SM SSM anjuran syarikat ketika aku berpangkat DSM pada awal 2004.
Dan beberapa kali menjadi speaker pada Majlis Makan Malam dan Anugerah pada tahun 2005, 2006 dan 2007 ketika menjadi CDM.
Semuanya menjadi pengalaman yang cukup baik untuk diriku.
Bukan hanya sebelum bercakap, selepas aku selesai
menyampaikan slot ucapan ku dalam seminar atau bengkel,
juga ada perkara yang boleh aku kongsikan.

Jika  matlamat tercapai, peserta excited dan terbakar serta bersemangat yang membara dan menyala selepas ceramahku,
selalunya aku sendiri akan termotivasi.
Apa yang berlaku...aku sendiri tak boleh tidur sehari atau
dua hari selepas itu.

Sebaliknya, jika aku merasakan slot yang aku sampaikan gagal mencapai matlamat dan sasarannya,
apa yang berlaku....aku juga tak lena tidur, sedikit kecewa
dan terasa sangat keletihan.
Perasaan tidak puas hati menyelinap dalam diri untuk
dua tiga hari selepas itu apa lagi jika pesertanya ramai
hingga mencecah lima ratus orang.

Dan selalunya...aku akan membuat 'post mortem' dan menganalisis dengan suami kenapa berlaku demikian.
Pengalaman lebih lapan tahun berceramah, bercakap dan berucap
di hadapan audiens memberikan pengalaman menarik
yang mewarnai liku2 perjuangan dalam aku membina
kejayaan dalam perniagaan ini.

Aku gembira dan seronok dengan apa yang mampu aku berikan.
Aku juga sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik
selagi diperlukan oleh warga AT 181.
Tetapi aku akan segera berhenti berucap di khalayak ramai sebaik sahaja aku mendapat singnal
bahawa kata2 dan ucapanku tidak lagi diperlukan.
Kemampuan untuk mewujudkan unsur humor ketik berucap
sangat penting untuk mengelakkan kebosanan audiens.
Tetapi ia bukan mudah.
Biasanya secara spontan sahaja.
Selalunya pengalaman sendiri, cerita2 sebenar dan
titipan2 peribadi yang aku selitkan.
Aku juga mencampurkannya dengan cerita2 pendek yang aku dapati daripada pembacaanku.
Sebab itu, aku mesti banyak membaca dan menelaah.
Serius, santai, humor dan bersemangat selalunya aku
campur gaulkan di dalam setiap slot ceramah ku selama
satu atau dua jam.
Pernah juga bercakap tak berhenti selama empat jam.
Semasa bercakap, memang tak terasa penatnya.
Mungkin kerana sedang bersemangat.
Tetapi selepas bercakap, aku terasa cukup lesu.
Rehat yang secukupnya mesti aku dapatkan untuk mendapat tenaga semula kerana ucapan yang lain pula sedia menanti
pada hari2 berikutnya.
Kebolehan bercakap, kemampuan berpidato dan kepetahan berbicara bukanlah bakat yang terjadi sendiri.
Ia adalah bakat terpendam yang mesti dikeluarkan dan dicungkil untuk diasah, digilap dan dibimbing supaya bersinar.
Seawal usia dua tahun kita telah belajar bercakap.
Tetapi ramai yang tidak menyedari potensi mereka sebenar kerana perasaan malu dan tidak yakin kepada diri sendiri.

Gunakanlah anugerah itu untuk mengeluarkan potensi diri anda yang sebenar. Kita akan menjadi jauh lebih hebat apabila kita mampu menggunakan potensi ini.
Belajarlah.
Tiada yang mustahil.


Harimau mati meninggalkan belang.
Negarawan mati meninggalkan jasa.
Manusia mati meninggalkan nama.

Pada ku, biarlah selepas aku mati nanti, ia mampu meninggalkan kekentalan semangat, kekuatan jiwa dan kemantapan diri sebagai bekal untuk mereka menempuh kehidupan yang lebih baik.
Aku juga berharap agar ia mampu menjadi benteng ketahanan mental dan fizikal untuk mereka berhadapan dengan segala
ujian dan cabaran getir yang sedia menanti mereka dalam
liku2 perjalanan menuju ke mercu jaya bersama
Akademi Taipan 181.

Salam perjuangan.
Salam kejayaan.
Salam kemenangan.


Friday, January 14, 2011

Mesti Bawa Prospek Baru


Acara Mingguan AT 181.
Di mana2 pun penuh
Di mana2 pun meriah
Di mana2 pun ramai melimpah

Ahad ini sama juga. Tarikhnya 16 Januari 2011.
Ada dua Busines Talk.

Pertama***
Bertempat di TTC 1, USJ 9  pada Jam 10.30 pagi.
Anda akan ditemani pemimpin2 hebat seperti CDM Kartini, CDM Kamaruddin, CDM Yan, CDM Siti Rohani, CDM Syed Huzair, CDM Indawati, CDM Norita dan lain2.
Anda datanglah bawa prospek baru, rakan kongsi baru dan semangat serta impian baru.
Saya tak ada di sini tetapi akan berada di KK kerana
program NDS Sabah.
Kita jumpa lain kali ya. Insyaallah.

Kedua*****
Jam 3 petang bertempat di Dewan Kristal, Bangunan Perkeso
berhampiran
MITC Ayer Keroh Melaka.


Bersama pemimpin2 hebat dari KL, Selamgor, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Pilah dan tuan rumah Melaka sendiri.

Fight To CDM Seminar


Tarikh Sabtu 22 Januari 2011
Masa 8 Pagi Hingga 6 Petang
Tempat Mines Resort Seri Kembangan
Terbuka untuk 'DSM TERPILIH SAHAJA' iaitu yang mempunyai 400 000PV dan ke atas sahaja.
Semua DDM layak hadir.
Bayaran RM50 sahaja.
Hanya makan tengah hari disediakan.
Sarapan tidak disediakan. Sila makan dahulu sebelum hadir.
Hanya yang bersama AT 181 sepenuhnya yang dibenarkan hadir.

Thursday, January 13, 2011

Dua Kunci Kebahagiaan

Apakah kita masih tercari2 kunci kebahagiaan, sedangkan kunci2 itu sudah begitu dekat dengan kita?
Adakah kita masih tidak yakin bahawa
syukur dan sabar
akan menjadi kenderaan yang menyelamatkan diri kita dan
mampu menyelesaikan banyak permasalahan dalam hidup kita.
Perjalanan hidup kita adalah pusingan waktu yang bergerak
naik dan turun.
Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah.

Pada suatu ketika kehidupan kita sangat senang dan orang lain menderita.
Dan ada masa yang lain, kehidupan kita sangat susah dan kesenangan untuk orang lain.
Semua itu adalah perjalanan yang tidak dapat dipisahkan daripada
sebuah kehidupan.
Kita tidak akan berupaya untuk melarikan daripada kedua2nya.
Dan tidak ada yang lebih untuk menangani kedua2nya kecuali
bersyukur dan bersabar.
Sekiranya kita memiliki kedua2 sifat ini,
pasti kehidupan kita menjadi lebih tenang dan bahagia.

Ku Mohon....Shiela Majid

Setiap hari ku mohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau berikan harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa kau selalu
Mengawal gerak geriku
Berkatilah, ku perlu rahmat daripadamu

Korus...
Oh Tuhan, terangkan hati
Dalam sanubariku untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan
Ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu
Ada kala ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu
Oh! kuatkanlah cekalkan diriku.

Perhatikan beberapa dialog kawan2 atau orang sekeliling kita terhadap matlamat kejayaan kita atau rakan sebangsa Melayu mereka yang mahu berjaya...

Apabila kita mahu mencuba....
"Alaaa...tak payahlah kau berangan2 nak jadi kaya konon. Nak mencuba nasib? Tak mungkin kau berjaya. Muka kau ni muka kerani je...dari dulu lagi muka kerani, sampai pencenlah kau keraninya."

Apabila kita sedang berusaha mencipta kejayaan....
"Alaaa tak ke mananya kau ni. Hangat2 tahi ayam je. Angan2 mat jenin adalah. Mati katak je nanti. Berangan je yang lebih. Aku dah kenal lama kau ni, bukannya sehari dua. Tengoklah nanti. Nak jadi kaya konon. Ha ha ha..."

Apabila kita telah berjaya dan hebat....
"Engkau memanglah boleh buat. Engkau pandai bercakap, engkau rajin. Sapa yang tak kenal kau ni? Dari dulu lagi aku dah tahu. Orang lain mana boleh lawan engkau."

Apabila kita mengalami cabaran selepas kita berjaya dalam perniagaan ini. Atau business kita mengalami sedikit keadaan turun dan naik....
"Kan aku dah kata dulu, jangan buat. Aku cakap tak nak dengar. Benda ni tak tahan lama. Tak lama lagi kena tarik la kereta Mercedes engkau tu. Aku nak tengok, berapa lama kau boleh bertahan. Padan muka kau..."

Pernah anda mengalami situasi seperti ini?
Layakkah orang seperti ini menjadi tempat rujukan apabila kita mahu mengubah hidup.
Bolehkan orang seperti ini memberi dorongan positif  ke arah kejayaan kita?
Bolehkah pandangan mereka digunapakai dalam kita membuat pertimbangan menuju puncak jaya?
Layakkah mereka menjadi teman akrab kita untuk berjaya
Fikir2kanlah.

NDS KK


Ahad 16 Jan 2011
Jam 8 pagi hingga 5 petang
Tempat Taipan Traning Centre Rumah Universiti
Kota Kinabalu, Sabah.
Bayaran RM10.
Terbuka kepada orang baru dan lama.

Wednesday, January 12, 2011

Hari Ini, Esok dan Lusa


Hari ini....
Business Talk Akademi Taipan 181 akan meriah di
Safira Club Seberang Jaya
pada jam 9 malam. Biasanya akan melimpah ruah ramainya orang. Ramai yang tak boleh masuk jika lewat.
Datanglah awal jika mahukan tempat duduk.
Ramai Pemimpin CDM hebat akan bersama anda.
Saya pun nak gi juga.
Masuk percuma.

Esok Khamis 13 Jan 2011
BONUS NIGHT

Bertempat di Mines Resort Seri Kembangan
Jam 8.30 Malam.
Malam Gemilang yang Penuh Lip Lap Lip Lap
Dengan Warna Tema Merah Hitam.

Dewan dijangka akan melimpah ruah.
Ramai yang akan turun dari Neg Sembilan, Melaka, Pahang, Johor,
Perak, Penang, Kedah, Perlis dan lain2.
Jom...ramai2 kita meriahkan Malam Gemilang Ini.
Masuk adalah percuma.


Lusa
Jumaat 14 Jan 2011

Business Talk Akademi Taipan 181 akan berlangsung di

* TTC Berek 12 Kota Bharu Kelantan
Jam 3 petang.
Anda akan bersama Pemimpin2 CDM yang sangat hebat.
Ketahui kehebatan produk BIO ZONE FOOD dan bagaimana ia mampu menydiakan tiketpelancongan ke Disneyland Hong Kong
Secara Percuma.
Masuk adalah percuma.

Jam 8.30 Malam
Jangan lupa temujanji kita di Pejabat Penghulu
Berhadapan Caltex Jalan Kancut.
Bersama CDM Mariam, CDM Hasmidar, CDM Mohd Fitri, CDM Muhammad Razali, CDM Ali Saad, CDM Paksu Manaf dan CDM2 lain.
Ketahui rahsia layak melancong percuma ke Hong Kong.
Datanglah beramai2.
Masuk adalah percuma.

12 Hari Telah Berlalu


Salam.
Sudah 12 hari berada pada tahun baru 2011.
Sudah 12 hari ia berlalu.
Sedetik masa berlalu, semakin jauh ia meninggalkan kita.
Dentuman bunga api meraikan tahun baru tidak kedengaran lagi.
Kemeriahan pesta menyambut tahun baru juga sudah semakin jauh ditinggalkan.
Azam tahun baru tidak disebut lagi.
Ia sudah tercatat dalam diari peribadi sendiri.

Bagaimana dengan kita?
Selama 12 hari ini apakah tindakan yang telah kita lakukan demi melaksanakan azam dan cita2 tahun baru yang telah kita
lafazkan baru2 ini?

Apa azam anda bersama Akademi Taipan 181 tahun ini?
Macam2 azam anda yang saya dengar.

Ada yang nak naik CDM.
Ada yang nak naik pangkat.
Ada nak yang settle hutang.
Ada yang nak tambahkan simpanan.
Ada yang nak beli kereta baru.
Ada yang nak kuruskan badan.
Ada yang nak melayakkan diri melancong ke semua destinasi.
Ada yang nak hantar mak ayah naik haji.
Ada yang nak naik haji bagi diri sendiri.
Ada yang nak besarkan rumah.
Ada yang nak menjadi pemimpin hebat.
Ada yang nak melebarkan empayar business global business.
Ada yang nak buat kebajikan dan sedekah banyak2.

Dan macam2 azam lagi.
Kesimpulannya semuanya menuju jalan kekayaan dan kejayaan.

*Sudahkah kita buat senarai nama?
*Bagi yang dah lama bersama AT 181, sudahkah kita tambah senarai nama baru?
*Sudahkah kita menelefon prospek atau stranger kita untuk membuat temujanji dengannya atau masih lagi bertangguh2.
*Sudahkah kita datang meeting untuk mendapatkan semangat dan kekuatan diri?
*Jika lama tak datang meeting, sudahkah kita berjumpa dan duduk berbincang dengan CDM/mentor kita untuk mencari rentak untuk bermula kembali?
*Sudahkah kita menguasai marketing dan strategi plan bagi produk baru BZ Foof?
Sudahkah kita tahu cara untuk menunjukcara penggunaan produk BZFood dan produk2 yang lain?
*Sudahkah kita tahu cara2 untuk merekrut orang baru?
*Sudahkah kita follow up prospek yang telah kita jumpa sebelum ini?
*Sudahkah kita tahu cara untuk menguruskan dana bagi prospek kita?

Jika belum, bertindaklah.
Ilmu dah banyak.
CDM2 dah terlalu banyak mencurahkan ilmu untuk kita.
Buatlah sesuatu supaya tiga bulan pertama ini, sekurang2nya sehingga bulan Mac nanti, bayang kejayaan itu semakin bersinar.
Sekaranglah masanya.

Selamat berjuang.
Selamat bertindak.
Selamat melaksanakan visi dan misi anda.
Selamat maju jaya.




Tuesday, January 11, 2011

Berita Semasa AT 181

Bukalah PC anda, dapatkan maklumat dan perkembangan terkini Akademi Taipan 181 melalui blogspot saya
Waktu pagi buka blog saya.
Waktu rehat buka blog saya.
Waktu nak tidurbuka blog saya.
Jika anda sudi. He he he....

1. Meeting/Business Talk
2. Slot Pengukuhan/Kelas Pemantapan Ilmu
3. Bengkel/Klinik
4. Seminar2 terbaru...NDS
5. Moving Up Seminar/Leadership Seminar
6. Bonus Night/ Bonus Day
7. Majlis Anjuran Syarikat Hai O
8. Demo Produk
9. CDM Comitee Meeting
10. Konvensyen CDM

Secara beransur2 saya akan mengurangkan SMS. Hampir setiap hari saya akan update blog saya. Ketahuilah perkembangan terkini AT 181 melalui hujung jari anda, walau di mana jua anda berada. Selari dengan perkembangan dunia yang semakin canggih.
Dunia tanpa sempadan. Salam kejayaan.

Terima Kasih Semua

Sehingga saat ini saya masih menerima kiriman ucapan Selamat Hari Ulang tahun melalui FB, Blog, SMS dan MMS.
Tentunya yang paling banyak daripada warga AT 181.
Juga daripada adik beradik, saudara mara dan kenalan lama dan baru.

Terima kasih semua.
Ucapan anda menambahkan semangat saya.
Penghargaan anda menambahkan silaturrahim antara kita.
Doa anda meniupkan kekuatan dalam diri ini.
Harapan anda memberikan momentum untuk saya terus bekerja.

Terima kasih atas sokongan anda semua.
Apakah lagi yang mampu saya ungkapkan kecuali ucapan terima kasih atas keikhlasan dan ketulusan silaturrahim ini.

Ada waktu sokongan anda membuatkan saya merasa begitu terharu sekali. Begitu besar harapan anda untuk berjaya dalam akademi ini dapat saya rasai melalui ucapan dan doa anda.
Saya berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada AT 181
selagi saya diperlukan.

Teruslah memberikan sokongan anda kepada Akademi Taipan 181.
Teruslah memberikan sokongan anda kepada kami.
Ingatkan kami andainya kami silap.
Marilah kita terus bekerja sebagai satu pasukan untuk meletakkan Akademi Taipan 181 di Mercu Paling Tinggi
di dalam industri global business network di Malaysia.

salam kebahagiaan.
Salam kejayaan.

Ucapan Untuk Mama

Assalamualaikum Wrbt, semoga mama, abah, Kak Aimi, Irah, Aisyah, Kak Hom berada di dalam rahmat Allah SWT.
Adib di Cairo macam biasa. Baik dan sejahtera.

Mama yang disayangi, Selamat menyambut Hari Lahir yang ke 45.
Adib rasa nak peluk mama. Alangkah bahagiannya jika mama berada di sisi Adib ketika ini. Terima kasih kerana mama telah mengandung dan melahirkan Adib. Terima kasih juga kerana telah mendidik Adib menjadi anak yang baik. Mama seorang ibu yang baik. Alangkah remuk hati seorang anak yang dibuang merata2 oleh ibunya sendiri. Dibuang bagai sampah yg tidak berguna di dalam tong sampah, di tepi masjid, di dalam tandas, di dalam sungai, di bawah pokok seperti yang banyak berlaku hati ini.Sedihkan.
Sebenarnya itulah antara tanda2 dunia akhir zaman, mama.
|
Alangkah bertuah dan beruntungnya Adib, Kak Aimi, Irah dan Aisyah kerana mempunyai ibu seperti mama. Sentiasa mengambil berat, mencurah kasih sayang tanpa henti, memberikan perhatian tanpa memilih kasih dan sanggup berkorban segala demi kebahagiaan dan kejayaan  anak2nya.
Kasih ibu membawa ke syurga.
Doa ibu membawa bahagia yang tiada bandingan dengan kata2.

Hati seorang anak sentiasa merindui mamanya. Walaupun kita sering berchit chat melalui ruang maya fb, Adib tetap menantikan peluk cium mama. Hangatnya pelukan mama sentiasa terimbau dalam fikiran Adib.

Adib tengok gambar meraikan birthday mama di rumah dalam fb mama. Alangkah seronoknya jika Adib ada bersama.
Abah ada bagi mama hadiah tak?
Selalunya abah dan Kak Aimi berpakat memberikan hadiah kan!
Jika abah tak bagi pun tak apa mama, jangan kecewa ya.
Sebenarnya kasih sayang dan kesetiaan abah pada mama adalah hadiah yang lebih berharga daripada segala2nya.
Yang penting mama dan abah sentiasa bahagia.
Dan itu jugalah yang menyebabkan anak2 mama turut merai kebahagiaannya. Bersyukurlah mama.

Sebab Adib pun ada kawan kat sini yang mak dan ayahnya sudah berpisah. Dia cemburu melihat kebahagiaan keluarga Adib. Dia teringin sekali merasai mak dan ayahnya gembira dan kembali hidup bersama seperti dulu.
Tetapi tak mungkin, katanya. Segalanya sudah musnah.
Dua kakak dan abangnya tinggal bersama ayahnya di Johor sementara dua adiknya menetap bersama ibu di KL. Dia selalu meluahkan perasaan dan bercerita tentang keluarganya kepada Adib.
Adib selalu berasa sangat bersyukur dengan kebahagiaan keluarga kita.
Adib tahu mama dan abah terlalu banyak berkorban untuk memastikan kebahagiaan keluarga kita berpanjangan.

Mama, pengajian Adib di sini berjalan seperti biasa. Sekarang masih lagi musim sejuk. Jika mama nak datang melawat Adib, bulan tiga nanti baru sesuai. Sekarang musim sejuk tak sesuai.

Ustaz Firdaus tidak lagi menjadi warden asrama kerana dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Jadi ada warden asrama yang baru. Adib sudah menghafaz sebanyak 13 juzuk. Sejak datang selepas bercuti baru2 ini, Adib sudah tambah dua juzuk lagi.
Mama doakan Adib supaya cepat habis menghafaz semua juzuk ya.

Mama,  macam mana dengan business mama? Dah ok ke? Adib gembira bila mama bagi tahu, dah semakin baik business mama.
Mama cubalah bangun solat tahajjud jika mama tak penat.
Allah akan turun pada waktu satu pertiga malam dan akan datang kepada hambanya yang mengerjakan solat tahajjud.
Ketika itulah mama banyak2 berdoa kepada Allah SWT.
Pasti Dia maha mendengar rintihan dan rayuan hamba2Nya yang memohon dan meminta.

Bagus juga mama amalkan membaca doa Al Maathurat selepas solat Subuh dan Asar. Mama juga sentiasa amalkan membaca Surah Al Mulk ayat 526 supaya kita terlepas dari seksaan kubur. Dan Adib juga nak ingatkan satu benda....mama sentiasalah ingatkan mati kerana ia boleh mendekatkan kita kepada Allah SWT. Mama anggaplah solat yang akan mama lakukan itu sebagai solat yang terakhir sebelum kematian. Mama ajaklah abah dan adik2 sekali.
Moga2 kita benar2 menjadi hambaNya yang terpilih untuk menduduki syurga yang disediakan oleh Allah SWT.

Baiklah mama. Salam untuk abah ya. Adib akan emeil lagi kepada mama. Mama tak balas pun tak apa, cukuplah jika mama sentiasa mendoakan Adib di sini. Doakan juga untuk Kak Aimi, Irah dan Aisyah.

&&&&&&&&&&

Apa lagi yang mampu aku ungkapkan di sini...Menitis dan berderaian air mataku menatap setiap baris ucapan, pesanan dan doa anakku
Mohd Adib melewati emeil yang dihantarnya sempena
ucap selamat hari lahirku dua hari yang lalu.

Kerinduan makin terasa. Hajat dihati ingin segera menjenguk dan memeluknya di Cairo. Ya usianya baru 16 tahun. Aku tahu dia masih keanakan yang merindui peluk cium ibu.
Sabarlah Adib, mama akan pasti datang ke Cairo nanti. Mama juga sangat merindui Adib. Abah juga begitu.
Terima kasih atas doa, ucapan dan pesanan Adib untuk mama.
Terima kasih anakku.
Terima kasih Adib.
Kita jumpa lagi, insyaallah.
Salam kasih sayang dan peluk cium dari mama.



Monday, January 10, 2011

Tuah Masuk Hospital

"Dia kena masuk wad, telinganya dijangkiti bakteria."

Ha? Terlopong mulut Aisyah dan Irah termasuk aku sekali apabila
Dr Chin memaklumkan Tuah kena masuk hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.Menurut pakar haiwan dari Pet Medical Centre itu, jika tidak dirawat, telinganya akan terus sakit akibat serangan bakteria, bulunya akan luruh dan merbahaya kepada manusia yang mendekatinya.

Tuah mesti dibius terlebih dahulu sebelum dirawat.
Suntikan vaksin akan diberikan selepas Tuah dibius.
Pada hari kedua, ubat yang lebih kuat akan diberikan dan ini memerlukan Tuah dirawat dengan rapi. Keadaan ini memungkinkan Tuah dirawat di hospital dalam masa dua atau tiga hari sebelum dibenarkan pulang.

Alamak...kesian pada Tuah. Kena masuk wad la pulak.
Tak dapatlah nak bermain dengan Tuah dua tiga hari ini.
Aisyah dan Irah begitu bimbang sekali takut Tuah mati. Tetapi mereka dipujuk oleh DR Chin yang merawat Tuah. Baru lega sedikit perasaan mereka.

Kesian Tuah, telinganya sakit kerana diserang bakteria.

Kos masuk hospital Tuah untuk sehari dalam RM30 tidak termasuk rawatan dan ubat2nya. Rawatan dan ubatnya pula bergantung kepada jenis rawatan yang diberi. Tak mahal kata Dr Chin, tak sampai RM500 katanya.
Haa? Tak mahal? Itulah harga untuk minat dan hobi.

"Tak apa tak apa, Aisyah boleh keluarkan simpanan Aisyah jika mama tak mahu bayar". Kata Aisyah.
"Ya lah, ambik duit Irah pun tak apa. Mama jangan susah hati"
Kata Irah pula.

Aku dengan Dzul berpandangan. Begitu sekali sayangnya Aisyah dan Irah pada Tuah. Aku faham perasaan anak2.

"Kita boleh datang melawat Tuah tak abah?" Tanya Aisyah lagi.
"Ya boleh, selepas jam dua petang bolehlah datang. Pagi biasanya dia akan tertidur selepas dibius dan dirawat" Kata Dr. Chin pula.

Selepas dipilih sangkar yang sesuai untuk Tuah, dan selepas memastikan Tuah masuk ke wad, kami terus pulang. Esok Aisyah dan Irah nak datang melawat Tuah.

Begitulah jika dah sayang. Begitulah jika dah minat. Tuah menjadi perhatian keluarga.
Setiap hari mesti bercerita, bercakap pasal Tuah.
Nak balik kampung kena fikirkan Tuah.
Nak pergi bercuti, mesti fikirkan Tuah.
Bila Tuah sakit lagilah anak2 risau asyik fikirkan Tuah.

"Biar jelah...yang penting anak2 gembira." Kata Dzul pula.

"Mama, bila birthday Tuah? Kita buat birthday Tuah nak? Biar dia happy selepas keluar wad nanti.
Birthday mama dan Kak Irah, kita dah celebrate dah, kita buat untuk Tuah pulak ya. Aisyah nak buat besar2an lah, nak panggil kawan2 Aisyah kat IISKD tu. Kita panggil sekali kawan2 Taipan mama tu ya?"

Alahai Aisyah....seronok pun ada, ketawa pun ada, geram pun ya.

Salam berjumpa lagi.

Sunday, January 9, 2011

Bonus Night....Jom turun ramai2.

Bonus Night Akademi Taipan 181.
Bonus Night akan berlangsung pada Khamis 13 Januari 2011
Jam 8.30 Malam.
Bertempat di Mines Resort Seri Kembangan.
Bawalah orang baru.
Bawalah prospek baru.
Bawalah rakan kongsi baru.

Jom orang Melaka, Orang Johor, Orang Negeri sembilan, Orang Perak,
Orang Penang, Orang Kedah, Orang Perlis, Orang Pahang...
Jom turun Mines Resort ramai2.

Business Talk di TTC 1 pada Selasa 11 Januari ditangguhkan.
Group Meeting pada hari Khamis 13 Januari di TTC 2 USJ 9 juga ditangguhkan. Semuanya datang ke Mines Resort.

45 Tahun Meniti Hidup

Bonda Pn Hjh. Nik Kalthum Nik Ismail
Ibu yang begitu kuat mendoakan kejayaan anak2nya termasuk aku.
Hingga saat ini, Bonda terus berdoa untuk kesejahteraan dan kemuliaan anak2nya.
Terima kasih Bonda. Semoga Bonda terus bahagia.

Salam kebahagian.
Salam kasih sayang.
Salam kemesraan.

Jam di dinding menunjukkan 1.45 pagi.
Alhamdulilah, waktu sebegini, ketika seisi rumah sudah lena dibuai mimpi, aku masih bersama blogku. Terima kasih kepada rakan2 yang mengirimkan ucapan dan penghargaan atas kelanjutan usiaku.
Terima kasih dan penghargaan yang setinggi2nya.
Aku amat menyenanginya.


Semalam genap 45 tahun usiaku.
Setahun usia berkurang, setahun lagi keupayaan diri makin menghilang. Sedetik itu juga aku mengukur bekalan untuk ku bawa bertemu Ilahi.
Di manakah tempatku?
Terkadang ketakutan datang menyelinap seluruh tubuhku.
Ramai rakan2 seusia sudah kembali ke rahmatullah. Tiga minggu lalu, air mata kesedihan tumpah akibat kehilangan rakan baikku ketika tinggal di Kajang, baru di usia akhir 30an akibat serangan kanser hati. Pergi jua meninggalkan suami dan lima cahaya mata.

Di tengah kesibukan yang tak pernah habis, aku harus bersedia untuk melangkah lebih jauh. Bukan sekadar mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia yang semakin mencabar bahkan aku juga harus bersedia andai nafas terhenti pada bila2 masa.
Meski diriku sihat walafiat, tetapi ku melihat.Ada kalanya yang sihat terlebih dahulu pergi menyahut panggilan Ilahi berbanding yang terbaring lesu di perbaringan akibat sakit yang berpanjangan.

Kelahiranku 45 tahun lalu memang dinanti seluruh keluarga.
Sementelah ibu yang ku panggil ma telah melahirkan lima anak lelaki sebelumnya,  maka kelahiran anak perempuan sulung memang
ditunggu2 seluruh ahli keluarga.

Nama Faridah yang bermakna 'yang tunggal atau yang istimewa' diambil sempena nama terbilang Qariah bertaraf antarabangsa yang cemerlang ketika itu iaitu
Pn Hjh. Faridah Mat Saman
agar anak sulung perempuan ini juga mengikut jejak langkah qariah terbilang tersebut.
Bagaimanapun hasrat ayah dan ibu untuk melihat aku menjadi
qariah tidak terlaksana.
Maafkan anakmu.
Kecenderungan dan minatku bukan di sana.
Tetapi sesungguhnya aku amat bersyukur mempunyai ma dan ayah cemerlang yang mendidik kami sebelas beradik sehingga setiap satunya cemerlang dengan kerjaya masing2.

Aku bahagia meniti hidup.
Bukan tidak pernah susah.
Bukan tidak pernah menangis.
Bukan tidak pernah gagal.
Bukan tidak pernah terduduk.
Bukan tidak pernah kecewa.
Bukan tidak pernah terjatuh.
Bukan tidak pernah terluka.
Bukan tidak pernah sakit atau disakiti.
Tetapi sesungguhnya itulah titian hidup.
Itulah
warna warni kehidupan.
Itulah asam garam kehidupan.
Itulah lentara kehidupan.

Segalanya pernah aku lalui.
Segalanya pernah aku harungi.

Segalanya pernah aku tempuhi.

Bahkan sehingga saat ini, kehidupan ini masih terus diuji.
Inilah sunnahnya kehidupan. Jangan mengaku beriman andai kita belum didatangi dengan ujian.

Bersama suami yang begitu kuat mendorong hidup selama 21 tahun melayari kehidupan bersama. Cakapnya tidak banyak. Tetapi dialah pendengar setia. Setiap luahanku didengarnya penuh teliti. Segala masalah pasti diungkap dengan penuh hikmah agar langkahku tidak tersasar dari cahaya Ilahi.
Segala perit hidup kami rasai bersama. Walaupun dia jarang bergelanggang di pentas, tetapi sebagai isteri yang telah 21 tahun hidup bersama, dialah  sebenarnya yang menjulang ku sehingga ke puncak menara jaya.
Terima kasih atas segala kasih sayangmu.
Terima kasih atas segala pengertianmu.
Terima kasih atas segala kesetiaanmu.
Terima kasih atas segala kejujuraanmu.
Terima kasih atas segala pengorbananmu.

Melangkah usia ke angka 45 tahun dan meninggalkan kenangan angka 44 tahun, umpama memetik sekuntum mawar.
Harus berhati2 agar kelopak2nya yang cantik tidak tertanggal dan jari2 halus tidak tercucuk dek duri yang tajam. Selama 45 tahun berlalu, kenangan hidup pasti menyimpan pelbagai memori kehidupan. Kerana itu, tidak akan ku cemari atau merosakkanya saat memulakan tirai usia baru yang lebih matang.

Sebagai seorang wanita yang bergelar hamba, isteri, ibu, anak, pemimpin dan ahli masyarakat....aku mahu semangat seusia lalu terus mekar dan berkembang serta berakar umbi di dalam jiwaku.
Semangat kental mesti terus menyala biarpun usiaku terus bertambah.
Pengalaman walau sepahit mana sekalipun, tidak sekali2 aku biarkan terus tenggelam dengan perasaan, kerana setiap yang buruk pasti ada kebaikannya.Rahmat Allah pasti akan kita perolehi melalui setiap kesilapan dan kesalahan.

Hari ini ketika berada di puncak jaya, aku bernekad untuk terus mencipta kejayaan2 baru yang lebih besar dan bermakna.
Setiap kehidupan ini tidak sekali2 akan disia2kan.
Allah mengajar kita, aku dan seluruh hambanya untuk mensyukuri sesuatu kejadian.
Kerana itu aku tidak sekali2 melihat setiap masalah dan cabaran itu dengan fikiran negatif. Sabar, reda dan berhikmahlah dalam meneliti hidup agar hidup kita lebih sejahtera dan bermakna.

Anak2 ku...Nor Aimi, Mohd Adib, Nor Syahirah dan
Nor Amalin Aisyah menjadi benteng kekuatan semangat untuk aku terus berusaha, bekerja kuat dan membina kejayaan yang lebih besar. Segalanya untuk ku berikan dan tinggalkan yang terbaik untuk mereka selepas aku menutup mata.

"Tinggalkanlah segala yang terbaik untuk anak2mu dan keluargamu, itu lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta2".

Meski aku sering meninggalkan mereka di rumah dan berpergian ke sana sini untuk melebarkan kejayaanku kepada orang lain, sekali2 tidak aku lupa. Hanya sedetik aku tiada di sisi anak2ku, sedetik itulah doaku panjatkan untuk mereka. Kerana aku tahu, dahsyatnya doa ibu dalam mewarnai kejayaan anak2 sebagaimana doa ibu untukku sejak mula ku dilahirkan sehingga kini. Demikian juga doa kutitipkan untuk mereka.

Seluruh Malaysia aku pergi demi melebarkan sayap kejayaan
kepada anak bangsaku sendiri.

Sebaik2 manusia ialah manusia yang mampu memberi manfaat dan kebaikannya kepada kehidupan orang lain.
Syukurlah...tidak sia2 harapan ayah dan bondaku.
Meski aku bukan seorang qariah sebagaimana yang diimpikan keduanya terhadap anak perempuan kesayangan ini, tetapi sesungguhnya aku juga mahu berbakti kepada bangsa dan negaraku.

Selepas memenuhi harapan bonda dan ayahanda untuk melihatku cemerlang dengan gulungan ijazah dambaan semua ketika itu, aku mengikut jejak ayah sebagai seorang pendidik.

Kata2 azimat ayah tercinta Aruah Hj Mohd Ali, yang pernah dianugerahi Tokoh Guru di zaman hayatnya...
"Jadilah guru cemerlang"
"Jadilah guru yang jujur dan ikhlas"
Jadilah guru yang hebat demi melahirkan anak didik yang hebat"

Ayah, harapan dan hasrat ayah telahpun aku tunaikan.
 Kecintaan ku kepada tugas sebagi guru memberikan aku banyak pengertian hidup.
15 tahun lamanya aku bergelanggang di dunia yang penuh warna warni itu. Tetapi maafkan aku ayah.
Akhirnya dunia kecintaan ayah aku tinggalkan jua untuk berpindah ke dunia baru.

Masih bergelar pendidik, guru atau pensyarah tetapi duniaku kini tidak lagi di sekolah dan bilik darjah seperti dulu.
Kini aku bergelanggang di pentas usahawan, mengajar dan membimbing sesiapa jua untuk hidup.
Bukan mengajar mendapat A di dalam Bahasa Melayu, Matematik atau Geografi tetapi membimbing mereka agar berani dan yakin melangkah hidup dalam dunia perniagaan.
Masih lagi mengajar. Lebih mencabar rupanya bidang baru ini kerana ianya juga begitu asing bagi ku dahulu.
Tetapi syukurlah, darah dan semangat kekuatan ayah dan bonda tetap mengalir dalam diri anakmu ini sehingga aku begitu berani melangkaui setiap cabaran dan dugaan yang melintang lalu di hadapanku.
Terima kasih ayah dan bonda.
Syukurlah.
Meski aku bukan Qariah yang mengalunkan ayat2 suciMu,
meski aku bukan Qariah yang mendayu membacakan ayat Al Quranul Karim, namun aku bersyukur kerana setiap kata dan ceramahku juga dinanti2kan oleh rakan kongsiku.

Itulah saja bakti yang mampu aku tinggalkan.
"Harimau mati meninggalkan belang
Negarawan mati meninggalkan nama
Manusia mati meninggalkan jasa.
Dan andainya aku mati nanti, biarlah aku mampu meninggalkan
semangat,  kekentalan hati dan kekuatan jiwa kepada sahabat2ku dalam perjuangan ini.

Tidak sekali2 aku dambakan nama atau glamour kerana ia  akan meranapkan segala pahala kebaikannya.
Moga2 keikhlasan ku terus membakar semangat dan daya juang rakan kongsiku untuk mengubah kehidupan mereka.
Mencari reda Allah di sini dan di sana jua.

Dunia ini terbentang luas dan sangat cantik untuk dinikmati. Belajarlah melihat kebesaran dan keagunganNya dengan merantau berjalan di seluruh pelusuk dunia.
Aku tebarkan setinggi2 kesyukuran atas segala nikmat anugerahMu yang tidak terhitung banyaknya.
Di kala meniti usia baru melangkah ke 45 tahun semalam, aku telah Engkau hantarkan ke hampir 25 destinasi seluruh dunia untuk menyaksikan kehebatan dan keajaiban ciptaanMu yang maha luas. Masyaallah, apa lagi yang mampu aku ungkapkan.
Syukur atas segala nikmat anugerahMu kepadaku.
Rakan2 seperjuangan menjadi 'Teman Sejati' yang sama2 merasai pahit manis dalam perjuangan bersama Akademi Taipan 181.

Tiada kata seindah bahasa. Tiada gambar seindah lukisan untuk aku gambarkan segala perasaan.

Terima kasih atas segala ingatan.
Terima kasih atas segala sokongan.
Terima kasih atas segala pengorbanan.
Terima kasih atas segala komitmen.
Terima kasih atas segala doa dan kekuatan.
Anda semua..."Tidak mungkin ku cari yang lain kecuali terus kekal berjuang bersama sahabat2 kesayangan di Akademi Taipan 181"
Kita pernah jatuh bersama.
Kita pernah bangkit bersama.
Kita rasai hebat bersama.
Kita rasai nikmat kemenangan bersama.
Kita juga pernah terduduk bersama.
Kita pernah menangis dan tertawa bersama.
Segalanya pernah kita tempuhi.
Segalanya pernah kita rasai.
Inilah nikmat bersilaturrahim.
Inilah nikmat bersama dan bersatu.
Yang susah tidak sesusah mana.
Yang payah tidak sesukar mana.
Tidak pahit tidak sekelat mana.
Kerana kita seia sekata sehati dan sejiwa menempuhnya.

Syukurlah.
Indahnya hidup ini.
Manisnya hidup ini.
Meski pahit dan masamnya silih berganti.
Meski susah dan payahnya bertukar ganti.
Namun syukurilah.
Inilah warna warni kehidupan.
Inilah hikmahnya kehidupan.
Segalanya tercipta amat indah dan sempurna atas segala aturanNya
Yang Maha Esa.

Kepada anda semua, terima kasih atas segaalanya.
Salam kasih sayang.
Berjumpa lagi.

Friday, January 7, 2011

Luar Biasa

Salam sejahtera,
Salam kebahagiaan
Salam luar biasa
Malam tadi kelas berjalan seperti biasa di TTC 2 dan TTC 3 di USJ 9
Alhamdulillah, di TTC 3 ramai orang baru, dalam 20 orang.
Banyak yang berjaya closing malam tadi.
Ramai CDM dan DDM yang turut berada di TTC 3 untuk memberikan sokongan kepada orang baru. Juga untuk mewujudkan suasana berniaga.
Terima kasih semua.
Suasana kembali hangat.
Suasana kembali meriah.
Harap lebih hangat dan meriah selepas ini.

Di TTC 2 pun ramai, sampai ke belakang walaupun tidak melimpah ruah macam dulu. Aku yang bagi slot pengukuhan kali ini. Bukan menunjukkan hebat, jauh sekali menunjuk pandai atau memandai2, tidak juga berniat untuk mengajar, hanya mahu berkongsi pengalaman sahaja.
Tahniah, mereka terus bertahan.
Tahniah kerana terus setia.
Selepas berjumpa rakan kongsi, aku terus pulang.
Jam 12.45 baru sampai rumah.
Selepas solat isyak, aku buka laptop  untuk update blog,  kemudian baru tidur.. Hari ini aku akan ke Alor Star.
Aku sudah berjanji dengan CDM Hasmidar dan CDM Mariam untuk menghadiri meeting di sana.
Tahniah kepada CDM2 Utara yang terus bekerja sebagai satu team untuk menghasilkan kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini.

Pagi ni macam biasa sebelum jam enam aku dah bangun. Sempat berjemaah solat subuh di masjid bandar Kinrara.
Balik, aku terus bersiap untuk ke utara.
Selepas bersarapan di rumah dengan anak2, kami menghantar anak dulu. Ini sudah menjadi rutin baru sejak sekolah dibuka.


Mereka belajar di IISKD...Integrated Islamic School Kota Damansara, jaraknya dari rumah 40KM.
Syahirah di tingkatan 1 dan Aisyah darjah tiga.
Dulu mereka belajar di At Tamimi Islamic International School di USJ 25.
Tahun ni Irah naik sekolah menengah. Aku meninjau banyak sekolah sebelum mengambil keputusan untuk ke IISKD.
Buat business ini untuk masa depan anak2.
Aku mahu anak2 mendapat pendidikan terbaik.
Itulah sekolah yg terbaik pada perkiraan aku suami isteri.

Tetapi tidak ada yang percuma.
Naik haji dengan pakej semahal RM120 ribu untuk yg terbaik. Ramai juga orang kita yang mengambilnya.
Sama juga, aku bayar cukup tinggi untuk dua orang anak yang belajar di IISKD. Hari pertama...aku habiskan jumlah yang besar untuk 2 orang anak....
1. Pendaftaran termasuk deposit, insuran dll....RM7190
2. Yuran bulan Januari(2 orang).... RM1825
3. Buku dan uniform(2 orang).... RM840
4. Transport untuk pulang saja... RM800
5. Total.... RM10 655.

Wah, nak masuk universiti pun tak habis sebanyak itu.
Aimi anak sulungku  yang kat UITM Melaka, nak masuk dulu habis tak sampaipun RM600.
Adib anak kedua pula,waktu  nak ke Egipt dulu pun kami habis sekitar RM7 ribu waktu pemergian pertama.

Tetapi aku rasa sangat berpuas hati dengan apa yang anak2
dapat sepanjang 3 tahun mereka di At Tamimi sebelum ini.
satu kelas hanya antara 7 hingga 15 orang sahaja.
Aircond sepenuhnya. Balik sekolah tak adalah bau hangit badan mereka.
Makannya tiga kali sehari. Tak payah bawa duit pun tak apa.

Solatnya tak perlu disuruh2. Bila aku ada di rumah, kami selalu diajak berjemaah. Anak yang ajak mama dan abah berjemaah. Jika subuh, mereka yang sering mengejutkan kami. Kan bagus tu!
Mengaji dan hafazannya mainan di bibir.
Minat terhadap Al Quran ditanam dengan mendalam.
Solat Duha dah menjadi amalan harian.
Puasa sunat digalakkan setiap Isnin dan khamis.
Aktiviti qiamullail diwajibkan sebulan sekali.
Bahasa Inggerisnya lancar dan makin mantap kerana sepenuhnya digunakan di sekolah.
Silibusnya dari Singapore. Jauh lebih advance.
Sekolah menengahnya pula menggunakan O Level.
Hingga tingkatan empat sahaja. Tiada PMR atau SPM.
Dari tingkatan satu terus diterapkan subjek Sains seperti biologi, fizik, kimia, matematik tambahan dan lain2.
Aktiviti kokurikulumnya ialah karate, memanah, berenang dan berkuda.
Setahun sekali ada kem ibadah dan kem bahasa Arab di Yaman. Itu pilihan bagi yang mahu.

Semuanya memerlukan wang untuk mendapatkan yang terbaik.
Maka kita juga mesti ber Wang.
Tak kan mungkin aku mampu memberikan pelaburan baik untuk pendidikan anak2 andainya aku sendiri secukup hidup.
Dari mana segala yang ku perolehi ini.
Tiada lain jawapannya. Inilah hasil selama lebih lapan tahun membina perniagaan ini bersama AT 181.

Aku tahu kehidupan biasa akan memberikan yang biasa2.
Tindakan biasa akan memberikan hasil yang biasa2 juga.
Kerja biasa akan memberi gaji yang biasa.
Kenapa pula kita nak pilih yang biasa andainya kita boleh mendapat yang luar biasa?
Kenapa kita nak pilih wang yang sedikit andainya kita boleh mendapat wang yang banyak?
Kenapa kita nak pilih kereta kecil yang serba tak selesa andainya kita boleh mendapat kereta yang jauh lebih selesa?
Kenapa kita mahu kekal di rumah biasa andainya kita boleh memilih berpindah ke rumah kediaman yang jauh lebih sempurna?
Kenapa kita mahu terus jadi katak bawah tempurung andainya kita diberi peluang untuk membuka mata berjalan seluruh dunia secara percuma?
Kenap kita mahu memilih untuk berjalan andainya kita boleh memilih untuk berlari?
Kenapa kita mahu memilih untuk menaiki bas ekspress yang sering terbalik andainya kita boleh memilih untuk menaiki pesawat laju?

Luar biasa!!!
Inilah nikmat  mendapat hasil yang luar biasa andainya anda sanggup dan bersedia untuk melakukan perkara yang sedikit luar biasa.
Bertindaklah secara luar biasa andainya anda mahu mendapat hasil yang luar biasa.

Wah! sedar tak sedar kereta kami sudah melepasi hentian rehat Sungai Perak. Luar biasa...pecutlah. Jangan terkedek2 jika mahu sampai cepat.
Inilah bezanya bila naik kereta yang luar biasa berbanding kereta kecil. Nak pecut pun tak boleh. Nanti bergegar segala2nya.
Dulu akupun berkereta kecil yang tak boleh pecut tu...Iswara. Tapi yang luar biasa aku perolehi bila aku sanggup buat yang luar biasa.

Aku mohon maaf. Tidak pula terniat nak memperlekehkan anda yang berkereta kancil atau iswara. Atau merendah2kan sekolah kebangsaan dan menengah biasa. Akupun belajar di sana. Akupun berjaya kerana bersekolah di sekolah itu.
Belajarlah untuk mengakui realiti kehidupan sebenar kita.Bahawa jika kita tidak ber wang, hidup kita bukan setakat biasa2, tetapi langsung kita tidak mampu untuk menikmati nikmat hidup yang sebenar.

Eh! dah sampai hentian rehat Bukit Gantang. Berhenti di sini dulu. Dzul nak minum dulu!!!! Lepas Jumaat kami ada demo di Kota Sarang Semut. Petang nak berjumpa beberapa orang rakan kongsi. Malam ni habis meeting, kami terus pulang ke KL. Mungkin subuh esok sampai di rumah. jam 9.30 pagi esok, kami ada Majlis Oreintasi Untuk Ibu Bapa di IISKD...wah! tengok ada orientasi lagi.
Nakkan anak cemerlang, ibu dan bapa kena cemerlang dulu.
Jumpa lagi.



.




Indahnya Ciptaan


Sebenarnya di sebalik berbagai perkara tidak menyenangkan
yang kita rasa dan hadapi setiap hari, ada reka cipta indah yang tidak mampu dilihat dengan mata dan pengetahuan kita yang serba terhad. Hanya mereka yang memiliki mata batin yang tajam boleh mengenali keindahan dan itulah sebabnya mengapa mereka jarang mengeluh, walaupun mereka menghadapi keadaan yang sukar dan berat.

Boleh jadi anda pernah mendengar contoh di bawah ini.
Suatu hari seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian mengoleh ke arah ibunya sambil memerhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya,

"Apa yang sedang ibu lakukan?"

"Ibu sedang menyulam nak". jawab ibunya sambil terus menusukkan jarum dengan benang ke permukaan kain.

"Tapi ibu buat apa?" Anak itu masih bertanya hairan. Sulaman itu kelihatan amat buruk sekali. Hanya benang2 yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat.

Ibunya tersenyum. Lalu memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri.

"Berdirilah nak!" Ujar si ibu. "Tengok sulaman ini dari atas sini".

Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum dengan keindahannya.

"Begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat daripada bawah." Kata anak itu. Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.

Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya sangat buruk dan tidak menyenangkan. Malah kita juga banyak mengeluh dan menyalahkanNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza.

Pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada dalam kehidupan ini. Sementara mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas. Dan ketika itu kita mampu melihat keindahanNya. Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan merasa kagum pada reka cipta yang indah itu.

Jika kita tidak mampu menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memliki pengetahuann yang mencukupi, maka kita akan terus melihatnya dari bawah. Seperti seorang anak yang dipaksa makan ubat pahit oleh ibunya atau disuntik oleh doktor, kita tidak mengetahui apa yang terjadi kepada diri kita ketika itu, kita mula menyangka yang tidak baik dan kita pula menyangka yang buruk terhadapNya.

Dipetik dari buku 'Bila Allah Menduga Kita' tulisan Syed Alwi Alatas.



Thursday, January 6, 2011

"Aku Ni Pasport Pun Tak Ada"

Ini pasport aku, Dzul dan anak2 sewaktu bercuti ke Singapore
dua minggu lalu.


Jika nak ke luar negara, kita kena ada pasport.

"Aku ni pasport pun tak ada".

Tak pernahpun fikir untuk buat pasport.
Selalunya hanya aku pegang dan urus pasport pembantu rumah je.
Dulu aku tak pernah pun berjalan ke luar negara.
Berjalan di dalam negara pun kerana berkursus.
Selalunya bila bercuti hanya balik ke kampung halaman sendiri.

Sebenarnay aku cemburu juga tengok orang lain berjalan melancong ke luar negara saban tahun.

"Aku ni pasport pun tak ada"


Selalu aku tengok abang sulung yang bekerja PTD...
Namanya Nik Azman .
Seorang pakar ekonomi. Dulu bekerja dengan Bank Dunia.
Sekarang dah JUSA B, selalu berjalan ke luar negara.
Aku tengok gambar2 dia dan keluarga ke USA, London, Jepun, Korea dan lain2. Ada gambar yang pergi belajar, bekerja, berkursus, berseminar, meeting dan berjalan2 makan angin.

"Aku ni pasport pun tak ada."

Begitu juga dengan abang kedua seorang lawyer bertaraf jutawan juga. Aku bangga dengan pencapaian dan kejayaan mereka.
Abangku yang kedua ni namanya Azmi.
Lagi dahsyat aku tengok kehidupannya.
Enam orang anaknya, semua belajar di sekolah bertaraf international. Aku tengok je pasport anak2 saudara aku tu.

"Aku ni pasport pun tak ada".

Kemudian dah tiga orang anaknya di hantar belajar keluar negara
dengan belanja sendiri.
Setiap tahun dua atau tiga kali membawa keluarga bercuti ke London, Paris, New Zealand, Swiss, Australia, Jepun, pergi haji dan umrah pun berkali2.
Wang banyak, aset banyak, buat baik dan kebajikanpun banyak.
Inilah yang mengujakan aku.


"Aku ni pasport pun tak ada".

Begitu juga dulu aku berjiran dengan Mimi waktu menyewa di Kajang.
Dia bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa. Suaminya Jamal, bekerja dengan Petronas. Aku dengar gajinya RM20 ribu sebulan.
Mak ooooi banyaknya..
Mereka selalu bercuti keluar negara.
Bawa mak ayah dan anak2nya sekali. Dia selalu juga bagi souvenir pada aku setiap kali balik dari makan angin ke luar negara. Pergi Jakartala, Bandung la, England la, Amerika Syarikat la, Gold Goast la, dan macam2 tenpatlah. Seronoknya kehidupan mereka.

"Aku ni pasport pun tak ada".

Itulah mereka.

"Aki ni pasport pun tak ada."

Tetapi syukurlah, doaku dikabulkan Allah. Hanya dua bulan selepas join business ni, aku berjaya melayakkan diri ke Shanghai.
Itu destinasi pertamaku.
Alamak!!! punyalah seronok.
Aku pun buatlah pasport antarabangsa.

"Aku dah ada pasport".


Tak terkata.
Tak tergambar dalam hati.
Tak terfikir dalam kepala.
Tak terlintas dalam fikiran.

Rupanya terlalu mudah nak mempunyai pasport untuk berjalan keluar negara bersama syarikat ini.
Lepas Shanghai, aku layak pula mengerjakan umrah kali pertama tahun 2004, Kemudian ke Perth Australia.
Banyak dah destinasi pelancongan percuma yang aku dapat. Layak juga ke Kun Ming, Lake Toba, Beijing tiga kali, Gold Goast, Istambul, Tokyo, Sydney, Dubai, Korea, switzerland, Umrah tiga kali, Paris, Doha, Bergium, Amsterdam, Germany dan lain2. Seronoknya.

"Pasport ku dah renew pun untuk kali kedua.
Dah lapan tahun berniaga ini.
Dah lapan tahun juga memiliki pasport."


Tak perlu jadi PTD.
Tak perlu jadi pakar ekonomi negara.
Tak perlu bekerja dengan Bank Dunia.
Tak perlu jadi JUSA B atau JUSA A.
Tak perlu jadi lawyer.
Tak perlu bekerja dengan  syarikat antarabangsa.
Tak perlu bekerja dengan syarikat gergasi seperti Petronas.

Tawaran percuma yang memang sangat hebat.
Semua orang boleh dapat.

Mungkin ramai yang membaca blog ini seperti aku dulu.
Tak pernah ada pasport dan tak pernah ke luar negara.

Inilah peluangnya.
Kali ini trip percuma datang lagi.
TAWARAN KE HONG KONG.
Rebutlah sungguh2.
Buatlah sungguh2.

Selamat Maju Jaya.
Selamat Berdemo.
Selamat Datang Meeting.
Selamat Berjuang.
Selamat Memiliki Pasport.
Selamat Berjumpa di HONG KONG.





Masuk Kerana....


Ramai sekali di kalangan kita yang
Masuk tapi tak buat
Buat tapi tak lama
Lama tapi tak naik2
Naik tapi tak ada penggandaan

Jika ada di kalangan kita yang seperti itu,
tanyalah diri anda sendiri tentang matlamat dan tujuan anda bersama AT 181.

Adakah masukdisebabkan...
Masuk kerana suka-suka
Masuk hanya untuk cuba2...mana tahu untung sabut timbul
Masuk kerana ikut kawan sebab ramai yang masuk
Masuk kerana teruja melihat kejayaan orang lain
Masuk kerana rasa macam boleh buat juga
Masuk kerana nak buat part time untuk dapat seribu dua
Masuk kerana nak menggunakan produk
Masuk kerana suka melancong
masuk kerana sukakan nyanyi GO GO GO Taipan
Masuk kerana mahukan kawan yang ramai
Masuk kerana nak jaga hati kawan
Masuk kerana seronok dengan kepimpinan AT 181
Masuk kerana sukakan suasana AT 181
Masuk kerana dah jemu bekerja
Masuk kerana nak bantu keluarga dan ibu bapa
Masuk kerana takut ketinggalan berbanding kawan2 yang sudah berjaya
Masuk kerana nak ubah kehidupan
Masuk kerana memang untuk berjaya
Masuk kerana sungguh2 mahu kaya





Motivasi Harian

Orang lain sibuk buat duit, kita sibuk buat alasan.
Sibuk tetapi duit tak bertambah2, malah makin kurang.

Wednesday, January 5, 2011

Andainya berlaku...Biarkan Saja


Andainya berlaku, jangan risau. Biarkan saja
Biar rakan kongsi tak suka kita, asalkan mereka terus berniaga besar
biarkan rakan kongsi tak rujuk kepada kita, asalkan mereka terus berniaga laju
Biarkan rakan kongsi kita tak mahu ikut kita, asalkan mereka masih mahu ikut Taipan
Biarkan rakan kongsi tak sebut nama kita, asalkan mereka terus berniaga dengan Taipan
Biar rakan kongsi tak mahu bertanya kepada kita, asalkan mereka masih terus berniaga
Malahan biarkan rakan kongsi tak mahukan kita lagipun tak apa, asalkan mereka masih suka berniaga ini.

Jangan ganggu rakan kongsi kita yang sedang berniaga dengan memikirkan perkara yang remah temeh seperti ini.
Biarkan saja.
Yang paling penting poket kita mesti penuh.
Jangan fikir nama, mahu dipuji dipuja jika mahu berniaga besar.
Mari kita berfikiran besar, berhati besar, berjiwa besar untuk business yang besar, wang besar, network besar.
Lebih penting lagi kita mesti betulkan yang kecil untuk mendapatkan yang besar.
Yang remeh temeh, biarkan saja.
Inilah ajaibnya global business network.

Selatan di Melaka


Ahad 9 Jan 2011, jam 3 petang bertempat di Dewan Kristal Bangunan Perkeso, Berhampiran MITC Ayer Keroh Melaka.
Datang Jangan Tak Datang
Bawa Prospek Baru/Orang Baru/Rakan Kongsi Baru
Pakat datang ramai2, anda akan bersama pemimpin2 dari KL, Selangor, Seremban, Johor, Kuala Pilah, Melaka.
CDM2, Jom turut serta memeriahkan perjumpaan ini.

Alor Star! Alor Star!


Salam...Suara Akademi taipan 181 kembali bergema di Alor Star. Dataanglah. Hanya orang special yang akan memilih untuk datang ke majlis ini.
 Tarikh...Jumaat 7 Jan 2011
Masa...8.45 Malam hingga 10.45 malam
Tempat...Kolej Universiti Insaniah(KUIN), Lebuhraya
Sultanah Bahyah, Alor Star.

Ketahui tips melancong percuma ke Hong Kong

Tuesday, January 4, 2011

Datang Untuk Menang!


Datanglah di TTC 1, USJ 9 jam 8.45 malam ni.
Kita sudah berada di tempat yang betul
syarikat yang kita pilih betul
Kumpulan yag betul
dengan produk yang betul
dengan strategi yang betul
dengan bimbingan yang betul
maka kita buatlah betul2
untuk mencapai kejayaan
untuk mencipta kemenangan
untuk menghasilkan kehebatan
untuk mengubah kehidupan
untuk menjadi orang luar biasa.
Bagi anda yang sedang mencari peluang untuk mencari pendapatan sampingan, bolehlah menghubungi saya 016 2212181.

Monday, January 3, 2011

Salam....catatan baru tidak dapat dibuat kerana masalah teknikal/ Pautan tidak dapat download gambar. Entah di mana silapnya. Harap maaf.

Sunday, January 2, 2011

Untuk SM SSM Baru/Lama

Tarikh 3 Januari 2011
Jam 8.30 Malam
Bertempat di TTC 1, USJ 9
Slot Pengukuhan Bersama CDM Kartini Mat Yaakob
'How To Start"
Datanglah belajar mencari ilmu untuk menjadi kaya, hebat dan berjaya bersama Akademi Taipan 181.

Saturday, January 1, 2011

Cantiknya angka ni.



Cantiknya angka hari ini.
Apa yang cantiknya?


1.1.11

Azam 2011


Tahun baru...2011
Selalunya orang buat azam baru.
Aku pun ada azam baru.
Harap menjadi kenyataan.
Azam tahun lalu 2010, ada yang jadi ada yang tak jadi.
Tak apa, aku berazam lagi.
Aku nak berkongsi dengan semua warga AT 181 juga pembaca blog sekelian tentang azamku untuk 2011.
Apa dia??

*Nak bertambah kaya
*Nak lahirkan 3 orang CDM kaki baru direct
*Nak letakkan busines bersama AT 181 di mercu yang
asal seperti tahun 2009.
*Nak menunaikan haji kali kedua tahun ini. Amin
*Nak berkongsi ilmu, pengalaman dan kejayaan dengan masyarakat yang lebih luas. Bukan terhad di AT 181 sahaja.
*Nak mewujudkan kelas ilmu/agama/ tafsir/ tahfiz/tafsir AlQuran berpusat di rumahku sendiri untuk
semua AT 181.
*Nak beli dua buah lot kedai dan tiga buah rumah baru.
*Impian lama aku nak menjadi penulis buku....harap tahun ini menjadi kenyataan. Aku dah memulakan langkah apabila menjadi penulis blog.

Tahniah kepada diriku sendiri.
Dulu nak pegang PC pun aku takut. Tapi sekarang dah setaraf dengan anak sulungku. Up grade diri sendiri.
Itu antara pencapaian paling besar untuk tahun 2010.
Kira OKlah tu.

Tak silap berkongsi dengan pembaca blog terutama warga Akademi Taipan 181.
Kita mesti ada matlamat, ada impian, ada visi dan misi.
Inilah gagasan.
Inilah visi dan misi.
Semua kejayaan bermula dengan impian.
Yang penting sekali bekerjalah supaya azam terlaksana.
Berusahalah.
Bergeraklah.
Bertindaklah.
Membinalah

Untuk anda semua, binalah impian anda.Jangan takut untuk berimpian besar. Kita yang tahu diri kita.
Buatlah azam baru. Ia tidak perlu dibayar.
Azam dan impian adalah matlamat perjalanan hidup.
Ia mampu menjadi momentum untuk kita berusaha.
Tiada impian tiada kejayaan.

Selamat Membina Azam Baru!!!





Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011


Selamat Tinggal 2010

Yang lama menjadi sejarah
Yang berlalu menjadi pengalaman
Yang pergi menjadi kenangan
Yang susah menjadi kepahitan
Yang perit menjadi pengajaran
Yang senang menjadi kemanisan
Yang baik menjadi keberkatan
Yang berjaya menjadi kebahagiaan
Yang jatuh sama-sama kita bangunkan
Yang hilang tidak perlu kita tangiskan
Yang pergi itu sudah sunnahnya alam
Yang keluar itu adalah pilihan
Yang gagal itulah langkah-langkah permulaan
Yang buruk  kita jadikan sempadan
Yang elok kita jadikan teladan
Yang berjuang tetap akan mencapai kemenangan
Itu memang janji Tuhan

Kawan-kawan
Ingatlah ini pesanan
Dari Pencipta Sekelian Alam
Hidup ini sesungguhnya penuh cabaran
Jangan mengaku beriman sebelum kamu terima ujian
Tetapi yakinlah
Awan tidak selalunya hitam
Masa tidak selamanya kelam
Zaman tidak selamanya suram
Musim tidak selamanya hujan
Pahit tidak selamanya berpanjangan
Kesusahan akan berganti senang
Kesengsaraan hanyalah sementara
Kepayahan akan berganti manis
Suram akan bertukar ceria

Inilah hikmah untuk yang tidak berputus asa
Inilah ganjaran untuk yang bersabar
Inilah ganti untuk yang bertahan
Inilah balasan untuk yang setia



Selamat Datang 2011
Kami gembira dengan kemunculanmu
Kami bahagia dengan kehadiranmu
Kami tak sabar untuk menyambutmu
Kami ceria untuk terus bersamamu
Kami nekad dengan semangat baru
Kami iringi dengan kekuatan baru

Kami kekal bersama dan bersatu
Demi mencipta kejayaan yang baru
Demi mencapai visi yang satu
Demi menggapai mercu nan jitu

Demi Akademi Taipan 181