Ramainya orang kat TTC 2.
Ini masa BOP hari Khamis jam 9 malam sebulan yang lalu.
Sentiasa bersemanagat, excited dan hangat.
Biz makin naik, cahaya makin cerah dan sinarnya makin terang. Ia menjadi semakin mudah.
yang sukar akan berlalu apabila kita menempuhnya setiap hari.
Inilah masa yang terbaik untuk bekerja kuat.
Tiada istilah kecewa.
Tiada kenal putus asa.
Tiada rasa mengalah.
Tiada istilah tewas.
Aku sudah hampir 9 tahun bergelumang dengan jatuh bangun perniagaan ini.
Aku telah mengalami fasa demi fasa dalam perniagaan ini.
Aku telah mengalami pahit manisnya membina perniagaan ini.
Dan aku pernah terduduk dalam usaha menempah kejayaan yang lebih gemilang dalam kumpulan ini.
Jatuh bangun itu menguatkan daya tahan kita.
Pahit manis itu menjadikan kita lebih matang dan bijaksana.
Fasa demi fasa yang kita lalui itu menjadikan kejayaan kita lebih besar lagi.
Bangkit bangkit bangkit
Bangun bangun bangun
Hanya kita yang boleh bangkit
Hanya kita yang boleh bangun.
Hanya kita yang boleh menentukan kejayaan kita.
Hanya kita yang boleh menjadikan kita orang yang hebat. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.