Tuesday, March 22, 2011

Mengasah Bakat dan potensi di AT 181

Salam kejayaan.

Lebih lapan tahun terlibat dalam perniagaan ini,
aku tidak sangka bahawa aku
sebenarnya mempunyai bakat dan potensi yang luar biasa.
Mula2 hadir ke Business Talk di Shah Alam dulu, aku rasa aku yang paling bodoh sekali. Tak tahu macam mana mahu bermula.
Tak tahu bagaimana nak menjadi sehebat orang lain.
Ketika itu rasa macam serba jauh daripada orang2 yang hebat di depan ku.
Bolehkah aku jadi seperti orang yang bercakap di pentas itu?
Bolehkah menjadi pemeimpin sebijak itu?
Bolehkah bercakap dan berpidato sepetah itu?
Bolehkah mempunyai kepimpinan sehebat itu?
Pada hal ketika itu, aku ni....
Tak ada apa2.
Tak tahu apa2.
Tak ada ilmu.
Tak ada downline.
Tak ada rakan kongsi.
Tak ada network.
Tak ada income.
Tak ada bonus atau cek bonus.
Tak ada tools.
Tak ada bahan.
Akulah orang yang serba tak tahu dan serba tak ada.


Tetapi sesungguhnya perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
Selepas sesudah melangkah ke tahun ke sembilan dalam akademi ini, tanpa ku duga
aku menjadi seperti orang lain yang dulu ku pandang hebat,
berwibawa, mempunyai aura tersendiri.
Semuanya hasil bimbingan dan didikan bersama akademi ini.

Rupanya aku pandai menjual.
Rupanya aku boleh menarik minat orang lain.
Rupanya aku boleh mempengaruhi orang untuk mengikut ku.
Rupanya aku mempunyai daya kepimpinan yang bagus.
Rupanya aku boleh berpidato.
Rupanya cakapku orang suka dengar.
Rupanya aku disenangi rakan kongsiku.
Rupanya aku boleh menjadi pemimpin.
Rupanya aku pandai mengurus.
Rupanya aku boleh mengikuti dan suka diikuti.
Rupanya aku boleh membina network.
Rupanya aku boleh membina empayar business.
Rupanya aku pun boleh menjadi hebat sehebat orang lain.
Rupanya aku juga mampu membentuk aura tersendiri.

Syukurlah.
Rupanya begitu banyak potensi dan bakat yang terpendam
di dalam diri yang tidak ku sedari selama ini.
Semuanya tidak dicungkil sepanjang kerjaya lama ku sebagai pendidik.
Terima kasih kepada Akademi Taipan 181.
Melalui akademi ini, bakat ku terus diasah, diasuh dan digilap
agar ia terus bersinar.

Saama juga dengan anda.
Sebagaiman anda bermula dengan tiada apa2,
maka begitulah juga orang lain bermula dengan tiada apa2.
Yang paling penting anda mahu dibimbing.

Maka rebutlah peluang ini.
jangan menolak jika diminta sharing bercakap di hadapan.
Jika tidak mahu jika disuruh menjadi pengacara majlis.
Jangan marah jika diberi tugas dan tanggungjawab, semuanya akan mengasah bakat dan potensi sebenar anda.

Sebagaimana aku diasah "dari kaca menjadi permata",
maka begitu jugalah dengan yang lain.
Ramai bintang2 baru yang terus diasah dan digilap bintangnya.
Akademi Taipan 181 akan terus berusaha untuk menggilap sinar anda.

CDM Fitri pada awal dulu, cakapnya tawar, tak ada rencah dan perisa.
Cakap sekejap pun dah bosan mendengarnya.
Tiada tarikan apalagi auranya.
Tetapi hari ini berbeza.
CDM Fitri mempunyai auranya tersendiri.
Cakapnya menjadi tarikan, ucapannya mempunyai gaya, dirinya mempunyai pesona berbeza.
Hebat..
Kejayaan diukir bukan dalam masa sehari tetapi sedikit demi sedikit.
"Selembar sehari lama2 menjadi kain".

CDM Siti Rozana, CDM Yan, CDM Shahrina, CDM Haryati dan CDM Hanim,
dulu mereka pun bukan siapa2. Mereka bermula seperti anda
bermula. Mereka dulu adalah malam, sekarang mereka menjadi bintang.

DDM Norita, semakin bersinar bintangnya. Dia boleh bercakap dan menjadi MC majlis.
Yang penting dia mahu mencuba.
CDM Khazir, CDM Che Mat, CDM Amran, CDM Shahril, CDM Fitri
dan DDM Nizam adalah bintang2 yang digilap oleh AT 181.
Sinarnya makin terang kerana mereka sendiri berusaha
untuk menonjolkan bakat mereka.

CDM Khazir, bekas kerani di MPSJ.
Dulu tak ada siapa yang pandang tak ada siapa yang peduli.
Sekarang potensi dan cakapnya semakin mantap. Hebat bercakap rupanya si mamat ni.
Itulah hebatnya CDM Khazir. Dan beliau terus berusaha menggilap bakat dan
potensinya melalui akademi ini.
DDM Norkamisah dari Melaka. Dulu cakapnya tawar je.
Sekarang makin menyerlah auranya.
Kejayaan demi kejayaan dibina secara berperingkat2 oleh DDM Nor
dan suaminya DSM Rahim.

Akademi Taipan 181 menjadi suatu akademi untuk mengasah bakat,
mengeluarkan potensi, menggilap bintang dan menjadikan kita orang yang hebat>

jadilah seorang bintang bersama Akademi Taipan 181.
Salam kejayaan untuk anda semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.