Friday, March 11, 2011

Mereka Hanya Dengar Sahaja

Salam bahagia.
Di manakah anda semua saat ini?
Mungkin masih dalam kereta menuju ke pejabat.
Mungkin masih dalam bas atau LRT menuju ke tempat kerja.
Atau mungkin masih di rumah, kerja shif malam atau bercuti hari ini?

Malam tadi aku berjumpa beberapa orang prospek untuk berkongsi peluang hebat ini.
Antaranya Aida seorang kerani di salah sebuah sekolah di Shah alam, Jamil yang mengajar di Pandan Indah, Rosni yang bekerja di Pos Malaysia dan Shahriman di Kota Damansara.


Inilah yang aku ingin kongsikan dengan semua warga AT 181.
Kesemua mereka, Aida, Jamil, Rosni dan Shahriman yang tinggal di KL dan Selangor
langsung tidak tahu apa dia AT 181, tak pernah dengar pun.
Mereka juga langsung tidak tahu tentang kumpulan hebat ini.
Mereka terperanjat apabila aku menunjukkan kejayaan satu kumpulan kecil yang dilahirkan melalui akademi ini.

Apabila disebut nama syarikat, keempat2nya menjawab bahawa mereka pernah mendengar nama syarikat itu, mereka juga pernah menonton iklan Bio Aura di TV, pernah melihat iklan bill board dan pernah mendengar tentang kejayaan usahawan2 Bumiputera dalam syarikat ini.
Mereka hanya dengar dan tahu gitu2 aje.

Tetapi yang hebatnya, aku mendapat suatu gambaran jelas bahawa....

Masih ramai yang tidak join syarikat ini.
Masih ramai yang tidak menyertai perniagaan ini.
Masih ramai yang tidak tahu apa yang ada dalam bizness ini.
Masih ramai yang tidak tahu peluang hebat yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Masih terlalu ramai yang mencari dan menunggu peluang seperti ini.

Keempat2 prospek yang ditemui semalam sangat positif.
Mereka juga berminat dengan kehebatan produk Bio Zone Food Purifier.
Mereka juga terpegun dengan kejayaan yang dilakarkan melalui AT 181.
Mereka teruja dengan pendapatan besar yang diperolehi oleh pengedar2 dalam AT 181.
Mereka juga mahu mengetahui lebih lanjut tentang cara dan strategi
mendapat kejayaan bersama kumpulan ini.
Mereka berminat untuk dibimbing dan berjanji untuk menghadiri kelas bimbingan BOP yang disediakan melalui akademi ini.

Malahan En Jamil yang aku temui di Pandan Indah berkata...
"Eh benarkah semua ini?"
"Wah! saya pun nak kaya juga".
"Kenapa saya baru tahu tentang kehebatan perniagaan ini?"
" Saya suka melancong, saya mahu ke Hong Kong, adakah peluang itu
untuk orang baru seperti saya?"

Nah untuk anda semua...
Siapa kata dah habis orang?
Siapa kata dah tak ada orang?
Siapa kata semua orang dah masuk?
Siapa kata semua orang dah tahu?
Siapa kata dah tak boleh bercakap tentang perniagaan ini?
Siapa kata orang dah tak mahu?
Siapa kata semua orang dah guna Bio Aura?
Siapa kata dah tak boleh nak jual penapis air ini?
Siapa kata semua orang dah negatif tentang syarikat ini?

Peluang terbentang luas di hadapan mata.
Teruslah berusaha.
Jangan cepat mengalah.
Jangan mudah tewas.

Selalunya kita yang membuat anggapan sendiri.
Selalunya kita yang membuat jawapan sendiri.
Selalunya kita yang awal2 tewas kepada diri sendiri.
Selalunya kita yang terus membuat kesimpulan sendiri.

Percayalah.
Masih banyak ruang.
Masih banyak peluang.
Masih terbentang kesempatan.
Tak akan habis orang.
Tak akan stuck orang.

Positiflah berkongsi dengan sesiapa saja.
Positiflah tentang usaha dan masa depan kita.

Selamat maju jaya.
Selamat berjuang.
Selamat mencitpa kejayaan.
Selamat membawa kemenangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.