Salam untuk seluruh Warga Taipan 181.
Ada orang sedang memohon doa meminta dianugerahkan rezeki berganda kepadanya.
Ada orang sedang memohon doa untuk diberikan peluang
untuk mengubah kehidupannya.
Ada orang yang sudah datang peluang itu tetapi
melepaskan peluang yang datang dengan pelbagai alasan.
Ada orang sedang tertunggu2 peluang.
Ada orang sudah berada di dalam kawah peluang yang betul2
boleh mengubah sejarah dirinya.
Ada orang berhenti walaupun sudah mendapat peluang.
Nak buat macam mana, rezekinya sampai di situ sahaja.
Orang akan tertawa melihat kekalutan kita. Orang akan bertepuk tangan melihat kita gelabah. Orang bersorak sorai melihat ketidak yakinan kita. Orang bertepak tampar melihat kita goyah. Orang terbahak2 ketawa melihat kita kalah. Orang menunggu meraikan kita menjadi pejuang yang berputih mata. Orang riang ria melihat kita mengangkat tangan tewas. Itulah sikap masyarakat kita. Mahu melihat kehancuran bangsa sendiri. Mahu melihat kerosakan agama sendiri. Cemburu melihat kejayaan orang sebangsa sendiri. Dengki melihat kehebatan bangsa sendiri. Lebih buruk lagi mahu orang lain sama2 melarat seperti mereka. Gembira dan bangga melihat ketakutan bangsa sendiri. Gembira dan bersorak sorai melihat kegagalan bangsa mereka sendiri. Lalu kita bersaing secara tidak sihat. Kita banyak memburukkan orang lain untuk kita berjaya. Kita memburukkan syarikat orang lain supaya syarikat kita saja yang bagus. Kita meranapkan produk otrang lain untuk menaikkan produk kita. Kita meletak pasir dalam perniagaan orang lain untuk menjayakan produk kita. lebih teruk lagi, kita mendoakan orang lain jatuh supaya kita naik. Kita pakai bomoh dan jampi untuk kita berjaya dengan harapan orang lain ranap. Kita guna bomoh siap jawa dan iban untuk menyakiti orang lain supaya kita je yang sihat. Kita guna segala taktik kotor untuk melihat orang lain lingkup asalkan kita saja yang hebat dan berdaya saing. Kita guna strategi jahat agar perniagaan orang lain rugi, asal perniagaan kita saja yang untung. Kita tidak akan maju jika terus berfikiran begitu. Kita tidak akan ke depan jika kita terus melangkah ke belakang. Kita terus akan jauh ketinggalan jika tidak mahu mengubah sikap dan pemikiran. Bacalah buku, tambahlah ilmu, bergurulah dengan orang berjaya, carileh mentor yang betul uantuk kekal berjaya, kaya dan bahagia di dunia dan akhirat jua. Mari kita ubah diri kita, keluarga kita, jiran kita, masyarakat kita, bangsa kita , agama kita dan ekonomi kita. |
Yakinlah. Percayalah. Jika anda tidak yakin dan percaya kepada diri sendiri, maka tiada siapa lagi yang boleh membantu anda. Salam Kejayaan Untuk Anda Semua. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.