Wednesday, March 2, 2011

Bersama ABK...AKU BUDAK KILANG

Salam kebahagiaan.
Dua hari tak menulis catatan baru. Jadual ku penuh.
Ke utara ke selatan dan berada di tengah KL Selangor untuk ceramah, motivasi, business talk, pengukuhan, bengkel, demo, service rakan kongsi, meeting hantar barang, jumpa upline, ke stokis, ke bank dan sebagainya.

Alhamdulillah, syukurlah kerana masih diberi kesihatan badan dan kekuatan fizikal untuk ke hulu ke hilir membantu AT 181 untuk melonjakkan kejayaan. Hasil dah nampak.
Sinarnya semakin cerah.
Hasil telah meningkat.
Jualan telah bertambah.
BOP kembali meriah.
Program2 anjuran AT 181 sentiasa rancak.
Permintaan menghadiri BOP di mana2 saja.
Barangkali inilah hasil daripada kesepakatan dan kesatuan bersama AT 181.

Terima kasih kepada CDM Comitee.
Terima kasih kepada semua CDM AT 181.
Terima kasih kepada semua DDM.
Terima kasih kepada semua DSM.
Terima kasih kepada semua SM SSM.
Terima kasih juga kepada stokis Angie dan Kenny.
Terima kasih kepada semua warga AT 181.

Hari Isnin, jadual aku ke utara untuk slot pengukuhan di Penang bersama DDM Rizal dan networknya.
Ya ini Geng ABK...AKU BUDAK KILANG.
Hebat sekali.
ABK...AKU BUDAK KILANG
Jolokan ini makin kuat kedenganran di utara untuk DDM Rizal.
Tahniah Rizal. Pemimpin yang sedang berusaha ke pangkat CDM ini berusaha kuat untuk menggerakkan groupnya yang kebanyakkannya budak2 kilang.

Aku pun teruja dengan Geng ABK ini.
Rata2 masih muda belia...20an dan awal 30an.
Mereka bercita2 tinggi untuk mengubah kehidupan.
GO GO GO Hong Kong lagu yang menyuntik semangat juang.
CDM Dzulfauzilah, DSM Jeff dan DDM Rizal.
Lebih 60 orang yang hadir.
Tak cukup kerusi.
Kena tambah lagi.
Kebanyakannya bekerja kilang. Pendapatan mereka kebanyakannya antara RM1000 hingga RM2000 sahaja.
Tetapi mereka juga mempunyai impian untuk mengubah kehidupan.
Alhamdulillah sejak bersama AT 181, pendapatan mereka meningkat.
Ada yang mendapat RM15 000 sebulan, RM11 000 sebulan, RM9000 sebulan, RM6000 sebulan, RM 3000 sebulan.

Ramai juga yang telah menukar kereta.
DDM Rizal sudah memandu Toyota Wish.
DSM Mohd Nazlan sudah memandu Honda Civic.
DSM Rizwan memandu Toyota Wish.
DSM Fendy memandu Grand Livina.
DSM Jeff sudah memandu Toyota Caldina.

Dengarnya minggu hadapan lima orang Geng ABK akan mengeluarkan Nissan Simply. Aku tak berapa ingat nama mereka tetapi antaranya ialah
DSM Is, DSM Aris, dan DSM Azhar. Ada dua lagi nama...ala lupa lah pulak.
Apa pun tahniah.
Bersama AT 181, segalanya berubah.
Peluang yang datang jangan dilepaskan.
Turut bersama CDM Mariam, DDM Latipah Abd Hamid yang datang
dari Alor Star.
SSM Siti Hajar, SM Nasir juga ada bersama.
Mereka seronok bersama kumpulan ini.
Dan masing2 bersemangat untuk ke Hong Kong.

Ibu yang hebat CDM Mariam...
Mak cari duit, anak2 belajar rajin2.
Orang lama yang muncul kembali...tahniah.
Aku datang bukan untuk mengajar kecuali hanya berkongsi ilmu dan pengalaman.
Dah masuk 9 tahun bersama perniagaan ini.
Kepuasan sebenar kepada aku bukan lagi wang ringgit kecuali untuk melihat semua warga AT 181 berjaya mengubah kehidupan, mampu melakukan lebih hebat daripada sebelum ini.
Aku mahu semua naik CDM secepat mungkin.
Aku mahu mereka mendapat pendapatan lima angka sebulan.
Aku mahu masyarakat Melayu menukar pemikiran makan gaji kepada berniaga.
Aku mahu orang Melayu yang membeli rumah kedai, rumah mewah, sedrhana mewah.
Aku mahu masyarakat Melayu lebih gigih dan bersemangat waja dalam memburu kejayaan.
Aku mahau bangsaku tidak kalah dengan ujian.
Tanamkan sungguh2 di dalam jiwa.
Dan aku mempunyai sedikit potensi yang Allah anugerahkan untuk aku kongsikan dengan warga AT 181.
Inilah yang mahu aku sumbangkan kepada rakan2 niaga AT 181.
Banyak lagi impian ku bersama AT 181.
Aku sedang bekerja kuat.
Aku sedang berusaha dengan gigih.
Sedang aku usahakan.

Jam 12.00 malam baru habis. Jamuan ringan disediakan.
Kami kemudiannya terus bergerak pulang ke KL. Esok mesti hantar anak ke sekolah. Tiada alasan. Terus berkerja selagi terdaya.
Kami singgah rehat, solat dan minum di hentian rehat Bukit Gantang.
Alhamdulillah, jam 5 pagi kami sampai ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.