Sunday, March 13, 2011

BOP Melaka

Salam Satu Taipan 181.
Pagi tadi biz talk di TTC 1, USJ 9 berjalan seperti biasa.
Walaupun ramai yang balik kampung kerana cuti sekolah,
tetapi masih ramai yang tidak punya alasan dan tetap hadir untuk
mencapai impian mereka.
Tidak pernah berhenti belajar.
Tidak pernah berhenti berusaha.

Selepas selesai di USJ 9, aku terus ke Melaka pula. Sepenuhny aku manfaatkan tenaga dan usia yang ada untuk bekerja.
Bekerjalah seolah2 kita akan hidup selama2nya dan beribadahlah seolah2 kita akan mati keesokan harinya.

DDM Norkamisah...Penggerak utama group Melaka.
Cakapnya makin mantap, tuturnya makin tersusun, hujahnya makin bernas.
Kemahuannya tetap membara di tengah cabaran datang dari
segenap penjuru. Walaupun masih berpangkat DDM, tetapi usahanya seolah2
beliau sudah berpangkat CDM.
AT 181 tetap menolak sesiapa saja yang sanggup bekerja keras.
Cita2 DDM Norkamisah dan DSM Rahim ialah untuk
menjadikan Melaka sebagai koridor centre untuk Selatan.
Tahniah, pasti jadi.


DSM Zamri...seorang lagi MC berbakat yang telah
digilap di Taipan Melaka.
CDM Syed Huzair...sinonim dengan slot ice breaking.
Sambutan tetap hangat.
Orang baru pun boleh tahan.
Mencari peluang.
Menunggu peluang.
Merebut peluang.
Menukar peluang menjadi kejayaan
untuk mengubah kehidupan.
SM Azli dari Seremban
SSM Addy
SSM Nazri dari Seremban.
Dah pencen tetapi tetap berusaha untuk mengubah kehidupan.
Setiap kali datang meeting, beliau sentiasa
membawa prospek baru.
Tahniah.
SSM Azlina Azura dari Muar.
Hampir setiap minggu hadir dari Muar.
DSM Noraini...seonok datang meeting hari ni kerana
sejak makan Lacto-llite, baju lama dah
boleh pkai semula.
DSM Muzzafar
buat bersama AT 181 mesti untuk berjaya.
Matlamat mesti untuk berjaya.

DSM Rahim...bersama isterinya DDM Nor
akan berangkat ke Umrah 19 Mac ini.Biz Talk di Melaka
akan berjalan seperti biasa.
Mengulang baca untuk kali ketiga
buku Azizi Ali 'JUTAWAN DARI PLANET JUPITER'
Selagi terdaya, inilah sumbangan ku kepada AT 181.
Bercakap, berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman,
memberikan motivasi, memberikan semangat, memberikan bimbingan,
tunjuk ajar dan panduan kepada sesiapa saja yang mahu.
Terus bekerja dan berusaha untuk membantu
sesiapa saja yang mahu berjaya.
Hidup ini untuk memberi.
Berkongsilah dengan sesiapa sahaja.
Jayakanlah sesiapa sahaja.
Bahagiakan hidup orang lain.
Tak perlu mengharapkan balasan.
Tak perlu meminta orang berterima kasih.
Setiap yang diberi kepada orang lain adalah memberi untuk diri sendiri.

Aku mahu semua orang berjaya.
Aku mahu semua warga AT 181 berjaya.
Maka siapa pun mereka, aku akan memberikan sepenuh sokongan.
Melebarkan sayap kejayaan kita kepada sesiapa sahaja.
Mewariskan kejayaan kita di mana sahaja.
menebarkan kejayaan kita walau di pelusuk mana sekalipun.

Salam kejayaan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.