Monday, March 21, 2011

Selamat Pergi Selamat Kembali

Selamat pergi dan selamat kembali kepada fighter AT 181 yang berangkat menunaikan umrah pada 19 Mac semalam. Aku tak dapat bersama mereka di KLIA, Tetapi CDM Dzul, CDM Kamaruddin, CDM Nuri, CDM Kuyah dan CDM Hasmidar tutut sama mengiringi mereka di KLIA jam 3.30 petang.

Tahniah untuk mereka yang berjaya melayakkan diri dalam pakej percuma ini.
Kita doakan agar semua urusan mereka dipermudahkan,
selamat pergi dan selamat kembali sebagai tetamu Allah yang paling istimewa sekali.
Pulang nanti dengan wajah yang bercahaya dan berseri2.
Dzul sempat merakamkan gambar dan suasana di KLIA.

CDM Fitri dan DDM Rizal, dua singa utara yang berjaya mengerjakan umrah.
Ini kali kedua untuk CDM Fitri dan kali pertama untuk DDM Rizal.
CDM Mariam dan DDM Zarina kali pertama layak ke umrah.
CDM Nurizah dan CDM Hasmidar turut serta di KLIA.
Tahun depan kita pulak ke sana. Insyaallah.

DDM Rizal bersama CDM Kamaruddin.
Seronok dan gembiranya buat berniaga ni...duit dapat, kereta dapat,
kawan ramai, hidup lebih baik, umrah dapat dan melancong pundapat.
DDM Rizal sedang menghitung PV untuk naik sebagai CDM.
Insyaallah, balik nanti terus pecut ke CDM.

CDM Kamaruddin, CDM Hasmidar bersama 3 orang pemimpin Utara
yang menunaikan umrah
CDM Fitri, DDM Rizal dan CDM Mariam.
Rezeki dan perniagaan akan berlipatganda
selepas kembali nanti. Insyaallah.

CDM Jalilah, CDM Aidil, DDM Safuan dan DSM Jannah
yang turut mengerjakan umrah.
Semoga mendapat umrah yang mabrur.

DDM Safuan dan CDM Kamaruddin
DDM Ustaz Yusni, yang meninggalkan isteri DDM NorSaadah
yang  baru seminggu melahitrkan cahayamata ke 6.
DDM Sharifah, DSM Razi suami isteri layak ke umrah.
DDM Khalid yang mengiringi bapa mertuanya
Wan Abdullah untuk menunaikan umrah.
Abang Lid tak pergi...hanya menghantar sahaja.
Katanya lepas tu akan terus pulang ke Kelantan dengan
penerbangan jam 10.15 malam.
Ini wira Melaka.
DDM Norkamisah dan suaminya DSM Rahim suami isteri
yang sedang mencipta nama dan  kejayaan dalam AT 181.
Ini kali pertama menunaikan umrah tetapi kali kedua layak
mendapat pakej percuma dari syarikat.



DSM Rahim bersama CDM Kamaruddin
Selamat pergi dan selamat kembali pejuang2 hebat AT 181.
Seramai 9 orang dari Sabah yang berjaya mengerjakan
umrah. Mereka antaranya CDM Maidah, DDM Kalsom, DSMArsyad,
DSM Kak Olai, DSM Saliha dan beberapa yang lain.

Eh eh...CDM Nurizah dan CDM Kuyah hanya menghantar
group Taipan ke KLIA sahaja.erima kasih kerana turut
serta di KLIA.

Kepada mereka semua, kita doakan selamat pergi dan selamat kembali ke Malaysia.
Kembalinya nanti, semoga mereka akan dterus dinaungi kasih dalam kebahagiaan,
ditingkatkan ilmu dalam keimanan, ditinggikan darjat dalam kemuliaan dan
dimurahkan rezeki dalam keberkatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.