Monday, March 7, 2011

Cepatnya Sejuk...

Salam kejayaan untuk semua warga AT 181.
Kami mahu semua orang berjaya.
Rasa terharu melihat rakan kongsi berubah kehidupan.
Rasa gembira melihat rakan kongsi mempunyai pendapatan yang banyak.
Rasa bangga melihat rakan kongsi diraikan di pentas kejayaan.
Rasa bahagia melihat rakan kongsi sama2 melancong.
Rasa kepuasan yang tidak terhingga.

AT 181 telah dan akan menjalankan pelbagai program dalam usahanya mencapai misi dan visi kejayaannya.
Ini seminar terbaru yang telah dijalankan pada 22 Januari 2011 yang baru lalu.
170 orang yang hadir.
Berebut2 peserta mendaftar.
Seminar yang mengujakan.
Semangatnya luar biasa.
Momentumnya mengganas dan menggila luar biasa.

Tetapi bukan semua boleh mengekalkan rasa hangat dan panasnya sepanjang masa.
Ramai yang dah mula sejuk.
Hangatnya hanya seketika.
Betullah kata pepatah dan pujangga...bangsa kita banyak yang hangat2 tahi ayam
Cepat sejuk.
Mudah kecewa.
Mudah berputus asa.
Tidak gigih berusaha.

Ada yang hanya 5 atau 6 pakej je nak naik CDM.
Dapat tawaran hebat lagi untuk mendapat hadiah tunai RM5 ribu jika
naik CDM pada bulan Februari.
Tapi tak ada siapa yang mahu tawaran hebat itu.
Akhitnya tawaran itu berlalu pergi.
Tak ada siapa yang naik CDM bulan Februari lalu.
Yang ha ya 5 atau 6 pakej itu pun tak ada rasa apa2.
Semua macam tak ada rasa mahu berebut2kan tawaran hebat itu.
Semua macam dah mati rasa.
Dah tak ada gelora.
Hilang excited.

Upline CDM je yang bersungguh2 mahu DDM naik jadi CDM, tetapi hakikat sebenarnya DDM sendiri tidak mahu bertindak.
Puas bagi kata2 motivasi.
Jenuh bagi strategi.
Dah terlebih susun gerak kerja.
Dah lebih bagi sms dan suntikan semangat.

Jika diri sendiri tak mahu berjaya, mana mungkin kejayaan akan datang.
Kemahuan mesti datang daripada diri sendiri.
Kemahuan mesti meluap2.
kemahuan mesti membara.
Kemahuan mesti yang menyala-nyala.
Bukan sekejap sejuk dan sekejap panas.
Bukannya kemahuan yang kelam, suram dan lalu membawa kita terus
tenggelam dalam arus yang dalam.

Kepada semua peserta
'FIGHT TO CDM SEMINAR'

Tanyalah diri anda sendiri....
Cukupkah usaha anda?
Cukupkah pengorbanan anda?
Cukupkah demo anda?
Cukupkah tools anda?
Cukupkah prospek anda?

Dan maklumkan kepada kami Akademi Taipan 181...
Apa lagi yang AT 181 tidak buat untuk kejayaan anda.
Apa lagi seminar yang AT 181 perlu buat untuk memastikan kejayaan anda.
Pakar motivasi mana lagi yang perlu AT 181 jemput untuk anda.
Program apa lagi yang AT 181 tidak anjurkan demi kejayaan anda.
Apa lagi yang CDM anda tidak lakukan untuk anda.


Hakikat sebenarnya...
Kejayaan atau kegagalan kita adalah
tanggungjawab diri sendiri.

Untuk anda semua tetap saya doakan yang terbaik untuk anda.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.