Sunday, March 6, 2011

Pasangan Mesti Sentiasa Menyokong


Di sebalik kejayaan isteri pasti ada suami
sebagai pendokong yang hebat.
Di hadapan isteri pasti ada suami yang membantu.
Jika mahu berjaya, pasangan mesti penyokong yang setia.
Tanpa sokongan pasangan, kita tak akan ke mana.
Kejayaan sukar dicapai andai pasangan tidak memahami.
Restu suami adalah segala2nya bagi seorang isteri.

Inilah antara kata2 yang selalu ku dengar.

CDM Dzulfauzilah tidak membantah hasrat ku lebih
lapan tahun lalu untuk menceburi perniagaan ini.
Cuma peringkat awal dia menyokong sahaja
tanpa terlibat secara langsung.
Dia tahu aku mempunyai impian besar di dalam hidup.
Sikapnya sentiasa menyokong yang baik.
Dia lebih banyak melihat dan memerhati.
Pandangan positif sentiasa diberikan jika perlu.
Apabila dia melihat aku begitu bersungguh2 mahu berjaya,
dia tidak melarang.
Apa lagi cuba merosak atau mencuri impian ku.


Apabila dia melihat aku mula mencipta kejayaan,
sokongannya kepada ku semakin ketara. Dia bukan sahaja
memberikan sokongan, malahan mula menghulurkan
tangan untuk membantu ku apa yang perlu.

Apabila aku mula mengambil cuti tanpa gaji
pada bulan ke lima selepas join perniagaan ini,
CDM Dzul banyak membantu menguruskan keluarga
dan anak2 ketika aku keluar berniaga.
Maklumlah kami tiada pembantu rumah
ketika itu.
Pengorbanan pasangan rupanya
sangat besar untuk kejayaan isteri.
      
CDM Dzul juga mula membantu ku menyediakan
power point, menyediakan slaid, video dan laptop
kerana tuntutan
aku sebagai trainer kepada network ku sendiri.
Apa lagi apabila AT 181 semakin besar dan melebar.
Dia juga dengan ringan tulang membantu ku
menguruskan segala urusan bank, urusan dengan stokis,
berurusan dengan HQ apabila perlu, menghantar
barang, memasang produk, service kerosakan produk pelanggan,
melayan rakan kongsi lelaki, melayan tetamu dan prospek.
Sekali sekala apabila diminta bercakap,
CDM Dzul juga tidak akan menolak.


Jika ada masalah di dalam business, dia menjadi pendengar setia.
Dialah juga yang memberikan jalan membantu menghurai
dan memecahkan segala kebuntuan.
Memberikan semangat yang tidak putus untuk ku.
Hobinya yang suka membaca manjadikan
dia seorang penyampai banyak ilmu dan
maklumat kepadaku.


Sikapnya yang ringan tulang,
kurang bercakap lebih suka mendengar,
sentiasa menyokong ku,
baik hati, low profail, tidak suka marah,
tidak suka memperbesarkan perkara kecil,
menjadikan lorong2 kejayaan ku begitu mudah
untuk direntasi.
Dia begitu memahami, bertolak ansur dan
mempunyai kesabaran yang tinggi.


CDM Dzul tidak kisah walaupun aku yang lebih
banyak menonjol di pentas berbanding dirinya.
Tugas ku sebagai seorang trainer dalam AT 181,
dan sering bercakap dalam meeting, bengkel dan
seminar yang ramai,
tetapi CDM Dzul bukan seorang yang sukakan glamour
apa lagi cuba menonjolkan diri konon
dialah yang berperanan di hadapan isteri.
Andainya aku terpaksa sendirian berpergian out station
ke Sabah, Sarawak, Kelantan atau ke mana sahaja,
CDM Dzul yang banyak berkorban menghantar dan
menjemput ku di airport, menguruskan keluarga dan
anak2 kami seramai empat orang.
menghantar anak2 ke sekolah,
menghantar anak2 ke tiusyen,
menguruskan makan minum anak2,
menemani anak2 membuat homework,
mengaji Al Quran
dan sebagainya.

Dia seorang abah yang hebat.
Abah yang penyayang.
Dia jarang marahkan anak2.
Anak2 terlalu manja dengannya.
Anak2 juga sangat rapat dan mesra dengan abah.
Ada waktu mereka lebih suka mengadu kepada
abah berbanding aku.
Dia seorang yang suka mendengar.
Kerana itu, anak2 lebih mesra dengannya
walaupun anak2 juga sentiasa memerlukan ku sebagai ibu.
Tetapi kerana Dzul berperanan hebat sebagai abah,
maka anak2 kami tidak banyak masalah.
Dan keadaan ini membolehkan aku fokus kepada kerjaya
dalam AT 181 tanpa dibebani dengan masalah keluarga.

Penyokong setia.
Pendokong setia.
Pendamping yang jujur.
Pembimbing paling rapat.
Teman ke hulu dan ke hilir.
Sentiasa bersama ketika susah dan senang
Jika ada kelemahan ku, dengan begitu berhemah dia
menyampaikan tegurannya agar aku tidak terasa.
Jika ada masalah, dia pendengar paling baik
yang membantu merungkai banyak hal.

Dia seorang ketua keluarga.
Imam solat dan ibadah dalam keluarga.
Pembimbing isteri dan anak2.
Mentor dalam rumahtangga.
Seorang anak yang berbakti.
dan menantu yang berbudi.
Juga seorang sahabat yang amanah.
Itulah penilaian ku setelah lebih 21 tahun bersama.

Begitu kepenatan setelah memandu jauh menemani ku
ke utara, ke selatan, ke timur dan ke barat
demi memburu sebuah kejayaan bersama
Akademi Taipan 181.


Terima kasih kepada
CDM DZULFAUZILAH B. HUSIN
yang begitu besar peranannya
dalam ruang lintas liku2 perjalanan ini.
Kerana segala pengorbanannyalah, aku berdiri di sini.
Tanpanya tak mungkin kejayaan ini mampu aku lakarkan.

SESUNGGUHNYA DI BELAKANG
CDM FARIDAH MOHD ALI
BERDIRINYA
CDM DZULFAUZILAH B. HUSIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.