Friday, May 20, 2011

Bertolak Ke Utara

Salam sejahtera.
Sebentar lagi akan berangkat ke utara.
Destinasi pertama ialah Alor Star untuk berjumpa dengan
orang2 hebat di sana dalam slot pengukuhan petang ini jam 3 petang.
Juga dengan orang2 baru dan lama yang masih mencari kejayaan.
Semuanya CDM Mariam yang uruskan.
Dah lama juga tak datang ke Alor star.
Bersyukurlah, masih ramai yang mahu aku berkongsi ilmu
dan pengalaman dengan mereka walaupun dah ramai yang muda2 muncul.
Masih ramai yang mahu aku bercakap.
Masih ada yang nak dengar.
Sebelum orang jemu, aku akan berhenti bercakap di pentas.
Insyaallah petang ini kita berjumpa.
Semua boleh datang.
Sabah dan Kelantan pun dah memanggil2 minta aku datang.
Insyaallah, kalau boleh semua tempat nak pergi.
Dan aku memang akan pergi.

Malam ni pula ada perjumpaan dengan beberapa
orang hebat utaradi Kepala Batas.
Juga datang berkongsi sahaja.
Bukan menunjuk pandai. Bukan juga nak memandai2.
Apa lagi nak mengajar.
Semua orang dah pandai.
Bukan juga nak menunjuk hebat.
Bukan lagi gila glamour. Semuanya dah lebih dari apa yang Allah beri.
Aku mahu rakan kongsi pula yang berjaya dan hebat.
Biarlah mereka pula yang menikmatinya.
Jika mereka berusaha dan sanggup bekerja keras, mereka
memang layak memperolehinya.

Esok pula bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas,
Seminar DISC bersama Mr. Allan See.
Seminar ini anjuran AT 181...bagaimana mengenali watak manusia
dan strategi untuk close selepas 7 minit berjumpa mereka.
Insyaallah, ramai yang akan hadir.
Daripada KL pun ramai.
Satu bas penuh, yang datang sendiri pun ramai gak.

Pada sebelah malamnya pula, aku akan bersama2 Warga Taipan Utara
akan berada di Dewan Milenium Kepala Batas
untuk meraikan kegemilanagan
Majlis Anugerah SM SSM Utara.
Habis program, aku akan terus bertolak pulang ke KL.

Pada hari Ahad pula, aku akan bertolak ke JB untuk bersama2
dalam Business Preview
di Bandar Baru Uda.
Kebetulan pula Biz Talk di TTC pada Ahad ini ditangguhkan.
Ini peluang baik untuk semua Warga Taipan yang mempunyai network di JB
untuk mengerahkan semua rakan kongsi agar sama2 hadir.
CDM Kartini, CDM Kamaruddin dan CDM Dzul akan turut serta.

Ya, selagi mampu berusaha kenapa nak duduk saja.
Selagi masih sihat dan diberi tenaga, bekerja dan berusaha jangan berhenti.
Mana mungkin duduk diam dapat duit.

Anak2 ku dah faham sangat.
Sabtu dan Ahad bukan untuk mereka selalunya.
Tetapi aku masih mempunyai lima hari yang lain untuk anak2.
Malam tadi pun di rumah. Bersama2 mereka di meja...belajar, melihat hafazan,
hafazan doa,bacaan dan kerja sekolah Irah dan Aisyah.
Juga meneliti laporan mingguan dari sekolah.
Alhamdulillah, merekasangat memahami.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.