jam menunjukkan jam 1.10 pagi.
Jam 11 malam, kami baru tiba dari Melaka.
Ada sesi discusion dengan leader DDM norkamisah dan networknya.
Sebelum itu aku singgah di rumah sewa Aimi di Lendu Melaka, menghantar peti sejuk dan Bio aura.
Semalam dah register untuk semester ke lima.
Resultnya sentiasa cemerlang. Syukurlah.Terbaru dapat 3.72 point.
Dah dapat anugerah dekan kerana empat semester berturut2,
semuanya cemerlang.
Tinggal menyewa untuk semester ini dan semester depan.
Dah tamatlah diplomanya jika tak ada aral. Lepas tu nak sambung degree pulak. Katanya nak sambung belajar degree nanti di Singapore.
Semoga berjaya. Itulah doa ibu.
Jam 4 petang baru kami tiba di branch Melaka Raya.
Tak ada meeting kali ni. Kami buat sessi dialog je.
CDM Syed Huzair dan isteri pun ada.
CDM Hamaka pun ada.
Terima kasih kerana terus hadir.
Kerana bimbingan andalah rakan kongsi berjaya.
Kerana semangat andalah, rakan kongsi terus bersemangat.
Kerana sikap positif andalah, rakan kongsi terus positif.
Kerana keyakinan andalah, rakan kongsi terus bertahan.
Kerana pengorbanan andalah, rakan kongsi terus setia.
|
DDM Norkamisah...terharu aku melihat semangat kentalnya.
Kagum sekali aku dengan semangat juangnya.
Bersama suami tercinta DSM Rahim.
Tak pernah mengalah.
Tak pernah mengeluh.
Tak pernah negatif.
Keyakinannya cukup tinggi.
Kemahuannya cukup besar.
Komitmennya jangan dipertikaikan lagi.
Mewarisi semangat kental Tun Teja.
Seluruh bumi bertuah Melaka diredahnya demi melebarkan sayap niaganya.
Masuk kampung keluar kampung, masuk pejabat keluar pejabat, masuk rumah keluar rumah,berjumpa stranger, prospek dan segala makhluk untuk melebarkan ruang kejayaannya kepada rakyat Melaka agar bangkit mewarisi kecemerlangan empayar perniagaan Melayu Melaka sebagaimana hebat
catatannya dalam Sejarah Melayu.
Inilah hasil sentuhan dan bimbingan upline2nya yang hebat,
CDM Jalilah, CDM Aidil, CDM Syed Huzair dan CDM Hj Char.
Dia hebat kerana upline2 yang hebat. |
|
Banyak soalan yang diutarakan.
Banyak pertanyaan yang dikemukakan.
Banyak kemusykilan yang diluahkan.
Mengapa....
Bagaimana...
Alhamdulillah, pengalaman CDM Syed Huzair, CDM Hamaka,
CDM Dzul dan aku sendiri kongsikan bagi menjawab segala persoalan.
Terlerai...rasa ringan dada. itulah mahalnya pengalaman.
Setiap persoalan pasti ada jawapan.
Semuanya dari pengalaman yang dititipkan sepanjang liku2
melewati perniagaan ini. |
|
Mereka masih setia.
Mereka masih bertahan.
Hai O tidak gawat.
Masih kukuh dan mantap.
Tetapi kenapa ramai yang hilang?
Kenapa ramai yang berpaling arah.
Mencari yang lain?
Kebanyakannya kerana tiada ketahanan diri, mahu cepat kaya dan tidak kreatif.
Tak boleh pakej, seolah2 tak boleh berniaga.
Tak lepas dana, prospek pun hilang entah ke mana.
Black list, maka hitam jugalah masa depan.
Sebenarnya tidak demikian. Salah sama sekali.
Kita kena pelbagaikan strategi. Kena kreatif.
Tetap ikut marketing plan Hai O.
Sepatutnya jika tak mahu pakej besar, boleh buat pakej kecil ikut kemampuan.
Tak boleh pakej kecil, boleh tunjukkan produk dulu.
Boleh jadi user dulu.
Dengan produklah, orang akan kembali positif.
Dengan produklah, orang akan kekal dalam berniaga.
Produk dalam Hai O semuanya bertaraf "FIVE STAR'.
Dengan produk2 sehebat itu, tidak ada masalah kita nak dapatkan jualan.
Tinggal lagi, mahukah kita menjual.
Apa masalah jika kita kena menjual?
Itulah perniagaan namanya.
Ada produk, ada modal, ada penjual dan ada pembeli. |
|
DSM Rahim, SSM Nazrin dan Helmy.
Bersama2 mencari solusi untuk mengembangkan group.
Mencari idea untuk terus bertahan dalam perniagaan ini.
Mereka sentiasa positif. Keyakinan kepada AT 181 masih cukup kuat.
Kepimpinan DDM Nor dan DSM Rahim menjadi tunggak kekuatan mereka.
Mereka beruntung mendapat leader hebat seperti itu.
Patah semangat dan putus`asa tiada dalam kamus hidup pasangan ini.
Bagaikan sebuah magnet, tarikannya cukup kuat untuk menarik jalan2 kejayaan.
Bagaikan kepala kereta api, semua gerabak mesti dipenuhi untuk dibawa
menuju ke destinasi. |
|
Dah masuk 9 tahun bersama syarikat ini.
Aku kongsikan pengalaman ku dalam sesia dialog petang tadi.
Dengan hanya mengguna produk, kemudian menjual produk
premium beautiful satu persatu.
Setiap hari berdemo produk.
Setiap hari berkongsi dengan orang lain tentang kehebatan
produk ajaib baju dalam PB.
Ke hulu ke hilir bawa beg yang mengandungi baju dalam PB.
Seluruh pelusuk tanah air, setiap negeri dan sempadan, setiap kampung dan bandar aku jelajahi untuk menjual produk.
Bekerja keras, tak pernah give up, tak ada network pun.
Tetapi dengan produklah, aku boleh mendapat pendapatan belasan ribu sebulan
malahan puluhan ribu sebulan.
Dengan menjual produklah, aku resign jawatan pendidik yang
telah aku sandang selama 15 tahun.
Dengan menjual produklah, aku mampu melancong ke Shanghai, Beijing,
Perth, Umrah, Kun Ming, Istanbul, Medan dan lain2.
Dengan produk PB lah, aku mampu memilik kereta Toyota Camry pada
bulan ke lima selepas join perniagaan ini.
Dengan menjuallah, aku settlekan personal loan bernilai lebih
RM60 000 pada tahun 2004.
Dengan menjuallah, aku mampu membeli rumah yang ku diami sekarang dengan harga RM550 ribu pada tahun 2004 dulu.
Dengan menjuallah, aku naik CDM pada bulan Januari 2005.
Marketing plan syarikat tak pernah berubah.
Profit shring yang diberikan oleh syarikat juga tidak pernah bertukar.
Tinggal lagi adakah kita mahu atau pun tidak. |
|
|
Harapan berbunga indah.
Kebuntuan mereka sedikit terlerai.
Jalan dan lorong2 untuk menjana pendapatan berterusan sentiasa ada.
Impian untuk berjaya tidak pernah padam
Harapan untuk kaya sentiasa terbentang di AT 181.
Yang gelap pasti akan terang.
Yang kelam nampak berganti sinarnya.
Yang susah pasti akan berlalu pergi.
Yang pasti kita mesti sentiasa positif.
Berubah dan bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Jangan hanya mengharap yang mudah untuk berjaya.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Lihatlah dengan mata hati.
Ia tidak mati begitu sahaja.
Mata hati itulah cahaya jiwa.
Menjadi dorongan untuk tidak berputus asa dengan rahmat dan janji
Allah bahawa usaha yang gigih itu tentulah manis hasilnya.
Allah suka kepada hambanya yang sentiasa bersungguh2, istiqamah
dan tidak beputus asa. Setelah diusahakan dengan daya usaha tawakkal, maka kita berdoalah kepada Allah yang maha melihat dan menilai hambaNya.
Tidak seringgit diberikan kepada kita kecuali semuanya dengan izinNya
yang maha berkuasa.
Berdoalah agar setiap usaha kita diberkatiNya.
Berdoalah agar kita dimurahkan rezeki olehNya.
Amin. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.