Thursday, May 26, 2011

CDM Mariam Yaakob

CDM Mariam Yaakob
Berasal dari Pokok Sena Alor Star Kedah.
Asalnya seorang suri rumahtangga.
Kini seorang usahawan hebat.
Setahun setengah sahaja, dah bergelar CDM.
Pemimpin hebat kepada seluruh networknya.
Banyak cabaran yang diharunginya.
Tidak ada yang mudah untuk berjaya.
Tetapi kemahuannya sangat kuat.
CDM Mariam sanggup menempuh susah senangnya.
Perjalanan menuju puncaknya penuh ranjau dan duri.
Laluan yang berliku mengiringi perjuangannya.
Bagaimanapun keyakinan dan kepercayaan kepada dirinya mengatasi segala2nya.
Beliau berjaya mengatasi ujian demi ujian.
Beliau berjaya menempuh kepayahan demi kepayahan.
Beliau berjaya mengharungi cabaran demi cabaran.
Kesabarannya sangat tinggi.
Sikap reda dan sabarnya mengatasi segala.
Hikmah untuknya sangat besar.
Segalanya diterima dengan penuh sabar.
Usaha dan gigih menjadi pegangan dirinya.
CDM Mariam Yaakob.
Dari orang biasa2.
Dari seorang suri rumahtangga.
Hari ini sudah bergelar usahawan hebat.
Menjadi pemimpin kepada kumpulannya.
Menjadi pemimpin Akademi Taipan 181.
Menjadi mentor kepada warga Taipan 181.
Mengendalikan Business Talknya di Alo Star.
Sudah memandu Honda Accord Baru 181.
Sudah merasa pendapatan lima angka sebulan.
Sudah berjaya melancong ke beberapa destinasi.
Tercapai hajatnya ke Korea, Beijing, Paris, Sydney, Tokyo, Switzerland dan Umrah.
Bersama Mr Heera Singh di CDM Convention
Cameron Highlands  pertengahan Mei lalu.
Tidak pernah jemu mencari ilmu.
Tidak pernah jemu berguru.
Tidak pernah merasa dirinya pandai,
Jauh sekali mendabik dada merasa dirinya serba hebat.
Merendah diri tidak sombong adalah akhlaknya.
Sentiasa disenangi sesiapa sahaja.
Senyuman sentiasa menjadi hiasan dirinya.
Pandai memuji dan mengambil hati, itulah kelebihannya.
Pandai bergaul mencari kawan seramai mahunya.
CDM Mariam bersama upline kesayangannya CDM Hasmidar.
Dua wanita gigih dari utara.
Bersama berusaha menjayakan rakan kongsinya.
Sentiasa sepakat untuk kejayaan bersama.
Apabila upline downline seia dan sekata.
Positif dan yakin kepada diri sendiri menjadi tunjang kekuatan kedua2nya.
Ada masalah boleh berbincang dan bekerjasama.
Segalanya menjadi mudah untuk dilaksana.
Dialah isteri. Dialah ibu.
Dialah pemimpin.
Dialah CDM. Dialah mentor. Dialah usahawan.
Tidak pernah ada alasan.
Semuanya dipikul dengan rasa penuh tanggungjawab.
Tiada satu yang terabai.
Meskipun suaminya En Nazli, tidak pernah menampakkan wajah,
tetapi sokongan di belakang CDM Mariam memberi kekuatan untuk  si isteri
terus bertapak mendaki kejayaan demi kejayaan.
Doa restunya mengiringi perjalanan indah di medan juang
sebagai usahawan terbilan di Taipan.
Dulu cakapnya biasa2, ada waktu bagai ada yang tidak kena.
Sehingga ada kala menjadi bahan ketawa.
Tetapi CDM Mariam sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.
Yang tak cukup ditambahkan.
Yang terlebih dibuangkan.
Yang kurang enak ditambah rasa sehingga terasa sedapnya.
Sekarang cakapnya sudah berbeza.
Ternyata sudah terserlah hebatnya.
Cakapnya ada aura bergaya.
Walaupun orangnya bersahaja.
Namun CDM Mariam masih tidak berpuas hati.
Agendanya sentiasa mahu memberi yang terbaik.
Itulah sikap orang yang berjaya.
CDM Mariam mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Sikapnya disenangi semua.
Walaupun baru kenal, tetapi kemesraan dengannya 
terasa seolah2 sudah lama berjumpa.
Itulah sikap sebagai seorang usahawan hebat.
Bagi CDM Mariam, rakan kongsinya adalah segala2nya.
Kejayaan rakan kongsi adalah keutamaannya.
Rakan kongsi adalah nyawa dan nadi hidupnya.
Bersama DSM Nani dan SM Aida ketika sama2 menjayakan
Seminar NurWanita di Alor Star sedikit masa lalu.
CDM Mariam bersama orang kuatnya DDM Latipah.
DDM Kak Pah dulu seorang Bos di MADA.
Sekarang sedang berusaha untuk mendaki pangkat CDM
dengan kerjasama uplinenya CDM Mariam.
DDM Kak Pah bersama2 CDM Mariam sejak dari awal berusaha
membangun dan menggerakkankan Akademi Taipan di Alor Star.
Business Talk di Alor Star sehingga kini masih lagi berjalan.
Jatuh bangun suka duka ditempuh mereka dengan sabar.
Tidak pernah jemu, tidak pernah mengalah, tidak pernah berhenti
berusaha dan mencuba.
Apa lagi untuk berundur ke belakang.

Bersama rakan kongsi yang turut hadir pada
New Dimension Seminar 1 Mei lalu.
Suka duka pahit manis ditelan dengan hati yang lapang.
Kata nesta orang tidak pernah menjadi batu penghalang yang
melemahkan jiwa raganya.
Itulah resam perjuangan.
Di hujungnya pasti kejayaan yang menanti.
Teruslah gigih berusaha, jangan berputus asa, doa pelengkap kemenangan sebagai usahawan terbilang dan kekuatan diri harus menjadi nadi
yang tak mungkin akan padam di jiwa seorang pejuang hebat seperti anda.
TAHNIAH CDM MARIAM YAAKOB.
Boleh hubungi CDM Mariam di talian 017 5841068
Beliau pasti membimbing anda yang mahu berjaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.