Friday, May 6, 2011

Tukar Tayar


Salam sejahtera. Dah jam 12 tengah hari.
Aku masih di kedai tayar kereta.
tayar belakang hampir botak la pulak.
Patutlah rasa bergoyang je masa pandu ke Penang Rabu lalu.
Esok pagi2 nak ke Penang lagi.
Nampaknya kena tukar tayar dulu.

Sebiji tayar RM1940.
Fuh...dua biji, kiralah sendiri.
Tukar dua biji dulu. Yang depan masih cantik lagi.
Harap perjalanan lebih lancar dan lebih fokus.
WST 181 pasti lebih kencang lepas ni.

Esok jam 4 pagi aku bertolak ke Utara untuk sama2 menghadiri
Seminar Nur Wanita di Safira Club.
Aku juga ada slot.
Bercakap, bagi ilmu, bagi semangat, bagi idea, bagi pengalaman,
bagi motivasi untuk ubah diri dan nasib keluarga.
Itu adalah sebahagian tugas aku di dalam AT 181.
Dengarnya ada lebih 120 orang peserta.
Masih ada kosong.

Ramai2 datang belajar dan mengambil semangat untuk yang mahu berjaya.
Tak rugi datang belajar.
Aku juga masih belajar walaupun dah 9 tahun berniaga ini.
Jangan jemu mencari pembaharuan dan perubahan
kerana dunia ini sentiasa berubah.
Orang yang tak mahu berubah adalah orang yang kekal di takuk lama.


Selepas Seminar Nur Wanita, aku ingat nak singgah di Kulim menjengok anak saudara
Dzul(dah yatim) kerana ayahnya dah meninggal 4 tahun lalu.
Nurul belajar di Sekolah Berasrama Penuh kat Kulim juga.
Esok dia ada.
Dah lama tak menjengoknya dan ibunya Salmah.
Setiap bulan kamimengirim belanja saja. Sekali sekala kena jengok juga, anak saudara sadarah sedaging dengan Dzul.
Malahan Dzul adalah walinya kerana Nurul satu2nya
anak aruah Dzulkiflee(adik Dzul).
Insyaallah, harap sangat boleh singgah ke rumah Nurul esok.

Lepas tu baru pulang ke KL.
Ahad pula macam biasa, ada Business Preview di USJ 9 jam 10.30 pagi.
Jam 3 petang, aku sudah berjanji dengan DDM Norkamisah
untuk hadir Business Preview di branch Melaka Raya.

Di sana sini kedengaran perkembangan perniagaan yang
lebih positih dan memberangsangkan.
Harap akan naik seperti sebelumnya.
Semua usaha sudah dibuat, gerak kerja sudah disusun, strategi sudah
diberi dengan mantap, ilmu dan pengukuhaan selalu dibuat.
Tinggal bertindak saja.
Jangan duduk diam jika mahukan hasil.
Berusahalah.
Bertindaklah.
Tiada kemenangan bagi pemain yang tidak menyertai permainan dan perlawanan.
Ayuhlah sama2 berusaha.
Kerja bersama2 itu lebih besar hasilnya berbanding kerja sorang2.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.