Tuesday, May 24, 2011

Selagi Ada Rezeki

Salam untuk semua pengunjung2 blog ini.
Aku amat menghargainya.
Antara 50 hingga 100 orang membaca ruangan blog ini setiap hari.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Jika suka bolehlah menjadi follower untuk blog ini.

Bukan mahu mengajar.
Jauh sekali mahu menunjuk hebat.
Aku hanya mahu berkongsi sahaja dengan sesiapa sahaja.
Suka duka jatuh bangun membina perniagaan ini sejak 9 tahun lalu.
Aku tahu bukan semua orang gembira dengan kejayaan kita.
Malahan lebih ramai yang menunggu untuk bertepuk tangan melihat kita tersungkur.Bagaimana pun kekuatan AT 181 telah memberi kekuatan
untuk diri ini terus berjuang.

Aku sedang berusaha menyiapkan buku yang pertama.
Yang mencoret kisah jatuh bangun dalam empayar perniagaan MLM
yang telah aku ceburi hampir 9 tahun..
Bukan untuk mencari wang sekadar mencatatkan pengalaman2 indah untuk
tatapan anak cucu setelah aku tiada nanti.
Ini juga bukan mudah.
Maklum tiada pengalaman.
Sekali lagi sokongan pembaca blog ini menguatkan semangatku.
Aku harap dapat disiapkan sebelum aku pergi.
Bila nak pergi? Apabila telah habis rezeki ku di dunia ini.
Bersedia sahaja menyahut seruan Ilahi.
Berpindah ke tempat kekal abadi.
Muda atau tua, sesaat pun tidak terlewat apabila sampai saatnya.
Semoga aku terus mampu menjadi manusia yang berbakti dan memberi manfaat
kepada orang lain di dunia ini.
Terima kasih semua.
Salam kejayaan.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.