Tuesday, May 31, 2011

Lu Fikirlah Sendiri!!

Salam
Itulah resam dunia
Itulah resam kehidupan
Tak habis2 orang kata

Masa nak mula buat dulu
Jiran2 kata
Yang bukan jiran pun kata
Kawan2 sekerja kata
Kawan2 tak sekerja kata
Orang jauh kata
Orang dekat pun kata
Adik beradik kata
Yang bukan adik beradik pun kata

Apabila berjaya sedikit
Orang kata juga
Tak lama tu
sekejap je senangnya
Alah...tak ke mananya
Sekejap je lingkup la

Apabila kita di puncak jaya
Orang kata juga
Downline yang gagal kata kat kita
Tak puas hati dengan kita
Downline yang berjaya pun mengata juga
Ada saja yang tidak kena
Walaupun mereka pun dah kaya
Malah lebih hebat daripada kita
Babi beruk munafik disebut semua
Apa saja yang tak puas hati dikata segala

Apabila business turun naik
Tak seperti yang dijangka
Mereka kata juga
Mereka tak puas hati juga
Upline yang paling teruk kena
Yang tak berdosa pun turut dikata
Ditambah ajinomoto dan serbuk lada
Macam drama hindustan, wayang kulit dan teater
Ada hero penyelamat kononnya
Mereka lupa mereka juga upline pada semua
Satu jari tuding pada orang
Empat jari tuding pada muka sendiri yang kena
Pada hal semua pulang kepada empunya cerita

Diri sendiri yang tak buat kerja
Diri sendiri yang tak cukup usaha
Diri sendiri yang duduk saja
Diri sendiri yang bergelodak jiwa
Diri sendiri yang malas memerah tenaga
Diri sendiri yang negatif
Diri sendiri yang tak bergerak
Diri sendiri yang asyik merungut saja
Diri sendiri yang melatah tak tentu hala


Hakikatnya
Diri sendiri harus setuju mengiakan bahawa
Appoiment yang tak ada
Asyik menunggu downline yang buatkan untuk kita
Hanya menunggu stranger telefon kot2 nak masuk dengan kita
Malas nak berjumpa prospek untuk ditaja
Tak mahu service rakan niaga
Meeting pun dah jarang2 ada
Jika datang pun dah tak ada hati rasanya
Jika hadirpun asyik negatif sepanjang bicara
Macam2 mengeluh rungutannya
Yang semuanya direka cipta menyedap si pendengarnya

Apa aku peduli?
Lu fikirlah sendiri...
Tak berusaha mana nak ada PV?
Tak bergerak mana nak ada BV?
Tak berdemo mana nak close?
Tak berjumpa prospek mana nak ada pakej?
Habis macam mana nak dapat bonusnya?
Lu fikirlah sendiri...

Apa aku peduli??
Lu fikirlah sendiri
Buat apa strategipun kena berdemo.
Buat apa kaedah pun nak kena berjumpa prospek
Buat apa seminar pun nak kena rekrut orang.

Apa aku peduli??
Lu fikir lah sendiri
Semua dah besar panjang
Konon ada sijil, degree, master dan phd
Belajar sekolah tinggi2
Belajar di universiti dalam atau luar negeri
Itupun tak boleh fikir ke?

LU FIKIRLAH SENDIR...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.